Tuesday, November 8, 2011

Hal orang dewasa

Hal orang dewasa.
Bila dah besar gajah ni, baru teringat cikgu sekolah menengan form 4 dulu cakap "nanti kamu dah besar, saat kau orang paling rindukan adalah masa sekolah"

dalam hati aku masa tu riak betul, aku cakap apa?
"caih. yeler tu..."
dalam benak sebenarnya nak sangat cepat habis sekolah, tak payah bangun awal2 pagi, tak payah bertarung dengan katak yang selalu masuk kasut aku. Selalu nya puan emak lah yang tolong buangkan katak tu. aku ni memang dasar anak tak boleh diharap. Tak payah pegi assembly pagi2 beratur dengan beg berat dengan guru besar berleter pasal pentingnya addmaths dalam kehidupan. =.= lenguh kaki aku.

bila dah keluar pada sekolah tu, serious macam mimpi jadi kenyataan. hahahaha. gumbira hati gua. PLKN>diploma>kerja.

noktah.

bila kerja, aku baru tersedar (memang dasar lambat sedar diri aku ni) hidup sebagai manusia dewasa adalah amat rumit, lebih rumit daripada cerita Soffiya, lebih rumit daripada Sinetron indon suka jegil2 mata tu bersama effects bunyi yang macam berdebar-lah-sangat tu.

rumit di sini maksud aku bukanlah semudah yang kita jangka. life aint that easy. Kau kena manage duit kau, kau kena hidup dalam bermasyarakat, jaga hati orang, kau kena manage diri kau sendiri nak nak pulak kau perempuan.. kena pandai masak, kena start belajar macam mana nak jadi bini orang,.. ha tu belum masuk bab hubungan kau dengan Allah. semakin lama hidup, semakin banyak dosa ke, semakin banyak pahala?
oh ye, bab cukai, jodoh, bab politik yang kau tak nak masuk campur tapi kena tau jugak sikit pun,

tiba2 aku merasakan

URGGGGGHHH. susahnya jadi orang besarrrr. i mean orang dewasa.

dah tak boleh main2. tak boleh nak huhahuha sangat. kena focus masa depan. kenapa aku bercakap macam perdana menteri sekarang ni? ye sebab aku risau.

aku taknak nanti kahwin, aku bersama anak2 dan laki aku masuk bersamamu, taknak anak2 aku masuk buletin utama sebab buat sex dalam kereta, taknak anak aku masuk idola kecil, minta dijauhkan.  aku kena plan dari sekarang.

now aku rasa macam nak sekolah balik, macam lebih sanggup korek katak keluar daripada menempuh liku2 mendatang, yeah again aku cakap macam perdana menteri.

ktuje nota sedar diri 30 peratus dari aku. kbai

4 comments:

Hanis said...

Makin bertambah umur makin banyak benda rumit berkaitan hidup kau kena handle.

nak tak nak memang bergantung kat diri sendiri. takde sapa boleh tolong lagi macam kecil-kecil dulu.

MakNgah said...

betul..hidup sebagai org dewasa payah.

walau seteruk mana zaman sekolah, aku nak balik zaman sekolah.nak balik rasa menyampah hr ahad nak kena kiwi kasut/kapur kasut.

sugar2 kapas strawberry said...

i miss the moment when i beli sate ikan depan sekolah,hari2 pakai baju sekolah kaler putih takpyh pkir macam skang nk pakai baju kaler ape tdung nk matching ngn ape..duit kna pndai guna..

sarahunny said...

@hanis: tulah. semua diri sndiri. sedih. but lifes like that.

@makngah: hahaha. basuh kasut last minit. pastu kapur malam2? hehe. best tu. pukul 10 dah tidur dah

@dalynn: kalau sara, sate hari2 pun rindu. :P haah, skrg ni kalau tak pandai spend duit nayaaa,