Tuesday, March 29, 2011

Satu Ciri Suami Terindah

Saya ke perempuan paling cantik?
-Tak

Saya ke perempuan paling awak sayang?
-Bukan

Kalau kita jadi suami isteri yang sah, saya jadi tangga teratas awak ke selepas Allah dan Rasul?
-Tidak akan sayangku

Habis tu siapa perempuan paling cantik? yang paling awak sayang? dan yang tinggal kat tangga tertinggi selepas Allah dan Rasul yang awak sanjung sangat tu?
-Ibu saya.


(Tarik muka dan kemudian senyum)
Alhamdulillah..nanti kalau kita dikurnia anak lelaki, mesti saya dapat layanan tangga teratas, juara perempuan tercantik, dan perempuan paling disayangi anak lelaki saya kan?
-InsyaAllah


...............and the live happily ever after... (hee. mandai2 je aku ni.)

Korang2 yang takde kawen ke even dah kawen sekali pun jangan gatal2 nak belakangkan mak korang, takde dia takde korang taw. Kalau mak tak sayang korang, takdenya korang besau gabak and hidup selesa macam sekarang ni, dah lama mak kau picit kau bagi mati.

hari hari hari ibu. :)


Monday, March 21, 2011

Kenapa perempuan suka shopping?

Sindrome shopaholic selalunya menyerang mereka2 yang berumur 18 tahun ke atas.

Shopaholic atau perkataan lebih senang difaham "gila membeli belah" ha aku harap cikgu bm aku kagum aku dah pandai menguasai bahasa melayu dengan lebih berhemah dan tak mengarut macam dulu dah.

Aku menyedari, sebagai manusia yang dilahirkan perempuan jugak, aku faham ler kenapa sekarang kegilaan perempuan terhadap membeli belah tu semakin menjadi2. Aku tengok officemate aku dok gila online shopping. Ala. aku sendiri pun kadang2 tu siap share link lagi. =.= tak dapat nak dibendung kadang tu melainkan dalam bank dah 0sen hat tu tak boleh buat pa lah, kira padan muka aku lah kan. So nampak tak keburukkan shopping tanpa sempadan kat sini?
Kalau nak tau, kami gila shopping ni, sebab yang bersebab. Bukan saje2. =_=


1. Sebab ada duit. 
kami tak suka tengok duit banyak2, kami memang suka kalau dalam bank takda hapa benda langsung lepaih tu nak makan pun takdak. Kami memang suka tak makan, sebab nanti kami dapat diet. Memang kebuloq kalau hujung bulan, tapi kami suka kurang 3-6 kilo sebulan..kalau gaji lambat lagi 3-4 hari alamatnya kami mati dengan rangka takdak nutrisi.

2. Sebab kami rasa kami cantik
Hangpa lelaki2 mana taw, bila kami tengok baju2 kat mana2 lah.. ala kadang2 kat jusco je pun tak payah branded2. tau dak kami rasa apa? RASA BAHAGIAAAAAAA.

 Kami selalu bayangkan kalau kami pakai baju ka apa ka yang juai tu kami selalu bayangkan yang kami akan jadi lawa kalau benda tu kat atas diri kami. Macam "fuh! kalau aku pakai ni mesti lawa ni".


3.Nak puji
Ala kami taw lah  bunyi tajuk atas ni macam desperate kurang kasih sayang je kan. Kalau antara kami ni ada pakwa, kami selalu perasan pakai baju tu untuk pakwa kami, kami suka lah depa kata "comel you pakai baju ni hari ni" kembang mayung hidung. Bodoh pulak kadang2 bila melawa sebab bf. DUH. Lelaki kadang2 tu depa tak heran pun kita pakai apa sebenarnya. Penah si GF ni tersengih2 cakap kat B "eh awak, kita pakai baju ni cantik tak?" BF pun cakap "TAH SAME JEE"

=.=


4. Sebab masa tu SALE.
Kami selalu berasa akan kerugian amat kalau tak beli. Sebab satni orang lain dah beli, tak dak stok. pastu tak tak sale tiba2 minggu depan harga melonjak naik. Rugi sungguh rasa. Dia macam ni cakap monolog dalaman kami "eh. tak beli ni nnt dah takde cane..? " "rugi lah kalau tak beli"
Tu yang kalau datang jusco bawak 100, 100 habis tu. Padahal 100 tu untuk seminggu punya belanja. Dah tu la ni nak makan apa? (rujuk point 1) well, kami memang suka diet. =.=
Aku tau perkataan ni nampak indah, kalau dah beli berdozen2, mungkin kau akan spend lebih banyak daripada sepatutnya yang kau takut rugi tu.



5. TREND
Kadang2 teringin tengok patung tu pakai lawa ja, keti peri pakai lawa ja, snsd pakai lawa ja. Kami pun terlupa yang badan kami tak pulak macam keti peri, ni kan pulak macam kim kardasyien.
Fakta aku menunjukkan, Terjadinya sesuatu trend pabila ada pasaran yang meluas..tetapi terjadinya jugak pasaran yang semakin meluas dan meluas adalah di sebabkan trend/permintaan yang tinggi"
Aku tak pastu korang paham ke tak dengan fakta aku sendiri ni. Kalau takde pasaran takkan ada trend yang kau pegi kafor pun semua orang nak letak bunga atas kepala, yang aku pelik siap ada jual sanggup pelesu lagi tu. Geli aku tengok sanggul tu dok tergantung2. Seriously girls?? Orang lain nak sorok rambut hangpa nak tayang gila2? siap pasang baik punya?

pitam

6.Dunia tanpa sempadan
Sekarang kan semua benda nak mudah. Kau kelik sana sini. parcel sampai. Duit pun kurang. Kau pun suka. YEAAY. Tak dinafikan blogshopping lagi murah daripada nak beli jauh2 yang makan duit minyak dah mengurangkan lemak kau. Sonang yo. Picit sampai picit sampai.
FYI, tak semua blog yang menjual ni murah okay. Better korang cek baju yang sama, is it sama tak harga dengan baju yang sama kat blog lagi satu. Lepas tu cuba korang + postage. Kalau harga dia sama je atau lebih tinggi daripada y ang kau beli kat jusco baik tak payah.


tips taknak tergoda beli bukan2(membazir): Cari kelemahan barang tu. "eleh.. jahitan tak kemas"
"size aku takdeee" "takde la cantik sangat biasa je" "dah ramai orang pakai nnt jadi macam kumpulan nasyid" "tak padan dengan harga!!!" (pernah berkesan pada aku 4-5 kali!)
Kalau duit tu mak bagi, kau bayangkan kasih sayang mak kau taknak kau membazir. Kalau kasih sayang kau utuh kuat kau tak sampai hati nak membeli sakan punyeeee.


p/s: shopaholic tak bermakna materialistic. Dont get em wrong. Yang sama adalah, masing2 terbeliak bila nampak barang kegemaran. well perempuan, perempuan.

Wednesday, March 16, 2011

Perkataan famous masa kecik2 dulu



1. Kite kawan dengan die tipu2 je. Die tak tawu.
(bisik2 kat kawan sorang lagi)
Entah macam mana kawan tipu2 pun aku tak pasti. tapi kawan tipu2 tu mungkin " i dont really like her, but i pretend that im ok to be her fren" aku agak lah. salu je aku cakap macam ni kecik2 dulu. aku tau korang pun pernah kan!



2. Kite main doktor2, main mak2, main pondok2.
Seyesli, kenapa kena ada kuasa dua, atau kata ganda perkataan? =.= . Konon2 lah agaknya macam main olok2.


3. Mak kite kate...
Semuanya mak kite kate,
mak kite kata jangan bohong nng masuk nerake...
mak kita kate jangan mencuri nanti doseeee.
mak kita kata jangan dekat dengan budak laki nanti mengandung, ada bebi dalam perut!
(kau jangan cakaplah mulut sampai muncung2 beria2 cakap)

4. Jeling
Kalau kawan menjeling je macam "okay.. awak dah taknak kawan dengan kite takpee"
simple! takpayah cakap 'taknak kawan' jeling je cukup.

5. Taknak kawan
Ni stage up sikit daripada kawan tipu2. Taknak kawan ni memang nampak lebih jelas dan jitu, kalau kawan tipu2 macam pretending sikit kan. Ni tidak. Dia macam "TAKNAK KAWAN!"  pastu tak bercakap paling lama setengah jam, then main kawen2 balik, sorang buat2 jadi laki, sorang pengantin perempuan.



4.Konon2
Dalam permainan, mesti ada words "konon2 kita nak bersalin kan.." "konon2 kite tengah tidur.." "konon2 kita nak pegi kedai..pastu..."

5.Hantu sorok
Hantu ni paling femes kalau musim kanak2 main sorok2. Ada je lah macam2 cerita rekaan depa, masing2 konon pernah kena sorok, menipu nombor satu! pastu masing2 nak up cter, pastu malam takut nak tidoq, nak pi jamban pun penakut, mulalah puan emak mengamuk.



tapi sekarang mak kau pesan apa benda pun belum tentu kau ingat 100%, kau pegi club, kau cium anak dara orang, kau dah tak ingat semua2 tu. Dah takde konon2, semuanya betul2 pregnant, dah takde hantu sorok siap ada uncle seeker yang pegi cari hantu kat celah2 hutan mana entah, dah tak main lah jeling2 kau back stabbing terus.



ps:/ budak sekarang dah tak main macam kita dulu2, depa da barbie doll yang dah ada tandas, baju bagai aku dulu anak patung kepala nak putus yang kertas tu je, depa main playDOH, aku main tanah liat 5osen dalam kotak ada macam2 kaler tempek2 kat dinding kena marah dengan mak aku..dah la berbau busuk, masuk kuku pulak tu.

Budak sekarang dah tak main kete tolak sendiri, depa ada remote control boleh pegi jauh2, tak payah habiskan tenaga dan peluh tolak2 kereta hang!.

Dah tak makan cekelat murah dalam tora dindang, depa suka cadbury. Aku dulu mana tau menatang apa cadbury, nak sebut pun tak reti. Aku dulu main pasir je.. depa tak dah nak keluar rumah pun susah.
 
Kalau hari raya dulu2 budak2 meriah pi main baling tin lah, baling selipar lah, pegi raya ramai2, budak2 sekarang duduk rumah depan tv tengok siti menyayi sambil perabeh maruku.


=.=

pernah main jangjangjalot? pernah main bola berapi? pernah main pegang tangan ramai2 buat bulatan? nikmat wooo rasa sayangkan kawan2 masa tu.

Tuesday, March 15, 2011

Perempuan, sila tolak seks luar nikah

Aku bukanlah mahir nak cakap soal agama, adab tatasusila semua ni. Bukan apa aku terkilan je tentang perilaku mereka2 yang sebaya, lebih tua atau muda daripada aku. terkilan.

Kau siapa? kau lahir daripada rahim mak kau, dibesarkan dan ditatang, tak kisah kau lahir2 dah kaya atau miskin, kasih sayang kat anak yang besarkan kau dengan harapan menggunung, yelah kalau tak sayang baik di pijak je korang masa lahir2 dulu, mana ada kau sihat bahagia macam sekarang


Islam. Melayu.
Mungkin kita dah biasa dengar KALAU LELAKI TU SAYANG KAU, DIA TAKKAN SENTUH KAU PUN. Yelah, kau pernah dengar save the best for last? bukan for lust. no. Sepatutnya seorang lelaki yang budiman dan berperipekerti akan jaga kau baik2 diorang takkan rosakkan kau punya.


