Wednesday, June 29, 2011

Officemate

Aku ada seorang office mate. berbangsa cina. Dia ni baik, aku suka borak dengan dia. Dia ni blur alam sikit kalau pasal bangsa lain termasuk bahasa. Dia hidup dengan bahasa dan bangsa dia jelah.
Ini bukan cerita racist ye. Cuma cerita santai aku dan dia. Macam aku cakap tadi Bm dia ni fail sikit, nak communicate tu susah lah jugak.

Scene 1. Dia salu mintak aku translate pape kalau dia nak google tak jumpa2.
Office mate: Hey Salaaa (he used to call me this way) itu apa u, Macam mana mahu tulis itu "majlis"

aku: majlis? event in english. malay M.A.J.L.I.S

officemate: bukan itu. yang ini (lukis kat ketas) yang orang melayu pergi itu sembahyang.

aku: ooh tu. MASJID. M.A.S.J.I.D english Mosque. lalu aku tuliskan kat kertas dia.


Scene 2. Ganti puasa

officemate: Salaa. takde makan meh?

aku: i puasa lah.

officemate: ehh mengapa sungguh cepat?!

aku: i ganti lah.....

officemate: ohh awak puasa 2BULAN?!!

aku: (mcm mana nak cter...) bukanlaaa. bape hari jeee..

officemate: ooh ok.

(padahal aku tahu dia tak faham seharam pon)


----------------------------------

hari ini aku puasa lagi

officemate: hari ini takde puasa meh?

ak: puasa la ni

officemate: ohh itu kan macam mana ye.. saya kalau sehari takde makan.. buleh petsan(pengsan) ohh
apa macam kena puasa?

aku: puasa ni mengajar orang islam untuk bersabar..lebih cam mcm tu..

officemate: kalau tak puasa takde sabal(sabar) ke?

aku: bukan mcm tu... lebih la. lebih sabar...

officemate: habis tu kalau orang tu sakit, gastrik ke macam saya, kena ada MC lah?

aku: (BLUR) HEH? MC? nak buat apa MC?

officemate: yalah. MC kalau takde MC tak kena puasa lah

Aku: you nak bagi kat sape MC tu?

Officemate: itu orang yang suruh u puasa lah..

Aku: ooh. tu dengan Tuhan nanti..semua tu Allah je yang tentukan, dia je yang judge.


____________________________________________________________

officemate: sala.. mengapa dua orang pon ganti puasa? itu Amin takde puasa ganti saya tanya sama dia tadi.


aku: erkkkkkk. (tak boleh explain dah)

Sunday, June 26, 2011

Benda-benda aku rasa kelakar dalam internet

Facebook Versi Melayu



Aku tukar version English kepada Malay. Ada lah beberapa benda kelakar. Ini antaranya.
Kan kalau dekat version english dia sepatutnya "type your message here" something like that laaa.  tapi ni aku tak faham, aku try jugak bukak messages yang lain. sume nya tulis mcm kat atas


Makcik Cameltoe

Seriously der? apa susah sekarang ni kat mana2 mall bukan je makcik, anak dara, tak berapa dara, gay pon ada pakai legging yang nampak cameltoe. gay tu aku tak sure lah tapi yeahh tak yah cari tenet pon takpe.. kau duduk je beberapa minit kat mana2 mall, macam2 gaya cameltoe kau jumpa. itu sadis.


Afiqah Boob Nude


amboi3 gatai naaah. hang cari pa? cari pa? hello afiqah.. are you....? TCH TCH


kadang2 aku fikir orang2 yang cam alim2 yang kita nampak baik je, comel berbudi pekerti, sopan santun, nak pulak hensem, pandai dan rajin belajar...dikau jangan percaya sangat baik laki ke perempuan, sebab kalau kau tengok apa yang mereka google seperti contoh2 tak berapa senonoh (bukan untuk tujuan research pembelajaran) barulah tahu apa dalam kepala otak diorang ni. Ala jangan tipu aku tau korang pon sama.
Tapi kalau betul2 baik, baguslah. teruskan :)

Friday, June 24, 2011

One day. mother issue

One day.
I will be somebody's wife
I don't know who's the charming-lucky guy. teheee

One day.
I will be somebody's mother
Making breakfast and kiss my kids
And send them to school
Or send them to the our house gate and wait for the school bus
And clean the house
Clean the plates
Clean the table
Clean their bedrooms
And go to work
Question: what time do i have to wake up, and yet. what time do i have to jump to bed with my husband? =.=


One day
If my husband thinking of getting married again
I will cut hisssssssssss........ dalam botol in his sleep
I will be very angry

OR

One day
I live happily
We two have our tea time
While watching the kids playing soccer
The the girls with their barbie dolls
Talk about religion
Talk about umrah
Talk abour Haj
Talk about to raise the kids

live happily ever after sampai syurga. insyaALLAH

Sunday, June 19, 2011

kecil

Orang kata dunia internet ini meluas. Sepanjang aku belajar IT, Internet adalah tiada pemilik. eh macam mana nak cakap. Internet ni takde pemilik. haa. ok.

