Tuesday, July 3, 2012

Cara-Cara Membuat Popia Nestum untuk orang jakun seperti saya.

Hai bersama dengan saya hari ini si buntal, konon alter ego pandai memasak tapi tak pandai pun sebenarnya. hahahahahaha (tepuk bahu orang sebelah)

Hari tu, dekat pasar ada kakak tu provoke aku suruh beli kerepek dia, aku mana boleh orang jual2 pujuk aku, aku rasa bersalah kalau tak beli padahal lepas tu dalam wallet aku tinggal 2keping syiling lima puluh sen, sikit pun akak tu tak kisah. Oh apa dia tadi? kerepek. ha kerepek. Instinct aku terhadap makanan agak kuat, coughcoughcough  salunya aku membeli makanan sedap2, jarang aku tertipu beli makanan tak sedap. Well, hubungan aku dengan makanan satu ketika dulu boleh dikatakan amat akrab.

Aku bawak balik rumah, lepas tu akak ceramah cakap "alaa.. ini boleh buat sendiri, membazir je rm8"
Apa?? apa dia? boleh buat sendiri? macam mana benda sesusah ini orang boleh buat sendiri?

Lepas tu akak menBrief aku macam mana nak buat, membuatkan aku fikir betapa magicnya hidup ini.

Rupanya benda ni nama dia 
Popia Nestum.

Kejap, meh aku bagitau apa bahan2nya.
-Kulit popia
-Nestum
-Susu
-Gula
-Garam

Mula-mula sekali, kulit popia haruslah sedap2 je untuk korang lipat2. jangan terlalu sejuk,lembab, atau kering, eyh tak reti aku nak cerita.

ha. buat macam ni.

lepas tu lipat macam ini

Demikian itu, lipat dibahagian bucu, supaya masa nak gulung nanti takdelah kulit ni sibuk nak terbukak. nak lekatkan kulit to kulit, letak tepung gandum yang dah dibancuh pekat dengan air, (Ada orang letak telur tapi sebab berbau, aku pilih tepung) tak perlu gulung terlalu ketat/rapat sebab nanti dia tak rangup n inti dia tak masuk dalam popia.

 Selepas itu, ambil gunting. apa lagu kau gunting je.

Lepas tu goreng. phewww. tak perlu lama sangat, nanti hangit. Ada orang suka jemur atau simpan dalam peti dulu sebelum goreng sebab secara kimianya, bila kulit popia ni kering, dia akan serap kurang minyak semasa menggoreng berbanding masa lembab2 tu. nak kurus tak? (tibe2) dan orang itu adalah aku. ahaahaha

Pastu, ko goreng nestum, banyak mana tu terpulang banyak mana ko nak lah. tapi jangan goreng atau gedik sangat api nak kuat lepas tu berangan nak duet dengan bigbang then hangit nestum ko. (contoh seperti yang di atas tidak boleh dicontohi)

Kemudian(haih banyak benor penanda wacana), sila blend nestum, susu, gula sikit je dalam 1sudu macam tu,  susu tepung 4sudu, secubit garam.

Letak dalam bekas macam ini punya besar
Gaulkan, kalau pemalas macam aku, letak dalam tupperware pastu tutup goncang2. taraaaa! ini belakon je. hahahahahahha

Malas akak nak rotate nyah. Mine sedikit garing, remember i told ya not to fantasizing while cooking?

Kalau nak kulit popia tu lebih rangup krupkrapkrupkrap, potong kulit popia mcm kat atas ni, dan gulung macam biasa. Tapi lenguh sikit lah ketiak, sebab lipatan jadi berganda 4. phewww


Okay, now boleh makan kudap2 depan TV. Aku bajet benda ni calorie dia dalam 45cal 1piring. Jadi jangan nak happy sangat mengudap!




23 comments:

✿dazZdaEng✿ said...

mmg sedap .. tp kiter wat nestum tak goreng pon.. blend je terus.. terlebih rajin kannnn..

ahmad_faris said...

cantik lukisan..
hehehe

sarahunny said...

@dazzaeng: ahaha. kan? tapi ok jugak tak goreng, keje lebih cepat

@ahmad_faris: haaa susah tu nak lukis. ahaha

ahmad_faris said...

gunting tu yang paling cantik..

sarahunny said...

haaaa. tu la. ai menurun dgn cikgu seni tingkatan 4 tahu? hahaha

ahmad_faris said...

bertuah sungguh cikgu tersebut..
ade jugak anak murid dia yang ade darah seni

blog-tips-kurus said...

nampak super easy. tapi kalau dah malas, hhhmmmm... hoho!

mizsfatima said...

sedap mengunyah popia time rilek cam nie. tp cik putih tak gorang pun nestum tue. Lepas blend terus gaulkan dengan popia tue. Nak sedap cik putih tambah susu anlene.hehe... sedappp

sarahunny said...

@faris: hahaha kalau bertuah. entah2 tepuk dahi.


@blog-tips-kurus:haha kalau dah malas, apa pun tak jadi. haha

@muzsfatima: ha ada orang tak goreng pun. okay je mana2.. sedap sama jugak pun. hehehe..susu tu yg pencukup rasa kan ^^

Anonymous said...

senang nyaa !! nak buat laa .. adik ni baru 10 tahun .. so adik nk buat ni bagi kat mum yg tgh mengandung lahh !! mesti ia suka !!!!

Anonymous said...

Senangnye :) macih..vnk cube buat hr ni nyum2

Syida Rasyidah said...

owh, memang kena goreng eh nestum tu :D

n@d!@# r@#m@n said...

susu tu ,susu pekat tu ka?

sarahunny said...

@syida: not necessary pun. saja je. saya dramatik sikit. hehe

@nadiah rahman: eh tak,.. susu tepung tu sayang

Anonymous said...

Mana lgi sedap nestum goreng ke nestum x goreng??

sarahunny said...

@anonymous: hm personally saya suka goreng sebab wangi pastu mcm crispy sikit mcm tu heheeh

Anonymous said...

susu tepung tu wajib ke??

sarahunny said...

takde susu tepung takde la flavor nya. kalau rasa nak buat flavor beras, boleh jugak la cuba. eehehehe. JK

Nour Eyza said...

Senangnya..boleh buat ni. susu tepung tu pakai yg mcm susu omega or anlene boleh kan? sedap jugak kan?

sarahunny said...

@nour eyza: senang je. cubalah. ure gonna love it. boleh je susu apa2 pun. nespray lagi lemak. herher

Amiey Blog said...

blender tu gune blender yg besar tu boleh ke ? alaa yg selalu blender cili kering ker :3

Anonymous said...

Xnk susu tepung. pkai horlicks pon boleh.. :)

Anonymous said...

Xnk susu tepung. horlicks pon boleh. :)