Monday, July 4, 2011

Kenapa perempuan2 macam kami tak suka madu dimadu





Kadang2 bukannya apa, lelaki ni tak faham2 kenapa kita tak suka. Kalau gatal pegi tanya 'nanti boleh kawin 2 tak?" bila cik awek cakap "TAK BOLEH" pi tanya lagi "awaat?" apesal tiba2 nak jadi innocent pura2 tak tahu kenapa? jadi di sini aku list kenapa kami perempuan2 tak suka dimadu madu honey sepah dibuang. Aku taknak cakap pasal sunnah kat sini, bukan aku ketepikan. 




Hak milik taknak kongsi

Kalau dia jadi husband aku, selain milik emak dan family dia. Dia milik isteri dia jugak. takde milik bersama Husna, Ika, Linda dan Meriam. TAKDE means taknak dan takkan mahu. 




PenTEMAN susah dan senang
Okay, kalau agak2 korang nak kawen dengan perempuan penakut macam aku ni, pastu niat nak pasang dua, baik kau jangan kawen dengan penakut macam kami. Dahla malam2 selalu overtime bila time giliran rumah isteri pertama, pastu bila time giliran isteri kedua ketiga keempat takde pulak nak overtime, lepas tu bayangkan berapa lama nak tidur sorang2? sedih tahu? 
Sebenarnya aku selalu bayangkan, kalau kehidupan berkahwin mestilah saling teman meneman, kalau pukul 3 pagi bini kau takut nak pegi toilet sebab nak terkucil pun, kau kena bangun tahu teman dia terkucil. Adalah faedah sikit dia tolong bagi kau anak. Ni tidak, sibuk nak pasang lain kalau si bini takutkan hantu? pencuri? perompak? bunyi kongkreenggg kong kreeeeng kat pintu pagar, sape nak pergi jenguk dan pegang kayu??





Cemburu
Dah sememangnya perempuan ni kaki pencemburu. Walaupun dalam paper tulis "Tak kisah suami beristeri 3" tapi kita sebagai manusia biasa lagi2 sedih setiap malam tidur sensorang, sebelum tidur di katil queen sambil pintal2 rambut mesti terfikir2 apa suami sedang buat dengan isteri ke 2, dan lepas rasa dengki mendengki, barulah baca doa tidur, baru lah memaafkan semua orang, dan baca 3Qul. ini mentakutkan. Jadi sebab dengki kedengki juga sifat kurang baik, jadi apakah salahnya kalau si suami menghindar perbuatan tidak berfikir berkahwin lain supaya isteri tidak pintal2 rambut dan membayangkan yang bukan2.




Korban isteri


Haaaaaaaaaaaa. 1st, kau kahwin dengan dia, lepas tu kau memproses anak, itu menyakitkan. dia mengandungkan anak kamu  bersama, sarat macam berat je aku rasa, nak bersalin juga menyakitkan. Lepas tu dalam pantang, tak leh makan macam2 termasuk ice cream juga menyakitkan, tak dapat tengok wayang Transformers 3 orang lain cerita best gila nak mampus punya cerita, bini kau terkebil2 sakit hati tak dapat tengok, Kau janji nak belikan dvd dengan pop corn kat pasar malam seringgit satu. Tapi bini kau cakap tak feel. Dah lepas pantang, bini kau kemas rumah, bangun subuh masakkan untuk kau dan anak, cuci berak anak, cuci baju, balik keje buat kerja rumah lagi, lepas tu kau cakap nak kawen dengan Nina Harlina budak simpang depan rumah?. siapa tak meroyan?
Yela yela.. kau cakap kau dah bagi nafkah cukuplah tueeew kennn? kau ingat duit nafkah tu dah boleh cover penat lelah beranak? meyusu? besarkan anak? bjaga malam2? ha? ha?

ok dah ter Emo.



Salam salaman hari raya
Hari raya mestilah lelaki nak bergilir jugak kan? amboih syok nuh hangpa. dahla tiap2 malam pon berteman, raya pon gilir2.  Ini jugak mentimbulkan kedengkian. hari raya tak baik dengki2, jadi jangan bikin punca.


Tanyalah diri hangpa sendiri
Kalaulah. kalau ok kalau. Allah bagi perempuan boleh kahwin lebih (walaupun memang takkan) sanggup ke korang lelaki nak tunggu je tiap2 malam giliran? sanggup ke? sanggup ke?

jangan nak sabitkan dengan nisbah laki pempuan, tu je la alasan?



Aku bagi kalau laki aku nanti nak kahwin 2. tapi isteri kedua tu mestilah Lisa Surihani. 

8 comments:

Ejam said...

kalu kawin banyak duduk skali dlm satu rumah pun xleh juga?

dayah aziz said...

oh pdih nya bermadu...mmg tak nak lahhh

sarahunny said...

@ejam: satu rumah tu. esok tu salah sorang mati kena tikam

@dayah: hahaha. tulah. sape nak. yg kuat tabah tu takpelah. tahniah buat mereka

Hxnis said...

hey!
kau bila emo, sangat kelakar. hahaha

sugar2 kapas strawberry said...

frankly speaking..tak suke ada madu.rela mintak cerai dr mkn hati.ini yg jujur

sarahunny said...

@hanis: mana ade. mana ade *.*

@dalynn: emak sara pon cakap camtu taw

sugar2 kapas strawberry said...

my mum selalu pesan..jgn ambik laki org.jd bini ke 2 ni byk mkn hati.dr jd isteri yg derhaka baik cerai..ini linn lah..kalau org yg rasa nk dapat payung emas kat syurga boleh lah

sarahunny said...

mak sara ckp 'perempuan jugak perosak perempuan' kalau mmg nak payung emas tu takpela kan. bagus la diorang.