Walaupun internet ini meluas, tapi sebenarnya kecil dunia ni, kecil lagi dunia internet. kau faham?

macam ni, kau kenal Bibah, Bibah ni  rupanya sedara sepupu dengan Jenah yang kau kenal kat plkn dulu. Pastu Boyfriend si Jenah ni kawan sekolah rendah kau. ha macam tu.

tapi.. dunia internet lagi lah kecik, kau pusing2.. dia ni sebar2, TING. kau tahu jugak A ni tengah mengumpat kau, mengumpat kat tweeter, kat FB. ala biasalah tu menambah saham di akhirat. Bimbang terlalu banyak pahala kot. Yelah sekarang buat jahat tu perkara yang membanggakan katanya, menjual dara pun dia panggil menjaga maruah. tu aku tak berapa nak faham lah. Eh mungkin tidak menjual. tapi bagi secara free. itu lebih teruk. argh mana2 pon teruk.

tulah, dunia ni kecil. dunia internet lagilah kecil.

Wednesday, June 15, 2011

Ini menimbulkan dilemma

coughcoughcough

=.=  aku rasa aku memang dilahirkan dilemma. Aku selalu takut tersalah buat keputusan. Aku takut tak boleh berpatah balik. bukan dilemma jodoh. eh daripada dulu pun dilemma nak baju A ke baju B. Nak baju warna biru plain ke, nak baju biru plain jugak. memang macam tu pon aku. Kalau shopping dengan aku kau akan berasa bosan. Aku boleh lalu tempat tu berkali2, sebab aku takut termenyesal beli, tapi termenyesal tak memiliki. ha.

macam sekarang aku dilemma. Semalam result muet diumumkan oleh emak. jengjeng. Tiadalah memuaskan hati sangat bagi aku, tapi boleh lah nak sambung degree. Kalau ikutkan aku rasa macam jahil pulak jawab muet. =.=
Bermulalah episode dilemma aku, mak aku dah dok tanya2, lagilah dilemma. pesen aku kalau dilemma aku tak buat dua2. macam nak pilih baju, A ke B. pastu timbang taram.. aku tak beli apa2. aku Pegi mekdi beli sundae. puas hati. Confirmed.

Tappi dalam menentukan masa hadapan ini tiadalah aku kena tak buat dua2, even ada jugak rasa nak buat macam tu. Aku tak tahu yang mana terbaik. Pengajian Jarak Jauh(PJJ) yang aku boleh buat sambilan, atau berhenti keje dan belajar full time.

Banyak benda kena fikir, kos belajar. kalau aku buat full time habislah.. kena pakai duit mak aku lagi, malu wei.. duit simpanan aku yang suka shopping ni berapa lah sangat tinggal. hahahaha. padan muka aku. Kalau nak buat pjj, aku fikir kemampuan otak aku, aku rasa macam mampu cuma makan bertahun lama. Bilanya aku nak kawen? haih haruslah fikir kawen walau aku takde calon lagi, tapi taknak lah kawen umur tua. Kesian laki aku. eh apa aku cakap ni. Ha itulah dilemma aku sekarang. sandwich tuna ke, sardin?. tua2 tak sedap jangan beli.




Monday, June 13, 2011

Hati

Hati sakit siapa tahu

Sakit hati itu parah. Takut lama-lama hati mati.

Kalau hati mati, dia takkan hidup lagi.

Kalau tak hidup lagi macam manakah mahu menerima hati yang lain?

Pasti tak dapat.

Emak kata hati kena dibersihkan hari-hari sebab hati ni macam lantai rumah

Barulah hati tiada penyakit

Barulah hati tiada sakit

Barulah hati tiada mati


Ye ye saya tahu kita manusia tak lepas dengan perasaan penyakit itu.
hasad, dendam, cemburu, tak terima kenyataan,

Memang penyakit ini tetap ada sebab kita manusia biasa, tapi kita kan ada ubat.
Kalau ubat kita kuat, imune kita bagus, penyakit pon bisa hilang, hati pon tiadalah sakit lagi.

Kamu tahukan ubat itu apa?

Thursday, June 9, 2011

Ini Yang Jujur Barangkali 2

.....Sambungan.

back to work, buat kerja macam biasa. perut pun tak berapa kenyang, tapi aku redha. Buat buat buat, then printing time dimana waktu yang aku tak suka. wait? dalam sehari berapa banyak dah benda yang aku tak suka? lebih banyak daripada suka kan? yes. aku mengaku. hidup aku ni banyak aku tak suka daripada suka. ini jujur.

ok sambung. selepas printer buat pasal. Aku fed up gila. Aku hanya menunggu waktu kegemaran kedua aku, iaitu Kepulangan Bos ke rumah. Waktu gembira aku ada 3 buat pengetahuan korang, 1-lunch time. 2-bos balik 3-aku balik. Jadi bila dapat tahu bos aku balik. dingtingding aku rasa macam nak menari, lepas tu aku mendownload. Buat pengetahuan korang juga, aku pernah kena warning letter kaler merah sebab download.. tapi rumah wa takde tv ler, aku bosan. Harusla tetap download.


Sambil aku buat kerja aku teringat2 housemate aku cakap nak beli dapur, ohye rumah aku juga belum ada dapur. Sebab aku selalu makan kat luar. Tak payah basuh pinggan, tak payah fikir nak masak apa. dasar pemalas. Lagipun dapur kat rumah sewa aku tu dah takde gaya dapur, si housemate taksuka buang sampah buat tempat gantung baju walaupun dah ada tempat gantung baju. Jadi aku tak suka bila dah kotor2, sinki dah kotor, dasar alasan. Aku sedang buat hitung2 nak beli fridge. Aku dah nampak sinar2 kebahagiaan kalau satu hari nanti rumah kami dah ada fridge, dah ada dapur, tak lama lagi tv, bestnya rumah yang berupa rumah. Sekarang ini rumah aku hanya lah berupa hostel yang dihuni gadis2 pemalas. Korang jangan ingat perempuan je rajin tahu? aku jujur ni.

Aku terlupa bagitahu, hari ini aku ke kerja aku berasa miskin. aku tak bawak wallet. aku tertinggal handphone, aku tak bawak jam. Padanlah dah isi payung pun ringan jugak beg aku. Aku bawak external je, sebab awal2 niat nak download. Aku tahu berbunyi tak ikhlas langsung nak kerja kan?


Aku bukak hitzfm. Dah dua bulan lagu yang sama je. 3 kali 4 kali lagu yang sama. Alek2, supernatural, alek2 lazy song, alek2 parody lagu funfunfun rebecca black. =.= lama kedengaran annoying pada telinga aku.

Aku berhutang dengan officemate for lunch, sungguh aku berasa miskin tiada sehelai sepinggang sesen pon. Adalah seringgit dua tu aku dah beli sandwich tuna mual tu.

Sekarang aku tengah buat kira2 nak beli fridge. Okay aku tak jujur sebab aku tengah menaip ni. k. happy weekends. good day!

Ini Yang Jujur Barangkali

Aku bangun pagi, subuh, mandi, aku tengok handphone. ouh ada few messages dan few notifications birthday card dari spammers kat fb, thanks lah buat susah2 je =.=/.  oh message tu, satu wish goodnite, satu sedang suarakan kegusaran hati.

Selepas itu aku bercangkung pikir nak pakai baju apa, damn i hate this situation. Bila pikir tudung aku bosan, nak match match pulaaaaak. Memang nak je aku pakai tudung warna purple dengan baju kurung hijau bunga2, even kata orang itu kontra adalah trend sekarang. Aku lupa term trend tu dah baru hari tu aku tengok wanita hari ini. dasar pelupa. Aku ambil baju kurung hijau bunga2, aku tarik tudung kuning aku iron. Ini pun aku tak suka, tapi sebab bukan tudung bawal jadi sejuk sikitlah hati aku, kalau tudung bawal satu kusut nak iron lagi nak bentuk lah. homaigod.

Selepas itu, aku ketuk pintuk toilet housemate sedang memandi. Aku suruh dia buangkan plastik sampah dalam toilet, aku nak buli dia. aku nak dia rasa pertama kali buang sampah, aku penat buangkan sampah untuk dia, jujur aku mengaku aku tak berapa nak ikhlas, sebab aku ni bukan baik sangat, 7 bulan aku stay kat rumah tu sampah basah, sampah kering, sampah toilet milik housemate sorang ni aku buangkan kalau tak rumah aku dinaik ulat, jadi aku buang sampah memang tak ikhlas lah aku rasa sebab aku cuma takutkan ulat.

oh selepas itu lagi, aku tak suka jugak situasi satu ni, pikir whats for breakfast. ohman. aku malas nak lintas jalan nak beli karipap rm3 yang boleh makan sampai tengah hari ke, petang ke bergantung pada tahap pelahap harian aku. Ha lepas tu aku pegi 7E beli sandwiches, malang, sandwich telur yang aku salu beli takde. takpe, setelah buat penilaian aku pilih tuna. padahal aku tak penah suka tuna, terutama tuna subway. oh please. masa nak bayar akak tu tanya nak plastik ke tak, aku tahulah diorang malas bongkok ambek plastik. aku cakap BOLEH JUGAK. pastu dia terbongkok2 slow motion je, aku cakap EM TAKPELAH MASUK BEG JE. orait. aku tahu dalam hati dia kata yes. HAHA. JK.

jalan macam biasa, seperti biasa aku jalan mata tak stay satu arah. aku fikir macam2 dalam perjalanan, aku tak percaya siapa2, selagi ada moto kat jalan seberang sana, selagi tu aku tak melintas.

aku nampak kakak ni berlari2 kejar bus, aku teringat satu cerita korea ni tapi aku dah lupa tajuk dia, padahal banyak je cerita korea kejar bus sama ada kejar kekasih dia kat dalam tu, atau dia lambat pegi keje, jadi aku percaya situasi akak ni situasi kedua.

keep on walking, hari ini kereta macam banyak, aku langkah setapak dua kebelakang, dalam benak aku aku takut mamat motor merapati aku dan ragut ke, splash acid ke, line clear, aku jalan.

lepas tu sampai office, pintu tak bukak lagi, aku lihat pakcik ni menyapu jalan. awal2 dah sapu. aku kasihan sebenarnya sebab aku pernah dengan officemate cerita yang dia kerja tu sebab nak tambahtambah bayar kereta anak dia yang paksa dia bayarkan, jadi aku kasihan. betullah semakin banyak ibubapa jadi hamba anak kini. tapi mereka buat juga sebab sayang anak, anak sayang boyfriend, dah kahwin lupa makayah. itu sedih.

masuk office, aku ke pantry. Bancuh milo. Panas eh pagi2 pun sekarang? tu jelah keluh kesah kitorang pagi2 sampai office, padahal tak sedar Allah bagi semua tu, hujan bising, panas bising, kita ni rambut sehelai pun tak boleh cipta. =.= . Aku bukak mulut melahap sandwich. cis tak sedap. aku buang daripada jadi rezeki semut kerumun, nanti bos mengamuk.

Printer

Halo. lately eh bukan lately dah berkurun aku malas nak tulis fakta2. aku malas mengkaji, aku malas buat kesimpulan aku malas nak cakap pasal benda yang takkan boleh ubah apa2 macam kenapa harga nasi kukus semakin menaik misalnya. itu amat memedihkan untuk aku fikir.

oh lagi satu perkara yang aku malas adalah kerja memprint design, aku rasa printer office aku ni dah cukup TUA. pantang salah sikit. Nyayuk nya bukan main.
Kalau kau masukkan kertas banyak sikit even kau dah ketuk2, tepuk2 kertas tu, dia stuck pastu dia buat bodoh je document lain yang tak terprint lagi. Selambek je. haih. ini mengundang geram.

Kadang2 pernah bos buat sesi terjah kejadah tu tiba2 intercom mencakap "sara, printkan design AAAA tu nak 4set lagi setengah jam customer nak ambek" tak histeria pulak aku nak handle printer yang macam hamporas tu, nak handle kertas2 lagi, susun2 since memang itu kelemahan aku tengok kertas banyak2 aku rasa nak pitam, nilah aku syak aku ni dilahirkan memang untuk era intelek, tak mainlah kertas2, sume pendrive, email, sms je. pfttt.

kat mana tadi? ohye. dahlah 4set, pastu nak kena maintain dengan bos punya fussy lagi. fuuh jangan cakap aku tak berpeluh. dah macam maraton 5 pusingan.

takde apa sebenarnya, aku tulis ni sebab dengan harapan bos aku baca ke, nanti dapat hidayah dia nak beli printer baru shining2 ke. k tuje.