Thursday, February 24, 2011

Tips penting untuk dapatkan gambar korang tiba2 cantik padahal korang tak cantik pun

Tips ni boleh digunakan kepada makwe2 atau pakwe2 yang tak dapat2 jodoh. Tips ni boleg diguna pakai untuk menambah friendlist kau sampai beriban2 kalau kau letak gambar ni sebagai profile picture. Tapi awas tips ni hanya available di dalam internet sahaja contohnya blog, facebook dan social network yang lain

1. Angle.
Angle ye bukan angel. Jangan bimbo sangat.
Peralatan yang kau perlukan adalah cermin kalau tak macam mana kau nak tenok angle muka kau yang cantik.Selalu nya angle cantik adalah angle 35 degree ke sisi kiri atau sisi kanan. Kebiasaannya angle dari atas tu menampakkan muka kau sedikit runcing, kurus sesuai kalau berat badan kau 60kg ke atas bagi pemilik ketinggian 160 kebawah.  

2.Jegil
Bagi pemilik mata tak berapa nak bulat, jegil sikit.




3.Muncung
Kalau rasa nak bajet comel, muncung sikit bagi menampakkan efek comel, dan jangan lupa caption "baru bangun tidur" nanti berkemungkinan selepas memuatnaik(upload) korang akan dapat komen "bangun tdo pun comey hik3"

4.Buat2 kurus
Bagi yang tak berapa nak kurus, kalau tangkap gambar full body jangan lupa untuk letak tangan di kiri feeling model dan kempiskan perut supaya anda kelihatan lebih langsing. Ala2 artis kat red carpet. Boleh lah kau feeling Liyana Jasmay sekejap. OH YE! kalau bergambar ramai2..inilah masanya!! kau mesti terselit sikit di antara ramai2 tu nampak bahu, kepala je pun dah ok. Jangan lupa tangan kat pinggang.

5.Si sepet
Kalau mata kau sepet tak boleh nak blah dah, sepetkan lagi mata kau dan buat gaya KITEE ENJOYYY! tangan genggam dan tinggikan beberapa puluh inci dari kepala. Barulah dapat komen "comel"  daripada ribuan pengguna facebook yang dalam friendlist kau.

6.Photoshop
Kau boleh download photoshop kalau kau tak tau nak crack untuk free using, kau boleh lah guna trial 30 hari tu sementara ada masa 30 hari tu kau gunakanlah sehabis baik. Jangan tanya photoshop ni kegunaan untuk apa selain design. Kau boleh jugak guna software lain yang nampak lebih senang tapi aku tak cadangkan sangat tapi korang boleh google nak dapatkan satu.


Lepas tu kalau orang dalam internet tu terjatuh cinta pada kecantikan atau ketampanan korang, tu korang punya pasal lah nak deal macam mana kan.

Angle, photoshop, bukanlah salah pon. Tapi agak kelakar kalau kau penah jumpa orang tu kat luar dan kat dalam tenet tapi berlainan macam ada BEFORE n AFTER



p/s: Semua orang tu cantik. Pemberian Allah bukan?. even doktor surgery konon hebat mancungkan hidung, putihkan kulit kau, naikkan pipi kau, tapi sakit dan BERBAYAR. Boleh tak bersyukur "HEY I GOT THIS LOOK FOR FREE EVEN YOU THINK IM UGLY, SO WHAT". Implan, surgery, botox, susuk, come on kau takkan mati ke?

Wednesday, February 23, 2011

Mentaliti 1 : Nikah Muda

Few things i need guys to know


Aku di awal 20-an. ceh rasa muda pulak bila ada perkataan awal. ehe =.=
Ada antara kawan aku yang dah bernikah dua tahun lepas, setahun lepas, minggu depan dah yang merancang nak nikah lagi 2-3 tahun akan datang pun ada. Tapi bila kami keutarakan ceh kami tu..kepada kawan2 terdekat terutama kawan kelas masa kat kolej dulu, kawan sekolah menengah dulu yang perempuan selalunya dengan gaya gedik sikit+gaya tepuk tangan+ muka comel sebut

"WAHH! YEAY KAU  DAH NAK KAWEN"
"WEEEEWAAA BESTNYEEEEEE"
"alo jeles lah aku.. :("

tapi bila pergi pada kawan laki cakap

"weh aku nak kawen bulan depan aku jemput datang ye"
atau
"aku plan nak kawen tahun depan lah dengan Suman Supir tu"

PAPP! KENA GELAK.

lepas tu diorang pegi buat forum kaum depa sendiri pakat dok hentam perempuan yang nak kawen ni. cakap gatal lah apa lah. muda2 dah nak kahwin lah. guys? seriously?!

selain daripada tak reti nak serious, semua benda nak buat jenaka, mungkin mereka juga tak reti  nak jaga perasaan dan berfikir tentang kemungkinan KENAPA PEREMPUAN ITU PERLU BERNIKAH

Maksiat
(mungkin clishe tapi jawapan yang aku boleh terima) , yelah daripada buat maksiat kat tempat bukan2, pastu terberanak buang anak kat bawah tayar kereta. Selain dah mampu nikah je lah.


