Wednesday, February 23, 2011

Mentaliti 1 : Nikah Muda

Few things i need guys to know


Aku di awal 20-an. ceh rasa muda pulak bila ada perkataan awal. ehe =.=
Ada antara kawan aku yang dah bernikah dua tahun lepas, setahun lepas, minggu depan dah yang merancang nak nikah lagi 2-3 tahun akan datang pun ada. Tapi bila kami keutarakan ceh kami tu..kepada kawan2 terdekat terutama kawan kelas masa kat kolej dulu, kawan sekolah menengah dulu yang perempuan selalunya dengan gaya gedik sikit+gaya tepuk tangan+ muka comel sebut

"WAHH! YEAY KAU  DAH NAK KAWEN"
"WEEEEWAAA BESTNYEEEEEE"
"alo jeles lah aku.. :("

tapi bila pergi pada kawan laki cakap

"weh aku nak kawen bulan depan aku jemput datang ye"
atau
"aku plan nak kawen tahun depan lah dengan Suman Supir tu"

PAPP! KENA GELAK.

lepas tu diorang pegi buat forum kaum depa sendiri pakat dok hentam perempuan yang nak kawen ni. cakap gatal lah apa lah. muda2 dah nak kahwin lah. guys? seriously?!

selain daripada tak reti nak serious, semua benda nak buat jenaka, mungkin mereka juga tak reti  nak jaga perasaan dan berfikir tentang kemungkinan KENAPA PEREMPUAN ITU PERLU BERNIKAH

Maksiat
(mungkin clishe tapi jawapan yang aku boleh terima) , yelah daripada buat maksiat kat tempat bukan2, pastu terberanak buang anak kat bawah tayar kereta. Selain dah mampu nikah je lah.


Mampu
Kita tak tau mungkin bakal suami dia dah 30 ke, which is dah matang, mungkin juga dah ada harta, mampu zahit dan batin. Bia je lah dia nak kahwin ape susah? Lelaki yang lain mungkin fikir eleh enjoy dulu muda lagi bla bla. Muda lagi ke sebab takde 10 ribu lagi? hahaha sorry kalau terkecik hati

Selamat
Kau tau tak perempuan akan rasa selamat once dia dah diijabkabul. Kalau sebelum ni dia kerja ke belajar kat tempat orang jauh2, family dia risau, dia sendiri pun risau safety diri dia, kalau kat luar bag snatcher, perogol, pembunuh. Kalau dalam rumah sendiri perompak,orang pecah masuk rumah. So tell me macam mana perempuan tu tak rasa happy dan selama bila ada suami yang dia sayang kat rumah, masak dan makan bersama2?. Bahagia OOOoo bila aku bayangkan. Mungkin lelaki lain tak sedar akan ini sebab depan kan lelaki pegi mana pun BERANI, HEBAT DAN KUAT. macam superb habis.Jadi kami kaum perempuan yang lemah ini berasa selamat bila dilindungi.. mungkin korang tak sedar akan itu


Bagi yang dah aim nak keje dulu, nak study dulu master phd sume kau nak sapu then baru nak nikah,  Semoga berjaya daripada aku. korang pon rock!

Ringkas kata, jodoh masing2.. biarlah depa nak nikah muda ke tua. Jangan kahwin sebelum nikah sudah. Kita ni masyarakat tahu nak mengata je, semua tak kena.. kalau hidup nak ikut cakap orang yang tak berapa nak relevant pulak tu, boleh mati beb.

6 comments:

mardhiah ismail (: said...

betul tu sara !

Cherrie Pie Sweety said...

hehe.. kawen awal orang mengata, kawen lambat pun mengata gak.. hehe
yang penting, diri sendiri jer.. toksah peduli orang..
kawen tu benda yang baik heheheh :)

sarahunny said...

@dhiah: hoyeahh! :D
@sis cherrie: ha btl. kawen lambat makcik2 pulak kepochi tepi tangga kecoh bising anak jiran tak kawen2. masyarakat mcm tu ler..

hawasumiri said...

ustaz saya kate bleh jer kawin awal.. n tu di paggil kawin kontrak.. contoh, dua2 duk kat oversea.. takut jadi pape kawin kan jer.. kontrak tu maksudnya, akad nikah jer dulu. lepas hbis blaja bru wat kenduri....

sarahunny said...

@huwasumiri: huaaa! sweetnya kan!

Azlina ishAk said...

hai dear..

i only 22,i mmg sntiase support kwn2,sdre mare, atau sesiape sje yg kawin awl,i xnmpk 1pon keburukan kwin awl nie...so..jom rmi2 kwin awl..!
heeee...