Wednesday, January 9, 2013

Taksub Fenomena

Tak kisahlah kau meminati siapa-siapa pun dalam dunia ini, hindustan, kpop, mpop, pop pop, pendakwah, penceramah, ahli politik,  jangan sampai terlalu taksub sampai kau memuliakan sangat mereka-mereka, seperti mereka tiada langsung salah, sentiasa betul, tiada masa silam, tiada perbuatan yang berdosa bakal dilakukan, in fact kau anggap mereka-mereka itu maksum, sampai harus kau nak berdebat, hukum hakam tiba-tiba ditolak ketepi, hadith ape tah lagi. Yang pasti penceramah agama lebih mulia dari aku lah. #tetibe



Aku tak pasti memang adat di Malaysia mudah taksub ke apa. Lepas satu satu, dulu masa aku kecik-kecik, semua pakat duk puja hindustan, semua benda nak di Kuch Kuch Hota Hai, sampai jadi Kuch Kuch Hotak Hang, semua nak hidung macam Shah Rukh Khan lepas tu jeles dengan Kajol sebab Kajol salu kena peluk denga SRK, debate sape lagi hensem between 3Khan tu, dan berbagai lagi, sampai beli kad-kad nama RM3 dapat doblas keping gambar Amir Khan kenyit mata. *sigh*

Lepas tu masuk era Indonesia, Kris Dayanti bawak lagi Menghitung Hari, blabla, sampai depa nak bawak masuk lagu apa pun kita terima je, padahal lagu kita nak bawak masuk sana siap kena tukaq bahasa lagi, apakah pengkhianatan ini?!, Tak lama semua orang Melayu speaking indo, takpelah tak kisahlah kan. Menonton Sinetron, pakat berebut depan tv nak tengok Bawang Putih Bawang Merah, esok dekat sekolah cerita pasal kejahatan Rika Sumanto, bukan main lagi tunggu beratus episodes, begitu gigih padahal semua tu mimpi je, cis tahi betul.

Era cerita HongKong/Taiwan pernah datang sekejap, aku tak ingat tajuk-tajuk cerita yang best, petang-petang aku dok tunggu cerita polis-polis lah, bomba-bomba lah, ada cerita zaman Dinasti itu Dinasti ini, ikat rambut tinggi-tinggi, naik kuda. AWWW!. Aku mesti angkat kain kat ampaian awal-awal sebab taknak miss sikit pun cerita tu, sampai aku tengok sorang hero tu kan sampai hati aku berdebar-debar habaq hang, tak guna betui! nasib baik masa tu Google belum diperluaskan lagi, kalau tak aku dah kawen dah kot dengan mamat tu, =.='

Kemudian era Filipina punya drama, tapi sekejap je.. Pangako Sayo, Sanay Wala Nang Wakas, Jericho apetah semua perempuan bergedikkan, aku pun taktaula tang mana hensemnya, aku tengok Afdlin Shauki lagi hensem kot.. tapi Kristine Hermosa tu lawa pernahla jadi lesbian crush aku. HAHAHAHA. Tak.. aku tipu je, bila tipu kena letak HAHAHA caps lock. tahu?

 Winter Sonata, Autumn In My Heart tv3 bawak masuk seingat aku, petang-petang. First time aku dengar suara 'Korea' i mean bahasa mereka, tapi aku kena gelak dengan abang aku sebab aku kena tipu sebab sebenarnya suara tu dubbing kepada bahasa Mandarin/Cantonese!(macam mana aku tak perasan!). Dubbing adalah benda paling tak cool dalam dunia kot!. Daaan,  Korea suntik dengan lagi unsur hiburan comel-comel, cool, (konon) masa tu ada Wonder Girls, Nobody Nobody But You!(buat gaya tangan) datang, SNSD, Super Junior, entah siapalah lagi, sampai ke hari ini.

SNSD kat Malaysia hari tu 

Semua ini fenomena, lepas satu-satu kita tinggalkan dan beralih pada yang baru.. Kau puja, buat fan war sampai menidakkan langsung benda lain, benda lain selain yang kau minat semua tak elok, yang kau minat tu lah yang paling awesome, terbaik, the best dan nak orang lain suka apa yang kau suka jugak, kalau tak semua itu salah. Nak minat boleh, tapi jangan sampai mendewakan, please lah!  jangan sampai lagha,  dan kau terlupa sekejap siapa Tuhan.



NigaHiga buat kelakar.


anyoyoyo omey omey.

Sekian terima kasih.

No comments: