Wednesday, March 2, 2011

Sebab kenapa perempuan tak suka/kurang pakai tudung bawal dan sebab2 lain

 credit here
kau pilih mana?


Yaw. since daripada aku sekolah menengah, sampai kolej, sampai keje. Aku akan berjumpa dengan lelaki2 yang mana kawan2 aku sendiri. Diorang suka cakap

"tudung amende ni!"
"wey. pempuan lagi lawa kalau pakai tudung salu korang pakai masa sekolah rendah dulu weh"

Sebab2 kenapa kaum lelaki menyarankan perempuan pakai tudung bawal adalah:

  • Mereka sukar menerima pembaharuan
  • Mereka streotype
  • Mereka rsa bila perempuan pakai bawal nampak cam ayu/sopan/comey/cun dek gelombang2 bawal kat sisi pipi perempuan itu skali gus menyembunyikan pipi yang bulat, kalau perempuan tu berpipi bulat.
  • Kebanyakkan tudung bawal warna soft2, sekali gus menGLOWkan skin tone si pemakai.
  • Sedap mata memandang

Sebenarnya sebab 1 dan ke 2 saja2 je nak bagi sakit hati. Aku nak highlight sebab ke 3,4,5.

Ye aku sebagai perempuan yang betul2 wanita bukan cetak rompak punya, aku akui. Semua perempuan cantik dengan tudung bawal.  Aku sendiri pun rasa macam ayu je, macam budak sekolah takde jerawat je kalau pakai tudung bawal. Tudung bawal memang best sebenarnya. Tapi guys, ada benda yang kureng best pasal tudung bawal yang membuatkan bukan perempuan tak suka, tapi kurang prefer/memilih tudung bawals ebagai option primary untuk menggayakan dek dunia yang serba serbi cepat ni.

credit :here
ini tudung bawal

Sebab Bawal Bukan Pilihan
1.Tudung bawal kalau nak pakai cantik, terbaik punya korang kena ada skill dan kerajinan meng-IRON. korang kena  bentang luas2 tudung bawal tu. pastu iron. tiba2 adik korang pegi buat baik punya hal letak beg atas tudung bawal tu. rasa2 hangin tak nak iron balik? Salah iron, tudung jadi kemek weh. dah macam mak esah nak jual minyak urut pulak kalau tak iron betul. Bukan kah memakan tenaga? nak pulak yang nak cepat ke pejabat/kampus/kedai runcit? padahal kedai runcit tu 2minit perjalanan saja. iron tudung 20  minit. get what i mean??

2.Bila dah pakai molek, lawo habis. Perempuan tu pon berbual2. Bila berbual2 alignment tudung boleh lari, (ala perempuan mesia kan suka tudung yang nak mancung muncung tu je) nak pulak yang kepochi bersembang macam makcik2 kat dapur rumah kenduri kahwin. Kejap2 kena adjust. Kejap lagi adjust. Tu masa makan sama jugak. nyup nyap nyup nyap. lari lagi alignment. Lepas tu nak melintas jalan kena angin, tudung dak petot kemek dah. leceh sikit

credit here
ini pashmina

credit here
Ni tudung express

Kini aku senaraikan sebab kenapa perempuan lebih memilih tudung era terkini (era terkini kononnya)
1.Jimat masa
Sebab, kalau kau pakai tudung express tu kau sarung je. Kau rushing nak pegi mana2, mak kau suruh beli santan kat kedai pun takde hal derrr, 5 minit lagi kau dan mak kau boleh masak kari yang sedap dengan santan.

2.Tak payah iron/lebih mudah
Kalau tudung express tu tak payah iron pun takde hal der. Kalau syria tu pon sama. Kalau shawl tu mungkin lah perlu sedikit tu pun bergantung jugak pada texture dan jenis kain.

3.Dah confirm 'ok'
Kalau syria aku tak berapa sure(ada orang panggil tudung alien), tapi kalau express. kau bentang kat angin mana pun alignment memang tak lari. Sebab dah keras kejong. Jadi perempuan ni akan cantik je di mana2..kalau dia cantik lah. tapi well semua orang cantik.