Yang kau pun satu, kadang2 aku tak boleh salahkan lelaki jugak. Sebab perempuan pun sama je. Penah je yang sanggup korban maruah janji that guy nak jadi bf dia. Semurah dan semudah tu je? Wei.. rugi kot. Orang lain nak kahwin paling cikai pun RM1O, OO. Sorry to say, maruah kau lagi murah daripada pelacur. Can i say that? sekurang2nya pelacur buat macam tu sebab dia nakkan duit. Kau dapat apa? Lama2 kau kena tinggal. Lepas tu si lelaki dah pegi entah huhahuha mana2 dengan perempuan dahi licin, dara dan comel. Yang mungkin dia akan jadikan mangsa juga, mungkin juga isteri. Yang kau? apa kau ada? maruah pun dah hilang atas kesedaran kau sendiri. Lelaki tu tak rugi apa2. Teruna tau tidak dia peduli apa.. takde kesan pun.
Kau?


Aku tak kisahlah kau bertudung ke tidak. Tapi kalau kau bertudung secara tak langsung kalau kau bertudung sambil merakam video 3gp, itu bukan perkara yang manis atau uh so sweet berlatar belakangkan bus stop lama. Kau mungkin tak tunjuk seurat rambut kau pun kat facebook, kau senyum dan macam bidadari syurga punya baik, tapi kau dengan bf kau selalu menyelit masuk hotel. Itu bukan perkara sweet. Kalau kau type 'melayu bertudung.." perkataan yang mulia pada pendapat aku. Tapi google sekali, menipu kalau tak terkejut, melainkan yang memang google nak cari benda macam tu.



Please jadilah mahal. Kau taknak ke nikmat masa berkahwin secara sah. First time salam dan cium tangan husband kau? Kau pernah bermimpi akan kebahagiaan tu semua tak?

Dan. Kalau kau pernah terlanjur. Dan kau berkahwin dengan seorang lelaki yang sangat baik tanpa dia mengatahui kisah silam kau, berapa lama kau nak rasa bersalah? dan sudikah kau bagitau semua tentang hidup kau yang lepas. Dan kalau kau dah bagitau kau mesti takut dia takkan terima kau dah. Tapi kalau kau tak bagitau, kau mungkin terbayang api neraka kerana menganiaya suami kau? The easiest way is, kepada yag belum buat tu. Yang suci murni tu... Dont you eva!

Mungkin kau belum terfikir akan bala kalau Allah nak bagi. Kunfayakun. DIA bukan tak boleh bagi. DIA MAHA MELIHAT. Kalau DIA berkenan nak bagi, boleh sangat, cuma mungkin sang pencipta ini nak lihat sejauh mana kebodohan kita2 ini dimuka bumi yang semakin dekat dengan tarikh pengakhirannya.


Kau tak rasa ke nak bagi orang yang seumur hidup kau bersama, sehidup semati yang kau sayang satu keistimewaan menyentuh kau yang belum pernah disentuh?

Hidup semakin tua, bukan muda. Kau lebih tua daripada masa sebelum saat kau membaca entry ini. Inikan pula hari2 yang dah berlalu.

Hati kita ni macam lantai kat sebuah rumah, hendak disapu hari2, kalau tidak berdebu tanpa kita sedari pun, bayangkan kalau kita tempek dosa banyak2 tanpak menyapu, mop lantai itu.

take care semua muslimin dan muslimat. chow!

Sunday, March 13, 2011

Ciri-ciri lelaki yang tiada kualiti

tajuk lain bagi entry ni mungkin, ciri-ciri lelaki loser ciri-ciri  lelaki bukan idaman wanita, lelaki murahan


Aku masukkan topik lelaki dulu. Sebab lately aku sering terserempak dengan lelaki yang tak berapa nak ada kualiti. Yelah bukan takde kualiti langsung, mungkin ada. Tapi tak berapa jelas kelihatan sebab mereka dah menunjukkan ketiadaan kualiti mereka. Kadang2 ada je yang takde kualiti langsung lepas dia nak tunjuk kualiti tapi cara penyampaian dengan cara yang salah. terus. REJECT!

