Sunday, January 29, 2012

Lebah



Sarang cantik kami kait
Mana madu tempat tuju
Hai tualang tempat tinggalku
Tiada tualang tiadalah daku

Tualang memberi tempat tinggal
Nun di atas tinggi sekali
Untuk ratu aku bekal
Tak menoleh kanan kiri

Proboscis ku tersedak
Bau madu manis
Penat kaki menguis

Ku sedut bunga manis
Bau mengancam kaki meguis
Ku ulit manis ku kait segaris

Abdomen tak pernah penuh,
Ditakung mulut di bawa ke sarang,
Semangat kami konon kukuh,
Kerana ratu sedang menggarang

Apa apidae tak memberi madu
Kalau jemu pun aku perlu
Badan masih basah
Basah dari pupa
Ku tak boleh membantah
Karna belum dewasa

Apa dewasa sentiasa benar?
Apa ratu sentiasa raja?

Yang basah dari pupa
Yang kecil tanpa suara
Punya suara pun tak dengar
Tak boleh berkata apa

Perintah ratu apa saja
Madu kuberi mungkin berharga
Tapi hidup aku tiada harga

Hanya ikut mahu ratu
Mati ratu matilah daku


No comments: