Friday, April 29, 2011

Lawak minggu ini

Credit pada beautifulnara.com

tapi serious aku rasa nak gelak guling2. Eh korang tahu tak kita malaysia sekarang selain daripada kepelikan email 50juta 1 malaysia kehape tu. Kita ada perkara pelik yang tak boleh blah aku rasa. Pernah dengar Super Junior? Pernak dengan 2PM? aku rasa kita dah ada clone macam tu.

sat aku tunjuk gambaq sat.



nak tanya. rasa hot ke? rasa geli nak termuntah? rasa nak gelak kuat2? atau berbangga?


 macam gay pon ada dah aku tengok.
Hangpa marah orang tak sokong industri muzik malaysia lah konon. ianya buat aku tanpa berfikir untuk tidak menyokong korang2 artis malaysia ni. Selain daripada tak dapat apa2 pun,  idea macam ni buat aku geli tekak. Orang buat kita tiru. TULAH.

Monday, April 25, 2011

ShahGhaz Studio Photoshoot

Setelah berkurap dalam friendlist aku, barulah tiba2 satu pagi terasa hati nak berjalan2 stalk manusia. Biasanya aku click nama2 yang salu ada kat wall aku la. Sebab aku selalu je hilang arah. Ayat last tu taktau kenapa aku nak tulis. HERE! aku berjumpa seorang photographer hebat jugak lah pada aku. Bila aku tengok pictures yang dia tangkap yang dia upload kat facebook tu buat aku WAAAA. ha ok. taknak la hyperbola sangat. Tapi yeah. Kalau kau tengok aku tak tau la apa kau rasa, selain daripada gambar myspace mata terbeliak tu aku rasa gambar macam ni much better. eh no offense aku sendiri pun buat macma tu dulu zaman tak berapa nak cerdik. tehee..
Semua ini dari
Facebook ShahGhaz

On street









Studio


Macro



Landscape



Food! (always favorite part)



Banyak lagi photo dia yang best2 aku rasa. Tapi kang reban pulak blog aku. Ah takpe. Kalau korang berkenan nak photoshoot dengan dia, perlukan khidmat dia, boleh runding dengan beliau kat sini

ShahGhaz, harga aku gerenti boleh runding, hasil yang kat atas ni saksi. Apesal aku promot beria eh. Entoh aku rasa macam aku nak share. Tanpa dibayar taw. haha. okay..
Boleh add ShahGhaz kat sini.  Facebook ShahGhaz   Dia friendly baik punya orang..takde sombong2.

Sunday, April 24, 2011

Tips Jaga Hati Awek Kau Orang

PEREMPUAN TIDAK SUKA....


#1
Kisam Silam Kau Dengan Ex Kau
Kalau si Dia sekarang bukan kekasih hati pertama kau, kalau girlfriend kau tak tanya apa2 pasal bekas girlfriend kau yang dulu, yang kau mesti belikan teddy bear bila dia merajuk. Makan kacang tepi tasik sama2 bila bosan.

Bila kau buat macam tu, walaupun girlfriend kau sekarang buat cool tak tunjuk riak sikit pun merajuk aku bet dia terus tak suka teddy bear dan anti terus makan kacang kat tepi tasik. (apa salah tasik?)



Perempuan tak suka benda sama yang kau dengan ex kau buat dulu, sama dengan apa yang kau dengan dia buat sekarang, mereka suka mencipta perkara yang kau dengan dia sahaja.
BUKAN ohh-aku-makan-icecream-bila-merajuk-dengan-kau-sama-dengan-ex-kau-dulu. BUKAN.




#2
Puji Orang Lain
Kalau kau keluar dengan dia, jangan lah tengok perempuan lain lebih daripada 2SAAT walaupun hot stuff itu memang menarik perhatian kau and yeah aku penah dengar daripada kawan lelaki aku sendiri "lelaki memang tetap akan tengok perempuan cantik even da dah kahwin" ye ye.
tapi jangan tengok lebih 2saat. kau ada pilihan 1.awek kau ajak balik awal. 2. cik awek off talifon 3hari 3 malam. 3.tengok perempuan hot lebih daripada 2SAAT.

Inikan pula puji kan? tiba2 kau cakap "lawaaaanyaaaa" apa perasaan kau kalau dia tengok Tom Cruise versi tinggi six pack dan dia cakap "hotttt nya"
tercabar tak derrr?

Sedemikan pun kalau dia tanya kau konon2 nak suruh kau honest kan "cantik tak girl yang nak bayar cake tu?"
kau cakap je "biasa jee.."
kalau kau jawab entahlah, selalunya si dia tak puas hati. baik kau jawab "biasa je" walaupun dalam hati kau "gila lawa pempuan ni!"
tapi simpan dalam hati masuk urine je lah. Aku tau kau lelaki memang suka tengok kami perempuan2 yang tercipta cantik. teheeee =.= nak buat macam mana kami kan makhluk special. Alhamdulillah. hik hik hik.



#3
Perbandingan
Kau jangan lah gatal2 nak buat perbandingan kalau taknak makan kasut. Macam kau kejut girlfriend kau bangun subuh, girlfriend kau jawab call sabil terlantar lagi
jangan la kau kata "kalau Liza dulu saya cakap bangun, berdiri dia dah buat dah"

Try test lah kalau berani.

Perempuan ni kadang2 mungkin mood dia baik hari ni, tapi esok belum tentu baik. Ini pulak kalau kau orang buat pasal kalau tak caya baca yang kat sini

#4
Kenangan Kau
Satu hari girlfriend kau cakap nak pergi cameron highland nak petik stoberi. Please bro, jangan cakap "tempat saya dengan orang pertama singgah kat hati saya"
Dude tu sakit dude..sakit wa cakap lu. Kalau aku, elok2 nak pegi petik stoberi, sanggup je aku beli stoberi kat super market yang dah lembik2 lepas kempunan.

jangan la kau gatal mulut share moment kau dengan ex kau kat dia;; yang kau dengan ex penah makan ice cream kat sini kat situ ke sana ke, perempuan tak suka. Dia boleh taknak pergi langsung itu tempat.


#5
Critic
Here is a tips. Kalau kau nak kritik girlfriend kau, in case kau tak suka sangat baju yang dia pakai hari tu.. kau jangan la cakap "awak nampak macam pokok bergerak"
sungguh pon kenyataan itu tak dapat disangkal lagi.. tapi aku rasa lebih baik kau mulakan dengan pujian
"eh.. hari ni awak ceria..comel..tapi saya lagi suka baju yang dua minggu lepas tu, yang ni bukan tak cantik, cantik..tapi nanti kita survey macam mana nak buat baju ni kena
match dengan apee ye nampak lagi cantik GF saya ni.."




kalau dia cakap "habis tu tak matchlah kan?"
cakap la "bukan tak match, saya rasa ada lagi yang betul2 match..cuma saya tak dapat fikirkan sekarang yelah saya kan lelaki, nanti kita cek kat google "-buat muka senyum jangan lupa.

sekurang2nya dia nak marah pon kau dah puji..dia nak merajuk pun ala merajuk coet2 tu mengada lah kan.

Perempuan ni selalu nya nak pakai lawa sebab nak kena puji, macam yang aku mention kat entry ni
kalau kau kutuk2 apa dia pakai dikhuatiri mungkin akan menyumbang muncung sedepa. Tapi yang tu jugak lah kau sayang kan.



so, guys just nak share saje. Sebab kadang2 lelaki tak sensitif benda2 macam ni, nampak simple..tapi kalau kau buat hari ni.even si dia diam je, hujung tahun katakan kau buat salah coet je
dia boleh ungkit semua ni taw. Sakit hang satni, Tapi ada jugak perempuan yang tercipta COOL&STEADY, dia relax je, tak gelabah pon. So beruntung lah kalau korang dapat type ni. So, good luck!

Monday, April 18, 2011

Berharga ke maaf kau?