Mampu
Kita tak tau mungkin bakal suami dia dah 30 ke, which is dah matang, mungkin juga dah ada harta, mampu zahit dan batin. Bia je lah dia nak kahwin ape susah? Lelaki yang lain mungkin fikir eleh enjoy dulu muda lagi bla bla. Muda lagi ke sebab takde 10 ribu lagi? hahaha sorry kalau terkecik hati

Selamat
Kau tau tak perempuan akan rasa selamat once dia dah diijabkabul. Kalau sebelum ni dia kerja ke belajar kat tempat orang jauh2, family dia risau, dia sendiri pun risau safety diri dia, kalau kat luar bag snatcher, perogol, pembunuh. Kalau dalam rumah sendiri perompak,orang pecah masuk rumah. So tell me macam mana perempuan tu tak rasa happy dan selama bila ada suami yang dia sayang kat rumah, masak dan makan bersama2?. Bahagia OOOoo bila aku bayangkan. Mungkin lelaki lain tak sedar akan ini sebab depan kan lelaki pegi mana pun BERANI, HEBAT DAN KUAT. macam superb habis.Jadi kami kaum perempuan yang lemah ini berasa selamat bila dilindungi.. mungkin korang tak sedar akan itu


Bagi yang dah aim nak keje dulu, nak study dulu master phd sume kau nak sapu then baru nak nikah,  Semoga berjaya daripada aku. korang pon rock!

Ringkas kata, jodoh masing2.. biarlah depa nak nikah muda ke tua. Jangan kahwin sebelum nikah sudah. Kita ni masyarakat tahu nak mengata je, semua tak kena.. kalau hidup nak ikut cakap orang yang tak berapa nak relevant pulak tu, boleh mati beb.

Monday, February 21, 2011

Saya bangga jadi jahat. saya okay.

credit to  sarkasis

ini bukan entry emosi.

Takde lah pelik sangat tapi pelik lah jugak. tapi kenapa pelik kalau tak pelik. haih kenapa lah aku suka buat ayat pening

kenapa orang sekarang ni suka cari salah hentam balik orang yang beri nasihat atau tegur?

Bila kita tegur dia akan pusing ligat balik macam "eleh kau tu bagus sangat ke..semayang pon tak cukup nak tegur aku?" bila orang tegur kita, tak payah lah nak pikir keburukan orang tu untuk hentam dia balik. tapi kalau kau ambek nasihat yang berguna tu takpelah tapi kalau kau hentam dia tapi kau tak buat benda yang tak betul jugak pun bukan ke dah jadi macam 'semuaaa orang dalam dunia ni tau salah masing2 tapi tak payah betulkan sebab si A dan si B pun bukan betul sangat?

kalau orang tegur kita cara bertudung, bersyukurlah orang tu tak selfish, concern dan mengambil langkah nak megurangkan dosa sesama muslim dan muslimat. Yelah kan aku cakap macam ni nanti ada pulak cakap aku bajet alim wateva. dah tu memang tak boleh cakap bab yang baik sikit sebab nanti dituduh alim. seriously ALIM bukannya criminal pun. Jadi jahat diagung2kan. kau pegi club, menari lintang pukang dengan tube, skirt pendek, lelaki perempuan kepit2, togok macam2, ambek gambar lakukan pose 'hey kami di club okayyy' dan upload di facebook bercaption-kan "friends forever" watsoeva.

Tapi bila it comes to tegur menegur yang macam alim, dah macam 'huuuu alim' seriously guys.. kalau betul pun alim..sooooo?

Lepas tu kau sebuk nak salahkan jodoh, takdir hidup sebab kau tak ketemu pasangan hidup? come on! kalau bab buruk2 menimpa baru nak cakap pasal takdir? bila dah jadi sesuatu kat diri masing2 baru nak megucap balik, bila nampak hantu pandai pulak nak baca ayat kursi bagai. masa nampak hantu je lah?

