Sunday, February 20, 2011

9 Penyakit Perempuan


ni bukan lah kisah senggugut watsoeva tu...




1. Sensitif tak pasal2.

perempuan termasuk aku sendiri memang suka sensitif tak pasal2. kadang2 orang bergurau je..padahal pun gurau yang sama macam 3 hari lepas..masa tu dia elok je sekali gelak tapi this time dah meleleh air mata. kalau ada boyfriend haru jugak lah nak pujuk. ada setengah tu dia punya lah terasa hati bila tengok dalam toilet only toiletries milik dia je tnggal..sebab housemates yang lain pakat simpan toiletries dalam bilik masing. 2 hari dok terasa hati merajuk dengan housemate. ape kes??


2. Air mata segunung.

ni pon sama je penyakit macam kat atas ni. Tears are every woman's most powerful and manipulative weapon kebanyakkan lelaki gabra/tak suka/lemah/ bila perempuan menangis, atau even dengar dalam call pon padahal mengadu selipar hilang je pon. tapi jaga2 jugak kak,. lama2 boyfriend awak lali, dan bosan dan lari! tapi tak nafikan kalau jenis yang cengeng macam aku entahlah hormon datang daripada keturunan mana memang segunung pon air mata. yang paling pelik nya baru ni aku tengok toys story 3. boleh aku pi teriak sebab terharu tengok friendship woody and friend and kasih sayang owner depa kat depamulalah aku terbayangkan arnab aku yang mati. haih tiba2.. tpai kalau tengok kajol putus cinta dengan shah rukh khan takde pulak aku nak teriak.
well. i tell u ni penyakit. penyakit,


3. Shopping.

Berapa seriouskah masalah shopping perempuan? kebanyakkan perempuan yang suka shopping ni aku dok kaji adalah mereka yang datang daripada golongan yang sukakan fashion. dalam erti kata lain fashionita.
sama ada blogshopping atau live shopping. semua mereka turut serta. Nak tau apa yang selalu perempuan bayangkan bila tengok satu baju tu?

  • a)kalau aku pakai baju ni mesti lawaaaa.. jadi aku kena beli ni. aku mesti nampak lagi kurus and lagi style kalau pakai baju ni!
  • b)aku takde lagi warna ni.. harus beli!
  • c)boyfriend aku mesti tengok aku pakai baju ni.. aku mesti pakai baju ni masa nak celebrate birthday dia!! harus beli!
  • d)kena beli sekarang kalau tunggu gaji/ptptn nanti mau dah takde stok ni!! rugi aarrrrrr.
  • e)kena beli sekarang sebab sekarang SALE! kalau minggu depan depa naikkan harga rugi aku woi.
  • f)kalau aku pakai ni mesti semua orang tengok

point (f) tu tak semestinya jugalah. sebab sesetengah perempuan macam tak give a damn pon korang nak tengok dia pakai apa ke tak ke. tapi dia rasa bila dia own sesuatu barang tu dia rasa live her life..puas tah datang dari mana,hepi tak semena2. tapi akui jugak ada yang melawa sebab attention... hmmmm yeahh.


4. Jeling
perangai nombor 4 ni pelik sikit. RARE lah. aku dok perati dalam masa yang sama aku heran seribu persoalan kenapa perempuan suka menjeling? even kau maklumlah zaman 80'an era lagu puja puji wanita ada selit lagu jelingan mata mu mempersona apetahlah kan tapi tu jeling kat laki konon2 macam nak jual mahal. tapi yang aku pelik jeling kat perempuan. aku ingat aku sorang je perasan situasi ni bila aku utarakan pada teman serumah dia pon perasan benda yang sama.yang ni aku tak kaji lagi kenapa. aku suka berkawan dengan perempuan kadang2 aku jadi terlebih peramah pulak sambil tengah pilih tudung pon padahal tak kenal.. kalau ada orang layan aku lah kan. tapi bila dari jauh perempuan tu dok jeling semacam. macam nak makan pon ada. entahlah kenapa. nak kata aku nak dekat pakwe dia jauh sekali sebab aku bercitarasa tinggi. paling2 cikai pun bruce willis. apesal dok jeling2?