Kalau ada sorry, kenapa perlu ulang kesilapan yang sama?


Merujuk kamus online yang aku pun taktau mana dah link2 masing2... Sorry bermaksud " Feeling or expressing sympathy, pity, or regret "
Okay, marilah kita highlight pada regret,
Regret bermaksud to feel sorrow or remorse for (an act, fault, disappointment).





Di mana point yang aku highlight di atas merujuk kepada perasaan kesal,yelah dalam omputeh kalau sorry tu sometimes merujuk kepada perkara bersimpati. Tapi kat sini aku nak tekankan MAAF.

Pada aku, once kita cakap sorry means kita kesal, bila kita kesal mesti kita promise kepada si penerima salah kita dan promise kepada diri sendiri untuk tidak berbuat lagi. Promise di sini bermaksud berjanji. Janganlah kau annoyed lagi aku asek terjemah je awal2 entry dah, maksud aku tak sampai lagi niiiii... 


Pabila kita berjanji tidak akan membuat kesalahan yang sama lagi, dan disulam perasaan bersalah dan kesal, aku wonder kenapa kita akan berbuat salah yang sama lagi dan lagi. Get me?

Kalau hang betul2 rasa kesal dan bersalah kenapa perlu ada salah yang sama?
Atau apa nilai maaf untuk engkau?




Kalau hang sekadar minta maaf, "hey sorry lambat sejam!" pastu HEHEHEHEHEHHE. senyum kerang. Lusa "hey sorry lambat doploh minit!" HEHEHEHEHHEEH. sengeh dolphin. "hey! sorry laaaa. lambat.." HEHEHEHEHEH sengeh mintak penampar.



Tu apa? do you really mean it? anda maksudkannya?



Come on lah.. once kau buat salah orang terima lagi salah dan maaf kau, kali kedua boleh consider lagi, kali ketiga? keempat? keduapuluhsembilanratus kali???


Annoying lah annoying sangat. so please. jadi tolonglah. 


Kau jangan ingat orang diam bila kau cakap maaf beribu riban kali tah ke salah yang berrrrriban kali juga diam tanda setuju. eleh2 gatal pulak nak main2 diam tanda setuju. jadah. Orang diam sebab malas bergaduh, sebab menyampah sangat dah sampai tak tercakap nak marah kau pun tak berguna bimbang valcanoe dalam diri meletup padahal kau taktau membuak2 setiap kali kau cakap sorry sorry. esok buat lagi? motif?




Aku faham manusia tak terlepas daripada buat silap. Tapi nak ke kau ulang silap yang sama?? sekali buat silap itu forgiven/life's lesson/experience. kalau doploh kali? itu bodoh namanya dalam bahasa kasar.


Semuanya nak mintak maaf, esok lusa buat lagi, lama2 kau tau tak maaf kau tu basi. Dah takde value orang nak dengar, sampai orang tak sure kau betul2 maksud kan sorry kau, betul ke kau kesal, betul ke sedang berjanji tidak akan ulang silap yang sama lagi??






so please. jadi tolonglah.


aku harap maksud aku sampai.

 


p/s: sengaja aku letak gambar yang sama berulang kali. faham maksud aku?

p/s:atau sebab tercipta perkataan maaf, jadi kau tak perlu takut untuk berbuat kesalahan yang berulang?

Sunday, April 17, 2011

Kisah Cleaner #1

Sepanjang hanya beberapa bulan je aku kerja kat sini. Cleaner bertukar ganti, tak sampai setahun dah berpuluh aku rasa..lepas tu kisahnya macam2, boleh buat Buku Alumni Cleaners 2010/2011 letak biography dan kisah masing2, dan cara masing2 nak berhenti jadi cleaner kat sini amatlah kelakar i tell you.




