Monday, May 30, 2011

2011

Tahun ini aku lebih banyak bermonolog dalaman daripada bercakap2.
Kecuali bila telepon emak dan rakan baik untuk bergosip tu lain lah, memang tak boleh elak untuk bercakap banyak..heh. mana boleh elak. tupun cerita pasal kucing si hitam dah pandai berak dalam toilet, jiran cat rumah warna cantik, pasal kucing si gemuk tu mengandung buat kali ke 4, pasal rumah tiba2 babi bawak rombongan, ha tu je lah gosip kami kalau ada yang pernah sibuk tanya sebelum ni.
Seperti yang aku cakap tiada lagi gosip hai emak, saya taktahu nak pilih siapa jadi jodoh saya. tiada tiada.
 Semua itu hanya jadi hal monolog.

Sedar ke tidak ke, dah nak masuk bulan 6. iaitu bulan di tengah2 tahun. Sudah kah kau menyempurnakan puasa kau wahai perempuan? ganti yang tak habis? tu bab puasa. Dah sedar nak dekat puasa baru berebut2, tu pun bagus ada kesedaran nak ganti, kalau dok tangguh2 tu? pastu macam mana pulak sembahyang? puasa kita ganti sebab taknak terganda kan? selain sedar perkara wajib. tapi solat? kadang2 kita terleka. aku ingatkan aje. peace.

Selain daripada itu, tahun 2011 ini juga tidak seperti tahun2 yang lain. Aku berasa lebih loser sebenarnya.
Kalau tahun sebelum ini, aku akan wish birthday kawan2 aku 3hari awal, 2 hari awal, paling lambat pun sehari awal. tapi tahun ni aku tak wish langsung. Kalau wish sekali pun bila si budak itu bbm ke, baru lah aku wish, selalunya seminggu selepas. Ataupun aku wish bila si kawan tiba2 call dan berborak lama gila dan mendatangkan curiga, aku pun agak2 tu birthday dia aku wish HAPPY BIRTHDAY. cececeh. itupun takut2 nak cakap.
Kalau aku nak wish kat facebook pulak, selalunya niat aku dah murni habis, aku pergi wall kawan aku tengok beratur wishes secara tak langsung menurunkan keyakinan diri aku. Bukan apa aku nak rasa special jugak dalam mengwish. tehehe eh eh gatai. tapi tulah, aku close wall tak jadi wish dan terus terlupaaa.

isu berat badan, ini adalah isu tak boleh blah terpaling dalam hidup aku tahun ini. Minggu ni jeans 28, minggu depan 30, minggu depan lagi 29. Lepas tu 28 balik. Kau tahu tidak kecewa aku bila eksaited gelabah nak pakai nak pakai tiba2 eh apesal ketat? kecewa tahu? lalu tukar jeans yang gelebeh sedikit di bontot.


isu pejabat, pernah tak kau tiba2 rasa tak berguna di pejabat. Aku tak tahu kenapa tiba2 aku berasa macam tu. Tapi pun bukanlah rasa selalu kadang. Sebab masalah aku adalah aku course lain dan jump kepada kerja yang waaaay jauh dengan apa yang aku belajar, tapi sebab minat aku explore sikit2, tapi dalam masa kau explore tu banyak benda yang extreme pada aku yang aku tak tahu dan kena explore dan usaha untuk jangka masa yang lama, bila aku kata aku tak tahu buat, muka leader berubah. Aku boleh buat sebab aku minat tapi aku amat perlukan masa untuk siapkan benda yang smooth dan cantik dan perlukan skill yang hanya pakai shorcut key saja, aku taknak buat kerja caca marba macam tahi dan tahap dia sebenarnya lebih buruk daripada video rtm yang aku selalu gelakkan tu. itu adalah memalukan.


isu jodoh, ini aku tak tahu langsung.

k bye.

Thursday, May 26, 2011

Untuk Lesbian/Gay what do you guys call yourself?

