Friday, October 14, 2011

Pesan emak dan ayah


Pesan mak,
Perempuan jangan terlebih2
Mekap jangan lah tebal2. tak mekap lagi bagus
Jaga diri
Jangan nak gatai meghela

Pesan arwah ayah,
Berjalan jangan hentak bumi
Kalau takde bunyi lagi bagus
Jangan mendada
Hang perempuan, jangan dok sengeh sangat2
Jangan nak gatai
Jangan menyayi dalam rumah, baik mengaji
OOOH hafal lagu boleh, baik hafal alQuran


Pesan mak,
Berkawan biar ramai, musuh biar takde
Tapi kalau orang tak suka kita nak buat macam mana
Stay tenang dan doakan semua orang.
API jangan balas dengan API, kita balas pakai air
Rambut sama hitam, hati kita tak tahu
Tidur sebantal mimpi lain2
Adik beradik pun boleh salah faham, inikan lain darah daging
Tapi ingat kita saudara sesama agama.

Pesan arwah ayah,
Makan nasi, ambil nasi yang paling tepi.
So that nasi takdelah tumpah
Makan jangan bersepah
Nak makan duduk elok2
Kaki jangan gedik2,
Masa makan tangan jangan tongkat dagu

Pesan mak
Kalau duduk sebelah orang tua, atau orang yang kita hormat
jangan duduk silang kaki atas kaki
Tu tanda kurang ajar, kalau orang dulu2 dia reject dah perempuan macam tu
Kaki jangan gedik2 either kau lelaki or perempuan,kurang ajar.
Kalau lelaki tu sayang kita, dia takkan sentuh kita sikit pun.. sebab dia hormatkan kita.
Kalau hang sayang kat laki hang nanti, jangan bagi sapa2 pun sentuh hang sebab hang wajib buat suami hang nanti rasa istimewa.

Pesan mak
Jangan cari salah orang dekat kita, tapi cari salah kita dekat orang

Pesan ayah
Sehari kita tinggalkan AlQuran, 3 hari AlQuran tinggalkan kita
Belajar tinggi2


Pesan mak
Jangan harap orang akan buat baik kat kita macam kita buat baik dekat orang,
Jangan mengharap terlalu tinggi,
Nak buat apa2, or cakap apa2 fikir macam mana kita kat tempat orang tu. Kalau sakit jangan cakap/buat.

Pesan  arwah ayah
Kalau nanti ada anak2, jangan bagi anak2 takutkan kita, bagi anak hormatkan kita..sekurang2nya kalau kita takde..diorang ingat kita. 

okay. aku homesick.