Thursday, September 15, 2011

EGO






Manusia terbatas hebat dengan ego
Macam hina bila menunduk
Macam buruk bila membongkok
Macam salah bila mengalah

Menunduk takkan menampakkan kau hina,
Tetapi menampakkan kau berbudi mulia,
Membongkok tak menampakkan kat buruk,
Tetapi menampakkan indah pekerti,
Mengalah tak semestinya salah,
Ada kalanya berdiam lebih baik untuk menutup aib.

Sebab lebih banyak mendada
Sebab lebih banyak meninggi diri
Sebab terlalu banyak betulnya

Kau tak melihat di bawah
Kau taknak mendengar keluh kesah
Kau menidakkan kebernaran
Sebab kau ego.

Tapi kau lupa,
ciptaan Allah ini semuanya sama
Tiada beza,
Samanya kau seperti samanya aku,
Rendahnya kau seperti kau merendahkan orang2 lain,
Buruknya kau seperti kau memburukkan orang2 lain,

Berjaga-jaga dengan kehidupan.

Friday, September 9, 2011

Cerita Panjang dan Kisah Cinta Kucing Bruce Willis

Keluarga aku adalah keluarga yang appreciate binatang. Tolak ular, biawak, benda2 pelik tu je lah. Namun begitu mak aku tetap tak merestui aku jika aku nak bela sugar glider. Dia kata "eii binatang apa tu..pelik benor" emak, jika dia faham mak berkata begitu, mesti beliau sedih mak. Beliau unik mak. unik.

Salah satu binatang kegemaran keluarga kami adalah, KUCING. So far takde lagi keturunan kami penakut kucing. Kucing di dalam keluarga kami selalu menjadi manja sehingga tahap overboard punya manja, mungkin sebab selalu rasa over comel bila keluarga berkumpul dan dia duduk tengah2 karpet. Macam perasan orang puji dia cantik, padahal mak tengah cerita berkenan pokok bunga baru makcik soyah belakang rumah. =.=

Mari aku perkenalkan.




Baby.
before and after- mula2 yes dia memang masih kecil dan boleh pura2 comel. tapi memang selalu perasan comel even dah besar masuk dalam kotak biskut Krim Keju whatever. dengan muka "what's up?"

Kucing ini end up kakak aku buang tepi jalan, dia tidak bersalah apa2 diperlakukan sedemian, tapi bersalah sedikit sebab gatal asyik nak beranak dan mencari suami sahaja, jadi tidak larat lah mahu membuang najis anak2 dan dia sekali, eh tak sekali berkali2 maksud aku. Sedih memang sedih, tapi aku rasa baby tidak lagi sedih sebab kakak aku mentempatkan dia dan anak2 kat tempat orang jual ikan, maka kenyanglah mereka sekeluarga dan boleh lah berak dengan banyaknya. =D

Ini Putih,

Ini Hitam,

Mereka berdua ini merupakan adik beradik dan anak kepada Lutong. Hapekename. Mereka adik beradik baik, tapi dua karekter yang berbeza. Putih suka dimanja2, dibelai2. Perasan adorable dan anggun. Namun Hitam ego sedikit, tak suka orang belai2. dan muka dia tak pernah nak manis, yes kucing pun ada manisnya tahu? Hitam tak pernah manis, somehow satu masa kadang2 aku teringat muka Smiley Cat kat dalam Alice in Wonderland. Kenapa? tak tahu.




Ini Hitam,

Masa berlalu, mereka semakin menremaja. Since dua ekor kucing ini pindah ke rumah emak, makin bebas lah hidup, bagai kucing masuk kampung (rusa masuk kampung) jakunnya bukan main, aku pun tak tahu apa yang dijakunkan sangat, mungkin lebih banyak tempat panjat2, various options! dan yang terpenting banyak jejaka2 tampan dan perkasa disekeliling rumah itu. Naik market beb naik market! sebelum ni orang tak pandang pun.