1. Murahan
Jangan kata perempuan je ada title murahan. Habis tu lelaki? Yelah aku tau lah diorang timba, perempuan perigi. kan kan. Tapi macam mana kalau timba tu ada 20 perigi. Diorang ni mungkin belum tahap playboy, baru jinak2 barangkali. yaka?




2. Mulut murahan
Tahu tak perkataan sweet yang tak perlu cakapkan selalu akan jadi tak sweet dah kalau kita cakap hari-hari.
Dan secara tak langsung akan menyebabkan sweet ini menjadi basi dan tak best dah nak dengar selalu. Kalau masa mula2 bercinta dulu, gf merajuk bf puji2, cair. tapi kalau dah selalu cakap dah jadi basi. Yang tak berkualitinya bila dia cakap words yang sama dekat semuaaa perempuan yang dia kenal. Seperti "i miss your beautiful hair.." atau "senyum awak cantik, cair saya"  Dude seriously? macam mana kalau dia cakap benda ni kat semua perempuan? kau rasa special lagi tak?


3. Badan murahan
Tak lain tak bukan, badan murahan merujuk kepada mengadakan hubungan yang dilarang di atas katil bersama bermacam2 perempuan atau perempuan yang belum dinikahi juga boleh dikategorikan sebagai lelaki berbadan murahan


4.Love gamer
Oleh sebab dia terkejar2kan bermacam2 wanita cantik. Rambang mata katanya. Spare part katanya. Peneman BBM dikala sunyi katanya. Pada masa yang sama dia takut kehilangan salah seorang wanita yang dikatakan hot ni, yelah kot2 boleh buat bini, nanti terlepas sorang rugi wo. Tapi kadang2 aku kegum jugak lah dengan helah orang macam ni, hebat kot! Kat suzana panggil darling, kat Elena panggil sayang. Kadang2 dia takut kantoi sms, semua wanita terus dia panggil sayang. SENANG! takde lah kantoi. Bila Suzana BBM "papa buat apa?" Dia reply "i baru lepas solat." noktah. Padahal tengah lepak kat taman KLCC sambil tengok kanak2 kat kolam renang.


5.Kaki perabeh
Hanya satu reason dia stay dengan perempuan tu.  DUIT. tak kesah mak janda jual pisang goreng belakang rumah ke, sugar mummy kat club ke, atau perempuan naif dan baik hati yang lagi senang dia nak korek kocek.



6. Test market
Keje dia test market je. Mungkin ada orang pernah puji kat wallpost atau picture kat facebook "eh! kamo marchamx justin biebierrrrrx" Lepas dah dapat dua tiga orang,  kau kena tinggal. Get over him.please.

7.Gatal mulut
Selalu kan lelaki2 kat tepi jalanan yang merempat ke, lepak ke apa aku tak tau, suka dok suwit suwit mana2 perempuan yang lalu lalang. YES. aku tak kata kitorang perasan korang nak ngorat kitorang ke apa. Tidak. TIDAK. tapi tahukah kamu bahawa perbuatan tu annoying yang sangat murahan?. PEJADAH? aku tau korang gatal mulut je saya nak test kesedapan bunyi suwit suwit tu ke apa. Atau memang nak niat test market. Tapi please jangan kampoang sangat lah derr, perempuan rasa tak dihormati. Diorang tak hepi pun. Ye, melainkan perempuan tu attention seeker lah..mungkin balik tu dia tulis dalam diary helo kitty. Be cool man! nanti aku buatkan tips menjadi cool untuk korang2 yang macam ni. pathetic.



