Sunday, April 22, 2012

Kawan datang dan pergi

Friendship pun ada pasang surut. kadang pasang dia surut pergi.. kadang2 surut pergi tak pasang2 dah, yang pasang kadang2 surut terus sampai kering laut gamaknya.

Aku taktau kenapa.. tapi salunya orang yang penah hadir dalam lorong hidup aku, kat lorong gelap ke, cerah ke, lorong bunga2 ke, lorong ada tikus ke, aku hargai. Kau jahat, baik, manja, comel, alim, hensem, kacak, cantik, hot, semua aku kawan selagi tak berperangai annoying, maksud aku.. selagi tak mengorat or yang ambil kesempatan. eleh mcm hot ada orang nak ngorat. pheww.

Oh aku anggap tahun 2012 so far, tahun surut aku. Boleh jugak nak cakap tahun kawan berlalu pergi, dari pelbagai background, dari macam2 masalah, dari macam2 cerita, and ada sebab sendiri. Atas sebab peribada mereka nak berjauhan, dan sebab peribadi aku. Takpelah.

Somehow aku realise dalam hidup ini memang friendship yang banyak teman kita selain family. Kau pegi tadika main tanah liat sama2, kau masuk plkn lari padang sama2 (which is i hate), kau masuk kolej, dannn kau kahwin life partner kau akan ambil alhi tugas kawan kau.. and pikul tanggungjawab yang lagi besar. eh aku taknak cerita pasal marriage.

Is it friendship macam mana sekalipun someday akan habis? akan terpisah jauh, sepi macam tu. Is it memang akan berkekalan sampai anak cucu, contact lagi dan pergi berkunjung ke rumah masing2 di hari raya mulia riang ria makan biskut cornflakes pastu nak jodohkan anak masing.. ok ini drama melayu. stop.

Is it friendship akan stop bila salah seorang daripada kita terbuat salah, membuat salah, sengaja buat salah yang tak boleh dimaafkan, sebelum rosakkan lagi hubungan tu baik berhentikan saja?

Is it memang sebenarnya friendship tu akan habis macam mana pun tapi sampai dia temankan jasad kita di kambus tanah dalam liang sempit dengan bacaan indah ayat-ayat Ilahi?

Aku taktau. kata orang kita hanya merancang.Nak plan..dua bakul pun kau boleh plan. Usaha, doa tawakal tu lah. tu pun kalau masing2 anggap friendship tu penting. kalaulah.

=)

2 comments:

syahirah said...

yup. kawan paling banyak teman kite nak nak pulak masuk kolej. lagi la kann. 24/7 dengan dorang. hihi.

sarahunny said...

yup. so all the best dgn ur studies! :)