Please lah bersyukur kalau ada lagi sesama muslim nak bertegur kalau kita buat silap, daripada kau duduk dengan sesama agama tapi kau buat apa pun dia tak tau betul atau salah.Tapi manusia sekarang ni sebenarnya bijak2. bab agama, hukum hakam semua tahu tapi taknak amalkan sebab takut jadi untuk menjadi seorang yang baik (mungkin), atau enjoy, atau...?  lepas tu suka nak cakap "semua manusia tak sempurna"yes..takda manusia yang sempurna,dah tu nak biarkan diri lagi parah?

Then suka cakap "pakai tudung tak semestinya baik" dah clishe dah telinga aku kata. well kau baik ke kau jahat ke menutup aurat tu wajib. tapi tak semestinya jugak kalau kau dah tutup kepala kau dengan
lapisan kain kau dah cukup menutup aurat, jika dada kau terbentang, jika seluar kau ketat.

Sekarang semua orang ada hak bercakap. raja pon kau nak bangkang, sebab semua pandai berfikir, manipulasi kata2, gunakan teknologi, kalau orang tegur depa hentam balik dengan perasaan riak dan bangga HEY AKU JAHAT OKAY



Satu masa dulu islam agama yang diangkat, sekarang islam dipijak. kau islam, aku islam. nak buat apa sekarang ni?

Sunday, February 20, 2011

9 Penyakit Perempuan


ni bukan lah kisah senggugut watsoeva tu...




1. Sensitif tak pasal2.

perempuan termasuk aku sendiri memang suka sensitif tak pasal2. kadang2 orang bergurau je..padahal pun gurau yang sama macam 3 hari lepas..masa tu dia elok je sekali gelak tapi this time dah meleleh air mata. kalau ada boyfriend haru jugak lah nak pujuk. ada setengah tu dia punya lah terasa hati bila tengok dalam toilet only toiletries milik dia je tnggal..sebab housemates yang lain pakat simpan toiletries dalam bilik masing. 2 hari dok terasa hati merajuk dengan housemate. ape kes??


2. Air mata segunung.

ni pon sama je penyakit macam kat atas ni. Tears are every woman's most powerful and manipulative weapon kebanyakkan lelaki gabra/tak suka/lemah/ bila perempuan menangis, atau even dengar dalam call pon padahal mengadu selipar hilang je pon. tapi jaga2 jugak kak,. lama2 boyfriend awak lali, dan bosan dan lari! tapi tak nafikan kalau jenis yang cengeng macam aku entahlah hormon datang daripada keturunan mana memang segunung pon air mata. yang paling pelik nya baru ni aku tengok toys story 3. boleh aku pi teriak sebab terharu tengok friendship woody and friend and kasih sayang owner depa kat depamulalah aku terbayangkan arnab aku yang mati. haih tiba2.. tpai kalau tengok kajol putus cinta dengan shah rukh khan takde pulak aku nak teriak.
well. i tell u ni penyakit. penyakit,


3. Shopping.

Berapa seriouskah masalah shopping perempuan? kebanyakkan perempuan yang suka shopping ni aku dok kaji adalah mereka yang datang daripada golongan yang sukakan fashion. dalam erti kata lain fashionita.
sama ada blogshopping atau live shopping. semua mereka turut serta. Nak tau apa yang selalu perempuan bayangkan bila tengok satu baju tu?

  • a)kalau aku pakai baju ni mesti lawaaaa.. jadi aku kena beli ni. aku mesti nampak lagi kurus and lagi style kalau pakai baju ni!
  • b)aku takde lagi warna ni.. harus beli!
  • c)boyfriend aku mesti tengok aku pakai baju ni.. aku mesti pakai baju ni masa nak celebrate birthday dia!! harus beli!
  • d)kena beli sekarang kalau tunggu gaji/ptptn nanti mau dah takde stok ni!! rugi aarrrrrr.
  • e)kena beli sekarang sebab sekarang SALE! kalau minggu depan depa naikkan harga rugi aku woi.
  • f)kalau aku pakai ni mesti semua orang tengok

point (f) tu tak semestinya jugalah. sebab sesetengah perempuan macam tak give a damn pon korang nak tengok dia pakai apa ke tak ke. tapi dia rasa bila dia own sesuatu barang tu dia rasa live her life..puas tah datang dari mana,hepi tak semena2. tapi akui jugak ada yang melawa sebab attention... hmmmm yeahh.


4. Jeling
perangai nombor 4 ni pelik sikit. RARE lah. aku dok perati dalam masa yang sama aku heran seribu persoalan kenapa perempuan suka menjeling? even kau maklumlah zaman 80'an era lagu puja puji wanita ada selit lagu jelingan mata mu mempersona apetahlah kan tapi tu jeling kat laki konon2 macam nak jual mahal. tapi yang aku pelik jeling kat perempuan. aku ingat aku sorang je perasan situasi ni bila aku utarakan pada teman serumah dia pon perasan benda yang sama.yang ni aku tak kaji lagi kenapa. aku suka berkawan dengan perempuan kadang2 aku jadi terlebih peramah pulak sambil tengah pilih tudung pon padahal tak kenal.. kalau ada orang layan aku lah kan. tapi bila dari jauh perempuan tu dok jeling semacam. macam nak makan pon ada. entahlah kenapa. nak kata aku nak dekat pakwe dia jauh sekali sebab aku bercitarasa tinggi. paling2 cikai pun bruce willis. apesal dok jeling2?


5. Mendengki
bukan cemburu. tapi dengki. cemburu sounds lembut macam cemburukan kejayaan .ceceh  nak ajar orang pulak kan. tapi dengki ni pelik sikit. tak boleh orang nak lebih daripada dia. sebab she's thinking she's the best.tapi tiba rasa macam ada orang potong line tu yang angin semacam terus masukkan orang tu dalam senarai enemy. padahal orang tu okay je dengan awak. Tu belum part ada sesama bloggers jadi annoying mouse dalam blog orang lain..keje nak mengutuk je. pandang orang tulis sikit.

6. Badmouthing
Ni pun sedara dekat jugak dengan penyakit kat atas. bila dah dengki semua yang baik  nampk buruk. semua wangi jadi busuk. dia akan jadi keburukan si lawan..atau sebenarnya kawan sendiri je pun. lepas tu dia utarakan dekat sape2 "eleh muka cantik apa macam tu...penyet je aku tengok"
mula lah nak cakap pasal fizikal orang. padahal macamlah dia takde fizikal, macamlah dia the best creation kat planet ni. macam lah dia cipta diri dia sendiri? seriously.. come one girl! tak perlu kot.
evena ku akui lah kalau laki badmouthing lagi dashyaaaaaaaat kan..even sum of em kadang2 macam tak give a damn pon. tapi diperakui laki kalau mengumpat. OH NO. pecah telinga tak sanggup dengar.,tu tak termasuk gelak berdekah2 sekeliling meja yang buat aku malas nak pegi makan mana2 kedai makan yangada orang lepak.


7.Tikam belakang.

perempuan selalu terselindung under keperempuanan. sebab tu sum of us prefer befriending dengan lelaki.  tapi tak semua kan? so prove it!



8. Tak suka Share
selain daripada tak suka berkongsi kasih sayang, kebanyakkan perempuan tak suka share sikat-takut berjangkit kutu mahupun kelimumur barangkali, tak suka share compact powder-takut bakteria kulit berkongsi citarasa mungkin,
tak suka share bekas minuman, perfume, lipstick, baju, tudung dan lain2. Tak macam kebanyakkan kaum lelaki yang tak kisah pon nak share pakai sarung je no hal derrr. sungguh muafakat


9. Cemburu tak tentu hala
Aku tau lelaki pon ada jugak yang cemburu tak tentu pasal ni. tapi perempuan selalu nya kalau ada penyakit ni dia didorong dengan penyakit yang aku nyatakan kat number 1 dan 2. tu jadi propa yang menimbulkan effect drama dalam perhubungan. padahal macam lah dia takde kawan lelaki. Kalau dalam perhubungan setakat couple yang korang dok cakap haram haram tu..he's not totally your pon lagi untuk berlaku cemburu tak tentu pasal, even dah nikah pun cemburu tu harus tahu pasal jugak. masih.









kay, yeah girls.  ini bukan memburukkan ada membuka aib bla bla, tidak. dah ku nyatakan ini penyakit. tak bagus pulak tu. aku sendiri alami.  ada ubat ke untuk penyakit di atas? ada..banyak sebenarnya. so then yeah. take care.chillax!

