Thursday, February 16, 2012

Review cikai Chronicle

First and foremost, aku bukan pandai dalam bercerita, masa kecil dulu pun emak aku tak galakkan aku masuk pertandingan bercerita since orang selalu tak faham apa yang aku cerita secara lisan atau bertulis, cikgu BM aku dulu pun mengharamkan aku tulis karangan "Apa yang saya lakukan cuti sekolah minggu lepas" iforgottherealtitleactually




Hari rabu baru ini, aku bersama rakan baik menonton Chronicle. kenapa kami menonton cerita ini? kerana biasalah awal-awal tahun bukan cuti sekolah mana ada cerita cartoon bestbest atau comedy romantic walaupun   kakak jual tiket paksa tengok cerita mandarin yang aku dah lupa tajuk dia.

Jadi, instead of Man on The Ledge, entah kenapa kami prefer Chronicle, i was expecting Chronicle ni paling-paling pun aku boleh recommend kat abang suruh download nanti, sebab ada trailer kat tv kannn.. yang ada part laki tu nyayi  lagu Price Tag "be-bling  be-bling aint it gotda" k lah k la takpeww lewwww kiteww tengok Chronicle kayyy selepas menimbang tara pelakon-pelakon dalam cerita Man on The Ledge itu.



Ehhem. aku orang yang ketiga masuk hall tu. Orang pertama dan kedua merupakan rakan karib aku rasa yang asyik dok gesek-gesel iPad daripada menonton gazet yang aku bangga-banggakan.Korang takde feeling nak tengok gazet langsung ke? best tahuu? punyalah cepat aku jalan taknak ketinggalan iklan. =.= .

Okay cerita mula. Sebelum apa-apa meh aku ceritakan sedikit. Genre movie ini adalah genre youtube. Iaitu genre terbaru rekaan aku yang selepas najwalatif famous. #abaikan.

Kenapa aku classify kan Youtube, sebab bila kau tengok kau akan rasa kau tengah tengok youtube yang orang putih sibuk dok betul-betulkan camera dia dan rakam di sana sini sehingga kau pening, eh eh muka dia eh eh kaki eh eh awan pulak. get it get it?

Tapi oleh sebab aku berfikiran terbuka, aku membuka lebih luas fikiran aku berharap sesuatu ajaib akan datang.

eh lupa. Sampai di suku cerita masih 4 orang saja menonton cerita ini.

okay sambung. Andrew ni seorang anak yang agak kurang bernasib baik lah bagi aku, bukan sebab cacat atau tak cerdik tapi sebab selalu kena dera bapak dia, kesian aku tengok dah tua-tua kena pukul sebab bapak dia suka minum etc. Tutup pintu bilik pun kena pukul. hmm. Jadi sebab tertekan, dia menyimpan perasan tertekan itu dan menekan diri dia untuk menerima situasi itu. errr apa aku cakap ni, korang faham tak ni?

Jadi, Andrew ni ada sepupu named Matt, one day masa Andrew baru beli camera, dia sibuk nak rakam sana sini, terbump dengan Steve. Pastu Steve pelawa dia rakam sesuatu yang mengujakan. Jadi merekan pun pergilah ke tempat yang mengujakan itu.

Di sana ada sebuah lubang yang macam scary, lepas tu Steve macam paksapaksa Andrew masuk and rakam whatsinside lah kan.. Andrew macam taknaktaknak, tapi termasuk juga, since masuk ni aku tak pasti apa yang sebenar terjadi, sebab keadaan di dalam lubang itu bertukar menjadi begitu gelap, which is aku tahu nanti akan ada jengggg jejengggg yang tiba-tiba buat aku terkejut tapir, jadi aku pejam mata siap-siap, dekat sinilah diorang dapat power yang macam walaweh best gila power ni. #konon.  tapi aku pejam mata kan, jadi korang jangan tanyalah apa jadi dalam lubang tu aku taktau.



Lepas kisah dalam lubang tu, terus diorang jadi kuat gilerssss. Bengkokkan kereta guna tangan je, alih tu alih ni guna jari, pastu main lego macam sapu-sapu dengan jari je. hahahaahha. Ha, paling tak lupa camera yang Andrew gila dok rakam tu pun boleh terbang woo.. Andrew boleh kawan camera tu tanpa tengok pun, dia macam tau-tau dah camera tu masuk angle dia tak terkeluar frame pun padahal camera tu belakang kepala dia. Hebak kan?

Pastu blablabla Andrew mengamuk lepas mak dia mati, dia blame ayah dia, Andrew jadi jahat. Terbang sana sini.. pacahkan macam-macam, aku rasa masa ni kalau Wolverine ke, Superman datang ke, surrender depa sebab Andrew lagi kuat. Lepas tu Andrew mati sebab Matt bunuh sebab Andrew jahat sangat.

Lepas tu habis.


Personal view aku, banyak benda kena teliti lagi dalam movie ni yang mungkin orang yang buat movie ni terlepas pandang ke. ala aku tau la complain je pandai kan? ala memang pandai pun bukan susah. haha.
Antara scene yang aku heran, scene Steve alih kereta seorang makcik ni, aku rasa sepatutnya bila tayar ke kanan ke kiri and di alih macam itu, tayar sepatutnya meninggalkan kesan hitam kat ground, tapi aku tengok elok je jalan tu padahal bunyi kereta dah sreeeet sreeeet dah. Lepas tu paling ketara bila camera jatuh, elok-elok je dia jatuh nampak muka Andew takde la ternampak lubang hidung ke, ter rosak sikit ke, jatuh dari langit tu.

Aku tak tahu la kalau aku ni tak reti appreciate hasil seni yang mungkin terlalu seni sehalus microorganisma ni ke apa. Tapi dalam panggung tu aku sorang je dok gelak-gelak, sebab kadang-kadang kelakar sebab tak nampak natural langsung, tapi orang lain serious je aku rasa.. yelah ada pun 4 orang je, kalau aku gelak sah sah silap silap aku kena halau sebab tak reti hargai hasil seni industri antarabangsa. =.=

jadi, rate untuk movie ni, ceh nak jugak bagi rate kan.
aku bagi





emm





emmmm

















sejam kemudian...


























dua jam kemudian...



























aku bagi -18 star.


ok dah. bye.

kesimpulannya, dont judge a story by its cover, even its a movie cover.


told ya, aku pun tak faham apa yang "boys will be boys" tu sangat kan. sebab its all about MY CAMERA AND ME.
teheeee. bai

Tuesday, February 7, 2012

Mata dan Mulut



Mata melular, jeling kiri, pandang kanan
Mulut dibawa merata, canang kiri, canang kanan

Tengok takkan diam
Sambil bercakap sambil memandang
Tangan terhuyung hayang
Membuat gaya
Cerita buruk pasal orang

Pantang tengok orang seronok
Dia pasang mulut nak mematuk
Pantang tengok orang senang
Mengungkit, kata orang jasa tak dikenang
Pantang pantang pantang,
Orang melayu memang banyak pantang

Pantang tak berlarang
Pantang je tahu
Larangnya tiada

Tu belum soal agama
Kat blog gosip
Semua bajet serban sampai tutup muka
Mengaku alim
Komen baju ketat artis

Katanya tudung siti tak sempurna
Tiba-tiba dia kata pergi mampus kau hipokrit punya muka
Kalau beriman, berimankanlah sekali kata-kata
Jangan menghina tidak berlapik
Nanti tahi sendiri terpalit

Bila orang senang
Mata mulalah gatal
Bila orang dapat rezeki
Mulut mulalah tak siuman

Sampai bila?
Sampai facebook, beautifulnara tutup?
Sampai twitter bungkus?
Deyyy..
Hidup bertegur memang lah bagus
Tapi dalam mulut, ada lidah.
Dan lidah itu teramat tajam
Takut nanti terpotong mulut sendiri.


Monday, February 6, 2012

Perkara paling basic

mak cakap,

" Korang muda-muda ni lah nak belajar Alquran, nak sembahyang penuh. nanti  mata dah tak nampak, badan tak cergas, sakit sana sini, nyayuk pula. Korang akan rasa rugi nya. lepas tu mati. ha.. berapa je pahala  dengan ibadat sepanjang hidup? tu pun kalau umur panjang. Jadi baik bukannya susah mana. Tak payah berpeluh menari kat disco"