Tuesday, May 22, 2012

Kedai Mari Makan Hamdan dan Mak Limah

Pada satu hari Hamdan ke kedai nak beli barang dapur. Dalam perjalanan Hamdan terjumpa Pak Samad.. Pak Samad kelihatan merah padam, jadi Hamdan buat kesimpulan Pak Samad jahat sebab suka marah orang.
Sampai ke kedai, Hamdan ambil tepung, minyak 18 beg, beras,bawang , cili, sos, kicap, perencah tomyam,  gula. Sampai di meja cashier.. TING. semua sekali  rm183.20. Alamak Hamdan tak cukup duit. Pakcik Kasim kata.. takpe kedai ni boleh hutang. Jadi sebab esok tu nak berniaga Hamdan kata.. okay hutang pun hutang la.. nanti saya bayar balik ye pakcik.

Keesokan harinya perniagaan Kedai Makan Hamdan yang bukan berlaukkan Hamdan tapi lauk yang Hamdan masak.. sangat laku. Selepas itu ada Mak Limah teringin bukak kedai jugak sebab nak test market, macam anak2 mak Limah cakap lauk Mak Limah masak sedap. Jadi berbekalkan keyakinan yang tinggi Mak Limah pun bukak kedai sebijik sebelah kedai abang Hamdan. eh. Hamdan je.

Hamdan relax je walaupun dia tahu Mak Limah masak sedap tapi dia kata ala biasalah berniaga memang ada persaingan. Tapi ke-relax-an Hamdan tu jugak tak sedikit pun menggugat pelanggan Hamdan. Mak Limah cemburu, Mak Limah nak jugak orang ramai macam tu.. Jadi Mak Limah ambil langkah seterusnya. Mak Limah sinsing lengan, pakai kain batik, ikan kemas2, selimpang tudung dan nak pergi serang kedai Hamdan.. tapi tiba2 tak jadi pulak sebab Mak Limah fikir apa-apa pun harus rancang strategi yang kukuh.


Mak Limah cuba relax lagi. Idea Mak Limah adalah:
1.Buat cerita buruk pasal kedai Hamdan
2.Cari gali perangai keji Hamdan
3.Buat fitnah sikit untuk sedapkan rempah
4.Buat naya sikit

Mula-mula Mak Limah cakap kedai Hamdan kotor, Hamdan masak pengotor, letak sepende buruk dalam sup tomyam, masak nasi ayam dengan kicap ada cap katak dari negara jiran. Kemudian, Mak Limah dapat tahu yang Hamdan aa berhutang dari kedai Pakcik Kasim.. Mak Limah bikin cerita kata Hamdan kaki hutang dan keluar segala dalil hadith yang ragu2 keraguannya untuk jatuhkan Hamdan yang konon kaki hutang. Selepas itu, Mak Limah tambah sedikit kebencian orang ramai dekat Hamdan, Mak Limah cakap Hamdan pernah ada scandal tak senonoh. Dan sebulan kemudian Mak Limah letak sedikit santau guna-guna dekat kedai Hamdan.

Lama kelamaan, pelanggan Hamdan semakin sedikit, ada juga pelanggan yang setia sebab masakan Hamdan masih favorite, kabanyakkan pelanggan dah tertarik dekat Mak Limah yang dah suka pakai kebaya ketat warna merah menyala dengan gincu red hot chilli alaala Geisha selak kain sikit fuyo semua anak teruna pun lepak sekali. Pelanggan Mak Limah dan Hamdan jugak bergaduh sebab berselisih pendapat padahal kedai makan je pun. Tak relevant nak bawak bergaduh sampai libat friendship dan agama.


Tapi ada perkara betul dan tidak.

Quick Judgemental
1.Kita taktau kenapa pakcik Samad muka merah padam, mungkin penat, mungkin sakit kepala, kenapa terus nak tampal atas dahi yang dia panas baran? sekilas tengok dah boleh cerita?

Hutang Hamdan
1. Mak Limah cakap Hamdan banyak hutang so jangan beli dekat dia, jangan pergi kedai dia. Seriously kalau tak hutan mana nak cekup duit untuk majukan ekonomi diri sendiri dan keluarga?

2. Hamdan walaupun dah maju tetap taknak bayar hutang sebab dia fikir apa kata Pak Kamil mansuhkan saja hutang dia sebab kadang2 Pak Kamil datang kedai minum air kosong free dan lepak main dam lama benor. Hamdan dah lupa janji.

Mak Limah taknak terima hakikat.
2. Mak Limah yang masak tak sedap mana, or mungkin takde rezeki tapi taknak redha malah nak jatuhkan orang lain. Bukan ke lebih baik Mak Limah rancang strategi untuk naikkan kedai daripada jatuhkan orang?




get me?

1 comment:

slypwalker said...

very nice lah!!!