Monday, May 30, 2011

2011

Tahun ini aku lebih banyak bermonolog dalaman daripada bercakap2.
Kecuali bila telepon emak dan rakan baik untuk bergosip tu lain lah, memang tak boleh elak untuk bercakap banyak..heh. mana boleh elak. tupun cerita pasal kucing si hitam dah pandai berak dalam toilet, jiran cat rumah warna cantik, pasal kucing si gemuk tu mengandung buat kali ke 4, pasal rumah tiba2 babi bawak rombongan, ha tu je lah gosip kami kalau ada yang pernah sibuk tanya sebelum ni.
Seperti yang aku cakap tiada lagi gosip hai emak, saya taktahu nak pilih siapa jadi jodoh saya. tiada tiada.
 Semua itu hanya jadi hal monolog.

Sedar ke tidak ke, dah nak masuk bulan 6. iaitu bulan di tengah2 tahun. Sudah kah kau menyempurnakan puasa kau wahai perempuan? ganti yang tak habis? tu bab puasa. Dah sedar nak dekat puasa baru berebut2, tu pun bagus ada kesedaran nak ganti, kalau dok tangguh2 tu? pastu macam mana pulak sembahyang? puasa kita ganti sebab taknak terganda kan? selain sedar perkara wajib. tapi solat? kadang2 kita terleka. aku ingatkan aje. peace.

Selain daripada itu, tahun 2011 ini juga tidak seperti tahun2 yang lain. Aku berasa lebih loser sebenarnya.
Kalau tahun sebelum ini, aku akan wish birthday kawan2 aku 3hari awal, 2 hari awal, paling lambat pun sehari awal. tapi tahun ni aku tak wish langsung. Kalau wish sekali pun bila si budak itu bbm ke, baru lah aku wish, selalunya seminggu selepas. Ataupun aku wish bila si kawan tiba2 call dan berborak lama gila dan mendatangkan curiga, aku pun agak2 tu birthday dia aku wish HAPPY BIRTHDAY. cececeh. itupun takut2 nak cakap.
Kalau aku nak wish kat facebook pulak, selalunya niat aku dah murni habis, aku pergi wall kawan aku tengok beratur wishes secara tak langsung menurunkan keyakinan diri aku. Bukan apa aku nak rasa special jugak dalam mengwish. tehehe eh eh gatai. tapi tulah, aku close wall tak jadi wish dan terus terlupaaa.

isu berat badan, ini adalah isu tak boleh blah terpaling dalam hidup aku tahun ini. Minggu ni jeans 28, minggu depan 30, minggu depan lagi 29. Lepas tu 28 balik. Kau tahu tidak kecewa aku bila eksaited gelabah nak pakai nak pakai tiba2 eh apesal ketat? kecewa tahu? lalu tukar jeans yang gelebeh sedikit di bontot.


isu pejabat, pernah tak kau tiba2 rasa tak berguna di pejabat. Aku tak tahu kenapa tiba2 aku berasa macam tu. Tapi pun bukanlah rasa selalu kadang. Sebab masalah aku adalah aku course lain dan jump kepada kerja yang waaaay jauh dengan apa yang aku belajar, tapi sebab minat aku explore sikit2, tapi dalam masa kau explore tu banyak benda yang extreme pada aku yang aku tak tahu dan kena explore dan usaha untuk jangka masa yang lama, bila aku kata aku tak tahu buat, muka leader berubah. Aku boleh buat sebab aku minat tapi aku amat perlukan masa untuk siapkan benda yang smooth dan cantik dan perlukan skill yang hanya pakai shorcut key saja, aku taknak buat kerja caca marba macam tahi dan tahap dia sebenarnya lebih buruk daripada video rtm yang aku selalu gelakkan tu. itu adalah memalukan.


isu jodoh, ini aku tak tahu langsung.

k bye.

2 comments:

ღ p!nk veLvet ღ said...

uwaaa~ pose tak ganti lagi ... thanks ingatkan :)

sarahunny said...

haha. so cepat2 le. :)