Thursday, May 19, 2011

Paranoid

Kalau tinggal jauh dengan family, nak pulak kau perempuan, mesti kau risaukan keselamatan kau sendiri kan, kalau tanya puan emak tak kata lah, kadang2 emak lebih risaunya. Duduk kat tengah2 bandarlahsangat ni aku admit la memang aku rasa insecure je sentiasa, kecuali bila dah masuk office. Aku rasa sungguh selamat, tiba2 aku rasa bos aku tu macam hero aku la kalau apa2 jadi kat kami kot2 ada perompak ke, even aku tak yakin mana pon dia menjadi 'hero' tu..tapi buat jelah yakin sebab berapa kerat je lelaki dalam office ni yang boleh aku harapkan.

bila alarm time out je bunyi. Tak semena-mena aku akan berdebar2, aku rasa macam malas sungguh nak balik rumah sewa, memang la seronok kalau kau bayangkan bantal dan selimut tebal dalam bilik yang cozy, tapi kalau kau bayangkan apa akan jadi kat engkau di perjalanan nanti ITU SERAM BEB.

betul lah mak aku kata, buat apa takut kat hantu, paling pun hantu tu tunjuk muka dia, pastu dia blah. Kalau manusia lagi mentakutkan, mahu bunuh, rogol, baca paper pun aku dah tak sanggup. Bila nak pergi kerja, jangan lalu dekat sangat dengan jalan bimbang snatcher, jangan bercakap dengan henfon bimbang diMark dan snatcher jugak, pow ke apa, even henfon cikai saja. tapi tetap mentakutkanlah.

Kadang2 aku keluar dah rasa macam CSI seriously. Mata aku takkan stay satu ke depan, sebenarnya mata aku berlegar2 role sana sini takutkan penjenayah. Macam2lah aku fikir. Semua orang aku tak percaya. SEMUA.

Situasi 1
Teringat satu masa aku jawab call bestfriend kat luar jusco, ada seorang nenek cina yang pakai tongkat je, dia menggamit aku, dia macam panggil aku masa aku sedang bercalling tu.. bila nenek tu macam serious je panggil, aku takut. Aku  masuk dalam juso semula jalan laju-laju gila. Aku terbayangkan nenek tu akan santau aku, ketuk aku dengan tongkat dia dan pow duit aku ke, curi beg aku ke, ataupun lepas dia ketuk aku dengan tongkat dia, terus ada beberapa orang mat rempit pakat dengan dia ikat aku ke. =.= padahal rupanya nenek tu kencing dalam seluar she needed my helps. A friend of mine said.
Sungguh lah aku feel bad. Bukan kah kita diajar untuk menghormati dan menolong orang tua/kurang upaya? tapi sungguh aku rasa aku tak boleh berbuat baik kat siapa2, kadang2 diorang ask for favour tapi lepas tu ketuk kita..yelah aku selalu tengok drama macam itu.

Situasi ke 2
Nak balik kerja, ada budak naik basikal aku syak darjah 4 macam tu kot. Dia datang kat tepi pastu cakap "akak.. ada 50sen tak". aku cakap "takde!" aku kasihan tapi aku takut budak tu jahat. kenapalah aku bernegative sangat. tapi yeah.. untuk langkah keselamatan. trust no one.



Situasi ke 3
Tengah tunggu nak lintas jalan, ada seorang mamat datang tanyakan macam mana nak get LRT. Aku buat tak tahu je terus lintas jalan.



Memang muka aku tak boleh diminta tolong. paranoid melampau, nak pulak sekarang ni ada acid splasher, kau rasa macam mana CSI aku?

4 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

penyimbah acid! huhuhu

cik zira said...

dn't b too -ve and too positive...argh...susa nk ckp la...

Hanis said...

hurm..at least kau pandai tolak meh.

dulu pernah sorg akak mintak tolong aku kt lrt. dia nk balik tade duit. aku bg je dia duit rm5 sbb kesian.

mmg curiga gak tapi kalo betul kesian woh.

sarahunny said...

@cik linn: takut laa

@cik zira: hahaha. macam mana ni zira? tapi mmg pun mcm berpada2 lah kan. but i cudnt do that :(

@hanis: tukan. tapi aku akui la aku jahat sikit. :B