Wednesday, January 18, 2012

Berenag-renang di muara, hati-hati dilambung ombak

hari ini hari tanpa lagu

ada bunyi2 macam kau nak bayar seguni beras, coklat dove 5-6 paket, fillet sejuk beku makanan segera sedap dimakan nananana 3 paket, roti gardenia sungguh enak dimakan begitu saja. tiba-tiba kakak cashier yg lepas dimekap jadi iras-iras tiz zakiah cakap "hari ni hari tanpa plastiiiiiiik, nak plastik tambah 2posen". 2posen 1 plastik, kau ingat nak sumbat semua tu cukup 1 plastik kalau tak rabak?

pengajarannya bawak la beg sendiri dari rumah, lagi bagus kalau kau bawak beg balik kampung kalau taknak kecewa. 20sen tu kau boleh buat berak sekali kat tandas tepi stesen bus nak balik pahang.

aku sekarang dah belajar tahu macam mana susah dapat duit dan menaruh harapan kat emak minta duit hari-hari. penat ler nak buat muka puss in boots hari-hari kalau tak berapa comel. tahu?

hari ni mood aku agak berkobar-kobar. mungkin sebab semalam sebelum tidur aku ber-mood happy. Bangun pagi cium emak muah muah muah eh eh eh dah ada sarapan, alololo kenapa mak tak kejut? kalau dah nama tidur mati jadah tanya orang kenapa tak kejut? ibarat air mencurah ke daun ke ladi. eh  daun keladi.

aku pun memakan sarapan yang aku anggap macam lunch, apaaa? diet? masa ni aku tak mengenal erti diet. Nanti tengah hari ke malam ke baru aku fikir apa itu diet. Lagu klasik fm kat radio emak tu aku dah kebal dah, kalis telinga aku macam kalis rindu kalis rindu bila kau tiadaaa. Kalau kalis buat apa cerita ye dak? mesti kau rindu juga sebab tu kau sebut. pheww. Lagu-lagu emak kat radio klasik fm tu macam lagu abang Mnasir, berjalan di tanah gersang...mencengkam dada....., atau pun lagu atok siapa kau tak kenal walaupun sudah berulang kali emak bagitau, Sjibeng, Arahman, ArisAriwatan. ehhhhh. entahlah.

Seriously lagu lama-lama ni kalau dengar macam "errkk gelinyaaa" eh eh mak jangan kecil hati

lepas tu kat bukak facebook, kau tengok banyak benor notifications kau perasan artis benar. kau click button tu, yang ada orang invite game, cuit cuit(poke) cubit-cubitan sengol-sengolan aku menari...kau petik gitar, request my calendar. hampeh,

kau tengok wall kawan kau post lagu hindustan yang kau gila masa umur kau 10 tahun, kau link ke youtube.. tiba speaker laptop kau taknak berfungsi. Kat sebelah kanan kau tengok heh heh ada documentary siti. Sebab kau hiduo sezaman ini dan nanti kau fikir nak tunjuk kat anak-anak. Ha ni lah siti nurhaliza.. mak minat dia dulu. tak macam mak aku cerita nama berdasarkan lagu dan suara je. Mana aku nak kenal. Jadi aku plan nak tunjukkan sesuatu yang lebih canggih kepada anak-anak aku akan datang. phewwww. *betulkan rambut*

takpe hidup ini kita jangan pernah putus asa. Dengan bersungguh-sungguh aku download video siti sebab nanti aku tau aku restart semula dapatlah dengar. hihihihihihihihi suka hati.

ok. chrome kata remain 9mins.
ok tak sabar

5mins
cepat cepat

3mins.....


5mins
(aihhhh)

60mins
(grrrrrr)

....8mins
(yay yay dah agak dah tadi tu tersilap je)
*muka gatal*

tup!
okay. mak dengan comel-comelan cubit cubitan aku menari kau petik gitarrrrrrr..
mak tutup hub streamyx sebab ingat tiada orang mengguna

ok bye.
(poker face)

No comments: