Thursday, July 28, 2011

Not nice pictures

Semalam hujan lebat, selain daripada masalah tak boleh bernafas sebab mukus yang tersekat2 kat rongga liang pernafasan aku, tapi aku berdoa janganlah hujan lebat sangat, aku risau kan banjir, kalau banjir nanti sampah yang jiran2 aku buang tu boleh terapung dan kotor2, ulat2 boleh masuk bilik aku. damn punya jiran. Maafkan imaginasi aku memang selalu kona lebih sikit.

oh seseorang pernah menasihati aku untuk berfikiran positif sarah lebih2 lagi terhadap jiran



gambar aku captured pagi tadi. now macam mana kau nak aku berfikiran positif??

oh. mungkin sebab rumah mereka takde tongsampah, mungkin sebab ada orang dalam rumah tu lumpuh tapi tangan dia boleh gerak sampai tingkap je so dia campak? mungkin sebab diorang nak membuat pembiakan ulat2, nyamuk, cicak, lipas, nanti boleh buat berniaga secara tak langsung sheildtox, fumakila whatsoeva akan laku dan mendapat permintaan tinggi di pasaran secara tak langsung lagi sekali menjana ekonomi negara dan rosmah boleh beli rantai pulak kali ni? atau nak binatang2 tu membiak boleh buat bisnes hisap darah penyakit dari badan manusia?

well jiran, korang memang tak rasa pape sebab rumah korang kat atas sana nuh ha. kalau banjir pon aku kena dulu, kalau semut, binatang pelik wujud, aku kena dulu, please.. sila ada manner. Setiap kali aku dengar bunyi lemparan dari atas sampai bawah ni berkarat je hati aku. Aku nak pegi ketuk pintu kat atas pun aku tak pasti pintu mana ssatu entah ke semua ke. 


WELL JIRAN, saya sayang awak semua. sayang nak mampus..cukuplah dengan lullaby tiap2 malam yang aku tak faham pekejadah korang call somebodysomebody tu.

lagipun aku syukur jugak, 2 hari je lagi aku nak habiskan kat sini.
saya sayang jiran saya



Wednesday, July 20, 2011

Crushes all over the world


Aku rasa ada celebrities suka stalk aku.. semua artis dari semua negara suka stalk aku, aku rasa diorang berterima kasih kat google translate, lainlah kalau demi cinta diorang kat aku diorang sanggup belajar bahasa melayu kennn keennn.


Thailand- Tik Jesadapon, sebab apa aku syak dia.. dulu tv2 selalu tayang cerita ada muka dia ni, dia belakon dengan Nom apetah tu paling banyak, cerita dia paling famous The princess tu, cair aku dengan mak aku..tiba2 mak aku lupa ayah aku pernah ngorat dia masa muda2 dulu secara tak langsung aku jatuh hati, aku rasa macam nak kahwin dengan dia. Bila tingkatan 4 aku dah kenal google mengGoogle ni, aku siasat lah nama dia, yelaaaaah nak siasat nama dia dalam drama tu mana aku faham siam walaupun ada darah sikit2..barulah aku tau nama dia Tik Jesadapon, dan bukan setakat itu aku pernah tulis surat kat dia berbekalkan setem 50sen paling mahal lah masa tu.. tapi sampai sekarang dia tak balas2. Aku rasa dia stalk aku dengan cara macam ni lah.



Germany-Thore Schölermann, sebenarnya aku baru crush dengan dia kejap tadi, masa aku type "germany actro" dingggg kelua nama dia. ok lah. aku nak crush dengan dia sekarang sebab dia stalk blog aku Hallo Ich liebe dich! (baru google translate tadi)


Russia- aku tak tau la bila SALT spy aku.
India?- Ni Juhi Chawla tak pun Amir Khan ni


okay. bos masuk. BYE.

Sunday, July 17, 2011

Review Cikai Harry Potter Deathly Hallows part 2

Well well well.

