Sunday, December 30, 2012

Sejuta Penghargaan Kepada Seluruh Surirumah

Kata orang, kita takkan faham selagi kita sendiri tak lalui perkara itu yang sebenar. Betul lah itu. Semenjak aku cuti semester ini, dah semenjak rasa diri ini dah nak tua aku rajinkan lah tulang-tulang aku buat kerja rumah. Dulu aku tak rajin pun habaq hang, pemalas ya Rabbi, tidur, online, duduk bilik, merap mak nak makan macam-macam, sapu sampah pun ala kadar, sidai kain dah membebel. Tapi menyedari diri ini yang dah tak berapa nak muda, macam ni ke aku nak jadi bini oghang nanti? blerghh. Boleh dikatakan cuti kali ini 80% kerja rumah jatuh di atas bahu aku. HA. AMBEK.


the cutest housewife of all! anyyoyoyoyo


Mula-mula tak sampai 5 hari aku dah rasa 'urgh penat gila tidur tak cukup" (ceceh) namun aku percaya alah bisa tegal biasa. pftt.

Bangun pagi subuh, lepas subuh kena gather semua baju kotor, make sure semua clear, letak dalam bakul, masuk dalam machine, tekan-tekan, (nasib la sekaghang ada machine, orang dulu-dulu kena sental manual, aku taktaula macam mana derita orang dulu-dulu) . Kemas bilik, sapu sampah, cuci kipas, mop lantai, kemas-kemas, lap tv, cuci kipas depan pulak, tepuk2 sofa, sapu seluruh rumah, masa ni dah fikir-fikir nak masak apa tengah hari karang.



Pukul 11 ke atas, readykan ayam, ikan, tenung ikan tu tanya dia sudi dimasak apa. Sebab tempoyak berbalang-balang, seminggu tu 3-4 kali orang kat rumah aku makan tempoyak, hari ni ikan tempoyak, lusa ayam pulak. HAHAHAHAHA. Lepas tu ikan goreng, kalau rajin aku buatlah ikan masak sambal, kalau pemalas syaitonirrojim malas nak bergaduh dengan ikan goreng letup letup, aku bakar je ikan tu, buat air asam, paling senang buat singgang, campak setengah jam siap lepas tu aku kodek-kodek kaki. Banyak la kau aku nak kodek kaki, lepas tu kena kemaskan dapur kalau tak mak aku bising, cuci dapur, lap lap sampai kilat, cuci pinggan bekas-bekas kunyit, part ni kalau cuaca panas, kau kena sedih sikitlah kat dapur. Pesen aku tak suka dengar mak bebel, nanti aku jadi moody..jadi aku akan buat sebelum mak cakap, ayat mak aku selalu cenggini

 "adik.........., tolongla buat elok2, nanti orang minang tengok dapur orang balik terus baru tau" ha yeke..kenapa pulak orang nak check dapur kan, "sebabnya bersih dapur bersihlah pemakanan, dan cara orang tu kendalikan semua benda, benda nak masuk perut takkan yang kotor" ohhhh.




Kain dah siap, sidai kain..rasa macam Cinderella pulak. Dah almost semua clear. Masuk bilik tak lama perform zohor, lepas tu kau rehat-rehat tiba-tiba lepas rehat kau tengok sinki penuh balik pinggan, ok basuh le. Hey aku berkira okay!


Kain dah kering, ambik jemuran, lipat sambil tengok drama.

Jadi, aku nak buat penghargaan kepada seluruh suri rumah termasuk juga emak aku, aku kagum tahu, tu yang bekerja balik nak settle semua benda ni lagi, nak layan anak nangis lagi, suami lagi, fuhhh. Power power. Engko jangan ingat "ala surirumah JE" penat tahu, kalau kat office tu penat otak, tapi bontot kat kerusi je, surirumah penat tenaga, tu tak termasuk kalau suri rumah tu senggugut ke, sakit perut ke, migraine ke. Double penat tahu.  Silalah hargai each other. :)

Kau ingat senang ke?
Aku dah baca ni banyak kat twitter, jadi aku taktau nak retweet siapa. Bunyinya macam ni "perempuan belajar tinggi mana pun ke dapur jugak, tapi pendidikan dia tu menentukan besar mana dapur dia" so u think.

Gotta go. xoxoxo. bye.


Wednesday, December 26, 2012

Kita selalu tanya "kenapa"

Blog ini masih di tahap hina sebab aku edit-edit lepas tu gelabah tak lawa. Tengokla aku rajin aku buat elok-elok. :)


Kecil-kecil dulu, bila mak larang kita mesti nak tanya 'kenapa? " bila mak jawab kita tanya balik.. "tapi kenapa?"


contoh, jangan kepit kuku tengah malam, nanti rezeki tak masuk
kita akan tanya "kenapa?"
kita akan dapat jawapan macam ni "sebab nanti rezeki tak masuklah. tak elok"
kita tanya balik "tapi kenapa? kenapa rezeki berkaitan dengan kuku? kenapa??"


kuku=rezeki?  ?????





ada lagi satu larangan orang tua, jangan sapu tengah malam, nanti rezeki tak masuk.
"hah? so kalau aku sape sampah tengah malam, longgokkan sampah tepi pintu, semua rezeki aku tepi pintu la ni? bergantung kepada size sampah, lebih besar sampah di waktu malam, lebih banyak rezeki anda"



tu masa kecik, banyak benda tak tahu. Bila mak bapak larang kita tanya why why why. Tapi dalam bantah-bantah kita, tak pernah kaji apa sebenar disebalik 'tahyul' yang mak bapak kita tak bagi sangat tu. 



Sebenarnya tak bagi kepit kuku tengah malam, takut jari kau terluka, sebab dulu-dulu pakai pelita minyak je, bukan lampu terang benderang malam-malam, pastu tak kose mak bapak kau nak layan kau kalau kau teriak sebab sakit jari yang kau kepit sendiri. Mak bapak banyak keje lain lah. hahaha.

 Kalau bab sapu tengah malam tu aku taktau sebab apa. Tapi aku rasa mungkin masa tu ada malaun tu suka sapu sampah tengah malam lepas tu bukak pintu nampak hantu, tak pun sapu sampah terkena adik sendiri baru nak meniarap lepas tu adik tu meninggal sebab habuk masuk dalam peparu, jadi orang tua buat larangan 'jangan menyapu malam-malam, nanti rezeki tak masuk" kenapa sering dikaitkan dengan 'rezeki tak masuk?" sebab orang tua kita dulu-dulu susah nokkkss. tak masuk rezeki tu ibarat sesuatu yang paling tidak dikehendaki.




Sebenarnya sama jugak dalam agama kita, tak boleh makan daging bahbi, tak boleh minum arak, tak boleh buat zina. Dah dilarang awal-awal. Mestilah ada sebabnya. Jangan le kau gatal nak buat jugak.


Memang la adat manusia kalau yang dilarang sangat tu lah nak dibuatnya, kalau boleh nak bagitau sekalian alam, post gambar tengah minum arak, bangga nya. Aku pun taktau nak cakap bangga ke banggang. Agama kita larang bukan saja-saja, tak bagi kau zina sebab taknak kau lahirkan anak entah sape-sape, dapat penyakit ke, anak takde bapak ke, macam mana kau nak sara anak kau kalau sekolah pun tak habis? Tak bagi kau minum arak sebab kandungan dia pun berbahaya, bila kau mabuk tak pasal-pasal kau buat silap yang kau tak sedar. Semuanya.. ada sebab.


Jadi, macam mak aku kata.. tak salah buat baik. Buat baik tu mudah. Ikut je. Kalau kau nak rompak rumah orang susah weh, kau kena plan betul-betul, kena cari pistol, senapang, parang, kena panjat pagar malam-malam padahal orang sedap tidur, tu tak termasuk perasaan nervous. Caih aku cakap macam pernah merompak. Kalau kau nak buat baik.. kau bentang sejadah, kau buat tahajud ke, doakan untuk mak bapak kau, dapat pahala. Lepas tu tidur lena.




Lepas tu another larangan yang Allah tak suka iaitu jangan mengumpat. Orang kata kalau mengumpat ibarat makan daging saudara sendiri, yup true, secara tak langsung bila kau mengumpat kalau kau perasanlah kan.. lagi mengumpat si A, lagi kau bencikan si A..tahap kebencian kau pada si A lepas kau mengumpat lebih tinggi daripada semalam before kau mengumpat dia. See... ada sebab kan? 

Sebab..
Kita manusia diberi pilihan untuk kebaikan atau keburukan, dosa pahala tak jatuh sedebuk depan kau. Selagi belum nampak.. belum sedar. 



