Thursday, December 1, 2011

Kufur Nikmat, Sumpah Seranah

Kita hanya tahu mengomel saja, bila satu nikmat je takde kecoh seantero dunia, tak boleh berak, patah hati, hidup tak bahagia, hanya tahu nak mengomel, semua nak ngomel. 

Tapi masa kebahagiaan datang, masa time boleh berak dengan sempurna dan lancar, masa hati tak patah, takde pun nak bersyukur sangat kan?

Memang dasar manusia begitu. Allah itu cukup baik. Kau tak sembahyang, kau mencarut hari-hari, kau sumpah seranah dengan nasib kau, ada ke bala datang pada masa yang sama kau sumpah seranah tu? Tu pun tak reti nak bersyukur. Mengomel lagi, mengomel lagi. 

Kau dilahirkan jadi manusia sebaik2 kejadian sampai para malaikat pun mencemburui kejadian kita, kau dilahirkan ber Bin dan Binti, Kau pegang title bangsa melayu, kau duduk kat negara Malaysia kurang bencana, tu pun kau tak reti bersyukur, kau bikin lagi porak peranda adalah, negara islam tapi tak macam orang islam yang tinggal. Terasa? yes. patut. 

Bila masalah datang kepada kau, kau mengeluh macam kau sorang lah manusia paling malang dalam dunia, pernah kau tengok sekeliling kau? pernah kau tengok orang tak makan? pernah kau tengok orang tak ada kaki takde tangan? macam mana diorang survive? kau aku tengok hidup agak mewah je, cukup kaki tangan, cukup anggota badan, tak bisu, tak pekak, kemahiran yang Allah bagi berapa peratus je yang kau gunakan selebihnya nikmat Allah bagi kau tu, kau guna untuk sumpah seranah hidup kau, meratap nasib kau, sebab kononnya kau lah manusia paling malang kan?

Hidup ini bukan benda-benda mudah saja. Ada payahnya, Kalau masa muda ni pun kau tak boleh nak hadap, kau rasa nanti kau ada anak bini, dengan crisis kewangan lagi, dengan anak buat masalah, bini ugut nak lari macam mana kau nak hadap semua tu kalau sekarang ni derita kau sorang diri pun kau tak boleh nak tanggung?

Jangan jadi too pathetic lah. Wake up. Allah takkan bagi dugaan tu kalau Dia tahu kau tak mampu. Kau ingat Allah tu kejam ke? Sebab dia Tuhan, pencipta kau. Dia kenal kau lebih daripada diri kau sendiri. Jangan jadi bodoh, ada masalah sikit nak lari, tu pengecut namanya, ada masalah tau nak mengeluh je..selesaikan tidak. Please.

Allah kalau betul nak turunkan bala, nak bagi kau betul-betul rasa macam yang kau keluhkan itu, boleh je sangat.

Jangan jadi kufur dengan kebodohan sendiri, Allah sentiasa mendengar, kau mengadulah apa saja, free of charge, jangan bercakap macam orang takde taqwa. Nak salahkan hidup dan takdir, tapi dia tak sedar diri dia sendiri yang tak ubah diri dia.

Terasa? yes patut. 


No comments: