Saturday, December 3, 2011

Buntal dan labu-labunya

Bukan 2 jalan macam dalam poem The Road Not Taken form 4 yang masuk SPM tu,
Tapi 2,3,4 jalan Buntal ada.


Daripada semua jalan Buntal pilih satu jalan ni, sebab Buntal nak yang terbaik untuk diri sendiri, untuk emak katanya. Tiba-tiba Buntal buat satu lagi andaian, untuk masa hadapan fikir nanti ada hasben, ada anak2, nak pulak masa tu living cost mesti kerajaan menaikkan macam-macam termasuk bil air, mintak petrol, minyak masak, majalah mangga, haih tak boleh jadi, sebab tu Buntal mengambil langkah untuk mempertingkatkan ilmu supaya tidak lah bodoh di kemudian hari, dan dapatlah menjamin sedikit taraf hidup, sekurang-kurang nya dapat membantu hasben dalam menrencana ekonomi keluarga dan masa tua kelak, nak harapkan anak-anak, kalau anak-anak aku berguna bertuah, alhamdulillah, kalau aku diduga anak-anak yang macam harem..mintak dijauhkan. Yelah Buntal sekarang dah pandai fikir ke hadapan, bila dah pandai tu fikir dia melebih-lebih pula, oh dia juga membuat perancangan yang teliti untuk mengambil lesen kerana Buntal fikirkan nanti jika sudah get married, jika Hasben sakit kena gigit lipan ke, nak pergi serang rumah perempuan yang suka kacau Hasben ke, haruslah naik kereta, haruslah pandai DRIVE! takkan nak serang naik basikal, nanti perempuan suka kacau rumahtangga orang tu tak respek wa. (eh kau tak ambil lesen lagi gila ketinggalan) yelah nak buat macam mana, kan dah bagitau kesedaran Buntal memang lambat sedikit.


Begitu panjang Buntal bercerita, padahal sebenarnya nak cerita pasal jalan yang Buntal pilih, selalu tersasar. Oh ye, Sebenarnya dalah hidup ni kita diberi pilihan untuk berbuat apa saja, dengan lead takdir dan ketentuan juga.. kalau takde takdir mungkin juga tidak menjadi, tapi Allah cakap kalau manusia itu tak ubah takdir dia, macam mana pun takkan jadi apa2. Eh faham tak? kiranya kalau orang tu nak kaya, tapi duduk bersila depan tv tengok cerita Fasha Sandha mengorat laki Nora Danish sambil makan cekedis yang kau pau adik kau punya dalam hati je dok sebut "nak kaya, nak kaya, nak kaya" pastu paksa mak kau doakan kan (doa ibu kan berkat dan dimakbulkan) kau ingat kau boleh kaya? mimpi lerrr. Yelah, tapi kalau rezeki kau buat macam tu Allah nak bagi kau kaya, kaya juga. Kuasa Allah takde had. Dia nak bagi boleh je. Tapi aku mintak jangan berharap sangat depan tv tapi tak buat apa-apa.

Memilih jalan yang satu ni agak tough bagi Buntal, sebab sebelum ni Buntal kat jalan sebelah sana nuh.. kerja hari-hari. EARNING MONEH BEBEH. moneh moneh moneh. Awal bulan je berseri muka Buntal.. Tengah bulan jangan tanya lah muka Buntal macam mana. Lagi buruk daripada orang sembelit 2minggu. Tapi sebab yes.. ini jalan yang Buntal decided, gedik-gedik sangat nak beberapa bulan yang lepas, jadi...haruslah habiskan apa yang dah dimulakan.

Mak Buntal sporting gila, siap bagi nasihat "kalau tak boleh tahan study, adik quit je lah" Buntal tak tau macam mana nak rasa masa tu, ada juga rasa disayangi terharu Buntal mak begitu sayang. Tapi ada jugak rasa cam nak nangis "emaaak.. i want this degreee mak.. untuk masa depan, please support me" Mak Buntal memang berkelakuan comel kadang-kadang, lagi comel bila Buntal paksa cakap "i love u too" mak akan cakap "i lep u. tuuuuuu"  selalunya "tuuuu" tu memang macam ketinggalan sedikit tapi tak mengapa.

ok bye.