Cleaner pertama.
Masa mula2 aku sampai office dia dah sampai, awal gila dia sampai office aku ingat aku dah habis awal dah pasai aku memang salu tercongok je depan pintu office kali ni ada teman lah aku. Pakaian dia agak epic pada aku, kadang2 imaginasi aku berkata2 yang makcik ni macam menyamar, AHA. Spect dia berbingkai hitam besar gila, dengan tudung dia senteng sebelah. Tapi aku tahu imaginasi aku ni agak melampau untuk makcik2 yang sepatutnya aku hormat jadi aku berhenti berbuat demikian.

Makcik ni cool, boleh bawak berhibur pernah dia ajak aku pergi karaoke jamban. "Jomlah saraah..kita karaoke hujung minggu kat situ, malam kita balik lah.. SATU LAGU SATU RINGGET"
aku cam.. erk. dengan kawan2 pun aku tak berapa nak berkenan karaoke..boleh tahan makcik ni.
"jomlah...  F dengan  M (collegues aku) dan kata ok. dalam hati aku kemain jugak budak2 ni layan makcik.
Esok tu aku cakap kau F dan M, diorang kata "EHH..dia kata kat aku kau yang nak pegi"
i was like "what the?" at the end. Tak pelik sangat dia pernah ajak aku celebrate new year kat KLCC. Boleh tahan akak ni.



Makcik ni rock, ringtone dia lagu shuffle tu. Aku pun taktau list lagu shuffle, terkejut jugak hari tu masa dia tengah dok cleaning..satu office ingat aku saja taknak angkat call
"EH SARA APESAL TAK ANGKAT CALL?"
-not mine
"ABES TU?"
-akak cleaner
satu office macam WAAAAA

Situasi seterusnya
Masa aku dok buat siapkan kerja, tiba2 aku terbau toilet. Bau seperti Harpic. Tiba2 makcik ni datang dekat nak lap meja katanya.. dia picit kleen toilet tu yakin je dia picit sikit punya banyak kat meja aku, berwarna biru pastu lap dengan kain. Aku ingat lagi script dia "haa... cuci pakai ni.. baru shine shine.."
aku blur sat. Pastu dia lap telefon "haa..kan shineeeeeeeeeeee" dengan begitu yakin.

Aku bagitau collegue, dia pun tegur. Makcik tu cakap "eh.. ini kleeeeen" dengan yakin lagi sekali.
"Ye akak.. ini kleen, tapi ini untuk toilet."
EHH..INI KLEEEEEN, KLEEEN MEMANG UNTUK LAP2 NI, NANTI SHINE2.

Ya Allah tak habis2 dengan shine2 dia. Dah sah2 ada gambar mangkuk jamban.

Makcik ni tak boleh tegur, sebab dia akan bangkang dan apa dia cakap selalu nya macam betul. Macam lah. Macam. Sebab dia dah agak berumur daripada aku.. aku malas nak debat2. Tapi kalau office berbau toilet tu memang tak boleh blah sebenarnya.


Lepas dapat gaji kedua, dua hari tak datang kerja. Bila call tak angkat. Lepas tu dia returned call.
"Heloo akak tak dapat datang.. akak sakit2 badan.."
-OH YEKE..
"Nanti akak sihat akak datang laa ye..akak tengah shopping kat market ni..."
-Ok2.

-ambik kau sampai sekarang tak datang. HAHAHA.

p/s: walaupun office kau ada cleaner, cawan, pinggan kau makan tu jangan la tinggal dalam sink ja..jangan dok pemalas sangat, dia tolong mencuci tapi dia bukan abdi kau. please lah, cawan sendiri..kau yang guna, bukan susah sangat pun. cis.

Aku bukan bukak aib sape2, aku berkongsi lawak2 makcik cleaner yang thrill pada aku.

Wednesday, April 13, 2011

Kenapa datin-datin perlu terjojolkan rambut??

Terjojol, terbonjol, is there any better word? tapi you get what i mean bukan?
Sesuatu yang seperti, WOW..dari pandangan 200km nampak rambut keras tu dulu baru nampak muka.


Yea yea bukan aku nak cakap aku baik(ayat cliche) tapi betul lah ni aku tak cakap aku baik lah kan kadang2 aku pakai tudung pendek jugak bila mak paksa aku siram pokok bunga.

