Tuesday, December 20, 2011

Pada-pada kawan manis tebu

Morning, Salam to all of us.



Masa aku kecik, mak aku pesan, "buat baik berpada-pada, tapi jangan buat jahat dekat orang" bila aku pergi sekolah, cikgu suruh semua orang berdiri, and tanya peribahasa etc, siapa jawab betul, dapat ler duduk, dan masa tu table mate aku dapat soalan "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali" aku dapat "melukut di tepi gantang"

well, aku tahu maksud apa yang mak aku pesan, and apa yang kawan aku jawab tu. Tapi aku tak faham pun. What was pada-pada?. pada si dia? kepada senah? joyah? yes. itu perbezaan tahu dan faham.


Frankly speaking sebagai manusia yang lambat macam aku ni, umur 20 baru aku faham apa maksud pada-pada. Dan secara tak langsung aku faham apa maksud yang mak aku pesan tu.

Pada-pada bermaksud, jangan lebih-lebih. Biasa-biasa sudah. Sebab apa aku start faham? sebab masa umur 20 lah aku survive tanpa emak, kawan-kawan baik kat sisi. Baru aku faham apa maksud pada-pada dan jangan buat jahat. Masih buat baik tapi dalam kawalan.

Ive seen few scenarios in friendship. i just sit back and watch. I do nothing. Sometimes i laugh, sometimes i nod. Sometimes friendship turns to be so funny things, beautiful, sometimes it hurts.

Bila aku remaja pulak, masa tu aku SPM, mak aku pesan
"adik, kawan.. ada macam-macam kawan, ada kawan yang di tengah jalan je, ada kawan yang di simpang jalan, ada yang boleh bawak rumah, ada yang boleh tidur sebantal"

masa tu aku "what the heck simpang, rumah, jalan, bantal?"
then mak aku terangkan, ada kawan yang boleh kita hai hai.. tapi takde la sampai kita nak cerita semua masalah kita dekat dia, mungkin sebab takde chemistry, mungkin sebab kita kenal dia macam mana, mungkin sebab dia pun suka hai hai kita je, tak lebih, ada kawan yang kita boleh share semua benda, dan kita percaya dan sayangkan dia.



Sepanjang hidup aku menjadi kawan kepada kawan-kawan aku, macam yang aku cakap tadi aku nampak macam-macam perangai. Aku jenis manusia lembab yang buat kerja sendiri, dan aku tak kacau orang. Tapi pada masa yang sama aku takde la nak menyusahkan orang mintak itu ini and selagi boleh aku taknak sakitkan hati orang sebab aku ingat mak aku pesan.

Tapi who knows lah kan, kadang-kadang kita rasa kita okay je, tapi rupanya kita terlukakan hati siapa-siapa. Tulah kita tak sedar, sebab tu kena muhasabah kena recap, kalau tak dapat recap tanya orang yang bermasalah dengan kita tu apa yang tak kena. Mintak maaf dan berbaik. Dengan syarat kau mintak maaf tak ulang lagi, kalau ulang lagi tu memang mintak sidekick. Yang penting kata mak aku dan nabi kita,  sebelum tidur, maafkanlah semua orang.

 Orang cakap kawan biar beribu, yes that's true. Tapi jangan semua orang kau nak buat scandal.



Mak aku pesan lagi, "yang manis jangan terus ditelan, yang pahit jangan terus dibuang"
masa aku dengar ni pun aku "what .... i love chocolate mak"..
maksud dia, kau baru jumpa Leman tengah jalan tadi, berkenalan 20minit, borak-borak, Leman bawak porche, pakai rayban, senyum manis, cakap sopan santun, muka hensem orlando bloom, hidung pacak, kau jangan terus "weh, tadi kan aku jumpa mamat ni nama leman, hensem, baikla,. aku nak la jadi kawan dia, dia baik kot.. dia cakap dia tiap-tiap minggu bagi mak dia rm4000. baik kan? esoknya siap ajak berbuka puasa sama-sama dan etc.

yang pahit pula, hari ni kau baru start sem terjumpa seorang minah kerek, mulut nak pout lipstick merah hot red chilli, shades besar gabak, duduk sebelah kau, bergurau kasar dengan kawan-kawan dia, kau terus cop dia "byotch" or "sundal" or etc yangtaksesuaikanakkanakbaca.

Mungkin juga yang baik tu, sekejap je, yang pahit tu kita  baru nampak hari tu je. Kita tau keseluruhan cerita? tak kan? sebab tu kena berfikiran positif dan kenal orang tu dulu baru nak judge, baru nak cop, tapi kena ingat apa-apa pun masih dalam term "BERPADA-PADA"



Sebab mak aku pesan baru-baru ni, "adik, manis tebu takkan sampai ke hujung.." aku macam .. erhh. "oh tebu tu memang tak manis ke hujung-hujung dia?"
mak aku cakap
 "tak." "tebu tu mula-mula je manis, cuba adik ambil yang fresh tu, mula-mula memang empuk, manis, sampai tengah sedap lagi, hujung dia dah takde rasa apa-apa. tawar.".. "
maksud dia, adik nak berkawan(bercinta), mula-mula memang lah manis, semuanya cantik, tapi adik kena beringat, mungkin manis hubungan tu (kawan/cinta) takkan sampai selamanya. mak pesan sebab nak adik beringat, taknak kecundang"

that's why i love my mom. now mesti korang tanya kenapa mak aku sangat banyak berpesan? she's turning 70 next year, dia hidup lama, mak orang lama, banyak yang dia face masa muda dia sampailah dia turunkan semuanya dekat anak-anak dia, terutama aku anak bongsu/perempuan dia.
just a share, mungkin korang pun boleh jadikan pedoman kalau korang rasa boleh pakai. Untuk aku, ni lah guideline aku.

sebab apa aku rasa buat baik berpada-pada tu boleh pakai? sebab sayang, when you have no money, you fall sick, you are nobody, you're down; there you will know who your true friends are.

kalau masa kau takde duit, masa kau sakit ada kawan buat bodoh, tinggalkan kau, silalah angkat kaki.
sebab lumrah alam kata mak aku "kawan ketawa penuh meja, kawan menangis seorang diri"
sebab kau mungkin melukut di tepi gantang je, ada dengan takde sama saja.

tapi kalau ada yang tolong belikan 100plus, tapaukan nasi lauk ayam untuk kau masa kau demam, ada yang risaukan kau sorang-sorang kat hostel, itu kawan yang boleh tidur sebantal. =)

thanks for the read. take care. chow.

2 comments:

princess moon moon said...

syahdunyer baca..sara...best lh!....sy nk jd kwn yg baik pd awk dan kwn2 sy....FRIENDSHIP adalah berharga br yg yg sngt2 hargainy...

LintasKoran said...

nice share

Thanks