Sunday, July 29, 2012

"Saya bukan nak jual punya kak"-Peniaga Annoying

:)

Kadang-kadang, kita faham peniaga-peniaga ni mencari rezeki, Ye kita semua faham jangan risau. Sebab tu skirt cream RM60 tak sampai hati nak mintak kurangkan sampai jadi RM55 pun. See kita ni hidup bertimbang rasa antara satu sama lain. Kena faham tu.


Peniaga makanan

Beberapa hari terdekat ni, aku dengan puan Emak selalu jugakla ke bazaar, kadang-kadang aku ni kena tipu jugak dek tengok makanan tu macam sedap tapi beli puihh tak sedap langsung, tapi aku tak blame akak tu sebab aku anggap dia berpuasa. Tapi macam mana kuih yang dah basi? dah masam? hangin la jugak aku. Macam ni, konsep membeli adalah konsep win-win situation. Awak tak boleh nak kaut untung dengan jual kuih muih basi yang awak jual semalam tak habis, tak baik macam tu. Ini kerana orang bayar awak sejumlah wang dan menaruh harapan yang tinggi pada kuih itu. Tu belum masuk bab jual air tembikai letak air sirap banyak daripada tembikai, saya nak air tembikai bukan sirap. Rugi sangat ke kalau letak seperti sepatutnya? Well, i wish korang cepat2 lah kaya.



Beggar

Kenapa nak letak beggar dalam ketegeri peniaga? tak. ni beggar yang datang kat meja makan tu. Aku panggil beggar. Pernah tak kau duduk sedap melahap double cheese burger dengan kawan kau, tiba-tiba abang jual perfume datang. Mula-mula dia akan cakap macam ni
"hai, assalamualaikum adik, adik student ke, kerja? jangan risau abang bukan nak jual, abang nak cerita je, ni ha ada perfume, biasanya harga RM300 lebih tapi yang ni adik teka berapa?.. salaaah.. abang bagi rm50 je. Yang ini ori, wangi, cuba bau, dah ramai orang beli ni, (tunjuk beg dalam tu tinggal 2botol je) blablabla, nanti kita akan ada pameran dekat MidValley, Pavilion, dengan KLCC pada (tarikh sekian sekian)--(dengan kelajuan satu nafas)

1st. Ada satu butik yang dia sebut tu, aku perasan butik tu takde dekat Pavilion, jadi aku cakap "eh butik ni ada ke dekat Pavi, macam tak penah nampak je" dia cakap -eh, bukan dekat butik dia, maksud saya dekat perkarangan tu.

2nd. Tadi cakap taknak jual pun kan? nak cerita je kan? ni apa ni?

Seriously, aku menyampah. Sorry pada yang bekenaan, aku faham korang nak cari rezeki sesuap nasi, tapi aku ni pun tengah makan nasi..kalau aku bagi isyarat taknak layan, silalah faham. Some people need their privacies. Kalau laki bini tengah gaduh kat meja makan rebut sambal petola tak ke haru kau pegi kacau sibuk nak jual perfume? Please. Respect jangan selfish.



Peniaga datang rumah
Pada zaman dahulu kala, banyak peniaga kaya raya jenis ini lepas melepak di rumah aku, ini kerana mak aku sangat begitu kasihankan diorang dengan titik2 peluh meleleh sambil jual minyak angin, yeah minyak angin melambak dekat rumah aku, sekarang pun tak habis lagi, kalau tak minyak angin, kain batik, baju kain pasang, blabla, tapi aku takde nak marah sangat sebab makcik pakcik yang jual, rasa kasihan kat mereka. Tapi, dalam 2-3tahun terbaru ini, aku mendapati bukan peniaga kain2, minyak2 yang suka datang ke kawasan rumah kami, tapi anak-anak muda yang menjual filter air, kepala gas secara berkumpulan dan mereka terlatih untuk saiko orang.

Ehemmm.
Situasi pertama

Selalunya ayat dia macam ni
"Assalamaualaikum makcik, apa khabar ye makcik? rumah makcik ada filter air tak? kalau ada,, boleh kami masuk, nak tengok je bukan nak jual, kalau kotor kami bersihkan'
Korang aka buat silap kalau bagi diorang ni masuk, diorang akan cakap macam ni pulak
"hm ini kena tukar dah makcik, dah lama ni, tak elok batu2 ni nanti dapat batu karang, batu ni makcik sebenarnya batu daripada tulang babi, (Astaghfirullah) . Makcik tukar dengan kitorang je, makcik tambah duit sikit je. Jadi mak aku terpedaya.

Langkah seterusnya, diorang cabut filter yang ada tu, and tanpa kata putus mak aku, diorang pasang yang baru punya filter yang kononnya, lebih bagus. Padahal tahun lepas datang dah cakap previous punya tu gila bagus dah. Tak pasal2 mak aku kena tambah RM2000+.
Dan mereka pulang dengan suka hati.

Situasi kedua

Ini terjadi dekat jiran depan aku, penjual ni bertafakur depan rumah makcik tu suruh bukak pintu tau, dia punya ronda keliling rumah makcik tu sampai makcik tu buka bagi masuk rumah, peniaga ni nak tengok kepala n saluran gas, masa masuk tu dia patah2kan saluran gas tu, pastu dia kata "takleh pakai dah makcik bahaya" well kalau kau dah patah2kan memang la takleh pakai dah. cerdik enough? lepas tu makcik tu kena bayar rm300 untuk kepala gas n saluran gas yang baru.


Peniaga di jalanan

Tak sampai seminggu baru ni, aku bergegas nak balik kampung. Ada seorang ni tahan aku, dia cakap bukan nak jual punye, saja mahu tulis nama, bila aku cakap aku rushing, dia kata sekejap saja, lepas aku tulis nama,  ada satu column tu dia suruh tulis berapa candy aku nak beli dari dia. So aku cakap "TAKNAK" aku blah. tak sampai 10tapak ke depan, ada sorang mamat bagi aku free simkad. "Kakak ambik kakak, free saja saya kasi, saya bagi ni betul." aku jeling cakap "sorry im rushing"  "ini sekejap saja, saya bagi ni, tak payah bayar." aku jeling dan terpegang kad tu sebab nak tengok apa benda. Rupanya celcom punya simkad, Aku cakap, aku dah ada celcom dia kata itu celcom lain, blablabla, lepas tu nak ic. Ok ini normal aku anggap, aku bagi and dia tulis nama aku, lepas tu.. dia merepek punyala lama padahal tadi cakap tak lama, pastu DANGGGG.. "now akak boleh bayar, ikut ikhlas akak, kalau akak nak bayak rm15 sekali pun kami terima, kami tak ambil komisen kak,.ikut terpulang kat akak"
aku cakap "eh tadi kata free"
dia cakap "ye, tapi ni ikut ikhlas akak"
aku yang dungu pun bagilah rm** .Sepanjang perjalanan aku fikir pasal tu, aku rasa kena tipu kawkaw, terkena jugak aku, aku cuba jugak ikhlaskan hati, tapi aku rasa macam tak ikhlas je, sebab bukan niat asal aku nak mengikhlaskan diri bagi peniaga wang macam tu.




Sebenarnya, semua benda ni saikologi yang diorang dah trainning sikit punya lama, sebab tu ayat sepesen je kak.Sampai kau rasa kau boleh pause diorang dan biar korang pulak cakap benda yang exactly sama macam diorang cakap. Ayat "bukan nak jual " ni aku rasa trend baru, sebab dia taknak orang lari. Tapi end up kena keluarkan duit jugak kan? keluar duit=beli.


SAY NO!

It's a good thing if u practise to say NO and be strict, kau ada 2 choices, pertama kau betul2 jadi strict dan express emosi kau cakap TAKNAK! sampai orang tu takut, kedua..kau buat muka emotionless langsung supaya diorang faham kau takde mood.

Ayat macam "im rushing, im busy" perlu datang dengan perbuatan macam mana yang kau cakap, kalau rushing kau betul2 la rushing, ni kau rushing tapi kau jalan slow2(aku la tu).

"Saya dah ada. tq" mandrem ini pun berguna jugak, aku dah try banyak kali jugak berjaya. Cuma situasi kat atas ni dungu sikit.

Please, jangan pandang muka peniaga tu, dan berlalu pergi buat tak dengar apa-apa.

