Monday, April 4, 2011

Jangan marahkan FAKER





Yaw. =)
Terpana nampak perkataan 'bodo' bila dibuka entry ohh rupanya pasal ada faker.
Faker merupakan satu kegiatan mempalsukan diri sendiri menjadi seseorang yang lain dia mahu jadi, of course lah orang tu lebih bagus, lebih UP dan lebih blablabla. Tapi mungkin aja faker suka tiru orang loser. teheeee.

tujuan? tentulah PERHATIAN. apa lagi? kalau kat dunia reality mungkin si faker kurang mendapat perhatian. Takde orang nak kawan ke, takde orang nak rehat makan kat kantin sama2 ke, takde orang minta no tepon ke, takde orang ngorat ke, Jadi bila kat dunia maya dia tempek gambar irine nadia ke, fatin liyana ke, hanis zalikha ke, (perasan kan yg cantik2 semua ada A kat belakang nama..teheee) kalau letak gambar orang cun mesti lah ramai orang nak ngorat derr, dalam internet tak jumpe pun takpe wa tau lu faker dah cukup hepi dah. kan?

mungkin sebab lain faker ni takde henfon berkamera paling cikai pun, jadi sebab nak lah juga orang ngorat, takkan nak letak gambar katak, ikan, burung, baby dari google je! nanti orang pikir dia tak cantik pulak.


TAPI kawan, kau tak perlu nak marahkan faker yang menyirapkan darah kau malam2 buta. tak perlu. Tak perlu nak buat entry maki hamun si faker. Kau marahkan orang cedok gambar kau, tapi siapa yang post gambar kau tu? adakah si makcik melah senyap2 pegi rumah kau malam2 masukkan usb cable ke PC dan upload senyap2? kemudian menyamar menjadi faker?
kau jugak kan yang upload dulu?

Aku rasa kadang2 kita terlupa, kita sekarang aktif kat dunia tanpa sempadan. Once kau published apa2 on net, termasuk kau send gambar kat kawan kau melalui email pun, file masuk server, kalau email account kau kena hack, dan gambar tak senonoh kau tersebar, SAPE MALU DER?

itu email. kalau blog? facebook? myspace? friendster sume tu? lagi belambak je software nak cedok benda privasi kau, kalau hacker tak perlu software hack saja. D.A.P.A.T.


Relax sudaa. (ayat bebudak la ni)


Main point aku kat sini, tak perlu kau nak marah maki hamun si faker, sebab gambar kau google pun dapat. Cukuplah kau pegi bagitau kawan2 kau yang tu bukan akaun kau so that kalau si faker melacur dalam facebook pun kau tak kena tempias. dan report account si faker tu. DONE.



atau mungkin kau nak bagitau kau glemer la ni ada orang nak jadi kau? hikhik comel.

1 comment:

Lizzie Yasmin said...

report aja pada apa badan yg jaga hak privisi dan mutimedia tue.. lupa lar nama dia.... Biar faker kene balasan..