Monday, March 21, 2011

Kenapa perempuan suka shopping?

Sindrome shopaholic selalunya menyerang mereka2 yang berumur 18 tahun ke atas.

Shopaholic atau perkataan lebih senang difaham "gila membeli belah" ha aku harap cikgu bm aku kagum aku dah pandai menguasai bahasa melayu dengan lebih berhemah dan tak mengarut macam dulu dah.

Aku menyedari, sebagai manusia yang dilahirkan perempuan jugak, aku faham ler kenapa sekarang kegilaan perempuan terhadap membeli belah tu semakin menjadi2. Aku tengok officemate aku dok gila online shopping. Ala. aku sendiri pun kadang2 tu siap share link lagi. =.= tak dapat nak dibendung kadang tu melainkan dalam bank dah 0sen hat tu tak boleh buat pa lah, kira padan muka aku lah kan. So nampak tak keburukkan shopping tanpa sempadan kat sini?
Kalau nak tau, kami gila shopping ni, sebab yang bersebab. Bukan saje2. =_=


1. Sebab ada duit. 
kami tak suka tengok duit banyak2, kami memang suka kalau dalam bank takda hapa benda langsung lepaih tu nak makan pun takdak. Kami memang suka tak makan, sebab nanti kami dapat diet. Memang kebuloq kalau hujung bulan, tapi kami suka kurang 3-6 kilo sebulan..kalau gaji lambat lagi 3-4 hari alamatnya kami mati dengan rangka takdak nutrisi.

2. Sebab kami rasa kami cantik
Hangpa lelaki2 mana taw, bila kami tengok baju2 kat mana2 lah.. ala kadang2 kat jusco je pun tak payah branded2. tau dak kami rasa apa? RASA BAHAGIAAAAAAA.

 Kami selalu bayangkan kalau kami pakai baju ka apa ka yang juai tu kami selalu bayangkan yang kami akan jadi lawa kalau benda tu kat atas diri kami. Macam "fuh! kalau aku pakai ni mesti lawa ni".


3.Nak puji
Ala kami taw lah  bunyi tajuk atas ni macam desperate kurang kasih sayang je kan. Kalau antara kami ni ada pakwa, kami selalu perasan pakai baju tu untuk pakwa kami, kami suka lah depa kata "comel you pakai baju ni hari ni" kembang mayung hidung. Bodoh pulak kadang2 bila melawa sebab bf. DUH. Lelaki kadang2 tu depa tak heran pun kita pakai apa sebenarnya. Penah si GF ni tersengih2 cakap kat B "eh awak, kita pakai baju ni cantik tak?" BF pun cakap "TAH SAME JEE"

=.=


4. Sebab masa tu SALE.
Kami selalu berasa akan kerugian amat kalau tak beli. Sebab satni orang lain dah beli, tak dak stok. pastu tak tak sale tiba2 minggu depan harga melonjak naik. Rugi sungguh rasa. Dia macam ni cakap monolog dalaman kami "eh. tak beli ni nnt dah takde cane..? " "rugi lah kalau tak beli"
Tu yang kalau datang jusco bawak 100, 100 habis tu. Padahal 100 tu untuk seminggu punya belanja. Dah tu la ni nak makan apa? (rujuk point 1) well, kami memang suka diet. =.=
Aku tau perkataan ni nampak indah, kalau dah beli berdozen2, mungkin kau akan spend lebih banyak daripada sepatutnya yang kau takut rugi tu.



5. TREND
Kadang2 teringin tengok patung tu pakai lawa ja, keti peri pakai lawa ja, snsd pakai lawa ja. Kami pun terlupa yang badan kami tak pulak macam keti peri, ni kan pulak macam kim kardasyien.
Fakta aku menunjukkan, Terjadinya sesuatu trend pabila ada pasaran yang meluas..tetapi terjadinya jugak pasaran yang semakin meluas dan meluas adalah di sebabkan trend/permintaan yang tinggi"
Aku tak pastu korang paham ke tak dengan fakta aku sendiri ni. Kalau takde pasaran takkan ada trend yang kau pegi kafor pun semua orang nak letak bunga atas kepala, yang aku pelik siap ada jual sanggup pelesu lagi tu. Geli aku tengok sanggul tu dok tergantung2. Seriously girls?? Orang lain nak sorok rambut hangpa nak tayang gila2? siap pasang baik punya?

pitam

6.Dunia tanpa sempadan
Sekarang kan semua benda nak mudah. Kau kelik sana sini. parcel sampai. Duit pun kurang. Kau pun suka. YEAAY. Tak dinafikan blogshopping lagi murah daripada nak beli jauh2 yang makan duit minyak dah mengurangkan lemak kau. Sonang yo. Picit sampai picit sampai.
FYI, tak semua blog yang menjual ni murah okay. Better korang cek baju yang sama, is it sama tak harga dengan baju yang sama kat blog lagi satu. Lepas tu cuba korang + postage. Kalau harga dia sama je atau lebih tinggi daripada y ang kau beli kat jusco baik tak payah.


tips taknak tergoda beli bukan2(membazir): Cari kelemahan barang tu. "eleh.. jahitan tak kemas"
"size aku takdeee" "takde la cantik sangat biasa je" "dah ramai orang pakai nnt jadi macam kumpulan nasyid" "tak padan dengan harga!!!" (pernah berkesan pada aku 4-5 kali!)
Kalau duit tu mak bagi, kau bayangkan kasih sayang mak kau taknak kau membazir. Kalau kasih sayang kau utuh kuat kau tak sampai hati nak membeli sakan punyeeee.


p/s: shopaholic tak bermakna materialistic. Dont get em wrong. Yang sama adalah, masing2 terbeliak bila nampak barang kegemaran. well perempuan, perempuan.

8 comments:

♥yaya budak suka embun♥ said...

shopping adalah terapi.hehe :D

JOM :BUKAN BLOG MAKCIK LA :P

Lizzie Yasmin said...

mcm sakit hati jer rasa mcm baju dah pakai byk kali.. hahaha.. gatal tgn nk beli baru.. hahaha.. terasa tak der baju walaupun baju dah bertimbun...

Shahrul Azmi said...

kdg2 ade gak lelaki yg gile shopping.klu yg shemale lg lah.nk tunjuk yg dia 2 cam pompuan.suke shopping.hehehe..

sarahunny said...

@♥yaya budak suka embun♥ : YEAH. sumtimes. kadang2 bila dah hbs duit, kita tak perlukan shopping as terapi dah. hahahh

@Lizzie Yasmin: haa! btl. rasa jemu kan pakai yg sama je. mulala berangan nak yg bru. =.=

@Shahrul Azmi: alaa. itu gelis. tapi kadang best bawak depa ni shopping skali.

'Muhammad Khairul Arif said...

haha shopping bile ade duit,bile da habes duit duk umah sengap2 xp

~shasha abdullah~ said...

yes! mujo ak bkn cik shopaholic.mate ak je shopping,duit ak lekat lg dlm wallet.jimat kan? hehehe

Casual Stop said...

automatic lepas shopping jer terus rasa happpy.. ;D lepas tu tak sabar nak pakai baju baru.. lepas dah pakai tu rasa nak beli lagi baju baru.. haishh... bankrup mcm nieh. hahaha

erwanzafiq said...

ludah sket ye subuh2 ni..huhu..post ni sesuai sgt utk mell..haha nice one sara..