Mari kita lebih terbuka. Lately, aku terhidup dalam bersekelilingkan kehidupan orang2 songsang. Makin ramai gay lentik lentok, makin ramai lesbian sorang jerut breast, jalan kengkang rambut pendek nak nampak macam jantan. Yang sorang lagi selalunya bercirikan perempuan biasa bergedik lebih. Aku perhatikan saja. Kadang2 aku pelik jugaklah. Atas sama, bawah sama. Apa yang best sangat? korang tak rasa rugi ke? ye..toonglah jangan bgtau aku "dunia akhir zaman"
aku maklum tu, memang lah dunia makin hari makin tua, kau pon makin hari makin tua. ala.

Kalau nak cerita pasal nafsu terhadap kaum sejenis tu hmmm.. kajian menunjukkan, perempuan adalah normal jika berfantasi dengan perempuan jugak. FANTASI ok? bukan betul2. Get me? Aku sendiri pun suka je berfantasi dengan prempuan sebab tu aku suka tengok perempuan cantik,
kalau perempuan cantik add aku kat facebook pun tak sampai hati aku nak reject. TAHU?. Tapi tidaklah aku tak normal. aku normal je. Aku tetap dambakan michael owen dengan bruce willis sambil layan lagu2 daripada chris daughtry. ke aku bisex?
taktaktak aku normal.

Jadi aku beranggapan lesbian yang menjadi lesbian dan memegang title itu sekental mungkin, mungkin sebab fantasy dia terhadap perempuan berlebihan sampai nak bawak ke dunia reality, selain daripada pengalam peribadi, konon serik dengan laki lah apa lah.
macam kurang cerdik je alssan. pui.


Korang perasan tak, lesbian dan gay sekitar kita yang memang in love gilagilahabis, diorang memang duduk sekali, tinggal sebumbung, yelah sape nak tanggap depa kan? sebab kita punya undang2 takde membenarkan (dan agama ofcourse) perkahwinan songsang, depa tinggal sekali. Hang jadi husband aku, aku jadi bini hang. dan begitulah sebaliknya. (geli)

Kerana atas dan bawah sama, maka mereka tiada jalan untuk memperoleh anak sendiri. Perasan tak.. pasangan lesbo ada bawak baby ke pegi mana2? Aku jarang perasan, tapi pernah nampak. SELALUNYA ANAK ITU ADALAH ANAK ADOPT. ANAK ANGKAT.

oKAYLAH FINE, korang nak ada anak jugak. ada niat nak menjaga bayi.

persoalan aku.

1. Agak2 anak tu keliru tak sape mak sape ayah?.
mungkin masa kecik tak tahu apa2. tapi bila pegi tadika, masuk sekolah rendah, budak2 macam ni kan telus je hatinya. Macam mana kalau dia tanya "Kenapa ayah kawan saya ada misau mama?"


2.Bila budak tu dah besar?......
Kau rasa apa perasaan anak? dah la anak angkat, mak ayah sama jantina?

3.Masa depan
ni aku paling takut, macam mana kaaan..anak ni dah terbiasa dengan situasi macam ni (yalah "mak bapak" songsang) tiba2 satu masa dia rasa perkara ni perkara biasa,. and dia pun ada perasaan yang sama pada kaum sejenis.

apa yang aku takutkan adalah.. akan jadilah pembiakan yang semakin membiak biak pasangan sejenis pada 10 tahun akan datang. Aku risau weh. dan kitaran yang sama mungkin berlaku dan keep berlaku selagi diorang adopt anak yang tak berdosa pada mulanya.

aku rasa... kasihan.



dan pasangan2 sejenis, korang tak rasa ke nak anak daripada benih sendiri? tak teringin ke tengok macam mana rupa anak daripada darah daging kau? rasa penat melahirkan macam mak kau dulu?


p/s: sorry takde gambar, aku serba salah nak google.