Tapi aku heran lah, kalau datin2 ni selunya dah dewasa, dah pandai fikir, oh mungkin lah dah pandai kan.
Yela yela bukan semua datin kan, ada je orang biasa yang terjojol kedepan pastu pakai pegi majlis apa2 pakai selendang, nak jugak tu terjojol keluar, spray dengan apetah lagi dah keras kelengkung aku tengok. Aku rasa kalau naik motor tak pakay pakai topi keledar dah. Pasti takkan cedera dengan rambut helmet terjojol!


Sebenarnya tujuan aku mentulis entry ni selain daripada menyuarakan kepersoalan di hati, tapi aku nak cakap sebenarnya makcik2 ni nampak lagi sweet bertudung. Kalau pelakon2 dalam tv tu aku suka depa pakai tudung walaupun kat luar aku penah terserempak dengan rambut karat mengerbang macam alleycat, atau maybe lebih lagi.

Aku taknak la cakap dah tua tak sedar diri, bukan tunggu tua je kena sedar diri. Kalau kau nak berubah tak perlu tunggu tua ke nak mati ke macam kau confirm kau mati bila. 
tapi lagi parak kalau dah tua pun tak berubah2, bukan apa sebab kita sesama islam sebab tu aku kesah, takde pulak aku nak marah mariah carey pakai bikini.
lagi satu pelik, laki depa tak tegoq ka? mungkin sebab sayang jadi tak kisahlah dosa mu dosa ku jua.

teeettttt. k takde gambar nanti aku kena ban. k bai.


p/s: Kita selalu Google dan dapat apa yang kita cari, tapi kau dapat tak tarikh kau mati?? bagi tau aku..yang pasti ianya semakin dekat.

p/s/s: ke tak boleh jadi datin kalau takde rambut camtu?

Tuesday, April 12, 2011

Mencintai atau dicintai?

Kau suka A, tapi A tak suka kau. Belum tentu pun kau happy dengan dia nanti.
B suka kau, tapi kau tak suka dia.

Kalau kau teruskan menyukai A, lets say satu hari si A konon2 macam nak bagi kau chance, tapi kau selalu je rasa insecure sebab kau terlalu sayang dia, kadang2 macam kau rasa kau je yang lebih2 sayang dia.

Lets say kalau kau bagi B chance, mungkin dia akan gila bapak happy. Tapi kau mungkin biasa2 je. Atau mungkinkah dia akan buatkan super bahagia pada masa yang sama kau ingatkan si A.

----bukankah situasi kau sama dengan si A? dan situasi B sama dengan kau? ada faham maksud aku?----


Memang lah kalau si A bagi chance rasa happy gila kan? rasa macam comel dan alololo comel dalam cerita dongeng korea yang digila2 tu. Tapi ingat drama fantasy dengan reality sangat tak sama. Sebab depa ada part CUT! DAN ACTION. kita ada? Melainkan kalau memang jodoh kau dengan A, dan Allah bagi perasaan A pada kau macam mana perasaan kau pada A. Syukurlah kalau macam tu.

Aku maklum, ada yang memilih untuk "aku sayang kau, aku nak kau"
ada jugak yang pilih "aku tau kau sayang aku, jadi aku nak lah kat kau"
ada juga camni "aku tak sayang kau, aku tak suka kau, jadi aku tak boleh jadi girlfriend/boyfriend kau"
ada juga "aku tak sayang kau, tapi kau sayang aku.. aku cubalaaa..semoga aku sayangkan kau juga"










Kalau ada yang burden dengan benda macam ni. Come on..., kita punya Allah. He knows us better. Istikharah ada. Berdoalah sehabis gigih. Bukan masa jodoh je kau nak baik dengan Dia, amboi kauu. masa dapat bonus 3bulan takde pulak kau nak sembahyang kan. Kadang2 buat keputusan menentukan hati adalah sukar bukan?

