Saturday, September 1, 2012

Sesi mengadu domba Kak Nam

Ehemm. Aku baru ingat aku ada blog, tu pun sebab ada kawan ingatkan malam tadi, bukak balik blog sebab  lupa last entry menatang padia, aku syak faktor umur buatkan aku tak berapa tentu arah seminggu dua ni lepas raya ni, tak pun sebab makan lemang banyak benor, biasalah raya mana ada sedar diri sangat. Senang hati selalu.. rasa menyesal makan banyak tu selalu nya lepas makan, tak datang sebelum makan. Padan muka aku kena work out balik.


Jadi kak nam nak ambil kesempatan atas kewujudan blog ini untuk mengadu domba, kui kui. PUI. oh ye, adakah kamu, kamu dan kamu ingat lagi kisah penjual mintak dimaki pada entry ini? ceritanya tak berakhir di situ saja yewwww. nonono (buat gaya jari azwana alia)

Tiba-tiba cerita aku ni jadi berepisod le pulak, tapi jangan risau ianya tak semacam sinetron bawang putih bawang merah rika sumanto tatap mata saya. Beberapa hari sebelum raya, mak call aku.. biasalah mak call hari-hari tapi ke-call-an kali ini bukan membawa berita indah tapi memberitahu kegusaran di hati atas bil yang tidak diketahui sampai ke rumah. okay nilai yang tertera pada bill tu adalah rm100+.






Yezzzza, walaupun aku agak perkara ini akan terjadi, tapi tidaklah aku agak aku ditipu dengan begitu jahil. Disebalik rupa parasku yang tak berapa cerdik barangkali memang kaw kaw aku rasa kena tipu. 


Hangin la sape tak hangin, aku tak guna haram satu sen pun. Buka plastik pun idok, apesai teman kena bayo tetiba? okay diorang claim Premier monthly fee blabla. The thing is, ive never ever used it at all bro, inikan pulak nak activate. Celah mana kau nak kutip yuran bulanan? ha? ha? premier sangaaaaat.

(simkad yang masih suci belum dinodai)


Secara sedar yang memang patut sedar, memang aku tahulah apa-apa pun salah aku sebab, 
1st. aku dah sign
2nd.aku dah sign
3rd. aku dah sign woiii


yang aku pegi sign tu apesal?

In case kalau aku bawak satu kampung rombongan nak maki hamun celcom pasal bill ni pun memang aku kena jentik je tak pasal-pasal sebab aku vuduhyanakmampus pegi sign.


Oh ye, bila balik kampung aku ada jugak jeling-jeling kot kot nampak orang yang pekena aku tu ada kat klsentral tu, haram nan hado. Kalau aku pun dah menipu orang takkan aku nak duduk tempat yang sama lagi, nak kena balun ke? yedok? tapi teman ni idok le jahat ghoper itu. Miker tu menjuai, janganle kabo lain daripada hakikatnye..teman tu cari rezeki yop nak jadi darah daging sampai ke zuriat.


Oh ye kawan-kawan.
apa-apa sila bacaterms and condition, ataupun terma dah syarat dalam bahasa melayunya. wahh gitu. kalau kena tipu pun tak la rasa dungu macam aku ni ha. hahahaha gelak nak nangis. Law orang berniaga ni memang selalunya menang, well meniaga sape nak rugi babe? tapi agak-agak la bro.

Okay, tu saja. nanti aku nak pergi terminate sah-sah aku kena bayar rm100+ secara buta tuli, macam tu je bagi duit kat orang. 
BYEE.


4 comments:

Hanis said...

Adik aku pun kena macam ni. Celcom juga. Dekat area bukit bintang.

Tapi yg peliknya adik aku ni, dia dapat simkad 1 je. bil yg datang untuk 2 nombor berlainan.

total bil utk 2 bil tu mau cecah 300 lebih.

Dah la simkad tak penah guna, dtg bil 300 lebih. 2 nombor berbeza pula tu.

Bape kali pergi celcom center nak terminatekan simkad tu and taknak bayar bil tu.

Siot betul celcom ni. Company besar tapi taknak jaga reputasi.

sarahunny said...

boleh tak taknak bayar? nak buat cane eh? ada updates bgtau aku boleh?

Hanis said...

Aku tak sure adik aku bayar ke tak. Tapi memang kena pergi Celcom Centre utk terminate kan. 2 kali kitorang pergi centre. Dah staff kat situ pun tak berapa nak paham situasi adik aku ni.

Nanti aku tanya balik adik aku.

sarahunny said...

tak sangka company besar buat mcm ni.. mcm desperate nak duit orang.. thanks. kalau pegi celcom, pegi yang dekat dengan klcc tu ke? ke centre yang biasa2 tu je?