Monday, August 22, 2011

Soal anjing dan paranoid kita kita



Kadang2, dalam kita memberi nasihat, kita terlupa bahwa kita sedang menghina orang juga. Siapa kau nak mengata sipolan macam tu macam ini?  kau tahu mana dia 5waktu terbang? kau tahu mana arak dia macam air mineral je? kalau ye sekali pun, baik sangat kah kau? kau jamin kau takkan buat salah langsung? kau jamin kau takkan tersesat langsung? kau jamin kau takkan togok arak langsung? kau jamin ke kau jaga solat kau?

Pengalaman peribadi; Aku pernah mengata orang satu ketika dulu,t akdela mengata standard drama makcik kepochi tu.. tapi pernah terdetik dekat hati lah, tapi beberapa tahun kemudian tanpa aku sedar aku sedang berbuat benda yang aku herdik dulu tu. Jadi, jangan mengata orang, bersihkan hati.



Aku bukan lah bijak pun bicara agama, aku tak petah pun bicara hukum tapi berdasarkan ilmu aku yang tak seberapa ini setahu aku memelihara anjing bukanlah sesuatu yang hina, tapi tengok pada tujuan macam nak jaga ladang mak engkau yang selalu kena kacau dengan itik ke, apa ke. Sebab kita tahu anjing ni ada perangai setia dengan cerdik dia.


Lagi satu, anjing dan babi. Satu ketika dulu aku pernah sangat bersyukur sebab aku dilahirkan sebagai seorang manusia, beragama islam, tinggal kat negara yang aman damai yang kurang bencana ni. Aku bersyukur aku tak dilahirkan jadi anjing atau babi. Kau pernah fikir tak macam mana kalau kau hidup dilahirkan sebagai anjing? orang herdik kau taknak sentuh kau? kalau aku, aku sedih tau.

Mungkin bianatang tu pun tak nak dilahirkan macam tu. Maksud aku kat sini.. those binatangs adalah ciptaan Allah juga. Even though binatang2 ni kalau kita sentuh kena samak, tapi mereka tetap binatang. Kau siapa nak benci2 anjing dengan babi?

Aku takde lah pulak cakap marilah pegang anjing beramai2, memelihara dan blabla.. cuma aku nak cakap skeptikal segelintir daripada kita yang terrrrrlalu paranoid dan terrrrrlalu macam pandai bercakap tanpa ada apa2 asas.

Please lah maleis, jangan paranoid sangat, saya tahu kau orang sayangkan agama kau orang ISLAM, macam saya. Tapifikir balik, islam tidak mengajar umatnya bercakap kasar, berperilaku keji, dan bersikap kejam. Hiduplah kat atas muka bumi ini dengan molek2 dan berbuat ibadah. Islam bukan agama yang susah, kalau kau tunjuk teladan tak baik kat agama lain, macam mana kau nak impress orang agama lain yang kata agama kita ni perfect?


Islam is not about ‘we’re better than you’. Islam is about ‘let me show you something that is better for you’. - Nouman Ali Khan

Salam Ramadhan muslimin muslimat. :)


4 comments:

ღ p!nk veLvet ღ said...

skang mmg dah jadi trend kat alam maya ni ... kalau ade yg buat salah bab agama, ade jew yg nak jadi ustaz n ustazah, tp dorang x sedar pe yg dorang ckp 2 lagi teruk drpd yg org 2 buat kan?

nice entry :)

Anonymous said...

yup...sgt setuju ngan cik tuan punya blog ni... sepatutnya kita nasihati saudara kita tu dgn cara yg paling berhemah n bijaksana...jgnlah kita hina atas kejahilan dia...jdkn perbuatan dia tu sebagai teladan n menginsafi kejadian Tuhan. lg satu,jgnlah kita terlalu taksub dgn fahaman n pegangan kita...berlaku adillah dgn semua... Islam x suruh kita hina n menyalahkn satu sama lain... sebaik2 manusia adalah yg bertaqwa kepada Allah.

azalia hjsalleh said...

isu nie mmg hot betul. terpikir gk cmne kita nie kalo lahir jd anjing or babi.

sarahunny said...

@pink velvet: agree! sume pun nak tegur. mmg la tegur tu baik, tapi ada cara.

@anon: yes..yes jangan taksub. my mom does say the same thing.

@azalin: haah kan? mesti kecil hati