Monday, April 4, 2011

Jangan marahkan FAKER





Yaw. =)
Terpana nampak perkataan 'bodo' bila dibuka entry ohh rupanya pasal ada faker.
Faker merupakan satu kegiatan mempalsukan diri sendiri menjadi seseorang yang lain dia mahu jadi, of course lah orang tu lebih bagus, lebih UP dan lebih blablabla. Tapi mungkin aja faker suka tiru orang loser. teheeee.

tujuan? tentulah PERHATIAN. apa lagi? kalau kat dunia reality mungkin si faker kurang mendapat perhatian. Takde orang nak kawan ke, takde orang nak rehat makan kat kantin sama2 ke, takde orang minta no tepon ke, takde orang ngorat ke, Jadi bila kat dunia maya dia tempek gambar irine nadia ke, fatin liyana ke, hanis zalikha ke, (perasan kan yg cantik2 semua ada A kat belakang nama..teheee) kalau letak gambar orang cun mesti lah ramai orang nak ngorat derr, dalam internet tak jumpe pun takpe wa tau lu faker dah cukup hepi dah. kan?

mungkin sebab lain faker ni takde henfon berkamera paling cikai pun, jadi sebab nak lah juga orang ngorat, takkan nak letak gambar katak, ikan, burung, baby dari google je! nanti orang pikir dia tak cantik pulak.


TAPI kawan, kau tak perlu nak marahkan faker yang menyirapkan darah kau malam2 buta. tak perlu. Tak perlu nak buat entry maki hamun si faker. Kau marahkan orang cedok gambar kau, tapi siapa yang post gambar kau tu? adakah si makcik melah senyap2 pegi rumah kau malam2 masukkan usb cable ke PC dan upload senyap2? kemudian menyamar menjadi faker?
kau jugak kan yang upload dulu?

Aku rasa kadang2 kita terlupa, kita sekarang aktif kat dunia tanpa sempadan. Once kau published apa2 on net, termasuk kau send gambar kat kawan kau melalui email pun, file masuk server, kalau email account kau kena hack, dan gambar tak senonoh kau tersebar, SAPE MALU DER?

itu email. kalau blog? facebook? myspace? friendster sume tu? lagi belambak je software nak cedok benda privasi kau, kalau hacker tak perlu software hack saja. D.A.P.A.T.


Relax sudaa. (ayat bebudak la ni)


Main point aku kat sini, tak perlu kau nak marah maki hamun si faker, sebab gambar kau google pun dapat. Cukuplah kau pegi bagitau kawan2 kau yang tu bukan akaun kau so that kalau si faker melacur dalam facebook pun kau tak kena tempias. dan report account si faker tu. DONE.



atau mungkin kau nak bagitau kau glemer la ni ada orang nak jadi kau? hikhik comel.

Sunday, April 3, 2011

Mentaliti 2 : Orang- orang kita



Ambik gambar bini letak kat facebook
orang kata: nak tayang bini ler tuuuuu
-tapi macam mana kalau bini dia tak cantik?

Bawak ferrari menyala, stop kat traffic light..
orang kata: tengok tu nak tayang kayeeeeeee
-tapi macam mana kalau orang tu bawak kete buruk?

Beli makanan tempahan budak2 rumah
orang kata: tengok tu beli barang banyak.. kedarah ke apeee.

Si cantik upload gambar cantik sikit lah.
orang kata: nak tayang muke ler tuuu.

Pakai iphone 4 melintas depan
orang kata: menunjuk dia ade iphooooone (muncung mulut gaya mak senah)

Kalau secantik lisa surihani tersalah cakap pun takpe
Kalau tak berapa nak cantik tersalah cakap sikit kau hentam bertubi2, keluar surat kabo 14 hari

Tajuk entry bertajuk "awek melayu 3gp" lagi tinggi hit daripada "Fadhilat membaca AlQuran"

Kalau kau tak ikut trend
orang kata: ketinggalan zaman

peduli apa orang kata, kalau hidup nak ikut cakap orang je sedangkan kau buat benda yang betul boleh gila satni.