Wednesday, November 14, 2012

Weirdo sesat di stesen LRT

Aku adalah sejenis manusia yang pelik. Aku boleh label diri aku weirdo sebelum orang lain label aku begitu. Ini kerana aku ada sedikit penyakit, which is aku akan buat kesalahan yang sama yang aku dah buat. Masalah ini aku perhatikan dari sekolah lagi, di mana waktu paper sejarah, aku sering keliru dengan jawapan yang nak sama-sama. Celaka punya jawapan bikin aku keliru.

contoh:
Yang mana satukah bukan adik beradik 5 Panglima dalam sejarah Melaka?
A) Hang Lekir
B) Hang Li po
C) Hang Lekiu

Aku akan keliru C or B.
Aku tanda C


Lepas tu result keluar, demi membantu guru sejarah aku marking, seperti biasa cikgu aku akan edarkan kertas OMR yang kami dah tanda, of course lah aku tak dapat aku punya, soalan dan jawapan dibincangkan. And yeah bumm! jawapan sebenar kepada soalan aku adalah B bukan C. Jadi aku akur dah hilang beberapa markah di situ, dan berjanji akan ingat jawapan sebenar soalan tadi.

And yet, bila datang soalan yang sama pada exam seterusnya,


Yang mana satukah bukan adik beradik 5 Panglima dalam sejarah Melaka?
A) Hang Lekir
B) Hang Li po
C) Hang Lekiu

Still lagi keliru, dan aku tanda C pada kertas OMR, dengan begitu yakin sekali, siap jampi serapah.
Ye, nampak tak masalah aku?




Kalau aku nak pergi beli perfume, ada 4 deretan botol yang sama, cuma code je yang lain bau pun lain, aku ambil botol 1, letak, ambil botol 2, letak, botol 1, letak, botol 3, letak, botol 1, letak. The same thing.



Penyakit dewasa versi kotaraya: salah naik train.
Aku cukup benci kalau naik train kena tukar-tukar, aku nervous,, gelabah, tak gemar, benci lah. Di jadikan satu hari betul betul aku tersalah train. Sepatutnya aku naik train menghala ke Sri Petaling sebab destinasi aku Bandar Tasik Selatan, tapi alangkah terkejut beruk bila announcer tu sebut "Miharja.. Miharja" aku dah gelabah, tapi gelabah aku tu aku cover dengan muka macam dah biasa travel sorang dan tak pernah sesat.. aku turun dekat hujung stesen sekali which is Ampang, aku ambil masa begitu lama untuk tenangkan diri dan buat muka cool. pftt. Turun di Ampang call mintak bantuan, kena gelak, cilaka.



Patah balik, okay kena tukar dekat stesen Chan Sow Lin, dalam 10 minit, sampai. Okay announcer cakap dekat platform 2A, okay ready, hati dah berbunga tak sabar nak sampai. Train sampai, naik lagi. Ding ding ding "Train ini ke Ampang" Daaamn! silap lagi.
 Okay turun dekatMiharja. Tukar side, patah balik Chan Sow Lin, okay lepas ni tengok betul-betul.
hmm. Sampai, keliru. Pusing keliling. Takde rujukan jalan, okay. Tanya pakcik.

"pakcik nak tanya, kalau nak pergi Bandar Tasik Selatan platform mana ye?"

"sini lah..lepas ni"

"oh okay, terima kasih"



Aku tunggu sambil mengenang nasib apakah aku ini, tapi aku buat muka terer travel sorang. Tak lama, train sampai.. naik. okay happy tapi nervous sikit. "Stesen seterusnya Miharja" WHAT THEEE! Aku rasa nak marah je dekat announcer tu yang mumbling macam takde gigi, yang kau rasa "ha, apa?" tapi aku tengok orang dalam LRT tu takde stress macam aku pun, lek lek cool cool der der je..Mesti korang ingat kali ni aku berhenti dekat Miharja jugak kan? takkk salah. hahaha aku berhenti jauh sikit sebab malu dekat akak cleaner Miharja, aku nak jumpa akak cleaner Maluri pulak =.=,




Okay, kali ni lama sikit tunggu aku tak pasti kenapa. Call kawan dan separuh sebak rasa nak mengamuk dekat stesen tu pastu paksa sape-sape ambil daku yang begitu pathetic ini.
Namun aku gagahkan jua, aku nak tau kenapa aku salah even dah diberitahu mustahil pakcik yang begitu naif menipu aku, dan dekat situ hanya ada 2sides untuk train lalu.. kiri dan kanan, 1A dan 2A. Okay we'll see. Ada kawan cadangkan aku naik sampai Masjid Jamek, which is aku lagi gelabah untuk hadap. Tapi okay aku pertimbangkan.




DRINGG, aku naik dan dalam kepala masa ni nak berhenti dekat mana, Masjid Jamek yang aku tak pernah terbayang macam mana rupa, atau still Chan Show Lin? Dalam otak aku macam ada satu perlawanan bola antaraMasjid Jamek VS Chan Sow Lin yang aku tak boleh duga siapa memberi nasib baik kepadaku.




Aku hanya ada dalam 5 minit nak buat keputusan, akhirnya aku pilih untuk turun di Chan Sow Lin untuk tengok apa yang aku salah, tak puas hati, aku taknak kesalahan aku tinggal misteri dan aku cuba kesalahan baru dia Jamek begitu saja. Tak boleh. ok dah peluh.





Aku tengok sekeliling, train sampai dan dua perempuan yang turun bersama aku tadi tak naik train tu. Tengok betul-betul. THERE! di kepala LRT ada tulis "AMPANG" aku dah naik yang tu 3X dengan bodohnya. means aku kena tunggu yang ada tulis "SRI PETALING" dekat kepala LRT. (rujuk rajah di atas)



masuk, "Cheras" fuhhh legaaaa...... dah laluan yang betul. :)

Pengajaran, jangan takut berbuat salah atau terbuat salah asalkan kau belajar dari kesilapan..



Sebenarnya aku bukan weirdo untuk buat kesalahan yang sama, tapi aku weirdo sebab aku takut berbuat kesalahan dan aku tak ambil port kesalahan aku tu yang menyebabkan aku berbuat kesalahan yang sama tanpa aku sedar, finally aku sesat!



Pengalaman mengajar, kau pegi sekolah pun tak sama ilmu macam pengalaman yang kau dapat. Kau mungkin hafal teori satu buku tebal cara-cara bedah katak, tapi takkan faham macam mana bau, geli, texture, semasa kau betul-betul membedah katak.

Begitulah contohnya. jangan takut berbuat silap, janji kau spot salah kau dan tak buat lagi. Hidup ini sekali, belajar okay?


Hidup kita bukan dan takkan selalu selesa, kau mungkin ego nak naik kereta sepanjang masa, atau bayar ERL rm9.50 utnuk selesa, sometimes kena belajar sedikit atau lebih jauh untuk kau tak gentar jika sekali kau buat silap.



budak ni, kalau terjumpa kat mana2 stesen lrt jangan la pandang dia pelik, dia memang macam tu.

so, weirdo plus bimbo!


Aku nak master benda ni, even ada 10percent serik.


wish me luck 

Sunday, November 4, 2012

Setitik DOT.

2 hari lepas aku nak berus towel di lantai toilet, aku berus berus dan berus sambil teringat lagu snow white waktu kura-kura jadi papan lapik basuh kain ketawa kerana geli, well kajian menyatakan membuat kerja yang bosan sambil berangan boleh mengurangkan rasa bosan secara saikologi nya. Waktu ni kan ada Snow White nyayi-nyayi, aku berangan lagu tu lah. hahahaha. ehemm


how cute!


Back to the story, so lepas aku dok gosok side kiri, aku masuk side kanan, aku gosok side kiri lagi aku perasan awatlah tak bersih pun, tangan aku macam dah besar sebelah dah kot dok menonyoh sambil memaki, padahal awal tadi kemain sedap aku nyayi je.

Rupanya jengjengjeng, lantai toilet tu itself tak bersih.

Pummmm! aku teringat kawan rapat aku pernah tanya soalan ni
"apa pendapat u, nak study tapi curi buku dekat library, nak sembahyang tapi curi telekung?"
and aku pun tanya balik 
"its like Robin Hood concept isnt it?"
"yes"


Dia macam kau buat benda jahat untuk benda kebaikan. hmmm.
Bila perkara ni jadi dekat aku, buat aku terfikir. Whatever we are doing, back to basic.. kalau basic nya dah tak betul toksah nak betulkan yang hujung, aku rasa semua tahu kalau seseorang muslim tu tak bersembahyang segala amalan dia yang lain pun tak dikira. Kalau lantai itself dah kotor, aku cuci towel tu makin kotor jadinya, so nak taknak aku kena berus lantai dulu sebelum aku berus kain di atasnya supaya aku dapat towel yang bersih dan lantai yang bersih. get it get it?