Bukan aku ajar jadi kurang ajar, tapi supaya tak kena tipu buta-buta macam tu. Sedih tau.
So hati-hatilah, kalau keluar..jaga your belongings, kalau berseorangan jalan laju-laju. Jangan pandang muka peniaga yang langsung anda taknak layan.

Bagi avoid yang datang rumah tu, kalau happened nampak penjual tu ada sekitar kejiranan, pandai2la tutup tingkap, n pintu berlakon macam takde orang dekat rumah, jangan lupa kunci pintu sebab ada peniaga main redah je bukak pintu rumah orang dasar taktahu malu.

So take care. =)

11 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

ye..mak saya juga jenis itu..dan sekarang tgh bayar bulan2 utk filter air.. *sigh* tapi nasib baik air kat umah mmg kotor..so takdelah rasa lost sgt..but tang yg pergi meja mkn..jwpn selamat linn "eh dah beli dah td"..so terus dia blah

blekopi said...

hai sara...slmt berpuasa...
akak pernah kena bnda ni....masa tu thn 2005 akak terbeli linguaphone patu akak pulangkan brg tu dlm masa 2-3 hari jgk...pastu thn ni nama akak termasuk dlm ctos sbb x bayar tunggakan....akak dah g tribunal pengguna..tp diorang xamek kes lebih 3 thn..jdnya nak x nak akak kena bayar jgk sbb akak xde bukti yg akak dah pulangkan brg....kdg2 pikir knape la kena tipu camni....sara rasa akak patut bayar x?sebab akak dah buat surat yg akak akan bayar dalam bulan ni..tp kwn akak mntak check nama kat bank negara....akak nak buang nama akak dr blacklist tu,payah nak buat loan sume...wajar x tndakan akak ni,sara?

sarahunny said...

@dalynn: tapi tak baik kan kalau mnipu mcm tu. mcm buat naya kat orang. kesian orang tua2 kan diorang senang terpengaruh. haha mak sara pun penah cakap mcm tu siap bgtau cucu pun ada jual penapis tu. haha

@sis kopi: hai akak selamat berpuasa. kalau tak sampai thousand boleh kot bayar je, tapi kalau sampai thousand nak bayar mcm tak patut je kak. wajar. cuba sis ikut macam kawan sis cakap tu. cek dulu nama. sebab nama kena blacklist ni macam haru sikit nnt nak buat pape.

blekopi said...

akak nak g check esok kat bank negara...thousand years jgk sara tunggakan tu....tp 7 thn sara,baru akak mngetahui nama ini di blacklist....tidak adil..tidak adil...

sarahunny said...

apa cter dah skrg ni kak?

blekopi said...

sara,smlm akak check nama kat ccris...nama ok sbb ccris ade maklumat kalau kita buat pnjaman dgn bank...kes akak bkn dgn bank..jdnya org kat kaunter sana bgtau check kat ctos...akak g ctos dah,mmg ade nama akak sbb xbayar tunggakan linguaphone tu....akak tgh pikir,nak xnak akak kena byr jgk sbb kalau x smpai bila2 nama akak blacklist...kwn akak bg pndapat...dia ckp byr la ansur2...tp kalau byr ansur2 harga fix...kalau lump sum dia kurangkan...akak dlm dilemaaa....mak ckp bayar sekali je pastu xpikir2 dah....

sarahunny said...

nak taknak kena bayar jugak kan? bayar habis je la kot macam mak akak cakap. pastu settle n jgn terpegaruh dengan mana2 bnd macam ni dah. haih.. apela nak tipu2 orang

blekopi said...

sara,a'ah..kena byr jgk...betul tu..sejak kejadian tu akak jd trauma x suka dgn salesman ke org jual celcom yg selalu tahan2 org ke..akak xguna eye contact dah...haha,smpai camtu penangan dia...kat mid tu pun byk,kat area yg lepas turun tren tu tgh2 jalan ade org tahan...hai la...ape makna bebas ni...xbebas berjalan langsung camni...

sarahunny said...

sara dah kena kak. hahahahhahaha ufufufufuf

blekopi said...

sara..akak dah baca entri sara...mcm trauma kan nak sign2 lepas ni...haishhh....

blekopi said...

sara..akak dah baca entri baru sara...lepas ni mcm trauma dah kalau nak kena sign2 form sume...haissshh...