Tuesday, May 29, 2012

Perkara Random Tentang Perempuan - 4 Dummies

1. Fikir banyak dan lebih jauh


Dalam perbualan perempuan, banyak perkataan "nanti kan..." atau "what if..." atau "agaknya la kan..." atau kesemua di atas. Nanti kalau kawen kan.. nanti nak pelamin atas feri, nanti nak anak 14, nanti pergi shopping nak baju yang macam mana.. ha tu semua kena kira.


2. Suka berteman


Dari sekolah lagi, nak pergi tanda berteman. "awak teman kite pegi tandas..nanti kite pulak teman awak pegi tandas" sampai la sekolah menengah. Alasan hantu tandas menyorok dalam mangkuk tandas cerita tradisi nenek monyang zaman berzaman buat takut budak perempuan nak pergi kencing. Takgunapunyahantu
-Dah besar, still lagi nak berteman.. pergi kedai, pergi beli buku semua-semua lah. Perempuan memang macam ni okay. sebab tu kami kena kahwin awal. #tetibaje


3. Berangan


Fakta menunjukkan perempuan berangan 70% lebih daripada lelaki. eh ni fakta aku sendiri sebenarnya. AHAHA.


4.Tukar fikiran
Walaupun korang dah rujuk topic number 1, korang jangan percaya sangat dia akan state dengan pendirian tu, TAKDEMAKNANYA. Hari ni bangun pagi awal nak beli mekdi katanya, tiba-tiba dia bawak balik kenirojers. Dia boleh berubah fikiran seminit macam tu je.


5.Emosi


Ini semua orang tahu, bila kuat marah PMS dipersalahkan. Emosional adalah salah satu spesis dalam keluarga PMS fyi hello. Bukan senggugut semata-mata. Kadang-kadang yeah menyampah jugak la kan.. takkan every period nak marah, lepastu salahkan hormon. Kau ingat orang tahan nak layan marah kau setiap bulan? so control. Orang lain pun ada perasaan jugak. (talk to self)


6. Melebih-lebih


Merujuk kepada perkara di atas, perempuan ni emosi. Bila ada kawan dia boleh jadikan kawan dia tu kawan baik dalam seminit pertama kali jumpa je. Lalalalalagelakgelakhepihepi. Dear, sayangss, darling even bukan lesbo, tapi bila bergaduh perkataan sayang jadi bitch, dear jadi deer, darling jadi devil.
Well...
"perempuan ni bila baik, sayang dear dia panggil, bila tak suka ambik setempek bitch kat muka masing2"



7. Perhatian
Kalau korang bercinta, macam mana bunga-bunga kau buat GF kau rasa setahun lepas, macam tu jugak GF korang expect feeling bunga-bunga tu dari korang. Bukan dah duduk kat comfort zone buat dek je. Lepas tu jangan bz BBM tak pun layan aplikasi 145aksara bila keluar dating.


8. NotSoLesbo


 Suka tengok perempuan cantik selain daripada tengok Henry Golding
This is true. Tengok dan berangan like "apalah perasaan jadi cantik"  "cantiknya dia.. untungla"  kami bukanla lesbo kalau cakap macam tu.


9. Kebanyakkan perempuan cepat perasan
Aku cakap kebanyakkan okay? tak semua. hewhewhew. eh. Kadang-kadang ada seorang hamba Allah lelaki yang sangat boleh-tahan-hensem cakap baik-baik dengan perempuan tu, layan elok je, dia rasa biasa je sebab memang dia layan semua orang baik demi menjaga silaturrahim di atas muka bumi cewah ayat aku..tapi this girl dah sms bffffffffsszzz cakap yang "Weh aku rasa dia minat gila kat aku"


10. Merajuk
Ini pun merujuk kepada topik number 5. Rasanya boleh sorang-sorang juara Merajuk Championship peringkat sekolah, daerah, negeri semua perempuan menang. Baling apa? henfon.. setakat henfon dengan ibu jari kaki je dari tingkat sebelas ke bawah. takde hal bro. Inikan pulak nak baling korang.


11. Sometimes she says NO, she means YES
Ini merujuk perkara 10. Kan selalu merajuk cakap "takpe, saya tak kisah. kbai" itu bermakna tak ok. Tak payah nak dungu sangat kalau dia reply macam tu konon dia happy kau boleh buat taktahu.


12. Perangai Berubah
Dia boleh jadi sangat garang gila dengan orang yang dia rimas, tak suka, menyampah, bosan etc, tapi boleh jadi manja gila lentok sampai korang geli dengan orang dia sayang.


13. Harus Setuju


Pernah tak your GF tanya banyak kali "BB, mana nak beli baju A ke baju B" Korang cakap A. Lepas tu dia tanya buat kali ke lapanbelas "Yang mana eh, A ke B nii..." Cuba korang jawab B pulak, mesti terus dia bawak pergi kaunter dan bayar, Sebab sebenarnya dia suka yang B, cuma nak ada orang sokong dia yang B tu pilihan yang tepat. Taknak nanti tak rasa bersalah sebab salah pilih, and korang boleh jadi salah satu punca yang boleh dipersalahkan kalau nanti baju tu buat dia nampak gemuk ke, huduh ke. Tu je.


14. Cepat Terpengaruh


Bila tengok orang cantik pakai tudung octopus pun diorang rasa diorang cantik, diorang terlupa prinsip orang cantik pakai apa pun cantik. They need mirror. Tapi takpe semua orang cantik. =.=,  tengok iklan susu boleh buat diri sendiri jadi cerdik terus beli lepas tu try buat add maths masa form 4 dulu nak test power susu tu.


15. Superwoman wanna be


Dia selalu kelam kabut, dalam kepala dia nak buat 10 benda 1 masa. Sambil sapu sampah boleh menyusu anak, sambil tu pasang telinga ceramah dekat wanita hari ini, sambil fikir nak masak apa dekat laki, sambil list down barang nak beli weekends, tukar lampin anak sambil nyayi lagu tiga kupang saku penuh padi enam ekor burng masuk dalam kuali.


16. Good in talking
Sebab tu perempuan juara bab berleter, kalau marah pasal perkara B, boleh terlink sampai ke perkara Z tahu? Tengah borak pasal sipolan tiba-tiba cerita topik lain dan cerita pasal sipolan tu tergantung macam tu je. Kamiiiiiiiiii, multitasking!! (gerak power rangers)


sebab kami special apa


Tuesday, May 22, 2012

Kedai Mari Makan Hamdan dan Mak Limah

Pada satu hari Hamdan ke kedai nak beli barang dapur. Dalam perjalanan Hamdan terjumpa Pak Samad.. Pak Samad kelihatan merah padam, jadi Hamdan buat kesimpulan Pak Samad jahat sebab suka marah orang.
Sampai ke kedai, Hamdan ambil tepung, minyak 18 beg, beras,bawang , cili, sos, kicap, perencah tomyam,  gula. Sampai di meja cashier.. TING. semua sekali  rm183.20. Alamak Hamdan tak cukup duit. Pakcik Kasim kata.. takpe kedai ni boleh hutang. Jadi sebab esok tu nak berniaga Hamdan kata.. okay hutang pun hutang la.. nanti saya bayar balik ye pakcik.

Keesokan harinya perniagaan Kedai Makan Hamdan yang bukan berlaukkan Hamdan tapi lauk yang Hamdan masak.. sangat laku. Selepas itu ada Mak Limah teringin bukak kedai jugak sebab nak test market, macam anak2 mak Limah cakap lauk Mak Limah masak sedap. Jadi berbekalkan keyakinan yang tinggi Mak Limah pun bukak kedai sebijik sebelah kedai abang Hamdan. eh. Hamdan je.

Hamdan relax je walaupun dia tahu Mak Limah masak sedap tapi dia kata ala biasalah berniaga memang ada persaingan. Tapi ke-relax-an Hamdan tu jugak tak sedikit pun menggugat pelanggan Hamdan. Mak Limah cemburu, Mak Limah nak jugak orang ramai macam tu.. Jadi Mak Limah ambil langkah seterusnya. Mak Limah sinsing lengan, pakai kain batik, ikan kemas2, selimpang tudung dan nak pergi serang kedai Hamdan.. tapi tiba2 tak jadi pulak sebab Mak Limah fikir apa-apa pun harus rancang strategi yang kukuh.


Mak Limah cuba relax lagi. Idea Mak Limah adalah:
1.Buat cerita buruk pasal kedai Hamdan
2.Cari gali perangai keji Hamdan
3.Buat fitnah sikit untuk sedapkan rempah
4.Buat naya sikit

Mula-mula Mak Limah cakap kedai Hamdan kotor, Hamdan masak pengotor, letak sepende buruk dalam sup tomyam, masak nasi ayam dengan kicap ada cap katak dari negara jiran. Kemudian, Mak Limah dapat tahu yang Hamdan aa berhutang dari kedai Pakcik Kasim.. Mak Limah bikin cerita kata Hamdan kaki hutang dan keluar segala dalil hadith yang ragu2 keraguannya untuk jatuhkan Hamdan yang konon kaki hutang. Selepas itu, Mak Limah tambah sedikit kebencian orang ramai dekat Hamdan, Mak Limah cakap Hamdan pernah ada scandal tak senonoh. Dan sebulan kemudian Mak Limah letak sedikit santau guna-guna dekat kedai Hamdan.

