Thursday, February 24, 2011

Tips penting untuk dapatkan gambar korang tiba2 cantik padahal korang tak cantik pun

Tips ni boleh digunakan kepada makwe2 atau pakwe2 yang tak dapat2 jodoh. Tips ni boleg diguna pakai untuk menambah friendlist kau sampai beriban2 kalau kau letak gambar ni sebagai profile picture. Tapi awas tips ni hanya available di dalam internet sahaja contohnya blog, facebook dan social network yang lain

1. Angle.
Angle ye bukan angel. Jangan bimbo sangat.
Peralatan yang kau perlukan adalah cermin kalau tak macam mana kau nak tenok angle muka kau yang cantik.Selalu nya angle cantik adalah angle 35 degree ke sisi kiri atau sisi kanan. Kebiasaannya angle dari atas tu menampakkan muka kau sedikit runcing, kurus sesuai kalau berat badan kau 60kg ke atas bagi pemilik ketinggian 160 kebawah.  

2.Jegil
Bagi pemilik mata tak berapa nak bulat, jegil sikit.




3.Muncung
Kalau rasa nak bajet comel, muncung sikit bagi menampakkan efek comel, dan jangan lupa caption "baru bangun tidur" nanti berkemungkinan selepas memuatnaik(upload) korang akan dapat komen "bangun tdo pun comey hik3"

4.Buat2 kurus
Bagi yang tak berapa nak kurus, kalau tangkap gambar full body jangan lupa untuk letak tangan di kiri feeling model dan kempiskan perut supaya anda kelihatan lebih langsing. Ala2 artis kat red carpet. Boleh lah kau feeling Liyana Jasmay sekejap. OH YE! kalau bergambar ramai2..inilah masanya!! kau mesti terselit sikit di antara ramai2 tu nampak bahu, kepala je pun dah ok. Jangan lupa tangan kat pinggang.

5.Si sepet
Kalau mata kau sepet tak boleh nak blah dah, sepetkan lagi mata kau dan buat gaya KITEE ENJOYYY! tangan genggam dan tinggikan beberapa puluh inci dari kepala. Barulah dapat komen "comel"  daripada ribuan pengguna facebook yang dalam friendlist kau.

6.Photoshop
Kau boleh download photoshop kalau kau tak tau nak crack untuk free using, kau boleh lah guna trial 30 hari tu sementara ada masa 30 hari tu kau gunakanlah sehabis baik. Jangan tanya photoshop ni kegunaan untuk apa selain design. Kau boleh jugak guna software lain yang nampak lebih senang tapi aku tak cadangkan sangat tapi korang boleh google nak dapatkan satu.


Lepas tu kalau orang dalam internet tu terjatuh cinta pada kecantikan atau ketampanan korang, tu korang punya pasal lah nak deal macam mana kan.

Angle, photoshop, bukanlah salah pon. Tapi agak kelakar kalau kau penah jumpa orang tu kat luar dan kat dalam tenet tapi berlainan macam ada BEFORE n AFTER



p/s: Semua orang tu cantik. Pemberian Allah bukan?. even doktor surgery konon hebat mancungkan hidung, putihkan kulit kau, naikkan pipi kau, tapi sakit dan BERBAYAR. Boleh tak bersyukur "HEY I GOT THIS LOOK FOR FREE EVEN YOU THINK IM UGLY, SO WHAT". Implan, surgery, botox, susuk, come on kau takkan mati ke?

10 comments:

~shasha abdullah~ said...

oiii hahah...ak pki shurah je hoccayy...
so ak cntik ak ok la kn?
;p

butterscotch said...

semua org cntik..tu je pengajaranny..=)

Drunbella Khoo said...

kalau orang kurus nak nampak berisi dalam gambar nak buat cemana?
hihihihi.
pakai baju banyak2 lapis ka?
ataupun stretch jer gambar kat adobe nanti?
:p

Yuyun Ahmad said...

ala.. da biasa buad... ta comel pon... hoho

-ilyannur- said...

haha.. selalu je bt, tp mcm xje comel. rasanya mmg x comel kot kan huhu

sarahunny said...

@sha: hahaha. pakailah apa pun. janji tak naik jerawat. kau cantik kan. sume orang cakap bgitu

@butterscoth: oh yeah! btl. so no worries. cume yakin dan syukur

@drunbella: ala. haha terlupa pulak nak kaji. kahkah lawak lah kamu. stretch nnt bimbang pemview terkejut.

@yuyun: haha still? so takpe. saya tau awak sbenanya cantik. :)

@ilyannur: hahah comel je. cuba lagi!

liyana said...

alahai comel nye entri ni. mcm 2 in 1 lak perumpamaan nye.. hehe

hanny nadia said...

kak saraaaa,rindunyaa aihh. dah buat belog balik yeay! *lambat perasan yang akak dah re-blog*

eh org macam sesuai yang tang mata sepet kot -.-" memang sepet habis haha

sarahunny said...

@liyana: hahaha. :)

sarahunny said...

@hanny nadia: hahaha. sepet ke? eh takpe. sepet comey. feeling korea. :)