Tuesday, April 17, 2012

In denial...

mukaddimah
Bila aku dah macam semangat konon nak buat assignment, tapi macam blur taktau mana nak start. namun aku percaya kalau dah start nanti aku akan ketagih nak siapkan itu satu sifat yang bagus.






pendahuluan
Tapi sebab aku fikir aku langgan internet bukan untuk buat assignment only, aku bukak beautifulnara, youtube dan melakukan kerja2 haram seperti mendownload lagu2 yang macam konon best. Aku borak2 dengan rakan aku yang tak reti cakap melayu tapi nak cakap juga seriously geli perut sekejap. Lepas tu kau teringat aku teringat kat hostel hari tu macam berkenan nak download satu movie tapi sebab nak harapkan quota p1 yang sedikit tahi dikemudian hari, aku decide nak download kat rumah saje. Tapi kecewa betul lepas mak aku hasut dengan sengkuang mencicah air belacan dengan masakan emak yang sangat2 sedap tekak dan perut. Ok ini kelihatan macam tiada kaitan. Maksud aku kat sini... bila emak masak sedap kau lupa dah benda kedua terbest iaitu mendownload movie..gara2 masakan mak kau dan enak empuk kat rumah. faham dah?






pendahuluan 2
Ternyata zaman students yang aku rindu masa kerja dulu adalah palsu semata-mata. Bila aku belajar balik ni its like "apa yang best sangat?" oh oh ada lah best sikit. CUTI. kalau kerja kau jangan harapla nak dapat cuti seminggu full tanpa bos kau potong gaji kan. Ha, tu je la kelebihan jadi student.. selainnya kau merengek mintak duit dari emak ke, kau berkira-kira nak keluar rm25 beli kasut ke, nak merasa mcD hari-hari bikin kau gemuk ke, tu semua kau kena kira. or else hujung bulan kau kena ada sesi kaunseling dengan omak tentang perbelanjaan dan pengurusan wan kendiri. Ini setiap bulan tau bila mana kau mintak duit kali ke ___. 








pendahuluan lagi sekali


Masa kerja dulu kan.. aku balik jalan kaki. Dah terer dah lintas jalan, mula2 dulu malu2. Lepas tu tak malu dah. Mula2 dulu pakai heels. caih. Lepas tu sebab aku fikir nanti kalau aku tersungkur kat tengah jalan, lepas tu ada lori laju, belakang lori ada bus, lepas lori langgar aku bus pulak lenyek. Jadi sebab seram sangat pakai heels nak lintas jalan besar aku pun dengan sedar diri pakai flat je pergi kerja. Sampailah lunyai flat tu. Beli satu je dah la. Itu la flat nak pergi jusco, klcc, itula nak bawak pegi pejabat. Lepas tu koyak aku beli baru. Dengan duit aku. bangga okay?








klimaks


Bila duit tak berapa nak banyak, aku kurang makan. Bila aku kurang makan kononnya aku saiko diri aku sendiri nanti kurus le kurang makan. Aku pun naik timbang, dah setahun aku tak naik timbang. Aku pun naik la. Ok. berat bertambah. Terima kasih timbang. Aku saiko diri aku lagi sekali timbang tu mesti rosak punya. Aku suruh emak naik. Ok berat emak sama je dengan sepatutnya maknannya timbang itu tak ______(isi tempat kosong aku tak sanggup)








peleraian
gambar ni macam takde kaitan sebenarnya


Korang tahu tidak feeling try baju2 lama? tahu? Dia macam "eh eh baju ni ada lagi lerwwwww lompat2 depan cermin. Pastu aku pun pakai dua tiga helai. Ini aku tak faham kenapa baju ni longgar dari sebelum ni. Apa dah jadi? Nescaya aku gembira.. tapi perihal timbang tu memang aku tak boleh terima sebenarnya. Tak guna punya timbang aku baling jugak kat pokok kelapa satgi.








penutup  belum habis
moment yang memang aku enjoy


Tapi anyhow, aku menyimpulkan kesimpulan bahawa enjoyla setiap moment di mana tempat kau berada. Aku pun taktau kenapa tiba2 penutup macam tak berapa nak ada kaitan.. buat2 je lah faham. Sebab kan (sambung ayat tadi) kalau kau tak ejoy yang kau ada sekarang kau dok sibuk rindu masa lepas, masa student la masa sekolah ke, percentage untuk kau kembali ke tempat tu agak tipis, jadi tskk rugi kan? enjoy je la apa kau ada sekarang maksud aku bukan enjoy duit, tapi bersyukurla whatever or wherever kita..sebab nanti kita akan sangat rindukan moment itu dan ini.






penutup betul2
hai baby.

aku taktau la korang faham ke tak, jika ada reader la itu pun. hahahah. Happy days everyone! bye















4 comments:

Anonymous said...

lama dah sara tak letak gambo...

sarahunny said...

ha tu la. ini dinamakan ikut mood

sugar2 kapas strawberry said...

paham-paham. tergelak jugak baca part timbang tu sbb linn jns yang tak boleh terima kenyataan bila naik timbang. macam ........entahlah. sakit hati bila ingat masa naik timbang.haha

sarahunny said...

haha. tu maknanya kita takleh terima hakikat atas kegemukan masing2. hewhewhew. bila tau berat je dah moody 2hari