Thursday, May 5, 2011

Surat dari peminat fanatik abam2 24:7

Peminat fanatis,
837 jalan tuba,
kelincir angin,
batu berangin. Malaysia

Kehadapan abam2 24:7. Untuk pengetahuan abam2 sekalian saya adalah antara peminat abam2 24:7, hik hik. Mungkin saya antara dua puluh enam orang peminat abam2 24:7 setelah dicampur dengan keluarga abam2.kalau keluarga abam2 pun tak minat abam nampaknya saya seorang sajelah satu2nya peminat abam. hik hik hik.

pada mula saya melihat foto2 abam2 kacak ini, saya dah rasa berdebar2, mana tidaknya sudah tentulah saya tak sabar dengan kemunculan abam2 nanti dengan album terbaru, ehh ke single je?
hik hik. saya bet mesti best gilak2 hot seperti jaafar onn punya konsert. hik hik hik.

oh ye! saya ada pertanyaan. kenapa kpop? macam keropok pon ada, karipap pon ada.. sorry lah saya suka makan jadi semua benda saya ingat bunyi makanan. hik hik hik.

Di sini ada soalan lagi, siapakah idola abam 24:7? adakah abam jaafar onn? adakah m.daud kilau? ce cite ce cite? kerana berdasakan penampilan saya kira abang mengidolakan mereka. hik hik hik. bila nak kelua buat konserttttt? kalau takde duit nak tempah stadium abam2 buat je la kat tempat2 karaoke, saya duduk tepi tepuk tangan. =)

eh. ada orang cakap abam2 24:7 mentiru korea. ape tu.. super junior ke apa? EHHH.. mana ada saya tengok jauhhh bebeno kan. Tengok muka pun tahu lah bukan? mereka putih melepak..
manakan kita nak tiru mereka..kita muka jawa! dari segi itu dah nampak kita tak tiru siapa2. Tulah abam2, saya harap abam bersabar ye nak naik memang banyak ujian kan bak kata siti nurbaliza. hik hik hik..

saya amat harap abam2 24:7 mempunyai tarian yang hot2 ala m. daud kilau. Sungguh gugur jantung saya melihat. Saya bet pasti akan bertambah peminat abam2 24:7 selepas ini.. peminat kedua, ketiga selepas saya.
hik hik hik.

walaupun pada mulanya saya ingatkan kumpulan gay mahu membuat album SAYA GAY SAYA OKAY. namun setelah mengLIKE profile abam2 ini, saya pasti disebalik muka2 tampan abam2 24:7 sudah punya GF yang membuktikan abam2 bukan gayseperti yang tertera pada gambar. hik hik hik.

okay lah abam 24:7, muahcx.. (jiran saya kirim salam, rumah dia takde tenet dia belum lihat muka abam2 24:7 lagik)

hik hik hik

yang meminati anda selepas dr rozmey,
si pemalu. hik hik hik

1 comment:

hana said...

terbaek la MAX 247 dah de peminat fanatik..hahaha..
tp lepas bace surat ni saye still rase menyampah bertingkat-tingkat kat abam2 ni..hahaha