Sunday, May 22, 2011

Naik dan Tenggelam

Kalau orang famous post status "hari ini adalah bosan"
DUDUDUDUUDUDU.
5000 Like This

Pastu orang famous tulis kat blog "saya keluar ke Mid Valley (tempek gambar pasu bunga atas kepala, dengan skirt senteng, mekap bulu mata pelesu tebal, belt warna lain macam, heels sakit kaki) okay bye!
DUDUDUDUDUDUU.
71 Like this
5896 Comments

Pastu orang famous blogger bergaduh dengan blogger yang tak famous langsung, blogger tak famous langsung mentegur cara pemakaian, mungkin cara penulisan, mungkin blabla.
DUDUDUDUUDUDUU.
600 Comments kat blog marah2 blogger tak famous langsung.
10000 Comments kat famous blogger suruh famous blogger bersabar kerana itu adalah takdir hidup kita harus menerimanya dan tiada siapa puas dengan kita (cliche bukan?)




Orang famous cakap "movie QWERTY tu tak best langsung, aku bagi 1 bintang"
Orang ramai pun comment cakap "HAAH, tak best langsung..., rugi tiket" padahal baru semalam tweet cakap bagi 5 bintang untuk movie yang sama.

Orang famous cakap "Hari ini saya tak pakai kasut"
Orang ramai pun "HAHAHAAHHAHA KELAKAR LAH AWAK NI"
Orang tak famous cakap "Hari ini saya tak pakai kasut"
Orang ramai pun cakap "kau ni kenapa?"

Orang famous buat benda comel
Orang ramai fikir "uuuw comelnyaa!"
Orang tak famous buat benda comel
Orang ramai cakap "bodoh je kau ni"


What the?

Kau lihat tak pengaruh itu penting ?

Friday, May 20, 2011

Selfish (kisah aircond)

Dalam hidup berbekalkan semua yang berlink. Seperti di Office, share printer, share scanner, share blablabla. Pasal semua network tapi bukan cerita itu yang aku nak cerita.

Aircond. Aku rasa dalam kehidupan berpejabat, bukan aku sorang je ada 'arrrrghghhh!' dalam dunia ni.
Kalau bab aircond, yelah satu aircond selalu cover satu deparment, satu lorong, satu blabla partition. Selal


Bila Markonah panas, Markonah set aircond ke temp 16 darjah celcius dan sejurus fan yang FULL. Tapi sebenarnya si Senah tak berapa panas, dia jenis tak sukakan sejuk2 nanti cepat demam dan kukunya menjadi ungu. Jadi sebabkan Senah fikirkan malas bergaduh, hari2 dia bawa sweater sampailah si Senah dah terbiasa dengan sejuk sehingga sejuk 16 celcius itu tidak lagi berasa sejuk. Tapi tiba2 si Markonah bising sejuk sangat katanya, padahal suhu yang sama je macam sedia kala. Dan dia suruh semua aircond OFF kerana dia satu orang saja yang sejuk. Jadi kau berasa tak ada seorang major dalam selfish di sini?

Thursday, May 19, 2011

Paranoid

Kalau tinggal jauh dengan family, nak pulak kau perempuan, mesti kau risaukan keselamatan kau sendiri kan, kalau tanya puan emak tak kata lah, kadang2 emak lebih risaunya. Duduk kat tengah2 bandarlahsangat ni aku admit la memang aku rasa insecure je sentiasa, kecuali bila dah masuk office. Aku rasa sungguh selamat, tiba2 aku rasa bos aku tu macam hero aku la kalau apa2 jadi kat kami kot2 ada perompak ke, even aku tak yakin mana pon dia menjadi 'hero' tu..tapi buat jelah yakin sebab berapa kerat je lelaki dalam office ni yang boleh aku harapkan.

bila alarm time out je bunyi. Tak semena-mena aku akan berdebar2, aku rasa macam malas sungguh nak balik rumah sewa, memang la seronok kalau kau bayangkan bantal dan selimut tebal dalam bilik yang cozy, tapi kalau kau bayangkan apa akan jadi kat engkau di perjalanan nanti ITU SERAM BEB.

betul lah mak aku kata, buat apa takut kat hantu, paling pun hantu tu tunjuk muka dia, pastu dia blah. Kalau manusia lagi mentakutkan, mahu bunuh, rogol, baca paper pun aku dah tak sanggup. Bila nak pergi kerja, jangan lalu dekat sangat dengan jalan bimbang snatcher, jangan bercakap dengan henfon bimbang diMark dan snatcher jugak, pow ke apa, even henfon cikai saja. tapi tetap mentakutkanlah.

Kadang2 aku keluar dah rasa macam CSI seriously. Mata aku takkan stay satu ke depan, sebenarnya mata aku berlegar2 role sana sini takutkan penjenayah. Macam2lah aku fikir. Semua orang aku tak percaya. SEMUA.

Situasi 1
Teringat satu masa aku jawab call bestfriend kat luar jusco, ada seorang nenek cina yang pakai tongkat je, dia menggamit aku, dia macam panggil aku masa aku sedang bercalling tu.. bila nenek tu macam serious je panggil, aku takut. Aku  masuk dalam juso semula jalan laju-laju gila. Aku terbayangkan nenek tu akan santau aku, ketuk aku dengan tongkat dia dan pow duit aku ke, curi beg aku ke, ataupun lepas dia ketuk aku dengan tongkat dia, terus ada beberapa orang mat rempit pakat dengan dia ikat aku ke. =.= padahal rupanya nenek tu kencing dalam seluar she needed my helps. A friend of mine said.
Sungguh lah aku feel bad. Bukan kah kita diajar untuk menghormati dan menolong orang tua/kurang upaya? tapi sungguh aku rasa aku tak boleh berbuat baik kat siapa2, kadang2 diorang ask for favour tapi lepas tu ketuk kita..yelah aku selalu tengok drama macam itu.

Situasi ke 2
Nak balik kerja, ada budak naik basikal aku syak darjah 4 macam tu kot. Dia datang kat tepi pastu cakap "akak.. ada 50sen tak". aku cakap "takde!" aku kasihan tapi aku takut budak tu jahat. kenapalah aku bernegative sangat. tapi yeah.. untuk langkah keselamatan. trust no one.



Situasi ke 3
Tengah tunggu nak lintas jalan, ada seorang mamat datang tanyakan macam mana nak get LRT. Aku buat tak tahu je terus lintas jalan.



Memang muka aku tak boleh diminta tolong. paranoid melampau, nak pulak sekarang ni ada acid splasher, kau rasa macam mana CSI aku?

Wednesday, May 18, 2011

Hati Kata Ini

Aku rasa kalau aku menjadi penganggur satu hari nanti aku akan bersungguh2 memohon kerja kat subway. Itu je satu pekerjaan yang menarik pada mata aku, sebab dapat membau parmesan dengan meat hari2 tu macam satu terapi bermakna, tak macam besfriends aku yang lain, dila, enol, rozi, mereka sungguh bencikan subway. Aku tak pastilah benci ke apa, mungkin tidak gemar, mungkin tidak berapa gemar, mungkin.. dududududu.

lately aku tidak mentulis apa2 yang bermanfaat untuk viewers, ala yang dulu pun takde lah manfaat mana. ye itu pun kalau ada viewers lah. HAHA. hek tak kelakar. oh ye! followers aku pun berkurangan tahu! kikikiki. hari itu 509. 508. 507! ngahahaha. adakah ada di sana persatuan UNfollow u, unfollow me? itu aku tak tahu. nak follow tidak tu korang punya suka. Sebab KEBANYAKKAN yang follow pon sebab nak follow je, takde sebab lain. Kalau aku, aku lebih prefer untuk follow blog yang aku memang nak baca lagi nak baca lagi. Kalau saja2 follow, sorry wa tak minat. Tapi aku lebih suka orang unfollow aku sebenarnya daripada menjadi anon dan drop comment yang bukan2. tak suka kau blah itu lebih terpuji. OH ye. aku pon telah menRemove follow widget kat side kiri ini, ini kerana aku berasa tak perlu lah korang2 nak follow. Bukan merajuk ada orang unFollow, taktaktak. Aku tak rasa nak ada follower pun, aku admit blog aku tak ada syarat2 untuk orang follow pun thus, aku pun bukan bercommitment nak update selalu

Baru ni aku pulang ke kampung halaman. =) kau nak aku cerita apa? 3 hari takkan pernah cukup kalau kau seorang fan "saya suka peluk emak".