Friday, February 18, 2011

Si Gadis Bersama Bikini Kuning Polka Dot

alaaaa. ni bukan 3gp.

kadang2 ada lagu comel2, selain daripada Barney dan kawan2 nya saya sayang awak, awak sayang saya..kita adalah keluarga bahagia..dengan pelukan dan ciuman, cakaplah awak sayang saya jugeee....

lagu2 macam ni bawak mood baik kan. macam dengar nak senyum. kalau lagu cintan cintun tu macam saya sayang awak bayi...( i love you baby) lagu macam tu kena duduk tepi tingkap pandang pokok2 awak dan pasang kipas speed 5 supaya dapat effect angin2 dan rasa diri ayu macam dalam video klip new boys dulu2.
kalau dengar lagu celaka kau tinggal daku tu bawak mood sakit hati+sedih nak nak pulak baru semalam boyfriend kantoi hantar sms.


ni lagu ni lagu lama. lagu bikini kuning. kalau aku pasang mak aku ketawa. ALAA. aku tau dia teringat zaman gonjeng2 dia dulu dalam bus ayah aku tengah dok usha. eleh mak.

jadi tak salah kot aku nak buat korang2, ceh macam je blog ni ada orang baca kan.. aku nak bawak korang punya mood feeling2 comel. boleh?






si gadis bersama bikini kuning polka dot =) malang sekali tiada video bergerak perempuan bikini untuk anda yang suka tengok perempuan berbikini







ye. mula2 memang kita akan laju dan bersuara paling lantang sekali  sing alongtime part  itsy bitsy teenie weenie yellow polka dot bikini sebab dah terang2 tajuk dia kan. tapi lama2 kita akan hafal seluruh lirik lagu dia kalau selalu dengar.
teheee. Ni pula lirik supaya korang tak kata aku suggest lagu lucah. bukti ni.



She was afraid to come out of the locker
She was as nervous as she could be
She was afraid to come out of the locker
She was afraid that somebody would see
Two, three, four, tell the people what she wore

It was an itsy, bitsy, teenie, weenie, yellow polka-dot bikini
That she wore for the first time today
An itsy, bitsy, teentie, weenie, yellow polka-dot bikini
So in the locker she wanted to stay
Two, three, four, stick around we'll tell you more

She was afraid to come out in the open
And so a blanket around she wore
She was afraid to come out in the open
And so she sat bundled up on the shore
Two, three, four, tell the people what she wore

It was an itsy, bitsy, teenie, weenie, yellow polka-dot bikini
That she wore for the first time today
An itsy, bitsy, teentie, weenie, yellow polka-dot bikini
So in the blanket she wanted to stay
Two, three, four, stick around we'll tell you more

Now she's afraid to come out of the water
And I wonder what she's gonna do
Now she's afraid to come out of the water
And the poor little girl's turning blue
Two, three, four, tell the people what she wore

It was an itsy, bitsy, teenie, weenie, yellow polka-dot bikini
That she wore for the first time today
An itsy, bitsy, teentie, weenie, yellow polka-dot bikini
So in the water she wanted to stay
(From the locker to the blanket)
(From the blanket to the shore)
(From the shore to the water)
Yes, there isn't any more
 
 credit here



kalau masih tak happy, sila maklumi saya mungkin saya akan membantu dengan cara lain.

Thursday, February 17, 2011

GELI. TAK SUKA.

seorang kawan aku yang buat part time kat seven E mencakap.

"KONDO* semalam(hari valentine watso eva tu) laku!!, habis kot" (penuh semangat)

geli tak?

kalau nak fikir positif, mungkin 13hb feb ramai yang bernikah dan mahu berHONEYMOON.
kalau nak fikir negatif, euuw. dah cukup geli.

laris syarikat 'pencegah' berjualan di malaysia.









apa lah nak jadi.

Kalau dah biasa jadi penulis blog. dan kemudian menjadi pembaca senyap (silent reader)

Salam kepada kaum muslimin dan muslimat. Aku ber-blog dari hujung tahun 2008. tapi jangalah korang tanya
'eh sape sarahunny, tak kenal pun' memang korang tak kenal aku puna ku tau. aku tak sefemes mereka2 yang mewujudkan blog seantara tahun aku tu macam cik epal, dangobunny. aku tak pelik akan fenomena ini
atas kekurangan aku menghurai ayat, memang orang cakap ayat aku macam keling. al maklumlah jiran2 aku tiap2 malamaku nak tidur je diorang balik keje train aku bahasa mereka. kecik2 dulu dengar story-telling emak,
cerita nabi antaranya cerita isteri nabi ismail SARAH(nama aku tu) dan HAJAR. sekarang bedtime story aku adalah kelas bahasa. jadi maybe ayat aku akan sedikit berbelit dan well.. panjang macam sekarang ni..SPM dulu pon BM aku failed.
credit sini