Sebab Musabab Kenapa Lelaki Tak Berapa Berkenan Dengan Tudung Selain Tudung Bawal.
1.Shawl: Pening kepala tengok lilit sana, lilit sini

2.Shawl: Pening kepala tengok warna shawl sekarang warna warni macam kat taman barney and
friends. macam lolipop pun ada

3.Shawl:  Buat muka perempuan tu nampak bulat macam mana entah

4.Shawl Buat kepala bulat macam alien tak semena2

5.Sebab hati depa tetap dekat tudung bawal

6.Tudung Express: Sebab buat nampak macam bibik

7.Tudung Express:Sebab hati depa tetap dekat tudung bawal.

See. aku highlight 2 perkara.

Sebab Kenapa Perempuan Suka Shawl/Syria/Express
1.Mungkin nak rasa/perasan lebih trendy

2.Shawl/syria banyak color senang nak match

3.Shawl etc boleh pusing2 satu kenapa sampai tak boleh nak bukak dah, penat pusing

4.Boleh pakai dengan cekak/headband besau gabak

5.Mungkin sebab nak nampak macam fashionista dan tempek gambar di blog


Tapi perempuan, aku juga memandang serious tentang pemakaian tudung era sekarang. Kadang2 aku takut bila pikirkan aku dah beranak pinak nanti anak2 aku ketawakan tudung zaman sekarang. Pakailah sesedap mata memandang, tak perlu kot nak tunjukkan OH AKU ADA RAMBUT PANJANG. atau OH AKU ADA DADA. atau OH AKU PANDAI BERGAYA aku letak pokok kaktus atas kepala. Aku faham kenapa kaum lelaki tak suka tudung sekarang, tapi aku jugak paham kenapa kaum aku ni prefer tudung sekarang. Ye tak dinafikan anda ada pilihan tapi anda juga ada agama yang sudah melandaskan batas2 aurat kita semua. sekian terima kasih.


credit here
comey gila lisa dgn bawal kan?


p/s:jangan sampai nampak macam kau junjung pasu bunga atas kepala.

24 comments:

~shasha abdullah~ said...

hadoi sarah sarah...hehehe

Cherrie Pie Sweety said...

Heheh btull.. lelaki memang suka pompuan pakai tudung bawal tapi part iron tu yang paling malas sebenarnya.. pastu nak bentuk2 kan dia.. kalo tudung ekspres atau shawl tak heran sgt.. lilit pusing gaya mana pon.. fashion kata orang hehehehe

raksasa kuku biru said...

hahahahahahahahaha!
very genuine!
am on ur side!

Aimi Bahari said...

em tapi kita tak boleh lupa kan trend tudung bawal ni sebab asal usul nya dari mesia jugak. huhu.

cik zira said...

semua btul!!! sy amat setuju!!!

butterscotch said...

yup..mmg sbg lelaki aq lbih ske tgk prmpn pkai tudung yg jnis lme tu*tak tau plak nme dy bawal..haha

Hitam-kertas-Putih said...

em?... Sepertinya nak melepaskan kemarahan atau rasa tak puas hati kepada "lelaki". Taknak cakap banyak sangat nanti cik sara ni buat cerita pasal aku lak(dah lah banyak "idea" beliau ni), cuma rasanya perempuan lagi tahu apa yang baik untuk dirinya sendiri, kan?. Tapi sebagai lelaki, dia cuma mahukan seorang perempuan yang mampu untuk memikat hatinya sentiasa. kan? . Terus melontarkan apa yang anda rasa patut. Last, I'm following your blog. Thanks.

sarahunny said...

@sha: ala nape. :)

@sis cherrie: ha lg satu sebab sis. murah. much more cheaper. :)

@raksasa kuku biru: kenapa kuku biru? hijau ke kelabu ke?

@aimi: yes. tudung bawal kan identiti mesia. saya berbangga! :) jgn lupakan. kesian bawal rsanya skrg bawal kecik hati

@cik zira: :) tme kasih.

@butterscotch: ye laki mmg suka. antara sebabnya kat atas.