Kepada orang yang belajar di luar negeri, Jehan, Shafiq, Nanna Zahid, Sanisa, Marina, Zul, Elia, Donki, study baik2 naa. aku tahu kau orang sekarang rindu Malaysia damn much sampai nangis2 kalau aku cerita pasal sambal belacan, jambu cicah serbuk asam, keropok lekor cicah sos panas, ABC banyak jagung. AHAHAHAHA. sana ada?

Kepada bestfriend Dila, bertabahlah dengan dugaan itu. Aku tahu kau mampu.
Yang selalu singgah terima kasih kalau ada lah. aku taktau hangpa sapa, tapi thanks thanks thanks kalau ada lah. ^.^ take care semua.

Wednesday, May 11, 2011

Momo From Overseas

One day, there's a man who comes from a very cold place, and decides to stay in a new country


He feels sooo excited at first, but i wonder if it is very cold, why dont you get a pant lah teddy??

=.=


One day.. he decides to search for a lover. He thinks that by having a new life partner in this beautiful country will make him stay here forever.

He keeps on waiting..

and waiting..

and waiting..

and waiting..

and text his abroad mother that he's in a lonely world


But then....

he sees someone in front of a sunflower building.


-to be continued-

Sunday, May 8, 2011

Hari emak

i still cannot stop from berfikir tentang mimpi semalam. it was awesome. Yeah tadi udahla kat facebook pon aku berbuat kecoh sendiri tentang mimpi macam syok sendiri. Yeah.. seumur hidup bemimpi indah siapa tak gembira? i hope i was for reaaaaal! telling you what, kalau i meet that guy in real life i'll ask him to marry me without thinking twice..i remember his face! so..maybe the guidelines from above that he would be my future husband, who knows?

Tentang Hari IBU. semalam memang hari ibu betul2 hari ibu lah wa cakap. Bangun pagi lepas laundry semua, call mak sambil tunggu toaster menjalankan tanggungjawab sambil dan wish SELAMAT HARI IBU MUMMY! dan bergosip sedikit sedikit. Kau gila call mak tak gosip? mana boleh harus lah gosip! baru lah namanya emak dan anak.. :') dan hari ibu yang betul2 ibu punya hari yang aku maksudkan adalah aku mendapati diri aku begitu bosan semalam, jadi aku call emak saja dari pagi, kejap2 call. kejap2 call. sampai malam mak cakap tapi dia tak pernah cakap bosan layan aku padahal kadang2 tu gosip yang sama jugak aku cerita.

Actually, i know jauh di sudut hati emak, pasti emak terharu (kenapa aku selalu bajet lebih2) I know juga sebenarnya bukan lah mahal mana pon wish tu. Puan emak tak harapkan wish sangat, but kalau anak2 call emak yang jauh di kampung, seorang diri itu yang dia tunggu sebenarnya. Daaaan kalau anak dia pulang.. besarnya lah hati si ibu.

Kadang2 duduk sorang terfikirkan dosa2 aku dengan emak, amboih.! jahat nya lah aku ni. Rasa mintak maaf macam tak cukup je. Tu dulu2 masa sekolah dulu, hentak kaki pada emak tak masak sedap2 lauk favorite. kenapakah aku begitu jahil? kenapakah aku begitu bodoh dan tak sopan langsung. Sudahlah si puan emak buatkan breakfast, kejut bangun subuh, pegi sekolah, jahitkan kain carik (yelah aku ganas) carikan stokin hilang sebelah. Nak marah pulak bila dia masa lunch bukan lauk favorite. kan ke bodoh tu? tu lah.