Heheh kembang hidung aku gembira duduk kat seat nak tengok last baby of Harry Potter. Perasaan tu lebih bangga daripada Transformers 3. Entah kenapa tak tahu maybe sebab ikut ikut ikut daripada diorang kecik cinonet dulu sampai sekarang Radcliffe dah tumbuh janggut. HAHA.

Ada yang kata bosan, ada yang kata tak best lah. Aku rasa macam tak cukup je masa 2 jam macam tu. Rasa i want more more! Tak boleh terima hakikat bila cerita semakin menghabis. Honestly, aku hanya ikut novel Harry Potter sampai Half-Blood Prince sebab lepas tu aku claim diri aku pemalas membaca.

Apa yang aku boleh cakap, last baby ni tiptop. Yeah kalau nak pegi panggung pastikan bawak memang fan Harry jugak. Kalau tak kau tak focus cerita tu. Nanti kau kena terangkan kat dia daripada a-z 12345678910 last2 orang sebelah sana annoyed kau bising cerita pon kau tak focus. Atau pon baik kau tengok sorang2. =.=

Kali ni kau tengok semua watak mainkan perasan, tiba2 kau tengok mak Ginny&Ron fight dengan Bellatrix Lestrange (death eater)..sumpah aku benci tengok perempuan ni tapi bila Hermione menyamar jadi dia tu kelakar la jugak tiba2 muka nampak manja. ahaha. Neville Longbottom pon sacrifice jugak, tapi tak matilah. tapi terharu lah jugak aku ni. Macam aku cakap tadi semua watak main peranan watak yang kau tengok loser/kelakar macam Longbottom daripada Sorcerer's Stone dulu tu and fight fight fight kat last baby ni. Terharu je lah keje aku.

Oh ye! Prof. Severus Snape.. i love you. korang tengok korang tahula kenapa. Prof Minerva Mcgonagall pun( dah tua sangat dah makcik ni kalau nak compared to Titanic dulu) hmmm, Remus Lupin.. ooo yeahh.

Aku tak pandai nak bagi review betul2, karang orang yang tak tengok lagi cakap spoil pulak kan. aku bagi hint2 je lah.


Kali ni kepandaian Hermione seperti serie lepas2 tak terserlah sangat, maybe sebab masing2 dah cerdik kot. Tapi okay laaaah. Aku cuma expect ada recap daripada kecik2 dulu, yelah bertahun aku ikut sebagai seorang yang dramatik kan best kalau depa recap dulu2, baru feeling lebih. haha.

RATE: 9/10


ok tu saja. Happy watching! <3

Monday, July 11, 2011

Sayang Hakak Enon Kepada Hadik Sofiya



http://nuresyasofya.blogspot.com/
https://www.facebook.com/resya.sofya



Hallo si cantik manis *tangan di dada mata ke atas*

header adik memang tiptop. cemanew adik edit boleh gabung gambo jadi 3? pastu ada exposure lebih lak. adik pandai guna photoshop tak ni? 



nama adik Resya kan? hamboihh nama mak pak bagi sedap sungguh noh. ada sofiya pulak. canggih manggih nama adik.
kagum hakak.



firstly hadik, hakak nak cakap hakak terharu bila hakak tengok muka hakak ada kat page, blog orang lahin?!
huu gila hakak tak kembang kennn. tak sangka hakak ada peminat.



eh sebelum itu akak takde lah buta IT baru tahu kegiatan adik ni ha. dah lama dah sebenarnya.
hikhikhik. terel tak akak meyorok? terel tak? cakk..@ uuu cakk aaa! baaaa!


hadik, hadik cakap dengan cermin kee?

eh sape tak terkejut, muka sendiri add muka sendiri dik non. pandai jugak la adik ni sorok2 dengan hakak.

kalau akak perati gambo2 lama zaman kuno tu.. akak rasa daripada friendster adik ni follow akak.
ehehe. perkembangan akak. ceceh ni buat akak rasa macam artis nih. ni belum masuk dewi remaja adik dah tiru2
kalau jadi neelofa nanti taktau lah hakak. aouu.