8.Bajet hot walaupun takde bajet
Perkataan 'bajet' pertama pada ayat di atas merujuk kepada "perasan" "belagak" "act" perkataan kedua pada ay at diatas adalah bermaksud "wang"
Alaaa. bukan maksud kat sini nak wang. Tapi maksud nya belagak best. Tapi hapa tarak. Kalau ada jam guess dok menayang tak sudah. Bangga tunjuk sms kat kawan2 lelaki dia, yang perempuan melamar mintak couple, nampak awek cun terus angkat kening, kenyit mata, senyum kat pasaraya beli ikan tak tentu hala, dia ingat satu dunia pandang muka dia ke? eh. menyampah tau dak. Orang macam ni kalau ada gf pun, aku rasa gf dia macam teraniaya, kalau keluar dating dia tak kesah pun awek dia comot makan aiskrim ke, riben kat tudung atas kepala tercabut ke, janji dia rasa dia hensem sentiasa. REJECT!

9. Laki orang
Laki kat sini bermaksud suami. Dah kahwin anak pinak pun dok gatai lagi. Nak pasang sampai 4 padahal beras, gula, baju, letrik, kereta, sewa pun bini bagi duit. Ada hati tu. Dah kerepot tapi tak sedar. Tapi kalau tak kerepot pon tak sedar2 sama jugalah aku tarok kat kawasan takde kualiti.



lelaki, dah la nak pupus kualiti pun takda ka?



ada yang alim, tapi kuat cemburu,
ada yang sporting, tapi kedekut,
ada yang tak lokek duit tapi mata keranjang,
ada yang baik dan setia, tapi hot tempered,
ada yang caring tapi laki orang,
ada yang single tapi kuat terajang,
ada yang hensem tapi bajet bagus.



=.=  ingat senang ke nak cari pasangan hidup?.  kau mungkin akan jumpa si bahlol, si celaka, sebelum kau jumpa yang terbaik untuk diri. Kau mahu tahu siapa pasangan hidup kau? cermin diri kau. Kalau kau baik, insyaAllah Allah kurniakan yang terbaik.

Monday, March 7, 2011

Legging=Nude

Yaw.


Aku tau kita ni semua sukakan gaya fashion yang tak boleh blah. Kalau boleh nak jadi trend-setter. Tapi kalau dah terjadi trend-follower tak semena2, tak mengapa. ianya bukan satu kesilapan.

DAN. aku perhatikan fashion sekarang lebih selamba, santai, dan yebaa yebaa gitu. tapi dalam yeeba yeeba pun adalah dinasihatkan sekiranya anda berbaju, jangan membuatkan anda kelihatan sedang telanjang.

sedih aku tengok. malu lagi lah.

Pemakaian seluar cerut. AKA legging bukanlah satu perkara asing lagi di negara berhaba, panas dan lembab serta khalustiwa ini. Mungkin terlalu panas 'down there' sampai legging sexay jadi pilihan.

bagaimana?

tshirt polos singkat
+
legging ketat

=buruk



mungkin pada mulanya anda tak nampak anda buruk masa mula2 bergaya di hadapan cermin, jangan lupa kadang2 kala cermin juga menipu. Tapi kalau nampak di cermin pun dah tak cantik dinasihatkan jangan teruskan niat sexay anda itu.

kalau anda berbadan size PLUSPLUS. lagilah aku nasihatkan a big JANGAN. Tapi janganla pula berniat nak kurus semata2 nak pakai bikini atau legging. bagi yang beragama islam. tak manis begitu.

anda tahu camel toe? bukan COMEL TU. tapi camel toe. =.=  aku harap anda tahu. Rupanya bukanlah perlu ditayang2 like "I AM HERE"
"i got it!" kerana semua orang sedia maklum, semua perempuan dapat satu.

please. be MALU.

bab belakang, jangan kata lah. perlu ke aku cerita lagi?

