Friday, March 16, 2012

KawanKawan




Dengan siapa kita selalu kongsi gosip dan berita terhangat

Dengan siapa kita selalu cerita pasal craving tutti frutti dan gelakkan dia sebab bekas dia kecik tapi lagi mahal dari bekas kau yang besar?

Dengan siapa kita minta tolong pasangkan software adobe master collection sebab tak tahu macam mana nak cari serial key?

Siapa nak tegur gigi kau ada cebisan cili merah atau black pepper mekdi kat celah gigi?

Dengan siapa kita pujuk pergi kedai beger  tapi kita taknak pergi pun sebenarnya, kita nak suruh dia tapaukan bakso aje.

Dengan siapa kau nak paksa jadi model untuk jual baju lama tak terpakai kau?

Dengan siapa kau nak main tepuk2 bontot?


Dengan siapa kita nak suruh tolong angkat kain jemuran bila hari hujan tiba2 datang, hujan yang turun bagaikan mutiara..


Dengan siapa kau nak peluk dulu bila kau malu salah masuk toilet lelaki?


Dengan siapa kau nak share masalah bila pakwe kau buat tahi?


Dengan siapa kau nak paksa dengar lagu Maroon 5 sama2?


Dengan siapa kau nak tanya dia enam puluh empat kali "should i buy this dress?"


Dengan siapa kau nak menyampah bila ditengking?


Dengan siapa kau nak kecil hati bila dia taknak manja2


Dengan siapa kau nak tongtong main bowling 2set?


Dengan siapa kau selalu merajuk bila tersalah faham?


semua dengan kawan
gaduh, baik, gaduh, gelak, suka, air mata, ketawa, peluk, raba, pendapat, ketawa, tunggu bus sama2, makan, rebut ayam, gelak balik, ketawa kuat2, tutup lampu sebab dia tidur, cakap slow2 dengan pakwe sebab kawan sebelah tidur, semua sebab sayang


we used to do this, rememba?

Saturday, March 3, 2012

Tapak selerak

Tak kisahlah apa scandal anwar
Tak kisahlah apa cerita di sebalik cukai, pemberian voucher,pertolongan kerajaan,
Tak kisahlah bini Najib dapat phd,
Tak kisahlah siapa sebenar Mat Sabu,
Tak kisahlah betapa kotor politik,
Tak kisahlah propaganda ahli politik,
Tak kisahlah betapa hudoh perangai kerajaan atau pembangkang,
Tak kisahlah betapa bangsat digasak cukai

Kalau kau dan aku tak bersatu, kalau kau dan aku berpecah belah, kalau kau dan aku bertelingkah.
Kau pernah bayangkan apa akan jadi kalau kita lemah?
Sesungguhnya kalau lemah pasti kalah, bukan aku minta dijajah.
Tapi yakinkah kau kita begitu teguh dan kuat, takkan langsung dijajah?
Yakinkah? yakinkan aku...

Aku di jalanraya

Kita menuju ke satu destinasi
Aku melihat di sana ada kereta bertuan perempuan
Ada kereta bertuan lelaki
Di depan sana lori besi
Di kiri sini lori batu
Semua menuju destinasi

Di depan ada simpang
Ada yang teruskan
Ada yang masuk simpang baru
Tiada siapa tahu apa akan terjadi seterusnya

Ada yang patah kaki di dalam kereta yang dipandu emak
Si miskin di hujung sana hanya menonton basikal
Raut wajah si miskin keruh, payah dan penuh ketakutan

Yang menaiki mercedes besar dipandu pemandu yang kemas
Tak nampak siapa di dalam
Tapi pasti orang kaya hidup selesa

Masing-masing teruskan perjalanan
Bermacam-macam tujuan
Tapi hanya misi untuk sampai dengan selamat

Ada yang tergendala di depi jalanan
Ada yang mati hadap kemalangan
Perjalananku terpaksa diteruskan


Tiada siapa tahu apa akan terjadi
Tapi semua orang teruskan dengan satu misi