tetiba. eh eh eh

entry akak pon adik copy ye.. hehe ni lagi akak perasan lebih ni
rasa nak masuk metro je.


adik jangan salah faham, akak tak marah langsung. akak gembira teruja eksaited. sebab akak ada peminat.
tapi kalau artis, peminat dia bagi diorang macam2, teddy bear, perfume, hadik taknak ke kirim perfume ke hanbag kak akak?
akak friendly la. jangan lerw risaww,

nnt akak bagi alamat keyh keyh. eheh akak nak minta gucci bag 3 boleh? adik kan anak doktor dgn cikgu.
mestilah banyak duit. nanti lak nak belajar kat international school. wuuuuuuu. hebatlah adik resya.

eh kat mana tadi? maafla hakak ni pelupeww.




oh ye dik, arnab hakak pon adik ada? hikhik. lawak lah adik ni. nama apa? gebit boo? instead of babbit poo?
hape ke burok nama tu dik? takde nama elok sikit keww? sedih la hakak camni adik bagi nama arnab hakak buruk2.

sobs sobs


ni sejak bila akak ada berkawan dengan lelaku rambut justin biebier lebih suck ni? akak takde kawan la dengan budak myspace bukit bintang ni. rambut apa cenggitu. akak gelis gelis. ni akak nak marah adik ni pandai2 jodoh2 kan orang ni. hamboi babap satni!



ini kawan akak lerw dik. haduiii. hape ni hape nii.. merajuk la camni.
hape ke bangang awak ni... (gaya sepah)





tengok tu adik ni sukew kan cakap dengan cermin kan! ittew tak shukew la cemniw

melenggang hai melenggang dengan tali lenggang, kalau baik hati nanti orang pon sayang

eheheh adik ni. suka buat kelakar. tak pernah buat jahat ye? eheheheh. 


oh hadik Resya Sofiya, i lap u. muah muah!! bila kita boleh jadi adik-akak angkat?





Wednesday, July 6, 2011

Dulu aku dilemma full time or part time. sekarang aku dah dapat full time. sekarang aku berat hati nak tinggal life kat sini.

kau gila tak berat hati? lepas nak belajar, mana ada online shopping sampai habis duit,
mana ada makan mekdi, esok subway, lusa piza gemuklah aku. mana ada tunggu duit masuk setiap awal bulan muka berseri pegi jusco rasa nak beli semua benda, mana ada tengok movie setiap minggu 2 movies or lebih. mana ada lalalalalala tiap2 minggu,

bila jadi student semula, aku dapat bet la aku dirundung perangai dulu2, maksud aku mula2 masuk aku nervous tak ketahuan, pastu bajet nak buat semua benda skema je sebab aku tak suka kena marah,
tiap2 minggu fikirkan assignment, exam, fikir je la. usaha tidak. aku harap berubahlah sikit. hahhahah. eh serious ni serious. paling mensedihkan adalah rasa miskin. takde huhahuha lagi gembira habiskan duit.

pergi aku pon untuk menambah ilmu. insyaAllah dengan minat semua susah aku boleh buat.

aku percaya takdir, ketentuan dan rezeki setiap manusia tu dah termaktub. All the best untuk diri aku.

Monday, July 4, 2011

Kenapa perempuan2 macam kami tak suka madu dimadu





Kadang2 bukannya apa, lelaki ni tak faham2 kenapa kita tak suka. Kalau gatal pegi tanya 'nanti boleh kawin 2 tak?" bila cik awek cakap "TAK BOLEH" pi tanya lagi "awaat?" apesal tiba2 nak jadi innocent pura2 tak tahu kenapa? jadi di sini aku list kenapa kami perempuan2 tak suka dimadu madu honey sepah dibuang. Aku taknak cakap pasal sunnah kat sini, bukan aku ketepikan. 




Hak milik taknak kongsi

Kalau dia jadi husband aku, selain milik emak dan family dia. Dia milik isteri dia jugak. takde milik bersama Husna, Ika, Linda dan Meriam. TAKDE means taknak dan takkan mahu. 