Lama kelamaan, pelanggan Hamdan semakin sedikit, ada juga pelanggan yang setia sebab masakan Hamdan masih favorite, kabanyakkan pelanggan dah tertarik dekat Mak Limah yang dah suka pakai kebaya ketat warna merah menyala dengan gincu red hot chilli alaala Geisha selak kain sikit fuyo semua anak teruna pun lepak sekali. Pelanggan Mak Limah dan Hamdan jugak bergaduh sebab berselisih pendapat padahal kedai makan je pun. Tak relevant nak bawak bergaduh sampai libat friendship dan agama.


Tapi ada perkara betul dan tidak.

Quick Judgemental
1.Kita taktau kenapa pakcik Samad muka merah padam, mungkin penat, mungkin sakit kepala, kenapa terus nak tampal atas dahi yang dia panas baran? sekilas tengok dah boleh cerita?

Hutang Hamdan
1. Mak Limah cakap Hamdan banyak hutang so jangan beli dekat dia, jangan pergi kedai dia. Seriously kalau tak hutan mana nak cekup duit untuk majukan ekonomi diri sendiri dan keluarga?

2. Hamdan walaupun dah maju tetap taknak bayar hutang sebab dia fikir apa kata Pak Kamil mansuhkan saja hutang dia sebab kadang2 Pak Kamil datang kedai minum air kosong free dan lepak main dam lama benor. Hamdan dah lupa janji.

Mak Limah taknak terima hakikat.
2. Mak Limah yang masak tak sedap mana, or mungkin takde rezeki tapi taknak redha malah nak jatuhkan orang lain. Bukan ke lebih baik Mak Limah rancang strategi untuk naikkan kedai daripada jatuhkan orang?




get me?

Monday, May 14, 2012

Perkara yang tak boleh diduga

Pagi tadi aku fikir nak bangun awal, nak basuh baju, nak buat breakfast untuk perut sendiri(which is the most happiest thing to do for myself) bila all done feeling macam dekat rumah lak konon, anyhow hostel tetap hostel.




Tiba2 aku bangun pun tak berapa nak awal, tapi kerja2 pembasuhan dan pembuatan breakfast berjalan lancar.. kau gila tak makan? aku mana boleh tak makan.

Tapi timing yang aku bajet dah lari, dek kerana aku berangan atas katil lama sangat bersama selimut lembut hari2 mintak dipeluk. Aku layankan aje.




Memang hidup ini kadang2 tak macam yang kita rancangkan, ada je benda terjadi. Tapi macam kes aku tadi.. sama ada aku betul2 manage diri aku sendiri like "hey selimut.. i dont love u this morning. so bye" get up and buat kerja seperti yang dirancangkan.. so timing aku tak lari. ATAU. Aku still get up.. seperti yang aku plan.. but then tiba2 aku tergelongsor di dalam tandas (ya u know malang tak berapa nak berbau). So timing aku lari jugak. Sebab takdir, ketentuan.. dah tertulis.

Aku tak boleh brag "oh i love this man, this man.. nanti aku kahwin dengan dia anak 18, kereta 8 buah, rumah tingkap 80" sebab nanti entah2 abang jual sayur ke jodoh aku, pakcik bawak bus rapid ke? erkk. i mean who knows.

But so far, aku ada plan aku. Apa akan jadi aku tak tau. Mungkin hari ini aku benci kau gila2.. nanti entah tiba2 sayang nak mampus kat engkau. Aku taktau.

Memang pada dasar kau rasa tak puas hati macam mana kau geram mtv karoke takde kaitan dengan lagu. Ade ke lagu desperado..why don't u come to your sense...ada 2 orang cowboy main tembak2 malu2.. sembunyi2 balik tong? apekah? gay game?

back to topic, tapi.. hidup berubah, manusia dan fitrahnya berubah.. kita ikut arus ke.. tak ikut arus ke.. kita kena tetap teruskan hidup. Macam kau bawak kereta atas highway yang besar..kau tak boleh berhenti tengah2 jalan.. nanti mati kena lenyek dengan lori balak. (tiba2 teringat final destination 2) Or else kau tak kisah nak bermalam kat highway tu seumur hidup kau semata2 kau dah give up dengan hidup,  berumah tepi highway dah bermalam dengan hantu highway karak. Eh apekah?