sebab kedua kenapa aku tak femes adalah. Memang aku takde aura. asal aura je aku teringat mawi. aura je mawi. mungkin masa AF mawi
dulu sume orang dok cakap aura mawi..mawi ada aura.. blurp blabla. fhew. (tiup rambut pandang atas). masa sekolah rendah dulu, aku lah kanak2 berbotol-air kan telefon bimbit, berikat tocang kelapa dua dia atas kepala kiri dan kanan yang takde abang dan kakak angkat even aku dah buat muka paling tercomel takde sape nak amek aku jadi adik angkat. sadis bukan?



isu2 yang aku nak highlight berkenaan BLOG.

1.BLOGGER JAHAT
kalau golongan umur 40 keatas macam tu. bila kes kat buletin utama dok cakap blogger ni fitnah ke apa ke.
terus depa cop HA! BLOGGER JAHAT. JANGAN JADI BLOGGER. SATNI KENA TANGKAP.
tudiaaaaa. boleh ke macam tu. aku rasa diorang tak start baca Hanis Zalikha, Irine Nadia, Fatin Liyana (perasan tak kebanyaakkan nama ada 'A' kat hujung melahirkan orang cantik2?) lagi kot
satni melekap rasa nak buat bini pulak terus cakap blogger tak jahat.


2. BLOG NI JUAL PRIVATE LIFE.
aku akui lah aku dulu banyak jugak mengahdu privasi aku..yelah aku dilahirkan dengan hormon yang merembes sebum banyak cakap. kalau aku tak dapat cakap aku menulis. janji perkataan dari hati keluar.kadang2 aku nak jugak tulis pasal politik. tapi ilmu aku dalam politik sangatlah tipis. nak jugak aku tulis pasal fashion tapi malu. ceceh.pasal make up.. tidak sekali satni habis muka sape aku nak conteng. conteng muka sendiri, muka tak cantik. nak cerita pasal perangai orang..nanti ini terasa itu terasa. tak syok pulak. sebab tu aku cerita pasal life aku sendirii..takde siapa nak marah. tapi orang kata JUAL PRIVASI SENDIRI. pada aku.. depends, ada orang suka. ada orang tak suka. apa2 pun menulis ni ada limit dia.

apa perasaan dah selalu tekan "dashboard>new post>post. tiba2 dah tak buat?
FUUUUUH. jangan dikau tanya apa perasaan daku.
1.happy = sebab dah takde hater. stalker
2.rimas = sebab tak tau nak bcakap/share/olah kat mana.. stakat facebook status, mana cukup beb!
3.rindu = even blog aku ni takde orang kisah pon aku rindu.. aku pon tak tau aku rindu apa sebenanya
4.bosan = bosan wooo.. kalau bosan tak boleh harapkan youtube saja untuk meneman menyayi


kadang2 bila dah tak buat blog. aku baca blog orang. barulah tangan aku rajin sikit nak mengomen. tapi memang aku tak harapkan dia berbuat sama pada aku lah sebab aku dah delete blog masa tu. HAHAHA. k tak lawak kan. tapi nak letak HAHAHA jugak. bila aku jadi pemerhati. tapi relax jugak sebenarnya. ceceh.


aku perasan SEKARANG, BLOG ADALAH SATU TREND..selain daripada trend semua orang nak ada facebook kan. lagi2 untuk remaja2 ada yang menjadikan blog mereka macam myspace..ada glitter2.tulisan terbang2.., ada yang jadikan blog tempat maki hamun(yang ni aku tak galakkan), tempat cari makwe pakwe.
HAAAAA. tapi tulah, aku rasa Malaysia ni suka trend. ikut betul. biar je orang luar buat je pape internet application. FACEBOOK, TWITTER, FORMSPRING. sume ada.
lepas tu gatai kat formspring nak buat SPAM>SEND TO ALL. setakat nak tanya

"kelawar ke beruang"
"asam ke icecream"

what the.



kalau tanya kanak2 yang tengok sinchan tu, depa pun meluat nak jawab taw. come on..jangan gedik sangat untuk dapatkan attention manusia2. yelah, aku mengaku aku gedik jugak dulu sekarang slow sikit. tapi belum penah la aku spam ke tanya 'oren ke kuning' kat formspring orang. buat menyemak saja.

KENAPA TIBA2 BUAT BLOG BALIK?
apesal? tak boleh?