Sunday, April 17, 2011

Kisah Cleaner #1

Sepanjang hanya beberapa bulan je aku kerja kat sini. Cleaner bertukar ganti, tak sampai setahun dah berpuluh aku rasa..lepas tu kisahnya macam2, boleh buat Buku Alumni Cleaners 2010/2011 letak biography dan kisah masing2, dan cara masing2 nak berhenti jadi cleaner kat sini amatlah kelakar i tell you.




Cleaner pertama.
Masa mula2 aku sampai office dia dah sampai, awal gila dia sampai office aku ingat aku dah habis awal dah pasai aku memang salu tercongok je depan pintu office kali ni ada teman lah aku. Pakaian dia agak epic pada aku, kadang2 imaginasi aku berkata2 yang makcik ni macam menyamar, AHA. Spect dia berbingkai hitam besar gila, dengan tudung dia senteng sebelah. Tapi aku tahu imaginasi aku ni agak melampau untuk makcik2 yang sepatutnya aku hormat jadi aku berhenti berbuat demikian.

Makcik ni cool, boleh bawak berhibur pernah dia ajak aku pergi karaoke jamban. "Jomlah saraah..kita karaoke hujung minggu kat situ, malam kita balik lah.. SATU LAGU SATU RINGGET"
aku cam.. erk. dengan kawan2 pun aku tak berapa nak berkenan karaoke..boleh tahan makcik ni.
"jomlah...  F dengan  M (collegues aku) dan kata ok. dalam hati aku kemain jugak budak2 ni layan makcik.
Esok tu aku cakap kau F dan M, diorang kata "EHH..dia kata kat aku kau yang nak pegi"
i was like "what the?" at the end. Tak pelik sangat dia pernah ajak aku celebrate new year kat KLCC. Boleh tahan akak ni.



Makcik ni rock, ringtone dia lagu shuffle tu. Aku pun taktau list lagu shuffle, terkejut jugak hari tu masa dia tengah dok cleaning..satu office ingat aku saja taknak angkat call
"EH SARA APESAL TAK ANGKAT CALL?"
-not mine
"ABES TU?"
-akak cleaner
satu office macam WAAAAA

Situasi seterusnya
Masa aku dok buat siapkan kerja, tiba2 aku terbau toilet. Bau seperti Harpic. Tiba2 makcik ni datang dekat nak lap meja katanya.. dia picit kleen toilet tu yakin je dia picit sikit punya banyak kat meja aku, berwarna biru pastu lap dengan kain. Aku ingat lagi script dia "haa... cuci pakai ni.. baru shine shine.."
aku blur sat. Pastu dia lap telefon "haa..kan shineeeeeeeeeeee" dengan begitu yakin.

Aku bagitau collegue, dia pun tegur. Makcik tu cakap "eh.. ini kleeeeen" dengan yakin lagi sekali.
"Ye akak.. ini kleen, tapi ini untuk toilet."
EHH..INI KLEEEEEN, KLEEEN MEMANG UNTUK LAP2 NI, NANTI SHINE2.

Ya Allah tak habis2 dengan shine2 dia. Dah sah2 ada gambar mangkuk jamban.

Makcik ni tak boleh tegur, sebab dia akan bangkang dan apa dia cakap selalu nya macam betul. Macam lah. Macam. Sebab dia dah agak berumur daripada aku.. aku malas nak debat2. Tapi kalau office berbau toilet tu memang tak boleh blah sebenarnya.


Lepas dapat gaji kedua, dua hari tak datang kerja. Bila call tak angkat. Lepas tu dia returned call.
"Heloo akak tak dapat datang.. akak sakit2 badan.."
-OH YEKE..
"Nanti akak sihat akak datang laa ye..akak tengah shopping kat market ni..."
-Ok2.

-ambik kau sampai sekarang tak datang. HAHAHA.

p/s: walaupun office kau ada cleaner, cawan, pinggan kau makan tu jangan la tinggal dalam sink ja..jangan dok pemalas sangat, dia tolong mencuci tapi dia bukan abdi kau. please lah, cawan sendiri..kau yang guna, bukan susah sangat pun. cis.

Aku bukan bukak aib sape2, aku berkongsi lawak2 makcik cleaner yang thrill pada aku.

5 comments:

Cherrie Pie Sweety said...

hahaha baca pon tergelak2..kelako makcik tu tau hehe

Anonymous said...

hahaha best la entry nie...
lawak giler makcik tu...

slypwalker said...

hahaha best la entry ni...
lawak giler makcik tu...jom la makcik pegi karaoke dgn saye hahaha

sarahunny said...

@sis cherrie:haha makcik ni cool kak. boleh buat emak angkat

@anon: rock kan?

@slypwalker: nak. tgl no tepon nnt saya pass. haha ada bran?

TnZ said...

makcik cleaner aku lak cawan org lain dia amik tp akunye dia x amik..apa kes?? memang dh byk kali buat cobaan kt dia tp dia x mo amik..hampes