Sunday, March 13, 2011

Ciri-ciri lelaki yang tiada kualiti

tajuk lain bagi entry ni mungkin, ciri-ciri lelaki loser ciri-ciri  lelaki bukan idaman wanita, lelaki murahan


Aku masukkan topik lelaki dulu. Sebab lately aku sering terserempak dengan lelaki yang tak berapa nak ada kualiti. Yelah bukan takde kualiti langsung, mungkin ada. Tapi tak berapa jelas kelihatan sebab mereka dah menunjukkan ketiadaan kualiti mereka. Kadang2 ada je yang takde kualiti langsung lepas dia nak tunjuk kualiti tapi cara penyampaian dengan cara yang salah. terus. REJECT!

1. Murahan
Jangan kata perempuan je ada title murahan. Habis tu lelaki? Yelah aku tau lah diorang timba, perempuan perigi. kan kan. Tapi macam mana kalau timba tu ada 20 perigi. Diorang ni mungkin belum tahap playboy, baru jinak2 barangkali. yaka?




2. Mulut murahan
Tahu tak perkataan sweet yang tak perlu cakapkan selalu akan jadi tak sweet dah kalau kita cakap hari-hari.
Dan secara tak langsung akan menyebabkan sweet ini menjadi basi dan tak best dah nak dengar selalu. Kalau masa mula2 bercinta dulu, gf merajuk bf puji2, cair. tapi kalau dah selalu cakap dah jadi basi. Yang tak berkualitinya bila dia cakap words yang sama dekat semuaaa perempuan yang dia kenal. Seperti "i miss your beautiful hair.." atau "senyum awak cantik, cair saya"  Dude seriously? macam mana kalau dia cakap benda ni kat semua perempuan? kau rasa special lagi tak?


3. Badan murahan
Tak lain tak bukan, badan murahan merujuk kepada mengadakan hubungan yang dilarang di atas katil bersama bermacam2 perempuan atau perempuan yang belum dinikahi juga boleh dikategorikan sebagai lelaki berbadan murahan


4.Love gamer
Oleh sebab dia terkejar2kan bermacam2 wanita cantik. Rambang mata katanya. Spare part katanya. Peneman BBM dikala sunyi katanya. Pada masa yang sama dia takut kehilangan salah seorang wanita yang dikatakan hot ni, yelah kot2 boleh buat bini, nanti terlepas sorang rugi wo. Tapi kadang2 aku kegum jugak lah dengan helah orang macam ni, hebat kot! Kat suzana panggil darling, kat Elena panggil sayang. Kadang2 dia takut kantoi sms, semua wanita terus dia panggil sayang. SENANG! takde lah kantoi. Bila Suzana BBM "papa buat apa?" Dia reply "i baru lepas solat." noktah. Padahal tengah lepak kat taman KLCC sambil tengok kanak2 kat kolam renang.


5.Kaki perabeh
Hanya satu reason dia stay dengan perempuan tu.  DUIT. tak kesah mak janda jual pisang goreng belakang rumah ke, sugar mummy kat club ke, atau perempuan naif dan baik hati yang lagi senang dia nak korek kocek.



6. Test market
Keje dia test market je. Mungkin ada orang pernah puji kat wallpost atau picture kat facebook "eh! kamo marchamx justin biebierrrrrx" Lepas dah dapat dua tiga orang,  kau kena tinggal. Get over him.please.

7.Gatal mulut
Selalu kan lelaki2 kat tepi jalanan yang merempat ke, lepak ke apa aku tak tau, suka dok suwit suwit mana2 perempuan yang lalu lalang. YES. aku tak kata kitorang perasan korang nak ngorat kitorang ke apa. Tidak. TIDAK. tapi tahukah kamu bahawa perbuatan tu annoying yang sangat murahan?. PEJADAH? aku tau korang gatal mulut je saya nak test kesedapan bunyi suwit suwit tu ke apa. Atau memang nak niat test market. Tapi please jangan kampoang sangat lah derr, perempuan rasa tak dihormati. Diorang tak hepi pun. Ye, melainkan perempuan tu attention seeker lah..mungkin balik tu dia tulis dalam diary helo kitty. Be cool man! nanti aku buatkan tips menjadi cool untuk korang2 yang macam ni. pathetic.



8.Bajet hot walaupun takde bajet
Perkataan 'bajet' pertama pada ayat di atas merujuk kepada "perasan" "belagak" "act" perkataan kedua pada ay at diatas adalah bermaksud "wang"
Alaaa. bukan maksud kat sini nak wang. Tapi maksud nya belagak best. Tapi hapa tarak. Kalau ada jam guess dok menayang tak sudah. Bangga tunjuk sms kat kawan2 lelaki dia, yang perempuan melamar mintak couple, nampak awek cun terus angkat kening, kenyit mata, senyum kat pasaraya beli ikan tak tentu hala, dia ingat satu dunia pandang muka dia ke? eh. menyampah tau dak. Orang macam ni kalau ada gf pun, aku rasa gf dia macam teraniaya, kalau keluar dating dia tak kesah pun awek dia comot makan aiskrim ke, riben kat tudung atas kepala tercabut ke, janji dia rasa dia hensem sentiasa. REJECT!