5. Mendengki
bukan cemburu. tapi dengki. cemburu sounds lembut macam cemburukan kejayaan .ceceh  nak ajar orang pulak kan. tapi dengki ni pelik sikit. tak boleh orang nak lebih daripada dia. sebab she's thinking she's the best.tapi tiba rasa macam ada orang potong line tu yang angin semacam terus masukkan orang tu dalam senarai enemy. padahal orang tu okay je dengan awak. Tu belum part ada sesama bloggers jadi annoying mouse dalam blog orang lain..keje nak mengutuk je. pandang orang tulis sikit.

6. Badmouthing
Ni pun sedara dekat jugak dengan penyakit kat atas. bila dah dengki semua yang baik  nampk buruk. semua wangi jadi busuk. dia akan jadi keburukan si lawan..atau sebenarnya kawan sendiri je pun. lepas tu dia utarakan dekat sape2 "eleh muka cantik apa macam tu...penyet je aku tengok"
mula lah nak cakap pasal fizikal orang. padahal macamlah dia takde fizikal, macamlah dia the best creation kat planet ni. macam lah dia cipta diri dia sendiri? seriously.. come one girl! tak perlu kot.
evena ku akui lah kalau laki badmouthing lagi dashyaaaaaaaat kan..even sum of em kadang2 macam tak give a damn pon. tapi diperakui laki kalau mengumpat. OH NO. pecah telinga tak sanggup dengar.,tu tak termasuk gelak berdekah2 sekeliling meja yang buat aku malas nak pegi makan mana2 kedai makan yangada orang lepak.


7.Tikam belakang.

perempuan selalu terselindung under keperempuanan. sebab tu sum of us prefer befriending dengan lelaki.  tapi tak semua kan? so prove it!



8. Tak suka Share
selain daripada tak suka berkongsi kasih sayang, kebanyakkan perempuan tak suka share sikat-takut berjangkit kutu mahupun kelimumur barangkali, tak suka share compact powder-takut bakteria kulit berkongsi citarasa mungkin,
tak suka share bekas minuman, perfume, lipstick, baju, tudung dan lain2. Tak macam kebanyakkan kaum lelaki yang tak kisah pon nak share pakai sarung je no hal derrr. sungguh muafakat


9. Cemburu tak tentu hala
Aku tau lelaki pon ada jugak yang cemburu tak tentu pasal ni. tapi perempuan selalu nya kalau ada penyakit ni dia didorong dengan penyakit yang aku nyatakan kat number 1 dan 2. tu jadi propa yang menimbulkan effect drama dalam perhubungan. padahal macam lah dia takde kawan lelaki. Kalau dalam perhubungan setakat couple yang korang dok cakap haram haram tu..he's not totally your pon lagi untuk berlaku cemburu tak tentu pasal, even dah nikah pun cemburu tu harus tahu pasal jugak. masih.









kay, yeah girls.  ini bukan memburukkan ada membuka aib bla bla, tidak. dah ku nyatakan ini penyakit. tak bagus pulak tu. aku sendiri alami.  ada ubat ke untuk penyakit di atas? ada..banyak sebenarnya. so then yeah. take care.chillax!

4 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

tang shopping tu mmg lah netul sgt sgt sgt ok.macm linn.bnda ni kena beli.sale skang nih,kalau tak rugi.hahahha

and bab share tuh.linn pon xsuke share sikat.taksuke share katil.taktahu kenapa

sarahunny said...

@linn: hahahah. baba shopping tu sara pun alami bnd yang sama. =.= sakit bila pikir kadang2 membazir.
bab share, sara tak suka share sume benda. hehe

izwan7 said...

well said. setuju dgn semua!

sarahunny said...

perempuan kan.. :)