Sunday, May 8, 2011

Hari emak

i still cannot stop from berfikir tentang mimpi semalam. it was awesome. Yeah tadi udahla kat facebook pon aku berbuat kecoh sendiri tentang mimpi macam syok sendiri. Yeah.. seumur hidup bemimpi indah siapa tak gembira? i hope i was for reaaaaal! telling you what, kalau i meet that guy in real life i'll ask him to marry me without thinking twice..i remember his face! so..maybe the guidelines from above that he would be my future husband, who knows?

Tentang Hari IBU. semalam memang hari ibu betul2 hari ibu lah wa cakap. Bangun pagi lepas laundry semua, call mak sambil tunggu toaster menjalankan tanggungjawab sambil dan wish SELAMAT HARI IBU MUMMY! dan bergosip sedikit sedikit. Kau gila call mak tak gosip? mana boleh harus lah gosip! baru lah namanya emak dan anak.. :') dan hari ibu yang betul2 ibu punya hari yang aku maksudkan adalah aku mendapati diri aku begitu bosan semalam, jadi aku call emak saja dari pagi, kejap2 call. kejap2 call. sampai malam mak cakap tapi dia tak pernah cakap bosan layan aku padahal kadang2 tu gosip yang sama jugak aku cerita.

Actually, i know jauh di sudut hati emak, pasti emak terharu (kenapa aku selalu bajet lebih2) I know juga sebenarnya bukan lah mahal mana pon wish tu. Puan emak tak harapkan wish sangat, but kalau anak2 call emak yang jauh di kampung, seorang diri itu yang dia tunggu sebenarnya. Daaaan kalau anak dia pulang.. besarnya lah hati si ibu.

Kadang2 duduk sorang terfikirkan dosa2 aku dengan emak, amboih.! jahat nya lah aku ni. Rasa mintak maaf macam tak cukup je. Tu dulu2 masa sekolah dulu, hentak kaki pada emak tak masak sedap2 lauk favorite. kenapakah aku begitu jahil? kenapakah aku begitu bodoh dan tak sopan langsung. Sudahlah si puan emak buatkan breakfast, kejut bangun subuh, pegi sekolah, jahitkan kain carik (yelah aku ganas) carikan stokin hilang sebelah. Nak marah pulak bila dia masa lunch bukan lauk favorite. kan ke bodoh tu? tu lah.

Tapi mak tak pernah marah kalau aku masak tak sedap, dia suka berpura2 makan dan cakap "sedap je". Haih kenapa kalau dijadikan ibu mesti pandai berpura2. =.=
takde pulak mak aku nak marah aku masak mee goreng masin kedohong dan berontak hentak2 kaki baling pinggan ke dinding, tapi siap berpura sedap lagi..macam lah aku tak tahu tak sedap.

Aku rindu kot tidur malam2 dengan emak bawah satu kelambu, kenapalah emak suka sangat tidur dalam kelambu.. protection katanya. Ni aku tak faham. Dan emak bekalkan aku kelambu warna pink bila aku mengadu kat hostel kolej aku dulu aku kena nyamuk. =.= Nasib baik emak2 tidak boleh ikut anak2 pegi kolej dan tidur di hostel, kalau tak mahu je dia ikut sekali aku takut kena gigit nyamuk.

Thanks emak, sepanjang kita berjauhan, aku dapat SURAT URUSAN RASMI dan bukan WOW aku dapat PLKN. caiihhh ianya bukanlah perkara WOW sangat, kalau tidak, tiadalah aku menangis tiap2 hari selama 2bulan setengah di dalam toilet semasa mandi.
Tiap2 minggu dapat je handphone kami takkan berenggang call dan call. hari ahad sedih sebab kena return phone tu saat paling sedih ucapkan goodbye pada emak.
Bila di kolej emak pulak membuat call pada setiap pukul 10 malam. Tak pernah miss. NO! kalau emak agak2 nak hujan emak akan call awal sikit. Kalau emak call lambat tu bermakna emak sedang gembira melayan cucu2 dia. Tapi masa tu aku dah risau kenapa emak call lambat, she didnt allow me to call her sebab takut lari bajet. haiih emak.

Sampai aku kerja sekarang ini emak tidak lagi call pada pukul 10malam. namun lebih awal! pukul 6.30 petang..sambil suara gembira dan ceria tak penah lemah dan kalau di tanya apa bikin, mesti dia jawab "tunggu nak call adik laa" saja kan bagi sayu.. kenapa tak cakap tengah naik buaian besar..macam la saya tak tahu.



I LOVE YOU EMAK! XOX

2 comments:

jeNoL said...

aku pun same mimpi ape yg ko mimpi..hahaha

sarahunny said...

kau ni publisiti murahan. haha