Thursday, June 9, 2011

Ini Yang Jujur Barangkali 2

.....Sambungan.

back to work, buat kerja macam biasa. perut pun tak berapa kenyang, tapi aku redha. Buat buat buat, then printing time dimana waktu yang aku tak suka. wait? dalam sehari berapa banyak dah benda yang aku tak suka? lebih banyak daripada suka kan? yes. aku mengaku. hidup aku ni banyak aku tak suka daripada suka. ini jujur.

ok sambung. selepas printer buat pasal. Aku fed up gila. Aku hanya menunggu waktu kegemaran kedua aku, iaitu Kepulangan Bos ke rumah. Waktu gembira aku ada 3 buat pengetahuan korang, 1-lunch time. 2-bos balik 3-aku balik. Jadi bila dapat tahu bos aku balik. dingtingding aku rasa macam nak menari, lepas tu aku mendownload. Buat pengetahuan korang juga, aku pernah kena warning letter kaler merah sebab download.. tapi rumah wa takde tv ler, aku bosan. Harusla tetap download.


Sambil aku buat kerja aku teringat2 housemate aku cakap nak beli dapur, ohye rumah aku juga belum ada dapur. Sebab aku selalu makan kat luar. Tak payah basuh pinggan, tak payah fikir nak masak apa. dasar pemalas. Lagipun dapur kat rumah sewa aku tu dah takde gaya dapur, si housemate taksuka buang sampah buat tempat gantung baju walaupun dah ada tempat gantung baju. Jadi aku tak suka bila dah kotor2, sinki dah kotor, dasar alasan. Aku sedang buat hitung2 nak beli fridge. Aku dah nampak sinar2 kebahagiaan kalau satu hari nanti rumah kami dah ada fridge, dah ada dapur, tak lama lagi tv, bestnya rumah yang berupa rumah. Sekarang ini rumah aku hanya lah berupa hostel yang dihuni gadis2 pemalas. Korang jangan ingat perempuan je rajin tahu? aku jujur ni.

Aku terlupa bagitahu, hari ini aku ke kerja aku berasa miskin. aku tak bawak wallet. aku tertinggal handphone, aku tak bawak jam. Padanlah dah isi payung pun ringan jugak beg aku. Aku bawak external je, sebab awal2 niat nak download. Aku tahu berbunyi tak ikhlas langsung nak kerja kan?


Aku bukak hitzfm. Dah dua bulan lagu yang sama je. 3 kali 4 kali lagu yang sama. Alek2, supernatural, alek2 lazy song, alek2 parody lagu funfunfun rebecca black. =.= lama kedengaran annoying pada telinga aku.

Aku berhutang dengan officemate for lunch, sungguh aku berasa miskin tiada sehelai sepinggang sesen pon. Adalah seringgit dua tu aku dah beli sandwich tuna mual tu.

Sekarang aku tengah buat kira2 nak beli fridge. Okay aku tak jujur sebab aku tengah menaip ni. k. happy weekends. good day!

4 comments:

Hxnis said...

download pun kena warning letter?!
dorang check ke network?

aku jarang dengar radio sebab tu bila aku buka youtube tak tau nak search MV lagu apa kecuali Korea, balik-balik Westlife. Memang ketinggalan zaman sungguh.

sarahunny said...

haah. tak. tak cek kat server. tapi kantoi aku download masa lunch hari tu. masa lunch bos aku bukak pc aku. HAHAHA.lah yeke. bab westlife tu sadis sikit aku dgr. tapi lagu2 lama tu bila dengar semula feel jugak ouh

ღ p!nk veLvet ღ said...

hahaha...naseb baek owg still lom kantoi bab2 mengulat kat opiz ni :P

Hxnis said...

bawa laptop la lain kali.