Monday, January 21, 2013

Air Asam Mencicah

Hai. saja nak tulis cara-cara membuat air asam mencicah. Aku pun tak tau betul ke tak tajuk tu, tapi kalau aku cakap kat mak "mak buat mencicah jom" tula benda yang mak aku buat, so benda ni kita nak panggil apa? sos?kuah? aku panggil air asam je la. Ada lagi satu pesen air asam, orang makan dengan lauk macam ikan goreng/bakar, daging rebus/salai.. ha orang kedah punya resepi la ni, negeri lain panggil apa aku taktau.
Lagi satu saja je aku nak buat entry jugak sebab nanti aku duduk jauh-jauh dengan mak, boleh aku buat sendiri takde la tunggu cuti sem baru nak buat. Wait. selama ni memang aku taktau buatlah? yup! mesti rasa tak sama dengan mak aku buat, aku pun tak tau apa pasal.


  • Cili
  • Belacan
  • Asam Jawa (yang basah tu)
  • Garam
  • Gula
  • Kicap(option)
  • Air (sikit je, cair sangat tak best)


mihihi. kalau masuk masterchef confirm out dah markah presentation


Kau tenyeh je cili tu kalau nak power lagi kau tumbuk la, tapi aku tak sanggup pedas sangat walaupun aku makan pedas, aku picit-picit je dengan sudu hewhewhew.. letak belacan, garam, gula, kicap, dah air yang dah masak, lepas tu kau letak asam jawa, kau kacau je semua tu, pastu kau rasa kalau kurang masin kau tambah la garam lagi. hahaha. entah hapa2 nak bagi resepi pun.

Aku punya suka air asam ni, sampai cicah dengan sengkuang pun takpelah.. timun pun jadi! kalau tak dapat mempelam mangga. Okay dia gini.. mencicah sedap dengan


google bagi.
  • Mangga
  • Sengkuang
  • Epal Hijau
  • Timun
  • Jambu air/batu
YUMMMMMMMS!



Okay dah kecur. gotta go! makaaaaaaaan! =D

3 comments:

Ejam Ejam said...

letak belacan, t naik jerawat pula. :)

sarahunny said...

dah tu takkan tak boleh makan langsung kot siapa nak tanggung kedukaan teringin?!

zie marziah said...

aduii terliur...air tangan mak memang sedap