situasi ini lebih buruk kalau anda tampil bertudung bersama legging. Tapi jangan pula sebab nak berlegging anda bukak tudung. Nak senang pakai je cantik2 tutup semua2. Tapi i know.. trend kan trend.

dah pakai atas singkat, bawah ketat tahu pulak nak tarik2 masa berjalan2 di mall atau masa nak order secret recipe cake. hang dah pakai macam nak tunjuk dok tarek buat paaa?

terima kasih sebab bagi aku lihat percuma. terima kasih.

p/s: baju kelawar lagi lawa kot.



fui. comey gila. rasa nak mintak kawen

Wednesday, March 2, 2011

Sebab kenapa perempuan tak suka/kurang pakai tudung bawal dan sebab2 lain

 credit here
kau pilih mana?


Yaw. since daripada aku sekolah menengah, sampai kolej, sampai keje. Aku akan berjumpa dengan lelaki2 yang mana kawan2 aku sendiri. Diorang suka cakap

"tudung amende ni!"
"wey. pempuan lagi lawa kalau pakai tudung salu korang pakai masa sekolah rendah dulu weh"

Sebab2 kenapa kaum lelaki menyarankan perempuan pakai tudung bawal adalah:

  • Mereka sukar menerima pembaharuan
  • Mereka streotype
  • Mereka rsa bila perempuan pakai bawal nampak cam ayu/sopan/comey/cun dek gelombang2 bawal kat sisi pipi perempuan itu skali gus menyembunyikan pipi yang bulat, kalau perempuan tu berpipi bulat.
  • Kebanyakkan tudung bawal warna soft2, sekali gus menGLOWkan skin tone si pemakai.
  • Sedap mata memandang

Sebenarnya sebab 1 dan ke 2 saja2 je nak bagi sakit hati. Aku nak highlight sebab ke 3,4,5.

Ye aku sebagai perempuan yang betul2 wanita bukan cetak rompak punya, aku akui. Semua perempuan cantik dengan tudung bawal.  Aku sendiri pun rasa macam ayu je, macam budak sekolah takde jerawat je kalau pakai tudung bawal. Tudung bawal memang best sebenarnya. Tapi guys, ada benda yang kureng best pasal tudung bawal yang membuatkan bukan perempuan tak suka, tapi kurang prefer/memilih tudung bawals ebagai option primary untuk menggayakan dek dunia yang serba serbi cepat ni.

credit :here
ini tudung bawal

Sebab Bawal Bukan Pilihan
1.Tudung bawal kalau nak pakai cantik, terbaik punya korang kena ada skill dan kerajinan meng-IRON. korang kena  bentang luas2 tudung bawal tu. pastu iron. tiba2 adik korang pegi buat baik punya hal letak beg atas tudung bawal tu. rasa2 hangin tak nak iron balik? Salah iron, tudung jadi kemek weh. dah macam mak esah nak jual minyak urut pulak kalau tak iron betul. Bukan kah memakan tenaga? nak pulak yang nak cepat ke pejabat/kampus/kedai runcit? padahal kedai runcit tu 2minit perjalanan saja. iron tudung 20  minit. get what i mean??

2.Bila dah pakai molek, lawo habis. Perempuan tu pon berbual2. Bila berbual2 alignment tudung boleh lari, (ala perempuan mesia kan suka tudung yang nak mancung muncung tu je) nak pulak yang kepochi bersembang macam makcik2 kat dapur rumah kenduri kahwin. Kejap2 kena adjust. Kejap lagi adjust. Tu masa makan sama jugak. nyup nyap nyup nyap. lari lagi alignment. Lepas tu nak melintas jalan kena angin, tudung dak petot kemek dah. leceh sikit

credit here
ini pashmina

credit here
Ni tudung express

Kini aku senaraikan sebab kenapa perempuan lebih memilih tudung era terkini (era terkini kononnya)
1.Jimat masa
Sebab, kalau kau pakai tudung express tu kau sarung je. Kau rushing nak pegi mana2, mak kau suruh beli santan kat kedai pun takde hal derrr, 5 minit lagi kau dan mak kau boleh masak kari yang sedap dengan santan.