Macam buat rumah, kalau tiang pun sudah tidak kukuh, kalau rumah tu terbina sekali pun, mungkin tak lama, mungkin runtuh, mungkin tak seperti yang kau plan, maka berhujan panas lah kau dalam rumah yang tunggu masa nak roboh.


Kalau kau mencuri buku untuk exam, kau cemerlang exam, kau dapat kerja bagus, gaji kau beriban-riban, asasnya? buku tu kau curi, Pernah kau fikir berkat atau tidak hasil kau dapat tiap-tiap bulan?
Kalau curi telekung, fikir elok-elok kau nak buat benda yang Allah pandang, benda yang elok tapi asasnya kau mencuri.. hmm. tak malu ke?

Moralnya di sini, nak buat apa-apa haruslah fikir panjang, effects nya untuk kau dan generasi kau akan datang. please please please. Dah jadi darah daging, macam manalah kau nak cuci darah dagingmu semula???
Macam kes aku tadi, aku kena cuci lantai tu sebersihnya, siapa suruh pemalas sangat, now jadi satu kerja kena gandakan usaha cuci towel yang tak bersih-bersih tadi. Buang masa.

Kalau kau nak cakap pasal "nanti kan boleh taubat" hmm kalau kau dapat cari balik owner kedai buku tu, kalau dosa kau dengan Allah pun.. kalau umur kau masih mengizinkan, sebab kita tak tahu bila kita mati, umur kita hanya satu hari sebenarnya sebab kita taktau entah kejap lagi, esok lusa kita boleh buat kebaikan dan amalan.

Movie ni adalah satu teladan yang baik.
my boyfriend! no i mean bruce willis :)


ARGHHH I WRITE LIKE MOMMIES!

Sunday, October 21, 2012

What type of friend are you?

First and foremost, i have no idea if this sounds emotional to you, just few craps that i have in mind, and i dont type in mode of anger.


Pernah dengar kan "friends with benefits"? kalau omputih kata..maksud dia lebih kepada berada di katil ehem2 dengan kawan anda, tapi takde perasaan. Tapi, untuk aku benefit tu sendiri bermaksud "faedah/kebaikan" yes aku nak cakap pasal tu.



Kita menjadi rapat dengan seseorang tak kira jantina kerana mungkin kita selesa, seronok, atau terpaksa berkawan dengan orang tu. DULU, Pada aku, selagi orang tu okay dengan aku, aku okay dengan dia, aku jenis orang yang susah nak ditch kawan..aku memang pesen cepat annoying dengan polan polan, tapi once aku dah rapat nak ditch orang ni orang tu, even dia pernah tikam belakang ke, pernah buat tahik ke, pernah panggil aku bitch ke, aku tak reti nak buang dia macam tu je, dalam erti kata lain move on. Ye, sikap aku yang macam ni menyebabkan aku diambil kesempatan, few of these kinda friends datang dan pergi dalam hidup aku, aku tak payah kejar ke, cari jauh sebab memang datang dan pergi. ahahahah (kesat air mata)




Pada aku, kau nak ambil kesempatan macam mana pun, be my guest..sebab aku diam tak bermakna aku bodoh, aku buat taktau tak bermakna aku lurus terima je whatever, tapi mungkin sama ada orang jenis ini dah tak bermakna untuk ubah hidup aku atau memang aku anggap kawan tepi jalan je. Mungkin orang nampak aku tak berubah layan si polan2 dengan baik, tapi hati aku siapa tahu. sounds hipokrit kan? 




Well, belambak kawan di luar sana yang sekadar boleh pegang title "kenalan" dalam hidup kau di mana dia tak layak pegang title "kawan" apetah lagi "sahabat". Kenalan is like kawan yang kau ada dalam facebook friendlist tapi kau tak kenal pun, even tak pernah bertegur sepertinya NOBODY CARES..kawan dan sahabat lebih ambil berat, perlukan satu sama lain, sentiasa. 




Biar aku bagitahu, aku tak perlukan kawan yang selalu atau hanya tahu bermain peek-a-boo, atau CAKK! BAA! yang datang hanya untuk bermain di waktu aku senang lenang, atau yang tahu merengek bila dia susah  nak pinjam duit. Pergi mati.



Kalau nak hangout dengan aku, reply sms aku, pick up call aku punya susahgilababun tiba-tiba kau merengek nak jumpa, and start rajin sms sebab nak sesuatu dari aku, pergi mati.



Jangan datang pada aku untuk buang selumbar di kaki kau, atau kemucuk di hujung seluar yang menghalang jalan kau, dan lepas tu kau sepak, dan pergi dongak bongkak tegak leher mendabik dada. Lupa diri

Aku tak mintak pun kau dewakan aku as kawan kau, tapi bila kau cari aku waktu susah kau, mintak maaf banyak-banyak. Aku tak mampu deal dengan orang begini lagi.

dasar manusia. kalau pada Allah pun boleh lupa, inikan sesama manusia.

under my umbrella eh eh eh eh eh




Friday, September 14, 2012

Cara-cara nak mengelak Mamat Legam (For Ladies)

Kehadapan rakan-rakan perempuan sekalian, sebenarnya aku baru teringat nak share beberapa cara untuk kau orang avoid orang yang menakutkan, ianya takdela 100% aku claim selamat. Tapi insyaAllahtak encourage situasi kau orang dengan stranger yang tak dikenali tu kepada keadaan yang kau orang taknak.

Sebenarnya, aku merujuk banyak kepada Awang Hitam, tapi aku tak suka guna term tu sebab aku bayangkan burung gagak pandai bercakap lepas tu jahat. Lalu aku suka guna Mamat Legam yang aku syak kalau google translate pun tak jumpa HAHAHAHA, jadi tiada istilah racist di situ yang akan menimbulkan perbalahan. yay!

Sebenarnya kan, aku dan beberapa kawan rapat dekat sini tiadalah hot, kau jangan ingat kalau diorang ngorat kau tu bermakna kau hot sebab kau dingorat oleh foreigner. FOREIGNER weh! Ala, kita pun kalau dekat negara orang kira jadi foreigner, takde apa-apa pun yang best pasal diri kita. ye dak? I mean, semua orang boleh jadi foreigner, takde apa yang nak dijakunkan.

Diorang ni, kau hot ke, tak hot ke diorang belasah je.. lagi-lagi yang ada misi datang ke tempat belajar kau, atau yang kau jumpa dekat mall tepi jalan, or terserempak dalam lif. Aku tiadalah anti dengan diorang ni, ada je yang baik dan berkawan dengan ikhlas, tapi apa yang aku perasan, kebanyakkan main-main dan ambil kesempatan. Kalau ada 50 orang Mamat Legam, hanya ada 1 je kot yang betul-betul baik. Seriously.
Diorang datang bukan dari satu tempat, ada yang islam, ada yang islam pun tak boleh pakai, ada yang betul-betul baik jenis tak gatal pun, tapi hmm susah sikit nak jumpa, kau takyah susah-susah cari lah kay.

Tengok pendahuluan dah 4 perenggan.



JANGAN PANDANG
Kalau dah terpandang sekali, okay STOP. Jangan start eye contact, i see you, u see me. NOT! please pandang tempat lain, lagi bagus pandang bawah, kalau nak pandang depan make sure muka korang masam betul macam kena senggugut, haih selalu guna alasan marah boyfriend sebab PMS kan... aplikasi la kat sini.
Sebab apa, berdasarkan pengalaman, once kau start i see you, you see me FIRSTLY, dia akan tanya "hey, how are you?" dan kau akan jawab "fine, thanks" selepas tu akan ada conversation lelaki jahat versi gentleman "what are you studying, how old are you bla bla" dah conversation hari itu macam indah dan penuh dengan gelak tawa, katakan masa tu dalam bus bila dah sampai destinasi nak split apa kau nak buat kalau si Mamat Legam mintak phone number?Secara psychology nya, kau tak pandang dia segan sikit nak start pape, walaupun diorang ni memang tak tahu segan.



JANGAN BERI PERSONAL CONTACT
Alamat rumah, tunjuk rumah kat mana, phone number, toksah gedik ah nak bagi. Kau nak ke malam-malam dia mabuk ketuk pintu rumah kau dan ragut benda yang paling berharga dalam diri kau, tolonglah jijik sikit.
Kalau dia bagi phone number dia, kau buat-buat je la save, tak pun memang kau save, tapi jangan la pegi miscall, kalau dia suruh call untuk dia dapat number kau masa tu, cakap kredit takde. Nanti-nanti kau call.
Kalau yang tahan kau tak bagi keluar lif sebab nak phone number kau (kes aku), kau randomly bagi phone number sape-sape dalam phone list kau yang memang tak guna dia mesti call kan? kau cakap la phone tak cas ke etc, bukan apa masa dia tak bagi keluar lif, dia tahan kau tak bagi keluar aku cakap masa tu muka kau macam takde darah dah tau, lagi sakit dalam lif tu kau sorang je tinggal. Otak kena cepat compute sikit nak selamatkan diri.




SAY, IM RUSHING.

Let say ditakdirkan kau terjumpa lagi si Legam yang sama even kau nampak semua sama tapi one day this legam cakap "hey,,.. you promise me to give me your phone number ha?" kau cakap je "sorry2.. im rushing bye" pastu kau lari la.. kena la tunjuk dengan real.












PHONE!
Let say, kau termasuk dalam lif yang ada geng ni, kau syak dia asyik pandang-pandang kau, jadi kau rasa kalau kau terbagi eye contact pun mesti dia  start perbualan kan, keluarkan henfon, pergi telefon orang yang memang akan angkat telefon, kawan baik, mak, abang, boyfriend, bff, cakap  kat diorang kau call sebab nak selamatkan diri je, tapi expression kau kena control sikit, kau kena buat gelak-gelak happy, jangan cakap perkataan yang kau agak diorang akan faham. Kalau diorang tak angkat atau kau takde kredit la kan, kau buat-buat la cakap dengan sape-sape, buat-buat je. Janji kau selamat. Psychology nya, orang takkan kacau kita tengah calling kan, lagi-lagi kalau kau cakap melayu kuat-kuat dalam tu macam tak kisah kehadiran diorang.




TIPU

Please menipu, tipu course kau, tipu faculty kau apa, tipu umur kau, tipu nama pun boleh. Tak perlu kau bagitau semua betul, bukan untung apa-apa pun.












Diorang gatal tahu. Kuat clubbing, DAN diorang suka pancing perempuan melayu dengan duit. Yes, siapa tak suka duit, dan diorang ni banyak duit. hidup mewah. banyak agenda diorang datang sini.

1.Buat duit palsu
2.Dadah
3.Jual anak dara jadi tak dara


Bila kau dah baik dengan dia, dia ajak datang rumah. ATAU, kalau dia perasan kau liat sikit, diorang swap sikit je black soap kat kau, terus kau terpedaya.Apa black soap? aku dibagitau, black soap adalah sejenis sabun yang berwarna hitam berbentuk sabun buku, tapi dah dijampi/spell, once kau kena kau nak ikut cakap dia je, kau rasa dia lah paling hensem dalam dunia lagi hensem daripada Owen. Aku tak pasti kesahihan sabun ni, tapi pakcik taxi pesan kat aku macam tu, anyhow tak salah lebih berhati-hati kan?

Diorang akan bagi kau macam-macam kau nak, handphone, duit blabla, sampai kau lentok kat dia, tapi one day  dia akan suruh kau jadi keldai dadah, tolong dia hantar duit palsu dan ugut benda-benda yang dia dah bagi dekat kau. Masa tu baru kau tau love ke lust. Mula-mula dia memang baik, tapi lepas tu kau kena balik, takde siapa buat baik tiba-tiba for FREE girls.

Kau jangan ingat kau pakai tudung kau terselamat, TAK. Macam aku cakap tadi, diorang tak kisah pun kau hot ke tak, lagi best kalau kau nampak naive je, muka baik-baik je. Jadi lebih baik jangan start langsung even any HI dengan puak ni.



tak pun kau cakap je macam pakcik ni.


hey! im serious. 

Ini just a share. Take care my dearies! love love.







Tuesday, September 4, 2012

Perkara annoying di dalam panggung

Hari tu kan, aku masuk kelas. Super annoying bila aku lambat, time aku awal tercongok tu takde pulak kelas nak start awal kan. Masuk-masuk, lecturer point kawan aku tapi sebut nama aku, apekah?
 "are you siti sarah?"
-no i am siti sarah"

rasa macam dalam movie omputih bila sebut I AM ...... bangga siot.

Okay kelas diteruskan sejurus kehadiran aku dan teman baikku. Dalam kelas fun sebab keliling orang yang rapat dengan kau dan pandai buat kelakar, Oleh kerana aku ni gemar ketawa tak hingat makanya aku ketawalah, cuma volume tu aku control sikit sebab kalau tak control mau kena baling dengan marker. Tengah sedap-sedap ketawa eh eh dengar lecturer panggil nama aku, "ure so unlucky that i know your name"

okay this is not good.

"tell me whats the different between these two?"
..u mean the general topic and specific topic?
"yes"
ummm... general topic is #@$%$#%$#^%FGFTRRY& ^$%^%$^ , and specific topic is $#$%$#%$DFGDFGFGDGDFGDGDF.

Satu kelas diam. Aku rasa macam bunyi cengkerik berleluasa bersama unggas-unggas hutan. krit krit

aku tak tau apa aku meraban, yang aku rasa macam aku cakap Mandarin yang aku sendiri tak faham.

Moralnya, jangan berborak dalam kelas,  nak suka ria kat luar. (pegang rotan)

_________________________________________________________________________



Back to tajuk atas, 

Aku seorang manusia yang paling senang berasa annoying, tak kira di mana, orang manja dengan aku pun aku pegi marah. Termasuklah pamggung wayang yang aku paling sensitive.

Carta ke #6 terannoying :Budak kecik

Pasti ramai rasa nak balun aku sebab aku letak budak kecik, budak kecik sangat innocent maaaan, tak salah apa-apa. Ye, tapi kalau kau tengok Transformers lepas tu kau dengar baby menangis-nangis tapi parents dia just shuuhh shuuut diam diam, aku tak boleh la budak nangis-nangis aku rasa nak pegi dukung, sebab tu anak sedara aku umur 5 tahun pun aku dukung lagi kalau nangis, patah pinggang mak nyah, tapi takpe asalkan dia senyap. To parents, tolong bawak keluar, orang lain nak enjoy movie. ENJOYYY.  Silalah tunggu dvd blue ray 2bulan kemudian pasang dekat lcd rumah kau orang.


Carta ke #5: Salah seat

kes pertama. Ini pun aku hangin, 3 kali aku kena macam ni tengah sedap-sedap cerita dah nak habis, ada couple datang claim kerusi yang aku duduk tu kerusi dia. Apekah...? cek balik tiket. Oh kau salah hall. Okay aku dah tertinggal beberapa point penting movie yang aku tengok ni, now siapa nak cerita kat aku apa terjadi? abang tiket wayang? abang jual pop corn? ha? cek betul-betul sebelum anda malu sendiri

kes kedua. Dia main duduk je seat mana-mana. Lepas tu seat tu orang lain punya. Tak ke menyusahkan? kau dah beli tiket tu kau duduk la tempat yang kau dah pilih, kau saja-saja duduk kerusi orang apesal? ingat ini rumah ka?

Carta ke #4:Couple
Ha, ini pun aku menyampah. bisik crittt crittt bunyi, aku taktau la kau orang buat apa, tapi tolonglah behave jangan tau nak buat movie sendiri je, get a room.

Carta ke #3: Bising
Mesti kau pernah satu hall dengan geng-geng hall ku rumahku justeru syurgaku jua, kan?
Ha geng ni aku sakit hati sikit, dia tengok movie tu macam dia dekat rumah. Bising gila, orang lain dah shuut shuuuut bagi isyarat tak gemar akan kebisingan itu, tapi buat dekkk je sebab dia rasa dia ramai. Hello i pun bayar nak tengok movie ni ookkayy?

Carta ke #2: Kaki gedik
Aku taktau la orang yang suka gedik kaki ni memang parkinsons ke ape benda. Terasa tak? kau nak gedik aku tak kisah kalau bukan dalam panggung, tapi dalam panggung punya cerita tolong la. Sebab kerusi dalam panggung tu tu ber-LINK. ber apa? LINK. satu gerak, kiri kanan terasa. Kau rasa best tak tengok movie lepas tu kepala kau bergoyang-goyang padahal kau tak beli effect 3d sampai ke kerusi pun. Tiba-tiba kau pening kepala pasal orang sebelah gedik-gedik kaki, rasa nak kerat je kaki. Kaki kau nak menjahit sekali pun, tolonglah lepas habis movie.

LINK.
bayangkan kalau orang tengah-tengah gedik kaki 120km sejam?

Kes kedua, orang belakang sepak-sepak orang depan. Aku taktaula kaki kau berapa depa kannn.. tapi tolonglah..tolonglah hormat, orang depan tu ada kepala, kau guna kaki kau untuk main-main kepala dia, kau ingat orang tu patung gedik-gedik hawai tu ke? please respect.

Aku memang saja bayar tiket untuk pening kepala...hellooooo.


