Monday, May 2, 2011

Mentaliti 3: Anak Dara Tua



Kalau sebut andartu macam sensitif sekali bukan? Tapi kenapa nak sensitif? Sebab seperti tidak laku? Haa.. kan dah sentap.

Dalam masyarakat kita yang kepochi. Sungguh aku tak faham kenapa nak kepochi sangat dengan orang nikah muda pun bising, nikah lambat pun bising. Yang tak nikah langsung lagi lah canang satu kampung, dekat office macam dihina-hina. Masalahnya, hina sangat ke menjadi anak dara tua? umur 30 ke atas tak kahwin- kahwin. Hina sangat ke?

Siapa kita nak hukum mereka-mereka ini? kau setakat ada anak lima nam orang merempit satu kampung, melepak kat club-lah sangat. Bagus sangat ke? Yelah now siapalah aku nak cakap pasal masyarakat cenggini kan.


Kita ni manusia yang melayu yang hidup dalam bermasyarat yang pagi2 kerja mengumpat, yang dekat pejabat pun sama,

"bila laaah nak kahwin.."
"takde sape endook"
"umo udoh lebih, awak tu pempuan.. siapa lah nak kalau......blablabla"


Seriously? Kenapa perlu? Sampai bila mentaliti macam ni nak terus terus dan terus?
Aku ada sorang kawan dulu dia housemate aku, sekarang umur dia dah 33 tak silap aku.. Tiap kali nampak muka aku dia bercakap pasal suasana office dia, makcik pakcik tak habis perli-perli dia tak kahwin. "ooh tudung taknak pakai, macam mana lah tak kawen2"

Kasihan jugak lah aku dok dengaq. Bukan salah dia pun, siapa taknak kawn ceq oi? Pasti ada sebab musabab kenapa dia tak kahwin-kahwin even umur dah menjangkau 30. Dia pun nak buat macam mana, jodoh, siapa jodoh, bila jodoh, macam mana jodoh tu rahsia Allah, Kita ni siapa nak judge orang kahwin lambat. Macam hina sangat. Apalah salah perempuan2 yang kahwin lambat ni.

Kalaulah betul sekalipun dia tak kahwin sebab tak laku, siapa kau nak hukum orang sebangsa, seagama, punya hati dan perasaan macam kau jugak?

Tulah aku tak faham, kenapa masyarakat macam ni ada lagi zaman sekarang ni, nikah muda bising, nikah lambat bising, tak nikah langsung lagi bising, macam depa pulak yang dok bagi beras, gula 4kilo andartu tu setiap bulan. Tah ke buku kira2 kita pada malaikat atid lebih tebal daripada  buku kira2 kita pada malaikat rokib.

nanti aku bagitau kenapa wujudnya andartu.

1 comment:

OMGosh! said...

Ni sumer mentaliti melayu. Biasa la. Bagi diorang, if pompuan mejangkau umur 30, start la mulut2 membebel, pastu mulalah gossip2 or kutuk2kan kuar.
Sabarje la.