9. Laki orang
Laki kat sini bermaksud suami. Dah kahwin anak pinak pun dok gatai lagi. Nak pasang sampai 4 padahal beras, gula, baju, letrik, kereta, sewa pun bini bagi duit. Ada hati tu. Dah kerepot tapi tak sedar. Tapi kalau tak kerepot pon tak sedar2 sama jugalah aku tarok kat kawasan takde kualiti.



lelaki, dah la nak pupus kualiti pun takda ka?



ada yang alim, tapi kuat cemburu,
ada yang sporting, tapi kedekut,
ada yang tak lokek duit tapi mata keranjang,
ada yang baik dan setia, tapi hot tempered,
ada yang caring tapi laki orang,
ada yang single tapi kuat terajang,
ada yang hensem tapi bajet bagus.



=.=  ingat senang ke nak cari pasangan hidup?.  kau mungkin akan jumpa si bahlol, si celaka, sebelum kau jumpa yang terbaik untuk diri. Kau mahu tahu siapa pasangan hidup kau? cermin diri kau. Kalau kau baik, insyaAllah Allah kurniakan yang terbaik.

14 comments:

Anonymous said...

maaf klau komen gua ni x memuaskn hati semua org....tp semua kena sedar,xde manusia yg sempurna dan inilah realiti kehidupan. yg penting hati kena ikhlas dlm ape jek yg kita buat...bukan senang kita boleh dpt ape yg kita harapkn...gua sbg seorg lelaki pun,gua x mampu nak jd semua yg cik blogger ni maukn...tp yg penting,hati kena baik...x kira sape pun. jgn sesekali menghukum seseorg drpd luarannya....kenal hati budi,baru kita bleh menilai.

sarahunny said...

@anon: wa harap lu bukan lelaki yang takde kualiti. ye tiada yang perfect. dan takkan ada. sebab tu wa dah mention kat atas "cara penyampaian yg salah atas kualiti yang baik" yang buat wat annoyed dengan lelaki2 sebegini. wa tau x semua sama dan wa tau perempuan pun ada jugak yang mcm ni punya. kadang2 wa rasa kaum perempuan cam wa perlu tau benda2 cenggini. wa kesiankan kaum wa je.kalau lu orang baik2 di sana. then GOOD! wa pun hepi.

so peace.

~shasha abdullah~ said...

ak suke no.7...haha

Anonymous said...

hehehe...thanx sarahunny atas feedback lu. wa pun mmg simpati ngan kaum2 hawa yg dianiaya...tp ape bleh buat. wa nak bantu,tp wa dah kawen...huwaaaaaa..... :p

zey said...

nice!
cekidoud mine : http://hanyfly.blogspot.com/2011/03/cara-usha-yang-super-annoying.html

sarahunny said...

@sha: aku tak suka no 7. :P hehe

@cik anon: hahahha. takpe. wa tak harap lu membantu dengan tambah cawangan lagi. sila jangan. kesian kaum wa.

@zey: thank you! :D

nadya chew said...

da lama sy nak cari bnd alah ni.hehe.skrg bru puas ati..tq for the information...
jgn bg muka sgt kt org laki.

sarahunny said...

@nadya: oh sguh? thx for d read :) tp tak sume takde kualiti kan

Sam said...

BBM tu apa?
Maaf tak tahu.

sarahunny said...

@SAM: BBM tu blackberry messenger.

erwanzafiq said...

wow panas betol topiknye.. terbukak semua pancaindera lepas baca bnd ni..tknk komen lebih2, hny 'lelaki yg baik utk perempuan yg baik, dan sebaliknya..insyaAllah...' good one sara..

Anonymous said...

salam sarahunny..drpda penilain sya..awk sngt membnci lelaki..itu tk heran lah..sbnrnya sy nk buat pengakuan..sorry to say klw2 ia menyakitkan hti ko dan permpuan2 lain..okey..sbnrnya sy sngt mmbnci prmpuan(except my mother)..mngkin disebbkan dlm kluarga kmi xda prempuan..pda pndangan sy prmpuan ni jijik sngt(sorry)..xkira cntik ke,bruk ke.kiut ke,pendek ke dll..jdi awk ckp smua lelaki sma ...sy xsokong..smua kwan sy smua lelaki..kmi lbih thu cra mgendalikan perasaan terhdap GIRLz(konon)..jdi jgn ckp smbrangan..

sarahunny said...

@anon: wsalam. hi there. nampaknya penilaian awak sudah tersasar mister. saya tak cakap "saya membenci lelaki" nampaknya awak yang berkata begitu. bukan?

sebab tu pada tajuk awal2 lagi saya tulis "ciri2 lelaki tidak berkualiti" saya tak tulis "ciri ciri lelaki di muka dunia ini" dan list down all bad things bout men. saya tak cuba untuk jadi seksis dalam entri ini. sebab lelaki memerlukan perempuan dan perempuan memerlukan lelaki. kalau itu mindset awak "perempuan jijik" well.. itu apa yang awak fikir, saya tak boleh ubah apa2. chill

Cik Suheela said...

i like dis topic...
haha
tapi kannnn..seriouslyyyy lepas break-off hakakkkkk rasa kebanyakan lelaki skrg macam ni..huhuhu nmpk gayanya hakakkkk tak kawen lerr deqqq...