Carta #1: Kaki berbau

Okay, perluke jelaskan lagi? sense hidung boleh effect mental yang focus menonton tahu? justeru boleh menghentikan ransangan serebelum untuk  mentafsir maklumat sampai ke otak, dah jika otak jammed, maka seseorang itu boleh terkena strok dengan bau kaki anda.

Saya memang bayar tiket sebab nak bau stokin awak. helllooooo.

kbai! (lambat miss universe)

Saturday, September 1, 2012

Sesi mengadu domba Kak Nam

Ehemm. Aku baru ingat aku ada blog, tu pun sebab ada kawan ingatkan malam tadi, bukak balik blog sebab  lupa last entry menatang padia, aku syak faktor umur buatkan aku tak berapa tentu arah seminggu dua ni lepas raya ni, tak pun sebab makan lemang banyak benor, biasalah raya mana ada sedar diri sangat. Senang hati selalu.. rasa menyesal makan banyak tu selalu nya lepas makan, tak datang sebelum makan. Padan muka aku kena work out balik.


Jadi kak nam nak ambil kesempatan atas kewujudan blog ini untuk mengadu domba, kui kui. PUI. oh ye, adakah kamu, kamu dan kamu ingat lagi kisah penjual mintak dimaki pada entry ini? ceritanya tak berakhir di situ saja yewwww. nonono (buat gaya jari azwana alia)

Tiba-tiba cerita aku ni jadi berepisod le pulak, tapi jangan risau ianya tak semacam sinetron bawang putih bawang merah rika sumanto tatap mata saya. Beberapa hari sebelum raya, mak call aku.. biasalah mak call hari-hari tapi ke-call-an kali ini bukan membawa berita indah tapi memberitahu kegusaran di hati atas bil yang tidak diketahui sampai ke rumah. okay nilai yang tertera pada bill tu adalah rm100+.






Yezzzza, walaupun aku agak perkara ini akan terjadi, tapi tidaklah aku agak aku ditipu dengan begitu jahil. Disebalik rupa parasku yang tak berapa cerdik barangkali memang kaw kaw aku rasa kena tipu. 


Hangin la sape tak hangin, aku tak guna haram satu sen pun. Buka plastik pun idok, apesai teman kena bayo tetiba? okay diorang claim Premier monthly fee blabla. The thing is, ive never ever used it at all bro, inikan pulak nak activate. Celah mana kau nak kutip yuran bulanan? ha? ha? premier sangaaaaat.

(simkad yang masih suci belum dinodai)


Secara sedar yang memang patut sedar, memang aku tahulah apa-apa pun salah aku sebab, 
1st. aku dah sign
2nd.aku dah sign
3rd. aku dah sign woiii


yang aku pegi sign tu apesal?

In case kalau aku bawak satu kampung rombongan nak maki hamun celcom pasal bill ni pun memang aku kena jentik je tak pasal-pasal sebab aku vuduhyanakmampus pegi sign.


Oh ye, bila balik kampung aku ada jugak jeling-jeling kot kot nampak orang yang pekena aku tu ada kat klsentral tu, haram nan hado. Kalau aku pun dah menipu orang takkan aku nak duduk tempat yang sama lagi, nak kena balun ke? yedok? tapi teman ni idok le jahat ghoper itu. Miker tu menjuai, janganle kabo lain daripada hakikatnye..teman tu cari rezeki yop nak jadi darah daging sampai ke zuriat.


Oh ye kawan-kawan.
apa-apa sila bacaterms and condition, ataupun terma dah syarat dalam bahasa melayunya. wahh gitu. kalau kena tipu pun tak la rasa dungu macam aku ni ha. hahahaha gelak nak nangis. Law orang berniaga ni memang selalunya menang, well meniaga sape nak rugi babe? tapi agak-agak la bro.

Okay, tu saja. nanti aku nak pergi terminate sah-sah aku kena bayar rm100+ secara buta tuli, macam tu je bagi duit kat orang. 
BYEE.


Sunday, July 29, 2012

"Saya bukan nak jual punya kak"-Peniaga Annoying

:)

Kadang-kadang, kita faham peniaga-peniaga ni mencari rezeki, Ye kita semua faham jangan risau. Sebab tu skirt cream RM60 tak sampai hati nak mintak kurangkan sampai jadi RM55 pun. See kita ni hidup bertimbang rasa antara satu sama lain. Kena faham tu.


Peniaga makanan

Beberapa hari terdekat ni, aku dengan puan Emak selalu jugakla ke bazaar, kadang-kadang aku ni kena tipu jugak dek tengok makanan tu macam sedap tapi beli puihh tak sedap langsung, tapi aku tak blame akak tu sebab aku anggap dia berpuasa. Tapi macam mana kuih yang dah basi? dah masam? hangin la jugak aku. Macam ni, konsep membeli adalah konsep win-win situation. Awak tak boleh nak kaut untung dengan jual kuih muih basi yang awak jual semalam tak habis, tak baik macam tu. Ini kerana orang bayar awak sejumlah wang dan menaruh harapan yang tinggi pada kuih itu. Tu belum masuk bab jual air tembikai letak air sirap banyak daripada tembikai, saya nak air tembikai bukan sirap. Rugi sangat ke kalau letak seperti sepatutnya? Well, i wish korang cepat2 lah kaya.



Beggar

Kenapa nak letak beggar dalam ketegeri peniaga? tak. ni beggar yang datang kat meja makan tu. Aku panggil beggar. Pernah tak kau duduk sedap melahap double cheese burger dengan kawan kau, tiba-tiba abang jual perfume datang. Mula-mula dia akan cakap macam ni
"hai, assalamualaikum adik, adik student ke, kerja? jangan risau abang bukan nak jual, abang nak cerita je, ni ha ada perfume, biasanya harga RM300 lebih tapi yang ni adik teka berapa?.. salaaah.. abang bagi rm50 je. Yang ini ori, wangi, cuba bau, dah ramai orang beli ni, (tunjuk beg dalam tu tinggal 2botol je) blablabla, nanti kita akan ada pameran dekat MidValley, Pavilion, dengan KLCC pada (tarikh sekian sekian)--(dengan kelajuan satu nafas)

1st. Ada satu butik yang dia sebut tu, aku perasan butik tu takde dekat Pavilion, jadi aku cakap "eh butik ni ada ke dekat Pavi, macam tak penah nampak je" dia cakap -eh, bukan dekat butik dia, maksud saya dekat perkarangan tu.

2nd. Tadi cakap taknak jual pun kan? nak cerita je kan? ni apa ni?

Seriously, aku menyampah. Sorry pada yang bekenaan, aku faham korang nak cari rezeki sesuap nasi, tapi aku ni pun tengah makan nasi..kalau aku bagi isyarat taknak layan, silalah faham. Some people need their privacies. Kalau laki bini tengah gaduh kat meja makan rebut sambal petola tak ke haru kau pegi kacau sibuk nak jual perfume? Please. Respect jangan selfish.



Peniaga datang rumah
Pada zaman dahulu kala, banyak peniaga kaya raya jenis ini lepas melepak di rumah aku, ini kerana mak aku sangat begitu kasihankan diorang dengan titik2 peluh meleleh sambil jual minyak angin, yeah minyak angin melambak dekat rumah aku, sekarang pun tak habis lagi, kalau tak minyak angin, kain batik, baju kain pasang, blabla, tapi aku takde nak marah sangat sebab makcik pakcik yang jual, rasa kasihan kat mereka. Tapi, dalam 2-3tahun terbaru ini, aku mendapati bukan peniaga kain2, minyak2 yang suka datang ke kawasan rumah kami, tapi anak-anak muda yang menjual filter air, kepala gas secara berkumpulan dan mereka terlatih untuk saiko orang.

Ehemmm.
Situasi pertama

Selalunya ayat dia macam ni
"Assalamaualaikum makcik, apa khabar ye makcik? rumah makcik ada filter air tak? kalau ada,, boleh kami masuk, nak tengok je bukan nak jual, kalau kotor kami bersihkan'
Korang aka buat silap kalau bagi diorang ni masuk, diorang akan cakap macam ni pulak
"hm ini kena tukar dah makcik, dah lama ni, tak elok batu2 ni nanti dapat batu karang, batu ni makcik sebenarnya batu daripada tulang babi, (Astaghfirullah) . Makcik tukar dengan kitorang je, makcik tambah duit sikit je. Jadi mak aku terpedaya.

Langkah seterusnya, diorang cabut filter yang ada tu, and tanpa kata putus mak aku, diorang pasang yang baru punya filter yang kononnya, lebih bagus. Padahal tahun lepas datang dah cakap previous punya tu gila bagus dah. Tak pasal2 mak aku kena tambah RM2000+.
Dan mereka pulang dengan suka hati.

Situasi kedua

Ini terjadi dekat jiran depan aku, penjual ni bertafakur depan rumah makcik tu suruh bukak pintu tau, dia punya ronda keliling rumah makcik tu sampai makcik tu buka bagi masuk rumah, peniaga ni nak tengok kepala n saluran gas, masa masuk tu dia patah2kan saluran gas tu, pastu dia kata "takleh pakai dah makcik bahaya" well kalau kau dah patah2kan memang la takleh pakai dah. cerdik enough? lepas tu makcik tu kena bayar rm300 untuk kepala gas n saluran gas yang baru.


Peniaga di jalanan

Tak sampai seminggu baru ni, aku bergegas nak balik kampung. Ada seorang ni tahan aku, dia cakap bukan nak jual punye, saja mahu tulis nama, bila aku cakap aku rushing, dia kata sekejap saja, lepas aku tulis nama,  ada satu column tu dia suruh tulis berapa candy aku nak beli dari dia. So aku cakap "TAKNAK" aku blah. tak sampai 10tapak ke depan, ada sorang mamat bagi aku free simkad. "Kakak ambik kakak, free saja saya kasi, saya bagi ni betul." aku jeling cakap "sorry im rushing"  "ini sekejap saja, saya bagi ni, tak payah bayar." aku jeling dan terpegang kad tu sebab nak tengok apa benda. Rupanya celcom punya simkad, Aku cakap, aku dah ada celcom dia kata itu celcom lain, blablabla, lepas tu nak ic. Ok ini normal aku anggap, aku bagi and dia tulis nama aku, lepas tu.. dia merepek punyala lama padahal tadi cakap tak lama, pastu DANGGGG.. "now akak boleh bayar, ikut ikhlas akak, kalau akak nak bayak rm15 sekali pun kami terima, kami tak ambil komisen kak,.ikut terpulang kat akak"
aku cakap "eh tadi kata free"
dia cakap "ye, tapi ni ikut ikhlas akak"
aku yang dungu pun bagilah rm** .Sepanjang perjalanan aku fikir pasal tu, aku rasa kena tipu kawkaw, terkena jugak aku, aku cuba jugak ikhlaskan hati, tapi aku rasa macam tak ikhlas je, sebab bukan niat asal aku nak mengikhlaskan diri bagi peniaga wang macam tu.




Sebenarnya, semua benda ni saikologi yang diorang dah trainning sikit punya lama, sebab tu ayat sepesen je kak.Sampai kau rasa kau boleh pause diorang dan biar korang pulak cakap benda yang exactly sama macam diorang cakap. Ayat "bukan nak jual " ni aku rasa trend baru, sebab dia taknak orang lari. Tapi end up kena keluarkan duit jugak kan? keluar duit=beli.


SAY NO!

It's a good thing if u practise to say NO and be strict, kau ada 2 choices, pertama kau betul2 jadi strict dan express emosi kau cakap TAKNAK! sampai orang tu takut, kedua..kau buat muka emotionless langsung supaya diorang faham kau takde mood.

Ayat macam "im rushing, im busy" perlu datang dengan perbuatan macam mana yang kau cakap, kalau rushing kau betul2 la rushing, ni kau rushing tapi kau jalan slow2(aku la tu).

"Saya dah ada. tq" mandrem ini pun berguna jugak, aku dah try banyak kali jugak berjaya. Cuma situasi kat atas ni dungu sikit.

Please, jangan pandang muka peniaga tu, dan berlalu pergi buat tak dengar apa-apa.

Bukan aku ajar jadi kurang ajar, tapi supaya tak kena tipu buta-buta macam tu. Sedih tau.
So hati-hatilah, kalau keluar..jaga your belongings, kalau berseorangan jalan laju-laju. Jangan pandang muka peniaga yang langsung anda taknak layan.

Bagi avoid yang datang rumah tu, kalau happened nampak penjual tu ada sekitar kejiranan, pandai2la tutup tingkap, n pintu berlakon macam takde orang dekat rumah, jangan lupa kunci pintu sebab ada peniaga main redah je bukak pintu rumah orang dasar taktahu malu.

So take care. =)

Sunday, July 22, 2012

Cara-cara membuat Puding Mentega








hai hai. aku saja pos malam2 sebab nanti pos siang2 korang menyumpah aku sebab menimbulkan kekecuran dikalangan umat2 islam.
Aku suka share benda yang senang dimasak. ahahaha sebab aku kan pemalas. benda2 susah tak sesuai untuk orang spesis aku. Lagi satu masalah aku, aku masak tapi aku taktau tajuk resepi tu.. jadilah masalah di atas.

Bahan2 yang kita perlukan
-Agar2
-1 sudu mentega
-1cawan gula
-5putih telur(kalau telur kecik, kalau besar, 4 je dah)
-1 butir telur
-1 sudu kecil tepung custard/tepung jagung
-1 tin susu cair
-secubit garam
-Pewarna yang dibenarkan(feeling baca plastik keropok super ring)

Jadi, mula2 tentulah kita harus merebus agar, sukatan air untuk agar2 yang cantik adalah, kalau 1 paket agar2 korang guna, paket yang sama jugak korang sukat air, kiranya air dengan agar2 balance, nanti tiadalah keras sangat atau lembut sangat tuan hamba. Tapi akak aku bilang, sekarang agar2 dengan paket dia tak kolaborasi dgn baik, jadi aku bagi tau awal2.. puding ini harus lembut, jadi susu, dgn air harus lebih banyak dari agar2, tapi takmo la terlalu cair.




Sementara menunggu agar2 larut bersama2 air, haih malas la aku ayat formal.(emo tetibe)  Tool seterusnya yang korang perlu adalah Blender. Melainkan korang rajin mak gayah nak menimbuk. 
Sila blend susu cair, putih telur, dah sebutir telur,dan dan dan tepung jagung/custard, mentega. korang blend blend blend. Dah agak macam larut, n sebati semua tu. Aku guna planta je sebenarnya sebab aku malas nak pergi beli butter, semata2 untuk 1sudu butter. rasa macam tak berbaloi. Butter yang ada hari tu aku buat biskut habis. hahahaha. eh melalut pulak mak gayah ni.




Agar2 pun dah larut, masa untuk masukkan gula, dan sedikit garam. Kalau tak suka manis, kurangkan ler. Bila gula dah larut, kacau2, tuang mixture yang kita blend tadi. Tadaaa! Takyah nak tada sangat sebab tiada apa pun terjadi lagi.
Masak atas api kasi pekat sikit, kalau tak masak kang sakit perut pulok.


Selepas macam dah masak. Asingkan adunan ini kepada beberapa bahagian.
Mak gayah suka 3 warna sebab dalam prinsip design, jangan lebih daripada 3 warna nanti messy u olss. Nampak tak mak gayah nak aplikasikan benda yang dibelajar di campus kepada dunia realiti makanan? haaha



1. merah (sirap pun boleh tapi jangan banyak melampau nanti jadi puding sirap pulak)
2.original
3,coklat(serbuk koko-yang ni best nanti rasa pahit2 sikit mak gayah suka!)

Warna tak kisah, ikut kreativiti masing2. ahaha dah feeling masterchef. Tapi sebab kakak aku suka warna hijau, dia pengaruh aku letak warna hijau jugak, dah langgar prinsip design mak gayah.



Tuang yang ni, tuang yang tu, yang ni, ketuk2 bekas
Masukkan dalam fridge.



Ding!! kahkah. haip jangan gelakkan mak gayah.

Terbalikkan jadi macam ni.


Magic kan?

Bila potong macam ni




Selamat mencuba!

Aku taktau kenapa puding mentega, padahal mentega letak 1 sudu je. =.=

Saturday, July 7, 2012

Pelupa membuat tahi

Ludahlah ke dalam tempurung 
Tengok muka sendiri
Bukan aku peduli kau cantik atau tampan
Tapi aku ajak cermin diri

Bentak, teriak, parak
Semua salah orang
Diri sendiri terlupa
Lupa diri sendiri juga terhasil dari berudu kecil
Mati nanti dibenam tanah merah juga
Lupa

Tak payah nak bangsat sangat
Merajuk nak habis keringat
Apa pun tak dapat

Bila susah baru cerah mata
Kenal saudara mara
Nak mintak untuk tolong diri itu yang dah buta

Jangan ingat tahu susun jari setahun sekali
Tiket express kau ke syurga
Sekali mintak maaf, luruh dedaun dosa
Lepas tu buat lagi

Takkan sekali setahun je nak mintak maaf
Susun jari maaf dipohon
Masa tu air mata ingatkan khilaf
Sumpah kau moron.

Hari raya kedua, mengumpat lagi.
Dasar tahi.

Tuesday, July 3, 2012

Cara-Cara Membuat Popia Nestum untuk orang jakun seperti saya.

Hai bersama dengan saya hari ini si buntal, konon alter ego pandai memasak tapi tak pandai pun sebenarnya. hahahahahaha (tepuk bahu orang sebelah)

Hari tu, dekat pasar ada kakak tu provoke aku suruh beli kerepek dia, aku mana boleh orang jual2 pujuk aku, aku rasa bersalah kalau tak beli padahal lepas tu dalam wallet aku tinggal 2keping syiling lima puluh sen, sikit pun akak tu tak kisah. Oh apa dia tadi? kerepek. ha kerepek. Instinct aku terhadap makanan agak kuat, coughcoughcough  salunya aku membeli makanan sedap2, jarang aku tertipu beli makanan tak sedap. Well, hubungan aku dengan makanan satu ketika dulu boleh dikatakan amat akrab.

Aku bawak balik rumah, lepas tu akak ceramah cakap "alaa.. ini boleh buat sendiri, membazir je rm8"
Apa?? apa dia? boleh buat sendiri? macam mana benda sesusah ini orang boleh buat sendiri?

Lepas tu akak menBrief aku macam mana nak buat, membuatkan aku fikir betapa magicnya hidup ini.

Rupanya benda ni nama dia 
Popia Nestum.

Kejap, meh aku bagitau apa bahan2nya.
-Kulit popia
-Nestum
-Susu
-Gula
-Garam

Mula-mula sekali, kulit popia haruslah sedap2 je untuk korang lipat2. jangan terlalu sejuk,lembab, atau kering, eyh tak reti aku nak cerita.

ha. buat macam ni.

lepas tu lipat macam ini

Demikian itu, lipat dibahagian bucu, supaya masa nak gulung nanti takdelah kulit ni sibuk nak terbukak. nak lekatkan kulit to kulit, letak tepung gandum yang dah dibancuh pekat dengan air, (Ada orang letak telur tapi sebab berbau, aku pilih tepung) tak perlu gulung terlalu ketat/rapat sebab nanti dia tak rangup n inti dia tak masuk dalam popia.

 Selepas itu, ambil gunting. apa lagu kau gunting je.

Lepas tu goreng. phewww. tak perlu lama sangat, nanti hangit. Ada orang suka jemur atau simpan dalam peti dulu sebelum goreng sebab secara kimianya, bila kulit popia ni kering, dia akan serap kurang minyak semasa menggoreng berbanding masa lembab2 tu. nak kurus tak? (tibe2) dan orang itu adalah aku. ahaahaha

Pastu, ko goreng nestum, banyak mana tu terpulang banyak mana ko nak lah. tapi jangan goreng atau gedik sangat api nak kuat lepas tu berangan nak duet dengan bigbang then hangit nestum ko. (contoh seperti yang di atas tidak boleh dicontohi)

Kemudian(haih banyak benor penanda wacana), sila blend nestum, susu, gula sikit je dalam 1sudu macam tu,  susu tepung 4sudu, secubit garam.

Letak dalam bekas macam ini punya besar
Gaulkan, kalau pemalas macam aku, letak dalam tupperware pastu tutup goncang2. taraaaa! ini belakon je. hahahahahahha

Malas akak nak rotate nyah. Mine sedikit garing, remember i told ya not to fantasizing while cooking?

Kalau nak kulit popia tu lebih rangup krupkrapkrupkrap, potong kulit popia mcm kat atas ni, dan gulung macam biasa. Tapi lenguh sikit lah ketiak, sebab lipatan jadi berganda 4. phewww


Okay, now boleh makan kudap2 depan TV. Aku bajet benda ni calorie dia dalam 45cal 1piring. Jadi jangan nak happy sangat mengudap!




Tuesday, June 26, 2012

omongkosong buntal

Kakak si Buntal dalam cuti 7hari. Beliau duduk di rumah kadang2 macam cacing panas bontot, even buntal sendiri keliru bontot cacing tu dekat mana, sebab cacing ada ekor.

Jadi, semenjak 2hari kakak si buntal duduk di rumah, dia sering bertanyakan buntal "hang tak bosan ka dik.. kak bosan la" Buntal terdiam, sebab buntal nak cari di mana perkataan bosan.. sebab tak pernah bosan seumur hidup. Hidup buntal bukanlah terisi benor, tapi bosan tu macam mana? 

Kalau bosan, pergila tonton kaca television, walaupun buntal memang fasih dah hafal apa jenis iklan di astro prima, dan sebagainya, kemudian kalau agak2 nak bosan lagi online la, cari cerita yang dah lama nak tengok tapi terlupa je nak download sebab p1wimax macamtahikadangkadang.. ataupun busy sebab tengah2 nak download mak panggil tolong lipat kulit karipap. Selain daripada itu, waktu sekarang ini sebab buntal makan macam tak teratur, mak suka tau suap2 lepas tu tak dapat tahan nafsu pergi ambil pulut derian semangkuk penuh dengan bangga sambil tengok Nam Gyuri jadi hantu, lepas habis semangkuk baru teringat plan diet dan kata2 muhasabah diri seperti "mula2 memang seksa, tapi kena biasakan diri" tapi kata2 tu datang bila dah kenyang je. hahaha. lepas tu bersalah oleh sebab itu buntal mengambil langkah efesien lah sangat iaitu download video aerobic dengan type " fast cardio burn" di laman carian youtube.com. Kalau boleh download movie, kenapa tidak download video yang sihat ye dak? hahahaha

Buntal pemalu nak aerobic sensorang kat ruang tamu, berbekalkan bilik yang sejengkal kera, buntal gagahkan diri bersenam di dalam bilik. hikhiyah. Bayangkan teletubies berwarna merah buat senaman di dalam bilik sempit.



Buntal pun berangan jugak nak jadi ikan sardine tahu? 

Sunday, June 17, 2012

Sebab kita belum halal

Satu hari kau masukkan aku dalam tempurung yang kau reka
Aku setuju
Kau simpan, kau bawa
Di depan orang kau sorok
Orang pergi kau buka tempurung
Cahaya menari menjadi spolight pentas
Daun bertepuk girang
Bunga berkembang menjadi penari kita
Angin mewangi lembut 
Warna pelangi sampai ke pipi langit
Dan kita menari

Orang datang semula
Kau suruh aku masuk
Aku masuk
Dalam tempurung sangat gelap
Hanya aku satu orang
Taktau apa2
Aku dengar riuh rendah di luar sana
Aku rindu warna pelangi
Aku rindu wangi angin
Aku rindu menari lagi
Suara aku dari terpurung gelap ini memang orang luar tak dengar
Kadang2 kau rasa tempurung ni berat, kau letak belakang pokok tualang
Lebah ketuk2 tempurung yang aku duduk
Aku takut
Tapi kau tak datang2

Takkan aku katak kecil terhegehkan anak raja?
Takkan aku menagih kasih minta dicium anak raja untuk aku bertukar puteri
Tiada telaga cari timba untukku


Eh kau datang semula dan bawa aku jalan2
Orang tiada
Kita menari lagi
Pelangi datang lagi
Daun menepuk lagi
Aku suka
Kau pun

Duniawi kau lain
Duniawi aku tempurung


Orang datang lagi
Kau tutup aku dalam tempurung yang sama


Aku faham,,sebab kita belum halal


takfahammainjauh2

Monday, June 11, 2012

Perasan mumtaz tapi tanpa shah jahan

Ada yang lain
Kadang aku rasa nak menegur
Tapi aku rasa tak mampu pun
Aku rindu
Gelak tawa yang engkau pernah cipta
Sumpah gelak tawa itu aku dapat dari engkau sorang saja
Kalau orang tengok perempuan ini ketawa dengan lawak kau
Sumpah diorang cakap aku perempuan tak senonoh gelak hodoh


Hati aku tak memilih kamu
Tak boleh
Aku sudah cuba
Sekalipun engkau sudah bikin aku ketawa
Semua tu jadi hambar setiap kali aku dipaksa
Aku memberontak

Dalam hati, bila rindukan kau kawan
Aku berdoa semoga kau bahagia dan selamat di sana
Aku rindu lawak bodoh, lawak kotor, lawak yang kadang-kadang aku sendiri nak tendang perut kau

Pernah aku gunakan imaginasi wanita aku membayangi kau menjadi suami aku
Mungkin aku puteri masa itu
Sebab aku tahu kau sayang aku

Pernah jugak aku gunakan imaginasi wanitaku membayangi aku isteri kau
Sampai bila aku nak tendang-tendang kau
Sampai bila aku nak marah-marah kau
Meski kau buat badak sebab sayang
Aku tak pasti aku boleh setia sebab hati aku tak ada
Aku taknak jadi isteri derhaka
Aku mahu ikhlas berbakti untuk orang yang aku sayang

Orang cakap aku egois
Orang cakap aku lebih meminta
Hello, aku tak pandang rupa
Aku tak pandang duit
Seorang perempuan kalau dapat lelaki macam kau
Sumpah perempuan itu sangat beruntung

Tapi hati aku takda

Aku hanya mampu rindu
Kenang gelak tawa lama
Apatah lagi jasa

Tapi tak boleh buat apa-apa
Kalau nanti aku layankan nafsu rinduku
Ianya jadi satu harapan

Maaf, dan terima kasih.
bila mumtaztiba2perasanhotdotcom






Sunday, June 10, 2012

Neraka

Pembuluh darah semakin kotor,
Baru 23 tahun,
Kotor dengan anasir-anasir yang serebelumku sendiri cipta,
Aku berfikir aku merumus aku menghakimi orang,
Otak ketat bukan sahaja ligat,
Malah kadang-kadang banyak dendam kusumat

Bila datang mood baik macam rentak lagu Yellow,
Semua berjalan lancar,
Aku rasa bahagia bila angin sepoi-sepoi menepuk pipi aku
Rambut menampar-nampar dahiku

Berfikir lama lagikah hidup ini untukku
Lama lagi kah aku melihat jingga ungu matahari terbenam
Sambil dengar lauangan azan
Renung langit di atas
Berasa sayu sekejap
Langit bertukar gelap
Hanya aku nampak bintang
Itupun abangku dakwa satelite
Sungguh aku berasa dungu

Kalau sekejap lagi aku mati
Famili, kawan, teman selamat tinggal
Tak bawa semua ini macam aku selalu paksa teman ke mana-mana
Dalam kubur seorang diri
Tak bawak sutera, tak bawak dress poplook
Belacu putih itu yang kupakai
Tak bawak assignment gred4flat lah sangat
Tapi amalan

Amalan?
Berapa helai saja amalan aku?
Entahkan tiada.


Termenenung,
adakah sejadah merah itu lebih banyak dibuat tempat lenyek baju aku menayang badan
atau lebih banyak aku buat untuk sujud rendah diri yang utama wajib aku buat untuk Penciptaku

Kalau titis air sembahyang yang singgah ke tubuhku adalah scene terakhir hidupku, alhamdulillah
Kalau titis dosa singgah di dalam hati aku sewaktu si Izrail sentap nyawaku, tingallah roh ku....jawabnya

neraka.

Tuesday, May 29, 2012

Perkara Random Tentang Perempuan - 4 Dummies

1. Fikir banyak dan lebih jauh


Dalam perbualan perempuan, banyak perkataan "nanti kan..." atau "what if..." atau "agaknya la kan..." atau kesemua di atas. Nanti kalau kawen kan.. nanti nak pelamin atas feri, nanti nak anak 14, nanti pergi shopping nak baju yang macam mana.. ha tu semua kena kira.


2. Suka berteman


Dari sekolah lagi, nak pergi tanda berteman. "awak teman kite pegi tandas..nanti kite pulak teman awak pegi tandas" sampai la sekolah menengah. Alasan hantu tandas menyorok dalam mangkuk tandas cerita tradisi nenek monyang zaman berzaman buat takut budak perempuan nak pergi kencing. Takgunapunyahantu
-Dah besar, still lagi nak berteman.. pergi kedai, pergi beli buku semua-semua lah. Perempuan memang macam ni okay. sebab tu kami kena kahwin awal. #tetibaje


3. Berangan


Fakta menunjukkan perempuan berangan 70% lebih daripada lelaki. eh ni fakta aku sendiri sebenarnya. AHAHA.


4.Tukar fikiran
Walaupun korang dah rujuk topic number 1, korang jangan percaya sangat dia akan state dengan pendirian tu, TAKDEMAKNANYA. Hari ni bangun pagi awal nak beli mekdi katanya, tiba-tiba dia bawak balik kenirojers. Dia boleh berubah fikiran seminit macam tu je.


5.Emosi


Ini semua orang tahu, bila kuat marah PMS dipersalahkan. Emosional adalah salah satu spesis dalam keluarga PMS fyi hello. Bukan senggugut semata-mata. Kadang-kadang yeah menyampah jugak la kan.. takkan every period nak marah, lepastu salahkan hormon. Kau ingat orang tahan nak layan marah kau setiap bulan? so control. Orang lain pun ada perasaan jugak. (talk to self)


6. Melebih-lebih


Merujuk kepada perkara di atas, perempuan ni emosi. Bila ada kawan dia boleh jadikan kawan dia tu kawan baik dalam seminit pertama kali jumpa je. Lalalalalagelakgelakhepihepi. Dear, sayangss, darling even bukan lesbo, tapi bila bergaduh perkataan sayang jadi bitch, dear jadi deer, darling jadi devil.
Well...
"perempuan ni bila baik, sayang dear dia panggil, bila tak suka ambik setempek bitch kat muka masing2"



7. Perhatian
Kalau korang bercinta, macam mana bunga-bunga kau buat GF kau rasa setahun lepas, macam tu jugak GF korang expect feeling bunga-bunga tu dari korang. Bukan dah duduk kat comfort zone buat dek je. Lepas tu jangan bz BBM tak pun layan aplikasi 145aksara bila keluar dating.


8. NotSoLesbo


 Suka tengok perempuan cantik selain daripada tengok Henry Golding
This is true. Tengok dan berangan like "apalah perasaan jadi cantik"  "cantiknya dia.. untungla"  kami bukanla lesbo kalau cakap macam tu.


9. Kebanyakkan perempuan cepat perasan
Aku cakap kebanyakkan okay? tak semua. hewhewhew. eh. Kadang-kadang ada seorang hamba Allah lelaki yang sangat boleh-tahan-hensem cakap baik-baik dengan perempuan tu, layan elok je, dia rasa biasa je sebab memang dia layan semua orang baik demi menjaga silaturrahim di atas muka bumi cewah ayat aku..tapi this girl dah sms bffffffffsszzz cakap yang "Weh aku rasa dia minat gila kat aku"


10. Merajuk
Ini pun merujuk kepada topik number 5. Rasanya boleh sorang-sorang juara Merajuk Championship peringkat sekolah, daerah, negeri semua perempuan menang. Baling apa? henfon.. setakat henfon dengan ibu jari kaki je dari tingkat sebelas ke bawah. takde hal bro. Inikan pulak nak baling korang.


11. Sometimes she says NO, she means YES
Ini merujuk perkara 10. Kan selalu merajuk cakap "takpe, saya tak kisah. kbai" itu bermakna tak ok. Tak payah nak dungu sangat kalau dia reply macam tu konon dia happy kau boleh buat taktahu.


12. Perangai Berubah
Dia boleh jadi sangat garang gila dengan orang yang dia rimas, tak suka, menyampah, bosan etc, tapi boleh jadi manja gila lentok sampai korang geli dengan orang dia sayang.


13. Harus Setuju


Pernah tak your GF tanya banyak kali "BB, mana nak beli baju A ke baju B" Korang cakap A. Lepas tu dia tanya buat kali ke lapanbelas "Yang mana eh, A ke B nii..." Cuba korang jawab B pulak, mesti terus dia bawak pergi kaunter dan bayar, Sebab sebenarnya dia suka yang B, cuma nak ada orang sokong dia yang B tu pilihan yang tepat. Taknak nanti tak rasa bersalah sebab salah pilih, and korang boleh jadi salah satu punca yang boleh dipersalahkan kalau nanti baju tu buat dia nampak gemuk ke, huduh ke. Tu je.


14. Cepat Terpengaruh


Bila tengok orang cantik pakai tudung octopus pun diorang rasa diorang cantik, diorang terlupa prinsip orang cantik pakai apa pun cantik. They need mirror. Tapi takpe semua orang cantik. =.=,  tengok iklan susu boleh buat diri sendiri jadi cerdik terus beli lepas tu try buat add maths masa form 4 dulu nak test power susu tu.


15. Superwoman wanna be


Dia selalu kelam kabut, dalam kepala dia nak buat 10 benda 1 masa. Sambil sapu sampah boleh menyusu anak, sambil tu pasang telinga ceramah dekat wanita hari ini, sambil fikir nak masak apa dekat laki, sambil list down barang nak beli weekends, tukar lampin anak sambil nyayi lagu tiga kupang saku penuh padi enam ekor burng masuk dalam kuali.


16. Good in talking
Sebab tu perempuan juara bab berleter, kalau marah pasal perkara B, boleh terlink sampai ke perkara Z tahu? Tengah borak pasal sipolan tiba-tiba cerita topik lain dan cerita pasal sipolan tu tergantung macam tu je. Kamiiiiiiiiii, multitasking!! (gerak power rangers)


sebab kami special apa