Tuesday, September 4, 2012

Perkara annoying di dalam panggung

Hari tu kan, aku masuk kelas. Super annoying bila aku lambat, time aku awal tercongok tu takde pulak kelas nak start awal kan. Masuk-masuk, lecturer point kawan aku tapi sebut nama aku, apekah?
 "are you siti sarah?"
-no i am siti sarah"

rasa macam dalam movie omputih bila sebut I AM ...... bangga siot.

Okay kelas diteruskan sejurus kehadiran aku dan teman baikku. Dalam kelas fun sebab keliling orang yang rapat dengan kau dan pandai buat kelakar, Oleh kerana aku ni gemar ketawa tak hingat makanya aku ketawalah, cuma volume tu aku control sikit sebab kalau tak control mau kena baling dengan marker. Tengah sedap-sedap ketawa eh eh dengar lecturer panggil nama aku, "ure so unlucky that i know your name"

okay this is not good.

"tell me whats the different between these two?"
..u mean the general topic and specific topic?
"yes"
ummm... general topic is #@$%$#%$#^%FGFTRRY& ^$%^%$^ , and specific topic is $#$%$#%$DFGDFGFGDGDFGDGDF.

Satu kelas diam. Aku rasa macam bunyi cengkerik berleluasa bersama unggas-unggas hutan. krit krit

aku tak tau apa aku meraban, yang aku rasa macam aku cakap Mandarin yang aku sendiri tak faham.

Moralnya, jangan berborak dalam kelas,  nak suka ria kat luar. (pegang rotan)

_________________________________________________________________________



Back to tajuk atas, 

Aku seorang manusia yang paling senang berasa annoying, tak kira di mana, orang manja dengan aku pun aku pegi marah. Termasuklah pamggung wayang yang aku paling sensitive.

Carta ke #6 terannoying :Budak kecik

Pasti ramai rasa nak balun aku sebab aku letak budak kecik, budak kecik sangat innocent maaaan, tak salah apa-apa. Ye, tapi kalau kau tengok Transformers lepas tu kau dengar baby menangis-nangis tapi parents dia just shuuhh shuuut diam diam, aku tak boleh la budak nangis-nangis aku rasa nak pegi dukung, sebab tu anak sedara aku umur 5 tahun pun aku dukung lagi kalau nangis, patah pinggang mak nyah, tapi takpe asalkan dia senyap. To parents, tolong bawak keluar, orang lain nak enjoy movie. ENJOYYY.  Silalah tunggu dvd blue ray 2bulan kemudian pasang dekat lcd rumah kau orang.


Carta ke #5: Salah seat

kes pertama. Ini pun aku hangin, 3 kali aku kena macam ni tengah sedap-sedap cerita dah nak habis, ada couple datang claim kerusi yang aku duduk tu kerusi dia. Apekah...? cek balik tiket. Oh kau salah hall. Okay aku dah tertinggal beberapa point penting movie yang aku tengok ni, now siapa nak cerita kat aku apa terjadi? abang tiket wayang? abang jual pop corn? ha? cek betul-betul sebelum anda malu sendiri

kes kedua. Dia main duduk je seat mana-mana. Lepas tu seat tu orang lain punya. Tak ke menyusahkan? kau dah beli tiket tu kau duduk la tempat yang kau dah pilih, kau saja-saja duduk kerusi orang apesal? ingat ini rumah ka?

Carta ke #4:Couple
Ha, ini pun aku menyampah. bisik crittt crittt bunyi, aku taktau la kau orang buat apa, tapi tolonglah behave jangan tau nak buat movie sendiri je, get a room.

Carta ke #3: Bising
Mesti kau pernah satu hall dengan geng-geng hall ku rumahku justeru syurgaku jua, kan?
Ha geng ni aku sakit hati sikit, dia tengok movie tu macam dia dekat rumah. Bising gila, orang lain dah shuut shuuuut bagi isyarat tak gemar akan kebisingan itu, tapi buat dekkk je sebab dia rasa dia ramai. Hello i pun bayar nak tengok movie ni ookkayy?

Carta ke #2: Kaki gedik
Aku taktau la orang yang suka gedik kaki ni memang parkinsons ke ape benda. Terasa tak? kau nak gedik aku tak kisah kalau bukan dalam panggung, tapi dalam panggung punya cerita tolong la. Sebab kerusi dalam panggung tu tu ber-LINK. ber apa? LINK. satu gerak, kiri kanan terasa. Kau rasa best tak tengok movie lepas tu kepala kau bergoyang-goyang padahal kau tak beli effect 3d sampai ke kerusi pun. Tiba-tiba kau pening kepala pasal orang sebelah gedik-gedik kaki, rasa nak kerat je kaki. Kaki kau nak menjahit sekali pun, tolonglah lepas habis movie.

LINK.
bayangkan kalau orang tengah-tengah gedik kaki 120km sejam?

Kes kedua, orang belakang sepak-sepak orang depan. Aku taktaula kaki kau berapa depa kannn.. tapi tolonglah..tolonglah hormat, orang depan tu ada kepala, kau guna kaki kau untuk main-main kepala dia, kau ingat orang tu patung gedik-gedik hawai tu ke? please respect.

Aku memang saja bayar tiket untuk pening kepala...hellooooo.


Carta #1: Kaki berbau

Okay, perluke jelaskan lagi? sense hidung boleh effect mental yang focus menonton tahu? justeru boleh menghentikan ransangan serebelum untuk  mentafsir maklumat sampai ke otak, dah jika otak jammed, maka seseorang itu boleh terkena strok dengan bau kaki anda.

Saya memang bayar tiket sebab nak bau stokin awak. helllooooo.

kbai! (lambat miss universe)

6 comments:

blekopi said...

sara...akak pernah duduk kat sebelah budak yg mcm x reti bahasa agaknya kalau nak tgk wayang tgk jelah kan...ni mulut dia pun boleh tahan nak ckp masa wayang dah mula...tgh tgk cite hijab ni...feel seram dtg x dtg je sbb budak tu bising...kwn akak dah buat bunyi syhhh...syhhh....tak fahamnya.....senyap kejap pastu bising lg....mcm2 perangai....hehe

najihahfara said...

paling x boleh blah part bising & kaki gedik. aduhai rasa nak simbah air

sarahunny said...

@sis kopi: kan nak tengok, tengok jela. banyak tanya pun menyampah jugak.


@najihahfara: haaa. sama lah kita. rsa nak baling kotak pop corn

Ejam Ejam said...

carta ke4 tu, macam kenal je... orang slalu buat lawak. dan sorang lagi tukang gelak xde cover2nye la hai.. :)

blekopi said...

sara,sebut popcorn tu sedap pulak rasanya....knape mahal sgt kombo2 popcorn tu?haha...

sarahunny said...

@ejam: takleh tahan gelak, nanti batu karang

@sis kopi: hahaha mana ada mahal. tak sampai rm10 pong.