 Sekali kau sesat pun.. kau still kena teruskan jalan, cari signboard untuk bawak kau ke tempat yang kau nak pergi. Kadang2 kat separuh jalan.. kau terjumpa shortcut yang sangat membantu, kadang2 shortcut tu macam menipu yang buat kau rasa perabeh petrol je. Kadang2 simpang siul tu mengelirukan macam signboard kat putrajaya ni (yang kau rasa nak mencarut...tapi tak baik mencarut nanti masuk nerakewww.) sebab tu kau sesat banyak kali sebab tak belajar dari kesilapan, tak beringat dan taknak perbaiki.






coz, life's like that..face it or kill yourself. eh tak baik





tetiba



ps: kadang nak je aku cabut signboards yang ada sebab buat aku lagi keliru.. tapi..

Monday, May 7, 2012

TalkingFace

My face is my voice. Boleh jugak cakap My face is what my heart is saying. Ini adalah sangat sukar. Setakat ini, ini lah masalah paling besar aku.. aku pun taktau nak overcome macam mana.

Masa muda-muda dulu, aku kurang gemar makcik2 datang ke rumah sebab nak cerita, cerita panas dekat emak. Masa tu aku sedap-sedap menikmati cuaca pukul 6 tengok pokok-pokok kepala lambai, burung bertenggek dekat atas wire letrik lepas tu bergaduh dengan tupai.. kesian tupai dengan burung pun kalah. Bila makcik-makcik potong stim aku lepak dengan emak, hati jadi tak keruan. Tapi aku sabar, sebab aku memasang harapan kot-kot nanti ada makcik nak buat aku jadi menantu ke.. (just in case boleh tengok tupai sama-sama dengan makcik pulak lepas ni)  aku buat lah muka manis.. senyum dan jemput masuk. Tapi hati aku tak berapa ikhlas.. so EVERYONE KNOWS. this is not good.



Hal ekspresi muka ni jugak pernah jadi pergaduhan aku dengan kawan baik, kadang-kadang aku wonder muka aku ni ada gambar firaun ke once aku memberikan ekspresi. Ai penat tau. Aku cuba mengCalmDown dan positive kan diri supaya orang tak boleh baca apa aku fikir. Tapi bila aku terlupa nak sorok emosi aku.. people can read it. You mana boleh baca dalam hati i, hati i.. biar i je yang tahu.. tak fair la. Biar la i tahu sorang-sorang.


Begitu jugakla bila aku happy, tu pun aku tak dapat nak sorok, bila pura-pura buat muka cantik, tu pun orang tahu. Jadi aku kurang faham aku kena buat muka macam mana.


Benda yang sedikit pelik bila aku cuba sematkan dalam hati "buat muka cantik" lepas tu nak naik bus, lepas tu muka aku reflek dekat cermin kereta.. i was like "oh muka aku ke tu" aku rasa kalau 10 hari berturut2 aku duduk depan cermin yang sama...pecah cermin tu.




I don't even know which one is my real face. I always asking orang terdekat macam emak dan kawan baik "is this my real face" tapi jawapan mak tak best sangat mak suka cakap macam ni "yela. muka adik la. kan adik kat dalam tu.. muka siapa lagi" i mean kadang-kadang kan miracle datang masa kat ambil gambar daripada muka Chibi Maruko Chan terus jadi Sailormoon. I taknak la cakap daripada muka Oprah jadi Eva Mendes kecil hati Oprah.  Chibi Maruko Chan tak hidup kan? Aku tengok cermin muka aku lain, orang ambil gambar aku lain pulak. Aku drag kawan baik depan cermin sekali "is this my face"(pointing to my face) she said YES.


This one friend sangat pandai baca muka aku padahal tak pernah bergosip, tak pernah makan bersama, tak pernah pilih skirt sama-sama. hanya rakan sekelas. Tapi dia selalu cakap perkara yang betul


"sara, dont make "i dont think so" face"
"sara, by ur face i know u dont like it"
"sara, dont fantasize about michael owen"

ini adalah sangat mengecewakan. aku tak boleh fikir apa pun ke. susahlah nak jadi pervert.


bean, can i borrow this expression?