Hitam adalah seekor kucing yang garang dan menjaga tatasusila, beliau  mentampar Putih jika Putih keluar rumah dan berjumpa jiran depan rumah aku tu, Oren si jantan tua yang macho seperti Bruce Willis. Uhh tergugatlah iman Putih, tiap2 malam menyelinap keluar. Aku pernah menampak Hitam tampar si Putih bila Putih balik daripada rumah jiran depan tu. Betul ni tak tipu.. aku tak tahulah apa dibualkan mereka.. mungkin Hitam marah sebab tak tinggalkan leftover Frieskies, mungkin marah sebab taknak Putih menjadi perigi mencari timba.

Tak lama kemudian, kami mendapati Hitam menemani Putih untuk berbual2 dengan jiran hadapan Si Oren si kucing perkasa tua itu. Lepas berbual mereka pulang bersama. Oh dah pandai bersosial Si Hitam. Aku syak Putih dah mempengaruhi pemikiran Hitam

Tak lama kemudian mereka sama2 membunting. (aku dah agak dah) si Perkasa Oren tua punya angkara. Dasar orang tua tak sedar diri.

Dan mereka memperoleh anak sama2 juga






Di atas adalah Teytey dan Doremon. Sebab kepala jendol dapatlah nama Doremon. Dah sah2 kami tak serkap jarang, Doremon berwarna OREN. kadang, Oren si kucing Tua perasan Bruce Willis tu adalah datang rumah kadang2, aku syak melawat anak2 dia, dalam pada masa yang sama mengajak Putih atau Hitam ke lembah maksiat sekali lagi. HELLL NOOO.



Dia atas merupakan anak Putih, Di bawah merupakan anak2 Hitam, kami syak Hitam tidak happy semasa melakukan maksiat, pasal itulah anak2 dia kurang comel dan kembang seperti dirinya. Dan bapanya juga tidak kami tahu siapa. i mean which one?



 Kalau bergambar, dia nilah paling camwhore.

Bila dah besar baru kami menyedari kehadiran yang tak berapa comel ni, tapi mereka comel jugak sebenarnya. Mereka lebih baik daripada yang kembang sana tu, lebih educated, dan well-behaved. Aku suka lah jugak buat2 peluk sambil tengok Buletin TV3. 4 beradik kesemuanya. Tapi hidup mereka berakhir dengan cerita yang sedih. Oren, mak aku bagi dekat abang aku dan menghasilkan anak yang kembang juga keturunan nenek dia si Hitam. lagi 3 ekor mati satu persatu sebab masa kejadian kematian tu kawasan rumah aku semua kucing dapat virus sakit, ini sedih. 

Tak lama kemudia, Hitam pun mati mengikut anak2 nya. Sebab kena gelek kereta masa abang aku nak reverse kereta. Kucing jenis suka duduk bawah kereta. Maybe tidur terlalu lena dan sedar engine dihidupkan. Kalau kami perasan dia ada kat bawah tu, takdelah kami biarkan saja. Sayang kot. sayaaaang. Menangis kami satu keluarga. Buat pengetahuan, Putih tak pandai didik anak, Hitam yang selalu jaga anak2 dia.  Putih apa lagi, pasang badan la berbual dengan Si Oren perasan tua.

Dan semenjak kematian Hitam adalah juga Putih mencari2 dan kelihatan sedikit menyesal, tapi pergi mana2 dah. Duduk rumah menyusu anak walaupun ada kalanya dia menendang anak itu. hapekemak.


Kemudian sebab Putih gagal mendidik anak, anak walaupun comel, tapi berak merata maka sebab kasihankan emak aku, abang aku hantarkan sikembang2 itu ke pasar ikan. Nasib yang sama. Beberapa jam kemudiam abang aku menjenguk kembalik tempat ikan  itu, mereka kelihatan sudah tiada di tempat kejadian, kami syak dah ada orang ambil dan jaga. So kalau any tuan dia baca ni, hug and kisses from all of us!!


Putih pandai mencari pengganti, beliau membuat anak2 yang baru, namun setelah ketiadaan Hitam, Putih nampak semakin player yang menjadi2. Tak percaya??



Yang pasti Oren masih salah seorang the Bapak.