PenTEMAN susah dan senang
Okay, kalau agak2 korang nak kawen dengan perempuan penakut macam aku ni, pastu niat nak pasang dua, baik kau jangan kawen dengan penakut macam kami. Dahla malam2 selalu overtime bila time giliran rumah isteri pertama, pastu bila time giliran isteri kedua ketiga keempat takde pulak nak overtime, lepas tu bayangkan berapa lama nak tidur sorang2? sedih tahu? 
Sebenarnya aku selalu bayangkan, kalau kehidupan berkahwin mestilah saling teman meneman, kalau pukul 3 pagi bini kau takut nak pegi toilet sebab nak terkucil pun, kau kena bangun tahu teman dia terkucil. Adalah faedah sikit dia tolong bagi kau anak. Ni tidak, sibuk nak pasang lain kalau si bini takutkan hantu? pencuri? perompak? bunyi kongkreenggg kong kreeeeng kat pintu pagar, sape nak pergi jenguk dan pegang kayu??





Cemburu
Dah sememangnya perempuan ni kaki pencemburu. Walaupun dalam paper tulis "Tak kisah suami beristeri 3" tapi kita sebagai manusia biasa lagi2 sedih setiap malam tidur sensorang, sebelum tidur di katil queen sambil pintal2 rambut mesti terfikir2 apa suami sedang buat dengan isteri ke 2, dan lepas rasa dengki mendengki, barulah baca doa tidur, baru lah memaafkan semua orang, dan baca 3Qul. ini mentakutkan. Jadi sebab dengki kedengki juga sifat kurang baik, jadi apakah salahnya kalau si suami menghindar perbuatan tidak berfikir berkahwin lain supaya isteri tidak pintal2 rambut dan membayangkan yang bukan2.




Korban isteri


Haaaaaaaaaaaa. 1st, kau kahwin dengan dia, lepas tu kau memproses anak, itu menyakitkan. dia mengandungkan anak kamu  bersama, sarat macam berat je aku rasa, nak bersalin juga menyakitkan. Lepas tu dalam pantang, tak leh makan macam2 termasuk ice cream juga menyakitkan, tak dapat tengok wayang Transformers 3 orang lain cerita best gila nak mampus punya cerita, bini kau terkebil2 sakit hati tak dapat tengok, Kau janji nak belikan dvd dengan pop corn kat pasar malam seringgit satu. Tapi bini kau cakap tak feel. Dah lepas pantang, bini kau kemas rumah, bangun subuh masakkan untuk kau dan anak, cuci berak anak, cuci baju, balik keje buat kerja rumah lagi, lepas tu kau cakap nak kawen dengan Nina Harlina budak simpang depan rumah?. siapa tak meroyan?
Yela yela.. kau cakap kau dah bagi nafkah cukuplah tueeew kennn? kau ingat duit nafkah tu dah boleh cover penat lelah beranak? meyusu? besarkan anak? bjaga malam2? ha? ha?

ok dah ter Emo.



Salam salaman hari raya
Hari raya mestilah lelaki nak bergilir jugak kan? amboih syok nuh hangpa. dahla tiap2 malam pon berteman, raya pon gilir2.  Ini jugak mentimbulkan kedengkian. hari raya tak baik dengki2, jadi jangan bikin punca.


Tanyalah diri hangpa sendiri
Kalaulah. kalau ok kalau. Allah bagi perempuan boleh kahwin lebih (walaupun memang takkan) sanggup ke korang lelaki nak tunggu je tiap2 malam giliran? sanggup ke? sanggup ke?

jangan nak sabitkan dengan nisbah laki pempuan, tu je la alasan?



Aku bagi kalau laki aku nanti nak kahwin 2. tapi isteri kedua tu mestilah Lisa Surihani. 

Sunday, July 3, 2011

Wordless Monday




(nak ada word jugak sikit) - kalau kau faham lagu ni, kau boleh menangis.