Monday, May 7, 2012

TalkingFace

My face is my voice. Boleh jugak cakap My face is what my heart is saying. Ini adalah sangat sukar. Setakat ini, ini lah masalah paling besar aku.. aku pun taktau nak overcome macam mana.

Masa muda-muda dulu, aku kurang gemar makcik2 datang ke rumah sebab nak cerita, cerita panas dekat emak. Masa tu aku sedap-sedap menikmati cuaca pukul 6 tengok pokok-pokok kepala lambai, burung bertenggek dekat atas wire letrik lepas tu bergaduh dengan tupai.. kesian tupai dengan burung pun kalah. Bila makcik-makcik potong stim aku lepak dengan emak, hati jadi tak keruan. Tapi aku sabar, sebab aku memasang harapan kot-kot nanti ada makcik nak buat aku jadi menantu ke.. (just in case boleh tengok tupai sama-sama dengan makcik pulak lepas ni)  aku buat lah muka manis.. senyum dan jemput masuk. Tapi hati aku tak berapa ikhlas.. so EVERYONE KNOWS. this is not good.



Hal ekspresi muka ni jugak pernah jadi pergaduhan aku dengan kawan baik, kadang-kadang aku wonder muka aku ni ada gambar firaun ke once aku memberikan ekspresi. Ai penat tau. Aku cuba mengCalmDown dan positive kan diri supaya orang tak boleh baca apa aku fikir. Tapi bila aku terlupa nak sorok emosi aku.. people can read it. You mana boleh baca dalam hati i, hati i.. biar i je yang tahu.. tak fair la. Biar la i tahu sorang-sorang.


Begitu jugakla bila aku happy, tu pun aku tak dapat nak sorok, bila pura-pura buat muka cantik, tu pun orang tahu. Jadi aku kurang faham aku kena buat muka macam mana.


Benda yang sedikit pelik bila aku cuba sematkan dalam hati "buat muka cantik" lepas tu nak naik bus, lepas tu muka aku reflek dekat cermin kereta.. i was like "oh muka aku ke tu" aku rasa kalau 10 hari berturut2 aku duduk depan cermin yang sama...pecah cermin tu.




I don't even know which one is my real face. I always asking orang terdekat macam emak dan kawan baik "is this my real face" tapi jawapan mak tak best sangat mak suka cakap macam ni "yela. muka adik la. kan adik kat dalam tu.. muka siapa lagi" i mean kadang-kadang kan miracle datang masa kat ambil gambar daripada muka Chibi Maruko Chan terus jadi Sailormoon. I taknak la cakap daripada muka Oprah jadi Eva Mendes kecil hati Oprah.  Chibi Maruko Chan tak hidup kan? Aku tengok cermin muka aku lain, orang ambil gambar aku lain pulak. Aku drag kawan baik depan cermin sekali "is this my face"(pointing to my face) she said YES.


This one friend sangat pandai baca muka aku padahal tak pernah bergosip, tak pernah makan bersama, tak pernah pilih skirt sama-sama. hanya rakan sekelas. Tapi dia selalu cakap perkara yang betul


"sara, dont make "i dont think so" face"
"sara, by ur face i know u dont like it"
"sara, dont fantasize about michael owen"

ini adalah sangat mengecewakan. aku tak boleh fikir apa pun ke. susahlah nak jadi pervert.


bean, can i borrow this expression?



No comments: