Tuesday, November 15, 2011

Si bendul yang pemalas

Bendul malas berlari, semuanya tenang saja. Tapi bila masa sudah suntuk, barulah bendul nak berlari2, tapi dah nama pun masa suntuk, memang lah tak terkejar. Kalau sempat kejar pun pasti bendul mengah, pasti bendul tak larat, pasti bendul penat. Bendul henti berlari2.

Memang macam itu, selagi bendul sedar ada masa, 3 hari ke, 4 hari ke, selagi itulah bendul berjalan2, bergembira, makan, tengok drama, memasak dan ketawa bersama rakan2, bergembira di alam maya, layan selenagomez di youtube, kadang2 bendul tak jalan langsung, duduk terus bersila, once again bila tahu masa sudah suntuk baru bendul berlari2 lagi.

Memang dasar bendul tak sedar diri.

Si bendul tak kacau kehidupan orang lain, dan tak sukakan begitu. Menyendiri lebih baik. Bukan lah bendul si kera sumbang, bukan bendul sombong bongkak, tapi bendul memang begitu, tidak campur urusan orang, melainkan diminta pertolongan bendul tak lokek nak tolong sebenarnya.

Namun, biasalah ada juga mulut tidak senang hati, dibilangnya bendul sombong. Biasalah tu, biasalah.

Bendul yang pemalas memang betul pemalas, misalnya pada hari Isnin lepas, bendul mendapati yang 3 hari berikutnya bendul tiada kelas, bermakna bendul yang pemalas memang takkan turun lif dan pegi kedai beli makanan, nescaya itulah bendul beli makanan siap2 untuk 3 hari akan datang. Stok 3 hari katanya..
Tapi sebab si bendul kuat makan, sekarang ini nampaknya makanan untuk stok 3 hari itu, cuma bertahan sehari setengah sahaja.

Bendul susah hati.

k bai.


Saturday, November 12, 2011

Addmaths orang paranoid







Boleh nak paranoid, sape tak sayang agama, bangsa negara sendiri ye dak? tapi kalau nak paranoid pada aku.. silalah jadi lebih bijak, jangan jadi buat kena gelak je. Kelakar lah. Boleh pulak main tolak tambah tolak tambah. Eh hari tu kata 11.11 dajal nak datang?

Tuesday, November 8, 2011

Hal orang dewasa

Hal orang dewasa.
Bila dah besar gajah ni, baru teringat cikgu sekolah menengan form 4 dulu cakap "nanti kamu dah besar, saat kau orang paling rindukan adalah masa sekolah"

dalam hati aku masa tu riak betul, aku cakap apa?
"caih. yeler tu..."
dalam benak sebenarnya nak sangat cepat habis sekolah, tak payah bangun awal2 pagi, tak payah bertarung dengan katak yang selalu masuk kasut aku. Selalu nya puan emak lah yang tolong buangkan katak tu. aku ni memang dasar anak tak boleh diharap. Tak payah pegi assembly pagi2 beratur dengan beg berat dengan guru besar berleter pasal pentingnya addmaths dalam kehidupan. =.= lenguh kaki aku.

bila dah keluar pada sekolah tu, serious macam mimpi jadi kenyataan. hahahaha. gumbira hati gua. PLKN>diploma>kerja.

noktah.

bila kerja, aku baru tersedar (memang dasar lambat sedar diri aku ni) hidup sebagai manusia dewasa adalah amat rumit, lebih rumit daripada cerita Soffiya, lebih rumit daripada Sinetron indon suka jegil2 mata tu bersama effects bunyi yang macam berdebar-lah-sangat tu.

rumit di sini maksud aku bukanlah semudah yang kita jangka. life aint that easy. Kau kena manage duit kau, kau kena hidup dalam bermasyarakat, jaga hati orang, kau kena manage diri kau sendiri nak nak pulak kau perempuan.. kena pandai masak, kena start belajar macam mana nak jadi bini orang,.. ha tu belum masuk bab hubungan kau dengan Allah. semakin lama hidup, semakin banyak dosa ke, semakin banyak pahala?
oh ye, bab cukai, jodoh, bab politik yang kau tak nak masuk campur tapi kena tau jugak sikit pun,

tiba2 aku merasakan

URGGGGGHHH. susahnya jadi orang besarrrr. i mean orang dewasa.

dah tak boleh main2. tak boleh nak huhahuha sangat. kena focus masa depan. kenapa aku bercakap macam perdana menteri sekarang ni? ye sebab aku risau.

aku taknak nanti kahwin, aku bersama anak2 dan laki aku masuk bersamamu, taknak anak2 aku masuk buletin utama sebab buat sex dalam kereta, taknak anak aku masuk idola kecil, minta dijauhkan.  aku kena plan dari sekarang.

now aku rasa macam nak sekolah balik, macam lebih sanggup korek katak keluar daripada menempuh liku2 mendatang, yeah again aku cakap macam perdana menteri.

ktuje nota sedar diri 30 peratus dari aku. kbai