Monday, February 21, 2011

Saya bangga jadi jahat. saya okay.

credit to  sarkasis

ini bukan entry emosi.

Takde lah pelik sangat tapi pelik lah jugak. tapi kenapa pelik kalau tak pelik. haih kenapa lah aku suka buat ayat pening

kenapa orang sekarang ni suka cari salah hentam balik orang yang beri nasihat atau tegur?

Bila kita tegur dia akan pusing ligat balik macam "eleh kau tu bagus sangat ke..semayang pon tak cukup nak tegur aku?" bila orang tegur kita, tak payah lah nak pikir keburukan orang tu untuk hentam dia balik. tapi kalau kau ambek nasihat yang berguna tu takpelah tapi kalau kau hentam dia tapi kau tak buat benda yang tak betul jugak pun bukan ke dah jadi macam 'semuaaa orang dalam dunia ni tau salah masing2 tapi tak payah betulkan sebab si A dan si B pun bukan betul sangat?

kalau orang tegur kita cara bertudung, bersyukurlah orang tu tak selfish, concern dan mengambil langkah nak megurangkan dosa sesama muslim dan muslimat. Yelah kan aku cakap macam ni nanti ada pulak cakap aku bajet alim wateva. dah tu memang tak boleh cakap bab yang baik sikit sebab nanti dituduh alim. seriously ALIM bukannya criminal pun. Jadi jahat diagung2kan. kau pegi club, menari lintang pukang dengan tube, skirt pendek, lelaki perempuan kepit2, togok macam2, ambek gambar lakukan pose 'hey kami di club okayyy' dan upload di facebook bercaption-kan "friends forever" watsoeva.

Tapi bila it comes to tegur menegur yang macam alim, dah macam 'huuuu alim' seriously guys.. kalau betul pun alim..sooooo?

Lepas tu kau sebuk nak salahkan jodoh, takdir hidup sebab kau tak ketemu pasangan hidup? come on! kalau bab buruk2 menimpa baru nak cakap pasal takdir? bila dah jadi sesuatu kat diri masing2 baru nak megucap balik, bila nampak hantu pandai pulak nak baca ayat kursi bagai. masa nampak hantu je lah?

Please lah bersyukur kalau ada lagi sesama muslim nak bertegur kalau kita buat silap, daripada kau duduk dengan sesama agama tapi kau buat apa pun dia tak tau betul atau salah.Tapi manusia sekarang ni sebenarnya bijak2. bab agama, hukum hakam semua tahu tapi taknak amalkan sebab takut jadi untuk menjadi seorang yang baik (mungkin), atau enjoy, atau...?  lepas tu suka nak cakap "semua manusia tak sempurna"yes..takda manusia yang sempurna,dah tu nak biarkan diri lagi parah?

Then suka cakap "pakai tudung tak semestinya baik" dah clishe dah telinga aku kata. well kau baik ke kau jahat ke menutup aurat tu wajib. tapi tak semestinya jugak kalau kau dah tutup kepala kau dengan
lapisan kain kau dah cukup menutup aurat, jika dada kau terbentang, jika seluar kau ketat.

Sekarang semua orang ada hak bercakap. raja pon kau nak bangkang, sebab semua pandai berfikir, manipulasi kata2, gunakan teknologi, kalau orang tegur depa hentam balik dengan perasaan riak dan bangga HEY AKU JAHAT OKAY



Satu masa dulu islam agama yang diangkat, sekarang islam dipijak. kau islam, aku islam. nak buat apa sekarang ni?

2 comments:

izwan7 said...

org skrg lebih bpegang 'lu jaga hal lu gua jaga hal gua. kubur lain2.'

pdhl islam suh kita ingat mengingati kebaikan,keburukan. amar makruf nahi mungkar etc

xtaula kat mane silap. mungkin culture. so ustaz aku ajar bile org ckp kubur masing2 we should counter balik dgn: 'mslhnye aku takut kubur ko sbelah aku terjerit2 mintak tlg memekak je'

sarahunny said...

haha ustazah aku pon cakap mcm tu. kan orang skrg pandai berhujah. hang pusing mana pon depa pusing balik. haduh