Thursday, June 9, 2011

Ini Yang Jujur Barangkali

Aku bangun pagi, subuh, mandi, aku tengok handphone. ouh ada few messages dan few notifications birthday card dari spammers kat fb, thanks lah buat susah2 je =.=/.  oh message tu, satu wish goodnite, satu sedang suarakan kegusaran hati.

Selepas itu aku bercangkung pikir nak pakai baju apa, damn i hate this situation. Bila pikir tudung aku bosan, nak match match pulaaaaak. Memang nak je aku pakai tudung warna purple dengan baju kurung hijau bunga2, even kata orang itu kontra adalah trend sekarang. Aku lupa term trend tu dah baru hari tu aku tengok wanita hari ini. dasar pelupa. Aku ambil baju kurung hijau bunga2, aku tarik tudung kuning aku iron. Ini pun aku tak suka, tapi sebab bukan tudung bawal jadi sejuk sikitlah hati aku, kalau tudung bawal satu kusut nak iron lagi nak bentuk lah. homaigod.

Selepas itu, aku ketuk pintuk toilet housemate sedang memandi. Aku suruh dia buangkan plastik sampah dalam toilet, aku nak buli dia. aku nak dia rasa pertama kali buang sampah, aku penat buangkan sampah untuk dia, jujur aku mengaku aku tak berapa nak ikhlas, sebab aku ni bukan baik sangat, 7 bulan aku stay kat rumah tu sampah basah, sampah kering, sampah toilet milik housemate sorang ni aku buangkan kalau tak rumah aku dinaik ulat, jadi aku buang sampah memang tak ikhlas lah aku rasa sebab aku cuma takutkan ulat.

oh selepas itu lagi, aku tak suka jugak situasi satu ni, pikir whats for breakfast. ohman. aku malas nak lintas jalan nak beli karipap rm3 yang boleh makan sampai tengah hari ke, petang ke bergantung pada tahap pelahap harian aku. Ha lepas tu aku pegi 7E beli sandwiches, malang, sandwich telur yang aku salu beli takde. takpe, setelah buat penilaian aku pilih tuna. padahal aku tak penah suka tuna, terutama tuna subway. oh please. masa nak bayar akak tu tanya nak plastik ke tak, aku tahulah diorang malas bongkok ambek plastik. aku cakap BOLEH JUGAK. pastu dia terbongkok2 slow motion je, aku cakap EM TAKPELAH MASUK BEG JE. orait. aku tahu dalam hati dia kata yes. HAHA. JK.

jalan macam biasa, seperti biasa aku jalan mata tak stay satu arah. aku fikir macam2 dalam perjalanan, aku tak percaya siapa2, selagi ada moto kat jalan seberang sana, selagi tu aku tak melintas.

aku nampak kakak ni berlari2 kejar bus, aku teringat satu cerita korea ni tapi aku dah lupa tajuk dia, padahal banyak je cerita korea kejar bus sama ada kejar kekasih dia kat dalam tu, atau dia lambat pegi keje, jadi aku percaya situasi akak ni situasi kedua.

keep on walking, hari ini kereta macam banyak, aku langkah setapak dua kebelakang, dalam benak aku aku takut mamat motor merapati aku dan ragut ke, splash acid ke, line clear, aku jalan.

lepas tu sampai office, pintu tak bukak lagi, aku lihat pakcik ni menyapu jalan. awal2 dah sapu. aku kasihan sebenarnya sebab aku pernah dengan officemate cerita yang dia kerja tu sebab nak tambahtambah bayar kereta anak dia yang paksa dia bayarkan, jadi aku kasihan. betullah semakin banyak ibubapa jadi hamba anak kini. tapi mereka buat juga sebab sayang anak, anak sayang boyfriend, dah kahwin lupa makayah. itu sedih.

masuk office, aku ke pantry. Bancuh milo. Panas eh pagi2 pun sekarang? tu jelah keluh kesah kitorang pagi2 sampai office, padahal tak sedar Allah bagi semua tu, hujan bising, panas bising, kita ni rambut sehelai pun tak boleh cipta. =.= . Aku bukak mulut melahap sandwich. cis tak sedap. aku buang daripada jadi rezeki semut kerumun, nanti bos mengamuk.

5 comments:

ღ p!nk veLvet ღ said...

buat buat novel ni, hehe~~

cik zira said...

bestnyerlah nukilan mak cik sorang nie...

hana sudradjat said...

entry yg menarik...

sarahunny said...

@ღ p!nk veLvet ღ :takpayahla beli. dijamin rugi duit boleh makan lunch 2kali.

@cik zira: hamboih exaggerated.

@hana sudrajat: thanks hanna. baru singgah ur blog tadi

sugar2 kapas strawberry said...

kesian pakcik tu.anak dr kecik smpai besar pon susahkan bapak lagi?bkn nk senangkn