Tapi mak tak pernah marah kalau aku masak tak sedap, dia suka berpura2 makan dan cakap "sedap je". Haih kenapa kalau dijadikan ibu mesti pandai berpura2. =.=
takde pulak mak aku nak marah aku masak mee goreng masin kedohong dan berontak hentak2 kaki baling pinggan ke dinding, tapi siap berpura sedap lagi..macam lah aku tak tahu tak sedap.

Aku rindu kot tidur malam2 dengan emak bawah satu kelambu, kenapalah emak suka sangat tidur dalam kelambu.. protection katanya. Ni aku tak faham. Dan emak bekalkan aku kelambu warna pink bila aku mengadu kat hostel kolej aku dulu aku kena nyamuk. =.= Nasib baik emak2 tidak boleh ikut anak2 pegi kolej dan tidur di hostel, kalau tak mahu je dia ikut sekali aku takut kena gigit nyamuk.

Thanks emak, sepanjang kita berjauhan, aku dapat SURAT URUSAN RASMI dan bukan WOW aku dapat PLKN. caiihhh ianya bukanlah perkara WOW sangat, kalau tidak, tiadalah aku menangis tiap2 hari selama 2bulan setengah di dalam toilet semasa mandi.
Tiap2 minggu dapat je handphone kami takkan berenggang call dan call. hari ahad sedih sebab kena return phone tu saat paling sedih ucapkan goodbye pada emak.
Bila di kolej emak pulak membuat call pada setiap pukul 10 malam. Tak pernah miss. NO! kalau emak agak2 nak hujan emak akan call awal sikit. Kalau emak call lambat tu bermakna emak sedang gembira melayan cucu2 dia. Tapi masa tu aku dah risau kenapa emak call lambat, she didnt allow me to call her sebab takut lari bajet. haiih emak.

Sampai aku kerja sekarang ini emak tidak lagi call pada pukul 10malam. namun lebih awal! pukul 6.30 petang..sambil suara gembira dan ceria tak penah lemah dan kalau di tanya apa bikin, mesti dia jawab "tunggu nak call adik laa" saja kan bagi sayu.. kenapa tak cakap tengah naik buaian besar..macam la saya tak tahu.



I LOVE YOU EMAK! XOX

Thursday, May 5, 2011

Surat dari peminat fanatik abam2 24:7

Peminat fanatis,
837 jalan tuba,
kelincir angin,
batu berangin. Malaysia

Kehadapan abam2 24:7. Untuk pengetahuan abam2 sekalian saya adalah antara peminat abam2 24:7, hik hik. Mungkin saya antara dua puluh enam orang peminat abam2 24:7 setelah dicampur dengan keluarga abam2.kalau keluarga abam2 pun tak minat abam nampaknya saya seorang sajelah satu2nya peminat abam. hik hik hik.

pada mula saya melihat foto2 abam2 kacak ini, saya dah rasa berdebar2, mana tidaknya sudah tentulah saya tak sabar dengan kemunculan abam2 nanti dengan album terbaru, ehh ke single je?
hik hik. saya bet mesti best gilak2 hot seperti jaafar onn punya konsert. hik hik hik.

oh ye! saya ada pertanyaan. kenapa kpop? macam keropok pon ada, karipap pon ada.. sorry lah saya suka makan jadi semua benda saya ingat bunyi makanan. hik hik hik.

Di sini ada soalan lagi, siapakah idola abam 24:7? adakah abam jaafar onn? adakah m.daud kilau? ce cite ce cite? kerana berdasakan penampilan saya kira abang mengidolakan mereka. hik hik hik. bila nak kelua buat konserttttt? kalau takde duit nak tempah stadium abam2 buat je la kat tempat2 karaoke, saya duduk tepi tepuk tangan. =)

eh. ada orang cakap abam2 24:7 mentiru korea. ape tu.. super junior ke apa? EHHH.. mana ada saya tengok jauhhh bebeno kan. Tengok muka pun tahu lah bukan? mereka putih melepak..
manakan kita nak tiru mereka..kita muka jawa! dari segi itu dah nampak kita tak tiru siapa2. Tulah abam2, saya harap abam bersabar ye nak naik memang banyak ujian kan bak kata siti nurbaliza. hik hik hik..

saya amat harap abam2 24:7 mempunyai tarian yang hot2 ala m. daud kilau. Sungguh gugur jantung saya melihat. Saya bet pasti akan bertambah peminat abam2 24:7 selepas ini.. peminat kedua, ketiga selepas saya.
hik hik hik.

walaupun pada mulanya saya ingatkan kumpulan gay mahu membuat album SAYA GAY SAYA OKAY. namun setelah mengLIKE profile abam2 ini, saya pasti disebalik muka2 tampan abam2 24:7 sudah punya GF yang membuktikan abam2 bukan gayseperti yang tertera pada gambar. hik hik hik.

okay lah abam 24:7, muahcx.. (jiran saya kirim salam, rumah dia takde tenet dia belum lihat muka abam2 24:7 lagik)

hik hik hik

yang meminati anda selepas dr rozmey,
si pemalu. hik hik hik

Monday, May 2, 2011

Mentaliti 3: Anak Dara Tua



Kalau sebut andartu macam sensitif sekali bukan? Tapi kenapa nak sensitif? Sebab seperti tidak laku? Haa.. kan dah sentap.

Dalam masyarakat kita yang kepochi. Sungguh aku tak faham kenapa nak kepochi sangat dengan orang nikah muda pun bising, nikah lambat pun bising. Yang tak nikah langsung lagi lah canang satu kampung, dekat office macam dihina-hina. Masalahnya, hina sangat ke menjadi anak dara tua? umur 30 ke atas tak kahwin- kahwin. Hina sangat ke?

Siapa kita nak hukum mereka-mereka ini? kau setakat ada anak lima nam orang merempit satu kampung, melepak kat club-lah sangat. Bagus sangat ke? Yelah now siapalah aku nak cakap pasal masyarakat cenggini kan.


Kita ni manusia yang melayu yang hidup dalam bermasyarat yang pagi2 kerja mengumpat, yang dekat pejabat pun sama,

"bila laaah nak kahwin.."
"takde sape endook"
"umo udoh lebih, awak tu pempuan.. siapa lah nak kalau......blablabla"


Seriously? Kenapa perlu? Sampai bila mentaliti macam ni nak terus terus dan terus?
Aku ada sorang kawan dulu dia housemate aku, sekarang umur dia dah 33 tak silap aku.. Tiap kali nampak muka aku dia bercakap pasal suasana office dia, makcik pakcik tak habis perli-perli dia tak kahwin. "ooh tudung taknak pakai, macam mana lah tak kawen2"

Kasihan jugak lah aku dok dengaq. Bukan salah dia pun, siapa taknak kawn ceq oi? Pasti ada sebab musabab kenapa dia tak kahwin-kahwin even umur dah menjangkau 30. Dia pun nak buat macam mana, jodoh, siapa jodoh, bila jodoh, macam mana jodoh tu rahsia Allah, Kita ni siapa nak judge orang kahwin lambat. Macam hina sangat. Apalah salah perempuan2 yang kahwin lambat ni.

Kalaulah betul sekalipun dia tak kahwin sebab tak laku, siapa kau nak hukum orang sebangsa, seagama, punya hati dan perasaan macam kau jugak?

Tulah aku tak faham, kenapa masyarakat macam ni ada lagi zaman sekarang ni, nikah muda bising, nikah lambat bising, tak nikah langsung lagi bising, macam depa pulak yang dok bagi beras, gula 4kilo andartu tu setiap bulan. Tah ke buku kira2 kita pada malaikat atid lebih tebal daripada  buku kira2 kita pada malaikat rokib.

nanti aku bagitau kenapa wujudnya andartu.