2.Tak payah iron/lebih mudah
Kalau tudung express tu tak payah iron pun takde hal der. Kalau syria tu pon sama. Kalau shawl tu mungkin lah perlu sedikit tu pun bergantung jugak pada texture dan jenis kain.

3.Dah confirm 'ok'
Kalau syria aku tak berapa sure(ada orang panggil tudung alien), tapi kalau express. kau bentang kat angin mana pun alignment memang tak lari. Sebab dah keras kejong. Jadi perempuan ni akan cantik je di mana2..kalau dia cantik lah. tapi well semua orang cantik.

Sebab Musabab Kenapa Lelaki Tak Berapa Berkenan Dengan Tudung Selain Tudung Bawal.
1.Shawl: Pening kepala tengok lilit sana, lilit sini

2.Shawl: Pening kepala tengok warna shawl sekarang warna warni macam kat taman barney and
friends. macam lolipop pun ada

3.Shawl:  Buat muka perempuan tu nampak bulat macam mana entah

4.Shawl Buat kepala bulat macam alien tak semena2

5.Sebab hati depa tetap dekat tudung bawal

6.Tudung Express: Sebab buat nampak macam bibik

7.Tudung Express:Sebab hati depa tetap dekat tudung bawal.

See. aku highlight 2 perkara.

Sebab Kenapa Perempuan Suka Shawl/Syria/Express
1.Mungkin nak rasa/perasan lebih trendy

2.Shawl/syria banyak color senang nak match

3.Shawl etc boleh pusing2 satu kenapa sampai tak boleh nak bukak dah, penat pusing

4.Boleh pakai dengan cekak/headband besau gabak

5.Mungkin sebab nak nampak macam fashionista dan tempek gambar di blog


Tapi perempuan, aku juga memandang serious tentang pemakaian tudung era sekarang. Kadang2 aku takut bila pikirkan aku dah beranak pinak nanti anak2 aku ketawakan tudung zaman sekarang. Pakailah sesedap mata memandang, tak perlu kot nak tunjukkan OH AKU ADA RAMBUT PANJANG. atau OH AKU ADA DADA. atau OH AKU PANDAI BERGAYA aku letak pokok kaktus atas kepala. Aku faham kenapa kaum lelaki tak suka tudung sekarang, tapi aku jugak paham kenapa kaum aku ni prefer tudung sekarang. Ye tak dinafikan anda ada pilihan tapi anda juga ada agama yang sudah melandaskan batas2 aurat kita semua. sekian terima kasih.


credit here
comey gila lisa dgn bawal kan?


p/s:jangan sampai nampak macam kau junjung pasu bunga atas kepala.

Tuesday, March 1, 2011

Relaks sudah der!

Kita ni tak boleh kena tegur sikit
Kuih akok pun jadi kelat
Bila kecoh seantero internet
Ragam masing2 macam nak bersilat

Cemuih aku dengaq
"blog aku , aku punya suka"
tapi depa tak ingat nak perhabaq
hat dok baca ni, sapa dia ka?

Hang bukan buat blog buat hang sorang
Satu dunia kot baca
Dok senyum sorang2 macam kerang
Tempek blog satu dunia nak tau cerita


Bila orang tegur
Kalot
Sebab belum tersungkur
Nanti ribut

Pembaca setia pun memberi sokongan
Yelah masing2 punya pandangan
Tapi tu bukan ukuran
Sebab kita ni ada batasan

Rasional tak maw
Nak cakap pasal islamic law
Jangan jadi macam kerbau
Kerbau tak pegi surau

Hang rasa hang dah buat terbaik
Depa kata pasal aib
Hati pun dah 'break'
Silent reader pun jadi kawan baik