Thursday, August 18, 2011

Bebel kak limah: Love yang magic

Sekarang jam kat laptop aku menunjukkan pukul 233pagi. Ala saja aku gedik nak tulis waktu kan.. konon nak cerita i am not sleeping yet. still awake! yada yadaaaa.

Tangan kiri genggam plastik KitKat, mulut mengunyah KitKat. Sambil aku cuci2 mata lepas penat pandang flip book beberapa ratus muka surat aku tak pasti. Tiba2 masa2 ni RedFM pasang lagu melayu.. awat aku taktau. Tiba2 dengaq liyana jasmay heyyaayayaya ala-ala avril lavigne yang buat aku tiba2 tak suka liyana yang mulanya aku jatuh cinta masa dalam KAMI. cis.

Waktu2 macam ni sesuai stalk orang. Sebab takde/tak ramai aktif. Maksud aku kat facebook lah. Ye.semua orang menStalk, tapi banyak kategori aku rasa. Curious/Update/Investigate/Hatred/ well..depends.

Melihat seorang blogger yang bertukar pasangan macam puppppp! terkebil2 jugak lah aku depan skrin laptop buruk ni. Tiba2 hati aku macam  ditampar2. Tak pasal2 aku berasa sedih..entah kenapa aku tak tahu. Aku kasihan pada pihak lagi seorang yang used to be his GF. Tapi aku kebil2 lagi sambil berfikir... kita tak tahu apa jadi antara mereka. Daaan, follower si lelaki ni pun macam whyyyy whyyyy whyyy.. dan ada yang macam menghentam2 pulak. Biasalah orang melayu, kepochi sikit, kadang2 emosi tak tentu pasal.. macam wall tu totally dia punya lah.

Lama jugak aku termenung akan kejadian ini, secara general nya aku menyimpulkan. Sebenarnya LOVE/cintan cintun/sayang-sayang ni, adalah satu perkara majik. Kau mungkin sayang dia hari ni.. sayang gila baban sanggup buat apa saja.. dari Alaska ke Sarawak pun kau tak kisah nak berjumpa walau untuk sehari. Tak jumpa seminggu panas bontot. Tak mustahil baby, satu hari..mungkin esoknya, lusa, tahun depan, bulan depan secara tiba2 kau tak dah tak rasa specialnya love kau tu. Kau dah tak happy bukak sms dia, sebaliknya kau rimas. Kau dah tak happy macam dulu2. Sebab tu aku menyimpulkan love adalah satu perkara majik.

YE. aku tak nafikan, ada antara kita yang punya cinta utuh kuat gila2, bertahun2 tak boleh lupa jugak..

Cinta dan sayang tu adalah kurniaan Allah swt, Dia memberi kamu merasa nikmat itu, tapi kau kena ingat Dia juga berhak menarik balik rasa cinta itu dan berikan pada siapa2 yang lain, atau mungkin tak diberikanNya langsung. Hidup ini takde yang kekal, baik perasaan kau, sifat kau, semua boleh berubah.



Kita masyarakat selalu menyalahkan satu pihak (aku pun..used to be) kalau girl tu kena tinggal dan boy tu dah ada GF, kita akan cakap "ha...laki tu mmg jahat.. blablabla" tapi hakikatnya, kita tahu ke apa yang terjadi antara diorang? kalau tahu sekali pun.. kau rasa setiap perasaan diorang.. mungkin masa bersama tu diorang asyik bergaduh, mungkin salah seorang daripada diorang mengongkong. Pokoknya, kita tak tahu apa2 jadi jangan nak menduga dan menunding jari lagi hebat menghukum. Kalau benar sekalipun ada yang bersalah, ingatkanlah diri kau supaya tak melakukan perkara yang sama.

well.. kalau love sampai ke akhir hayat tu. alhamdulillah. Semua daripada kita nak macam tu kan? takde siapa pun nakkan benda yang buruk dalam perhubungan.

alright. dah lempias nafsu membebel aku. thanks for the read. Salam Ramadhan


3 comments:

Anonymous said...

penulisan dari hati yg jujur. penuh hikmah. kipidap the gud work sara - Nadzrul

ღ p!nk veLvet ღ said...

uwaaa~ arap2 love org sampai akhir hayat ... ni pon dah letih b'cinte, nak kawen! nak kawen! hik3

sarahunny said...

@nadzrul: thank you

@pink velvey: haha suruh emak carikanlah