Monday, August 22, 2011

Soal anjing dan paranoid kita kita



Kadang2, dalam kita memberi nasihat, kita terlupa bahwa kita sedang menghina orang juga. Siapa kau nak mengata sipolan macam tu macam ini?  kau tahu mana dia 5waktu terbang? kau tahu mana arak dia macam air mineral je? kalau ye sekali pun, baik sangat kah kau? kau jamin kau takkan buat salah langsung? kau jamin kau takkan tersesat langsung? kau jamin kau takkan togok arak langsung? kau jamin ke kau jaga solat kau?

Pengalaman peribadi; Aku pernah mengata orang satu ketika dulu,t akdela mengata standard drama makcik kepochi tu.. tapi pernah terdetik dekat hati lah, tapi beberapa tahun kemudian tanpa aku sedar aku sedang berbuat benda yang aku herdik dulu tu. Jadi, jangan mengata orang, bersihkan hati.



Aku bukan lah bijak pun bicara agama, aku tak petah pun bicara hukum tapi berdasarkan ilmu aku yang tak seberapa ini setahu aku memelihara anjing bukanlah sesuatu yang hina, tapi tengok pada tujuan macam nak jaga ladang mak engkau yang selalu kena kacau dengan itik ke, apa ke. Sebab kita tahu anjing ni ada perangai setia dengan cerdik dia.


Lagi satu, anjing dan babi. Satu ketika dulu aku pernah sangat bersyukur sebab aku dilahirkan sebagai seorang manusia, beragama islam, tinggal kat negara yang aman damai yang kurang bencana ni. Aku bersyukur aku tak dilahirkan jadi anjing atau babi. Kau pernah fikir tak macam mana kalau kau hidup dilahirkan sebagai anjing? orang herdik kau taknak sentuh kau? kalau aku, aku sedih tau.

Mungkin bianatang tu pun tak nak dilahirkan macam tu. Maksud aku kat sini.. those binatangs adalah ciptaan Allah juga. Even though binatang2 ni kalau kita sentuh kena samak, tapi mereka tetap binatang. Kau siapa nak benci2 anjing dengan babi?

Aku takde lah pulak cakap marilah pegang anjing beramai2, memelihara dan blabla.. cuma aku nak cakap skeptikal segelintir daripada kita yang terrrrrlalu paranoid dan terrrrrlalu macam pandai bercakap tanpa ada apa2 asas.

Please lah maleis, jangan paranoid sangat, saya tahu kau orang sayangkan agama kau orang ISLAM, macam saya. Tapifikir balik, islam tidak mengajar umatnya bercakap kasar, berperilaku keji, dan bersikap kejam. Hiduplah kat atas muka bumi ini dengan molek2 dan berbuat ibadah. Islam bukan agama yang susah, kalau kau tunjuk teladan tak baik kat agama lain, macam mana kau nak impress orang agama lain yang kata agama kita ni perfect?


Islam is not about ‘we’re better than you’. Islam is about ‘let me show you something that is better for you’. - Nouman Ali Khan

Salam Ramadhan muslimin muslimat. :)


Thursday, August 18, 2011

Bebel kak limah: Love yang magic

Sekarang jam kat laptop aku menunjukkan pukul 233pagi. Ala saja aku gedik nak tulis waktu kan.. konon nak cerita i am not sleeping yet. still awake! yada yadaaaa.

Tangan kiri genggam plastik KitKat, mulut mengunyah KitKat. Sambil aku cuci2 mata lepas penat pandang flip book beberapa ratus muka surat aku tak pasti. Tiba2 masa2 ni RedFM pasang lagu melayu.. awat aku taktau. Tiba2 dengaq liyana jasmay heyyaayayaya ala-ala avril lavigne yang buat aku tiba2 tak suka liyana yang mulanya aku jatuh cinta masa dalam KAMI. cis.

Waktu2 macam ni sesuai stalk orang. Sebab takde/tak ramai aktif. Maksud aku kat facebook lah. Ye.semua orang menStalk, tapi banyak kategori aku rasa. Curious/Update/Investigate/Hatred/ well..depends.

Melihat seorang blogger yang bertukar pasangan macam puppppp! terkebil2 jugak lah aku depan skrin laptop buruk ni. Tiba2 hati aku macam  ditampar2. Tak pasal2 aku berasa sedih..entah kenapa aku tak tahu. Aku kasihan pada pihak lagi seorang yang used to be his GF. Tapi aku kebil2 lagi sambil berfikir... kita tak tahu apa jadi antara mereka. Daaan, follower si lelaki ni pun macam whyyyy whyyyy whyyy.. dan ada yang macam menghentam2 pulak. Biasalah orang melayu, kepochi sikit, kadang2 emosi tak tentu pasal.. macam wall tu totally dia punya lah.

Lama jugak aku termenung akan kejadian ini, secara general nya aku menyimpulkan. Sebenarnya LOVE/cintan cintun/sayang-sayang ni, adalah satu perkara majik. Kau mungkin sayang dia hari ni.. sayang gila baban sanggup buat apa saja.. dari Alaska ke Sarawak pun kau tak kisah nak berjumpa walau untuk sehari. Tak jumpa seminggu panas bontot. Tak mustahil baby, satu hari..mungkin esoknya, lusa, tahun depan, bulan depan secara tiba2 kau tak dah tak rasa specialnya love kau tu. Kau dah tak happy bukak sms dia, sebaliknya kau rimas. Kau dah tak happy macam dulu2. Sebab tu aku menyimpulkan love adalah satu perkara majik.

YE. aku tak nafikan, ada antara kita yang punya cinta utuh kuat gila2, bertahun2 tak boleh lupa jugak..

Cinta dan sayang tu adalah kurniaan Allah swt, Dia memberi kamu merasa nikmat itu, tapi kau kena ingat Dia juga berhak menarik balik rasa cinta itu dan berikan pada siapa2 yang lain, atau mungkin tak diberikanNya langsung. Hidup ini takde yang kekal, baik perasaan kau, sifat kau, semua boleh berubah.



Kita masyarakat selalu menyalahkan satu pihak (aku pun..used to be) kalau girl tu kena tinggal dan boy tu dah ada GF, kita akan cakap "ha...laki tu mmg jahat.. blablabla" tapi hakikatnya, kita tahu ke apa yang terjadi antara diorang? kalau tahu sekali pun.. kau rasa setiap perasaan diorang.. mungkin masa bersama tu diorang asyik bergaduh, mungkin salah seorang daripada diorang mengongkong. Pokoknya, kita tak tahu apa2 jadi jangan nak menduga dan menunding jari lagi hebat menghukum. Kalau benar sekalipun ada yang bersalah, ingatkanlah diri kau supaya tak melakukan perkara yang sama.

well.. kalau love sampai ke akhir hayat tu. alhamdulillah. Semua daripada kita nak macam tu kan? takde siapa pun nakkan benda yang buruk dalam perhubungan.

alright. dah lempias nafsu membebel aku. thanks for the read. Salam Ramadhan


Thursday, August 11, 2011

Facebook bukan Redtube bangg..

Salam ramadhan untuk muslimin dan muslimat. Ini adalah entry pertama aku semenjak aku seminggu lebih kat sini. Amacam puasa?

Kalau bertanyakan student life kat sini, alhamdulillah semuanya great. Assignment quite banyak, tapi setakat ini assignment takde menjejaskan waktu tidur aku, sebab setakat ini aku rasa waktu tidur aku masih paras melebihi waktu jaga aku. Kadang2 penat balik kelas tu macam penat menoreh getah aku rasa. Entah datang dari mana entah penat tu aku pon tak berapa pasti. Lecture aku menganga angguk2 je..balik boooom terbongkang. Assignment setakat terkebil2tu pun takde la bakar kalori lagi tulah kan aku cakap penat yang tak semena2. We can call it unknown disease

Sebenarnya sekarang ni pun aku mengantuk. Tapi sebenarnya juga aku nak mintak tolong korang-korang, kalau sudi lah kan.. please report this person.

www.facebook.com/hani.manje




aku wonder betul kenapa faker memang suka benor nama sodap2.

tapi aku berharap korang tak bukak siang2 time puasa ni. bimbang pahal berkurangan. Senang cerita jangan bukak wall dia. Just tolong report saja. Aku rasa sangat melampau lah orang yang guna gambar aku buat benda macam tu.. kalau bajet comel macam resya-nama-nak-sedap je tu aku leh maafkan lagi.

oh ye. kalau lah pemilih hani manje-lah-sangat tu ada terdrop kat sini.. Please remove my picture. Kalau memang gatal sangat2 dah tak tahan dah tu apa kata kau pergi kahwin, makin serious aku tengok. Kalau kau memang dah kahwin tapi tetap gatal jugak aku sarankan kau letaklah muka sendiri tak kira betapa pecah sekalipun muka anda, jangan risau pasangan yang dotdot mungkin akan bertemu yang dotdot jugee..eh kan aku dah tertazkirah kat kau. Please.

Alright.thanks kalau still ada yang mejenguk. Salam Ramadhan semoga puasa kita semua diberkati dan mendapat hidayah Allah swt. Jaga diri, may Allah bless you.
Assalamualaikum.