Sunday, July 17, 2011

Review Cikai Harry Potter Deathly Hallows part 2

Well well well.

Heheh kembang hidung aku gembira duduk kat seat nak tengok last baby of Harry Potter. Perasaan tu lebih bangga daripada Transformers 3. Entah kenapa tak tahu maybe sebab ikut ikut ikut daripada diorang kecik cinonet dulu sampai sekarang Radcliffe dah tumbuh janggut. HAHA.

Ada yang kata bosan, ada yang kata tak best lah. Aku rasa macam tak cukup je masa 2 jam macam tu. Rasa i want more more! Tak boleh terima hakikat bila cerita semakin menghabis. Honestly, aku hanya ikut novel Harry Potter sampai Half-Blood Prince sebab lepas tu aku claim diri aku pemalas membaca.

Apa yang aku boleh cakap, last baby ni tiptop. Yeah kalau nak pegi panggung pastikan bawak memang fan Harry jugak. Kalau tak kau tak focus cerita tu. Nanti kau kena terangkan kat dia daripada a-z 12345678910 last2 orang sebelah sana annoyed kau bising cerita pon kau tak focus. Atau pon baik kau tengok sorang2. =.=

Kali ni kau tengok semua watak mainkan perasan, tiba2 kau tengok mak Ginny&Ron fight dengan Bellatrix Lestrange (death eater)..sumpah aku benci tengok perempuan ni tapi bila Hermione menyamar jadi dia tu kelakar la jugak tiba2 muka nampak manja. ahaha. Neville Longbottom pon sacrifice jugak, tapi tak matilah. tapi terharu lah jugak aku ni. Macam aku cakap tadi semua watak main peranan watak yang kau tengok loser/kelakar macam Longbottom daripada Sorcerer's Stone dulu tu and fight fight fight kat last baby ni. Terharu je lah keje aku.

Oh ye! Prof. Severus Snape.. i love you. korang tengok korang tahula kenapa. Prof Minerva Mcgonagall pun( dah tua sangat dah makcik ni kalau nak compared to Titanic dulu) hmmm, Remus Lupin.. ooo yeahh.

Aku tak pandai nak bagi review betul2, karang orang yang tak tengok lagi cakap spoil pulak kan. aku bagi hint2 je lah.


Kali ni kepandaian Hermione seperti serie lepas2 tak terserlah sangat, maybe sebab masing2 dah cerdik kot. Tapi okay laaaah. Aku cuma expect ada recap daripada kecik2 dulu, yelah bertahun aku ikut sebagai seorang yang dramatik kan best kalau depa recap dulu2, baru feeling lebih. haha.

RATE: 9/10


ok tu saja. Happy watching! <3

3 comments:

ღ p!nk veLvet ღ said...

tak sempat nak tgk lagi, uwaaa~~
mau pegi ini mlm jugaq, hehe :)

Hxnis said...

aku tengok sume pelakon harry potter tu dah jadi segak2 belaka.

sarahunny said...

@pink: now dah pegi da? what say u?

@hanis: haa kan. comel je. ni aku nak nangis ni