@hitam kertas putih:haha takdelah bro. yelah sape tak suka benda cantik kan bro? aku pon terpikat tgk pempuan tgk perempuan pakai bawal. ayu2 tu ha.thx for following.

chill!

r.k said...

babe , bagi ghua lu kena tengok muka sendiri .. ada perempuan yang meletop bila pakai shawl and menengempessss bila pakai bawal .
tapi ada perempua yang WOW bila pakai bawal tapi wtf bila pakai shawl .
and ada perempuan yang fiwit bila pakai apa pun ..
so , trend or not trend .. sesuaikan dengan muka masing-masing ..

syria is not bad u know .. XD
BIG NO to express . buruk yo !!

sarahunny said...

@rk:wa rasa lu ada betul. sebab ini terjadi pada wa. bila wa pakai apa pun tak lawa. hahahaha.kalau orang tu cantik pakai apa pun cantik. wa tak sangka lu tau pkembangan tudung. kagum ni

DiNa-DiaNa said...

"p/s:jangan sampai nampak macam kau junjung pasu bunga atas kepala."

hahhahahaha...
terbaek...

shawl warna-warni sakit mata kalo dok tenung..

sarahunny said...

@dina: jd jgn tenung. :) kalau kena gaya n warna baju ada yg okay.

♥PiNk VeLVeT♥ said...

hahaha~ best2

Emylia.bt.HujanRintik2 said...

klo reason paling sopan mel,mmg malas mengiron2kan tudung tu! hehehhe

hanny nadia said...

part pasu atas kepala tuu betul sangat. kdg2 rasa macam kepala dorang panjang semacam pun ada. hahaha

bawal totapp dihati hahah

sarahunny said...

@pink velvet: :) thank you pinky velvety

@melly: ohh yeah. iron adalah tak best kan mel :D

@hanny: macam besa gila kepala kan. macam berat nampak. suka hati lah masing2 pandai kan.

Anonymous said...

Hmm..mintak maaf eh, saya ni pembaca bukan Islam. Memang comel gadis Islam pakai tudung bawal.Nampak fresh dan evergreen.

Pesen skrg macam apa2tah. Lepas tu perasan comel dan berdarah Arab (sebab gadis shawl mesti pakai kontek lens kaler macam grey, brown). Pastu amik gambar buat tanda Peace kat tepi mata. Buruk.

belum lagi yang pakai vintage bagai, seluar ketat... ada yang blouse lengan pendek tapi pakai sarung lengan pastu match dengan skirt panjang, pastu boot PUnk.

Sungguh hodoh.

sarahunny said...

@anon: hey. lagi annoyg kalau tepek kat ruang maya. skrg kan sume orang nak jadi model, sume orang nak jd jurugambar. kalau tak dapat jadi model untuk magz remaja pun, tampak jelah kat blog sndiri. lepas tu dunia yg dalam blog tu, bawak ke luar. dia rasa dia model di mana2 lah. mcm pokok pulak kadang2. nway thx for d read. :)

zey said...

hey sarahunny,
tengs wat entri camni as a behalf kpd gadis2 y xpaki tdng bawal.







sbb utama : malas + lecah nak ironn!!

sarahunny said...

@zey: oh saya mewakili semua ciri2 tudung. saya cuma mau lelaki faham saja. why why why. sebab mereka kan kadang2 anti sgt kalau orang tak pakai bawal. segelintir. :)

syakey said...

mmg bawal malas nk iron. tp shawl & seangkatan tu,ramai org pakai sampai skrg pelik gila pn dh tak jadi masalah. warna warni tu mmg stuju sgt ah. haha

sarahunny said...

@shakey: yeah kan. ok je kalau warna warni. tapi kena pandai balance kot. Cuma bila pegi market tp attire yg beria mcm pyayi konsert tu yang jelik sbenarnya.

blog-tips-kurus said...

depa jeles tuuuuuuuu!!!

*cop! kenapa tak jumpa FOLLOW ni? semangat nak follow blog ini. :-)

sarahunny said...

ahaha sorry the owner of blog-tips-kurus, mmg saja tak letak follower button. tsk.